Anda di halaman 1dari 17

1

SKPS 6013
ETIKA ALAM SEKITAR

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
SARJANA PENGURUSAN PERSEKITARAN

TAJUK SOALAN 1
ISU DAN CABARAN ETIKA ALAM SEKITAR DALAM MASALAH PENCATUAN
AIR DI NEGERI SELANGOR

PENSYARAH:
PROF. DR AMRIAH BINTI BUANG

NAMA:
MAZNI BINTI BALI
P74297
2

SENARAI KANDUNGAN

1. PENGENALAN ............................................................................................................ 3

2. KRONOLOGI MASALAH PENCATUAN AIR SELANGOR ............................... 3

3. ISU DAN CABARAN ETIKA ALAM SEKITAR DALAM PENGURUSAN


SUMBER AIR SELANGOR ....................................................................................... 5
3.1 Kekurangan Bekalan Air Terawat............................................................................ 5
3.2 Masalah Air tidak berhasil ....................................................................................... 6
3.3 Alternatif yang dicadangkan oleh pihak Kerajaan Selangor .................................... 8
3.4 Meneroka sumber baharu : Penyelesaian melalui Projek Langat 2 ....................... 10
3.5 Masalah Politik ...................................................................................................... 12
3.6 Isu penggunaan air ................................................................................................. 14

4. KESIMPULAN ........................................................................................................... 16

5. RUJUKAN .................................................................................................................. 17

SENARAI RAJAH
Rajah 1 : Lakaran ringkas bagaimana air dipam daripada lombong. .................................... 8
Rajah 2: Lakaran Ringkas Projek Langat 2......................................................................... 11

SENARAI JADUAL
Jadual 1: Paras 7 buah Empangan di negeri Selangor ........................................................... 4
3

1. PENGENALAN

Mengimbas kembali fakta-fakta sejak beberapa tahun yang lalu, pakar hydraulogic telah
membuat perkiraan bahawa negeri Selangor akan mengalami masalah kekurangan bekalan
air terawat bagi memenuhi keperluan domestik dan industri pada tahun 2014. Ramalan ini
ternyata tepat kerana ia sebenarnya ia bukanlah sekadar ‘ramalan kosong’ tetapi ia
berdasarkan beberapa indeks kepenggunaan air yang dikatakan meningkat 8% setiap tahun.
Sumber air dari sungai-sungai di Selangor tidak berupaya untuk menampung keperluan
yang meningkat saban tahun ini memandangkan pembangunan di Lembah Klang yang
pesat dan lembangan sungai menjadi semakin cetek serta sering berlaku pencemaran.
Kadar resapan air ke dalam tanah juga menjadi semakin berkurangan lantaran setiap inci
tanah tanah kini dipenuhi oleh jalanraya dan konkrit bangunan serta tarahan bukit-bukit,
maka sudah tentulah mata air yang menjadi sumber anak-anak sungai semakin mengecil.
Faktor antropogenik seperti masalah pencemaran, sikap pengguna dan kelemahan
pengurusan air juga berupaya menjadi punca berlakunya krisis bekalan air sehingga
memaksa pihak pentadbiran mengaktifkan pelan catuan air di Selangor bermula Februari
2014.

2. KRONOLOGI MASALAH PENCATUAN AIR SELANGOR

Negeri Selangor hakikatnya adalah negeri yang terbesar dari segi jumlah pengeluaran air
yang dibekalkan mengikut negeri di Malaysia. Krisis air Selangor bermula pada 15 Julai
sehingga 23 Julai 2012 manakala pada tahun 2014 catuan air bermula pada mulai 27
Februari sehingga 31 Mac 2014, yang melibatkan 71 kawasan. Kekurangan air di loji
negeri Selangor, yang agak terhad dengan rizab margin air kini berada pada tahap kurang
daripada 2%, namun catuan air yang berlaku pada masa ini adalah berpunca daripada
kurangnya sumber air mentah. Disebabkan cuaca yang panas dan kering diikuti dengan
hujan yang kurang sejak Januari 2014, paras sungai-sungai dan empangan-empangan telah
menyusut. Fenomena ini terbukti apabila rekod di empangan-empangan menunjukkan
jumlah hujan yang rendah berbanding dengan bulan-bulan yang sama tahun-tahun yang
lepas. Ketujuh-tujuh empangan bekalan air yang menyimpan air mentah bagi keperluan air
terawat di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya telah menyusut ke tahap yang
rendah. Empangan Sg. Selangor merupakan empangan terbesar di negeri Selangor di
Lembangan Sungai Selangor. Di dalam lembangan yang sama, Empangan Sg. Selangor
4

