Anda di halaman 1dari 4

RENCANA»Muka 10

Jumaat, 2 November 2018 | 11:00am

Perubahan sistem pendidikan usah


membebankan lagi
Ramai menyambut baik keputusan Kementerian Pendidikan
memansuhkan peperiksaan bagi murid Tahun 1, 2 dan 3 di sekolah
rendah, dengan digantikan oleh sistem pentaksiran yang lebih
objektif mulai tahun depan.

Pengumuman Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, menerusi


Twitter yang beberapa minit sahaja mendapat ribuan reaksi, jelas
menandakan penamatan ini sememangnya ditunggu-tunggu bukan
sahaja daripada kalangan ibu bapa, malah warga pendidik dan ahli
akademik.

Sebenarnya kita sudah ada Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan


Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), namun sistem
dilaksanakan sejak 2011 itu dikatakan semakin tersasar daripada
konsep dan matlamat asal untuk menilai tahap pencapaian murid
tanpa berteraskan peperiksaan.
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP)
berpandangan, pemansuhan peperiksaan bagi murid di Tahap Satu
ini dapat mengurangkan tekanan kepada pelbagai pihak, terutama
murid itu sendiri.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik. - Foto Mohd Fadli Hamzah


Tidak dinafikan sistem pendidikan kita perlu seiring dengan zaman
yang berkembang pesat. Namun, ramai bersetuju pada usia awal,
persekolahan kanak-kanak tidak sepatutnya dibebankan dengan
pembelajaran berasaskan peperiksaan.

Tanpa kita sedari pendidikan kanak-kanak dikatakan dibebani


dengan silibus yang tinggi, sehingga melampaui pemikiran mereka
sebagai pelajar sekolah rendah.

Ujian dan peperiksaan sering kali diadakan bagi menguji tahap


kemampuan pelajar, namun ia kadangkala membataskan pemikiran
kanak-kanak berfikir lebih kreatif sehingga mereka mengalami
tekanan.

Susulan tiadanya peperiksaan, dalam tempoh dua bulan menjelang


sesi baharu persekolahan 2019, Kementerian Pendidikan akan
memperinci dan memperjelas pelaksanaan pendekatan baharu
itu bagi memastikan guru dan sekolah benar-benar bersedia.

Justeru, kita berharap kali ini aspek pelaksanaannya perlu


ditumpukan kepada soal penghayatan guru kerana menilai prestasi
murid bukan hanya berpandukan keputusan peperiksaan,
sebaliknya berasaskan bakat, intelektual, emosi serta kemahiran
sahsiah.

Sebelum ini banyak rungutan diketengahkan, terutama ibu bapa


mengenai bagaimana anak usia sekecil itu bertungkus-lumus
menghadapi peperiksaan, seolah-olah seperti mahu melangkah ke
peringkat menengah atau menara gading.

Tekanan emosi selalu melanda anak sekiranya gagal mendapat


kedudukan baik dalam peperiksaan. Perlu diingat sementara
langkah menghilangkan beban peperiksaan kepada murid,
kementerian juga wajar memastikan pelaksanaan sistem
pentaksiran ini tidak bertukar menjadi beban pula kepada guru.

Banyak negara maju tidak lagi mengamalkan sistem


berorientasikan peperiksaan pada peringkat awal persekolahan.
Jepun misalnya, pelajar mereka tidak mengambil peperiksaan
sehingga umur 10 tahun. Di Finland, Sweden, New Zealand, malah
Singapura, guru pada peringkat prasekolah dilatih dengan teliti,
supaya dapat mendidik anak kecil dengan baik dan berkesan.
Sebagai ibu bapa, pasti setiap dari kita mahukan anak dari kecil
iaitu seawal prasekolah mendapat pendidikan terbaik daripada
guru. Justeru, perubahan atau pembaharuan sekali pun, sama ada
dari segi sistem atau silibus, kedudukan pelajar dan guru sebagai
pemegang taruh perlu diutamakan, bukannya melayan mereka
sebagai bahan uji kaji.

Anda mungkin juga menyukai