Setiap pagi Aina gosok gigi. Gigi Aina putih dan bersih.
Gigi bersih tidak mudah sakit. Aina mandi menggunakan
sabun. Selepas mandi Aina mengelap badannya dengan
tuala. Selepas memakai pakaian, Aina menyikat
rambutnya. Rambut Aina kemas dan bersih. Pakaian Aina
sentiasa bersih. Dia juga menjaga pakaiannya supaya
tidak kotor. Aina juga memotong kukunya seminggu sekali.
Kuku tangan dan kakinya pendek dan bersih.