dan Empangan Sg. Tinggi membekalkan sumber air mentah bagi memenuhi 61% daripada
permintaan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Cuaca yang panas dan hujan yang kurang di kawasan tadahan telah menyebabkan
semua empangan di Negeri Selangor yang membekalkan air kepada penduduk-penduduk
Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya terus susut. Sehingga
27 Februari 2014, kedudukan 7 buah empangan di negeri Selangor adalah seperti berikut:

Bil Empangan Paras Jumlah Simpanan Peratus Simpanan


(Meter di Aktif Aktif
atas paras laut) (Juta Meter Padu) (%)
1 Sungai Selangor 196.75 109.43 47.57
2 Sungai Tinggi 55.87 88.58 77.36
3 Sungai Semenyih 108.57 50.57 85.60
4 Sungai Langat 215.96 24.40 71.57
5 Klang Gates 89.90 13.56 53.54
6 Tasik Subang 38.09 4.00 95.12
7 Sungai Batu 100.60 25.92 85.05
Jadual 1: Paras 7 buah Empangan di negeri Selangor

Dari 7 buah empangan tersebut, Empangan Sg. Selangor dan Empangan


Klang Gates telah menyusut kepada paras yang membimbangkan dengan masing-
masing mempunyai peratus simpanan sebanyak 47.57% dan 53.54%. Pengurangan
pelepasan air mentah dari Empangan Sg. Selangor telah menjejaskan pengeluaran LRA
SSP1, LRA SSP2, LRA SSP3 dan LRA Rasa manakala dari Empangan Klang Gates pula
telah menjejaskan LRA Bukit Nanas dan LRA Wangsa Maju. Maka dengan itu, semua
kawasan agihan yang dibekalkan dari keenam-enam loji tersebut telah mengalami
pengurangan bekalan air. Dengan pengurangan bekalan air tersebut bererti SYABAS perlu
mengagihkan bekalan air yang ada secara berjadual.

Akibat pengurangan pelepasan air mentah, krisis air di Selangor terus meruncing.
Jumlah penduduk-penduduk yang terjejas adalah lebih ramai dan kawasan yang
terlibat adalah lebih besar. Sistem bekalan air yang perlu dikawal semasa pengagihan
air berjadual juga adalah kompleks dan pengawalan sistem memerlukan tenaga pekerja
yang ramai. Di samping itu, lebih banyak keperluan logistik seperti lori tangki air, tangki
statik dan Pusat Perkhidmatan diperlukan.
5

Oleh itu, pelan catuan belakan air telah diaktifkan pada 27 Februari 2014 atas
arahan kerajaan negeri Selangor dengan kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara
(SPAN) yang meliputi 4 peringkat serta dilaksanakan secara berperingkat. Pelan tindakan
kecemasan (ERP) juga terpaksa dilaksanakan memandangkan keadaan bekalan air semakin
beruncing namun berjaya diatasi dalam waktu yang singkat. Pelbagai usaha telah
dilaksanakan oleh semua pihak seperti kerajaan negeri Selangor dan syarikat-syarikat
konsesi untuk menyelesaikan masalah ini antara usaha yang dilakukan adalah menambah
beberapa pusat panggilan kecemasan.

3. ISU DAN CABARAN ETIKA ALAM SEKITAR DALAM PENGURUSAN


SUMBER AIR SELANGOR

3.1 Kekurangan Bekalan Air Terawat

Pembinaan dan pengoperasian loji rawatan air merupakan komponen utama dalam sistem
perbekalan air. Di Selangor terdapat 34 buah loji rawatan air yang beroperasi di bawah
empat buah syarikat operator air iaitu; Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd
(SPLASH) yang mengendalikan 3 buah loji, Konsortium ABASS Sdn Bhd yang
mengendalikan sebuah loji, Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB) yang mengendalikan 29
buah loji dan Konsortium Air Selangor Sdn Bhd yang mengendalikan sebuah loji .
Kesemua loji-loji rawatan air tersebut hanya mampu untuk membekalkan ke
tahap 4638 juta liter sehari (JLH) mengikut rekabentuk asalnya. Namun oleh kerana
permintaan yang semakin meningkat, maka sesetengah loji-loji rawatan air tersebut telah
beroperasi melebihi kapasiti dan membekalkan air terawat dan boleh diagih (kapasiti boleh
agih) iaitu 4661 JLH. Dalam keadaan overloaded, sistem rumah pam yang berfungsi
menyalurkan air dari pusat loji rawatan air ke tangki atau kolam imbangan dan tangki
perkhidmatan juga telah telah dikerah siang dan malam bagi memenuhi permintaan.
Manusia juga perlukan masa rehat yang mencukupi untuk berkerja di hari esoknya. Inikan
pula sistem elektik dan mekanikal yang menjadi komponen dalam sistem rumah pam. Ia
perlukan juga rehat untuk diservis dan penggantian komponen. Kejadian kerosakan sistem
dalam rumah pam yang mengakibatkan beberapa kawasan di negeri Selangor mengalami
gangguan bekalan air mentah akibat dari permasalahan ini. Mengikut kajian yang
dijalankan oleh pihak berwajib mendakwa, bekalan air di negeri Selangor hanya mampu
untuk bertahan sehingga pertengahan tahun 2014 sahaja.
6

Bekalan air terawat yang kian kritikal menyebabkan catuan air dilaksanakan. Pihak
kerajaan melaksanakan catuan air setelah menilai dan menyelidiki setiap kesan yang
berlaku. Konsep Utilitarian ethics dibawa oleh Jeremy Bentham adalah berkaitan dengan
tindakan yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor. Konsep ini menjelaskan
tindakan yang memaksimumkan sesuatu yang baik secara menyeluruh atau menghasilkan
yang terbaik untuk jumlah yang terbesar. Di sini, pihak kerajaan melihat pelaksanaan
catuan air merupakan suatu langkah yang wajar bagi mengawal penggunaan jumlah air
akibat krisis air yang sedang berlaku. Berdasarkan pandangan pakar-pakar yang berkaitan,
pelaksanaan catuan air dijalankan berikutan pengenalpastian kesannya yang memberi lebih
banyak kebaikan daripada keburukan. Walaubagaimanapun, pelaksanaan catuan air ini
boleh dianggap bersifat diskriminasi terhadap sesetengah pihak. Etika speciesm
menjelaskan suatu pembahagian bagi menentukan nilai-nilai perbezaan atau hak untuk
mengelaskan kepada kumpulan keanggotaan spesis. Dalam kes catuan air di Selangor,
etika speciesm dapat dilihat apabila berlaku diskriminasi dalam pembahagian jadual
catuan. Contohnya, terdapat sesetengah kawasan yang menerima jumlah air lebih daripada
dua hari, terdapat kawasan yang langsung tidak menerima air serta terdapat juga kawasan
yang langsung tidak terlibat dengan catuan air ini. Justeru, pelaksanaan ini memberi
implikasi yang besar terhadap kepercayaan penduduk negeri Selangor khususnya terhadap
kepimpinan

3.2 Masalah Air tidak berhasil

Isu air tidak berhasil atau Non-Revenue-Water (NRW) merupakan pembaziran air terawat
yang seharusnya dibekalkan kepada pengguna tetapi tidak memberi pulangan hasil kepada
syarikat air yang membekalkannya. Dalam sistem pengagihan air, masalah kehilangan air
menjadi semakin serius di Malaysia. Menurut Bank Sedunia, kira-kira 40-60% daripada
jumlah air yang dibekalkan telah hilang semasa proses pengagihan air. Masalah Air Tak
Berhasil (NRW) daripada sistem pengagihan air merupakan isu yang amat kritikal dalam
industri air. Ia menjadi salah satu penanda aras yang digunakan untuk mengukur prestasi
syarikat bekalan air di Malaysia. Masalah NRW ini berpunca daripada beberapa
komponen, termasuklah kebocoran di dalam sistem bekalan air seperti sesalur utama,
sistem pengagihan, retikulasi dan paip perhubungan hingga ke meter pengguna, kesilapan
membaca meter air dan juga kecurian air. Kebocoran air adalah satu masalah yang boleh
merugikan sumber alam yang sangat berharga. Ia juga memberi kesan kepada ekonomi
7

negara. Kebocoran air pada peringkat awal dalam sistem pengagihan air bukan sahaja
menyebabkan kerugian, malah kerugian sampingan lain seperti kerosakan rangkaian paip,
gangguan kepada pengguna di kediaman dan merosakkan struktur tanah yang terdapat paip
pengagihan di bawahnya. Terdapat pelbagai kelemahan yang telah dikenal pasti oleh
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam menangani isu ini antaranya seperti
berikut:
i. Tiada program atau perancangan pengawalan kebocoran secara aktif
ii. Peruntukan penyelenggaraan yang kecil
iii. Kekurangan kakitangan yang kompeten
iv. Pengurusan aset yang lemah
v. Pelaksanaan dan penyelenggaran sistem bekalan air yang tidak sistematik
vi. Kelemahan dari segi sistem teknologi maklumat
vii. Kelemahan dari segi sistem pengumpulan data
viii. Pemahaman pengurusan kebocoran kurang diberi perhatian
ix. Air dianggap bukan satu perkara bernilai disebabkan kadar harga yang rendah

Bagi menangani isu NRW di Malaysia, SPAN telah mengenal pasti dan merancang
pelbagai strategi yang akan menyumbang kepada pengurangan paras NRW. Namun
demikian, perancangan Syabas untuk proses menaiktaraf dan menggantikan paip-paip
usang yang berkarat serta bocor memerlukan perbelanjaan yang besar. Tetapi, geran dalam
peruntukan kerajaan persekutuan dalam perbelanjaan modal atau capital expenditure
(CAPEX) telah dibekukan oleh kerajaan Negeri Selangor. Kegagalan dalam
menyelesaikan air tidak berhasil terjadi akibat dari pengurusan air yang tidak cekap. Paip
yang rosak tidak diganti kerana memikirkan soal kos yang tinggi untuk menyelenggara
tanpa memikirkan kesan jangka masa panjang.

Dalam permasalahan ini, prinsip kemoralan yang dibawa oleh Immanuel Kant iaitu
deontology harus harus dipertimbangkan oleh Kerajaan Negari. Kuasa pemerintahan
peringkat negeri seharusnya digunakan bagi menyokong tekad baik Syabas dalam
menangani masalah pengurusan di negeri Selangor. Walaupun kos yang diperlukan adalah
tinggi namun dari segi etika ia adalah tindakan wajar kerana Kerajaan negeri harus
memikirkan langkah kawalan jangka masa panjang bukannya penyelesaian bersifat
sementara seperti bantuan air percuma dari rumah ke rumah. Sementara itu, Syarikat
konsesi yang telah dipertanggungjawabkan harus telus dalam mengurus sumber air.
8

Justeru, kesemua pihak harus bersama-sama dalam dalam melaksanakan tanggungjawab


kepada penduduk Selangor iaitu memastikan setiap pendudukan mendapat bekalan air
bersih yang mencukupi bagi keperluan harian mereka.

3.3 Alternatif yang dicadangkan oleh pihak Kerajaan Selangor

Ekoran daripada ketidaksepakatan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri


terhadap pelaksanaan Projek Langat 2, pihak Kerajaan Negeri yang mengutarakan
cadangan penyelesaian berunsurkan technocentrism iaitu merupakan satu sistem nilai yang
menumpukan kepada keupayaan teknologi mengawal dan melindungi alam sekitar. Teori
ini mendasari bahawa masalah alam sekitar berada di bawah kawalan manusia dan
diselesaikan menggunakan sains dan teknologi melalui penyelidikan saintifik. Dalam
permasalahan air ini beberapa alternatif kaedah berteknologi telah dicadangkan seperti
cadangan pelan kontigensi mengepam air lombong untuk disalurkan ke sungai-sungai yang
membekalkan air ke loji rawatan. Walaupun dari segi kualiti air ia mungkin dibolehkan
kerana percampuran antara air lombong dan air sungai akan menyebabkan kepekatan
sumber-sumber logam berat dari air lombong dapat dikurangkan, namun jika dilihat dari
dari sudut ilmu hydraulogic dan kejuruteraan pelan kontigensi mengepam air dari
lombong-lombong untuk menaikkan paras air sungai bagi memudahkan pengepamkan
semula ke loji-loji rawatan air dilihat tidak dapat menyelesaikan masalah.

Rajah 1 : Lakaran ringkas bagaimana air dipam daripada lombong untuk disalurkan ke
sungai-sungai yang terdapat loji rawatan air
9

Rajah 1 menunjukkan lakaran ringkas bagaimana air dipam daripada lombong untuk
disalurkan ke sungai-sungai yang terdapat loji rawatan air. Jika kedudukan lombong
berdekatan dengan suangai-sungai, maka ianya akan disalurkan terus ke sungai melalui
paip. Jika ianya terlalu jauh, maka ia akan dialirkan ke anak sungai. Jika pun dianggarkan
dengan cara mengepam air lombong dari pelbagai lokasi dengan kapasiti 700 - 900 juta
liter sehari, tetapi air yang sampai ke loji rawatan mungkin hanyalah 5% sahaja. Dengan
sebuah pam dapat mengepam 50 juta air sehari serta dapat menaikkan paras air sungai di
tempat loji rawatan dengan setinggi 5cm. Jika ada 8 buah pam maka puratanya ialah 40 cm
sahaja. Itupun jika 8 buah pam digerakkan secara bersama dan tanpa henti. Berapa pula
kos untuk menempatkan 8 buah pam serta kos operasi tertutamanya bahan bakarnya iaitu
diesel? Biasanya ia akan dilakukan dengan kerja-kerja ad-hoc dan tentulah kosnya semakin
tinggi. Kerana kerajaan menyewa segala kelengkapan sama ada pam serta paip-paip. Dari
segi kuantiti yang dapat disedut oleh loji-loji rawatan air, ia mungkin 10% daripada 900
juta liter air, maka sebenarnya kita hanya dapat 90 juta liter sahaja. Apakah berbaloi
dengan mengeluarkan wang dan tenaga untuk mengepam sebegitu banyak air daripada
lombong tetapi hanya dapat 10% sahaja? Maka cukupkah 10% air mentah itu untuk
menampung kekurangan bekalan air terawat yang sangat-sangat diperlukan oleh penduduk
Selangor?

Selain itu, Kerajaan Negeri juga turut menyarankan teknologi membran yang
diperolehi daripada Kanada, bagi meleraikan kemelut air yang semakin kronik ini.
Teknologi membran merupakan kaedah merawat dan memproses air kumbahan dan
sebahagian dari air sisa agar dapat diguna semula. Namun begitu, kelebihan teknologi itu
hanya setakat membersihkan air untuk industri yang boleh diguna semula dalam indusrti
atau operasi kilang dan tidak sesuai untuk kegunaan isi rumah. Tambahan pula, sistem ini
memerlukan air mentah mencukupi untuk memproses air kumbahan dan air sisa menjadi
air bersih. Oleh itu teknik penyelesaian ini agak tidak relevan keranan sememangnya
negeri ini kekurangan sumber air mentah. Selain itu, kos rawatan air teknologi membran
adalah jauh lebih tinggi berbanding loji rawatan air konvensional iaitu di antara lima
hingga enam kali ganda. Cadangan teknologi membran dengan menapis air sisa dan air
kumbahan ini telah menjadi isu perdebatan hangat. Walaupun pada fizikalnya air sisa yang
telah melalui proses membran kelihatan bersih namun hakikatnya, ia tidak akan mengubah
tanggapan pengguna mengenai ‘status silam’ air tersebut. Nilai intrinsic air itu seolah-oleh
telah diragut apabila air bertukar status sebagai ‘sisa’ dan ‘kumbahan’. Selain itu, bekalan
10

air mentah juga turut diperlukan bagi memproses air sisa tersebut. Padahal, sememangnya
kita sudah maklum bahawa punca kemelut air di Selangor adalah kekurangan air mentah.
Meskipun pelbagai sarana telah diusulkan, kita harus mengimbangtara impaknya yang
mendominannya. Walaupun kaedah berteknologi ini menyokong bahawa manusia
mempunyai kuasa dalam mengawal dan mempengaruhi alam sekitar namun, kita harus
bijak menggunakan teknologi agar berbaloi dengan kos alam sekitar yang dikeluarkan
dengan faedah yang diperolehi oleh segenap lapisan masyarakat.

3.4 Meneroka sumber baharu : Penyelesaian melalui Projek Langat 2

Sejak tahun 1998 lagi, negara kita telah mengalami krisis bekalan air yang kronik ekoran
fenomena El Nino di seluruh dunia di mana bacaan taburan hujan di Malaysia terlalu
rendah. Hujan yang turun di Pantai Timur tidak dapat dimanfaatkan oleh negeri-negeri di
Pantai Barat kerana halangan Banjaran Titiwangsa dan sungai-sungai yang membawa air
akan terus ke kuala menuju Laut China Selatan. Maka lahirlah idea mengapa tidaknya air
sungai yang berada di Pantai Timur itu dapat disalurkan ke Pantai Barat menggunakan
kaedah moden. Dalam kajian Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri yang
dibuat dalam tahun 1992 mendapati negeri Pahang mampu untuk membekalkan air mentah
kepada Lembah Klang. Bagaimanapun ketika itu tidak ada keperluan bagi perlaksanaannya
sehinggalah di tahun 1998 dan selepas kejadian El Nino, maka ianya harus menjadi
kenyataan. Kajian terperinci kemudiannya telah terarah kepada pembinaan terowong
melalui Banjaran Titiwangsa bagi menyalirkan air dari Pahang ke Selangor.

Projek Langat 2 merupakan projek membina Loji Rawatan Air Langat 2 yang juga
sebahagian daripada Projek Pemindahan Air Mentah Pahang-Selangor yang akan merawat
1.89 bilion liter air mentah untuk disalurkan ke Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur dan Putrajaya sehingga 2025. Projek yang dicadang kerajaan persekutuan seawal
tahun 2007 ini adalah bertujuan untuk menampung permintaan bekalan air terawat dari
Selangor, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya yang semakin meningkat saban tahun.
Langat 2 yang sepatutnya mula dibina pada tahun 2012 tertangguh kerana kerajaan negeri
Selangor tidak membenarkan Langat 2 dibina selagi pengstrukturan industri air tidak
diselesaikan. Kerisauan kerajaan negeri Selangor juga jelas untuk melidungi kepentingan
rakyat Selangor daripada beban kenaikan tarif air sekiranya Langat 2 diteruskan.
11

Rajah 2: Lakaran Ringkas Projek Langat 2

Projek Langat 2 ini melibatkan pembinaan terowong sepanjang 44.6 km yang


merupakan terowong terpanjang di Asia Tenggara dan yang keenam di dunia merentasi
Banjaran Titiwangsa yang bermula dari Karak, Pahang terus ke Hulu Langat dibuat oleh
kerajaan Persekutuan adalah merupakan satu inisiatif yang terkehadapan. Sebahagian
terowong telahpun dalam pembinaan tetapi bahagian loji rawatan yang berada di Hulu
Langat pada mulanya tidak dapat diteruskan kerana masalah politik antara Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Namun begitu di sebalik pelaksanaan Projek Langat 2, terdapat sesuatu yang perlu
dikorbankan. Konsep antroponcentric telah diadaptasi dalam mencari jalan keluar
permasalahan ini. Bagi memenuhi permintaan air di negeri Selangor, pembinaan terowong
sepanjang 44.6 km yang merentasi Banjaran Titiwangsa ini membawa ancaman kepada
ekologi hutan dan impak negatif kepada penduduk peribumi berdekatan. Untuk
menyalurkan air mentah dari Pahang ke Selangor ini dua buah empangan baru iaitu
Empangan Kelau dan Empangan Muka Sauk dan Stesen Pam Semantan dibina di sebelah
Pahang bagi tujuan tersebut. Paip dan terowong yang menghubungkan kedua-dua
empangan ini akan melalui ladang getah, ladang kelapa sawit, bukit yang curam dan
kawasan berhutan Banjaran Titiwangsa. Selain itu, projek ini mendatangkan impak
terhadap seluas 1,057 hektar Hutan Simpan Kekal Lakum. Hutan ini merupakan habitat
hidupan liar seperti monyet spesies dusky leaf, badak sumbu dan burung enggang hitam.
Dalam hal ini alam sekitar terpaksa dimanipulasi demi menyelesaikan masalah krisis air
ini.
12

Sungguhpun begitu, projek mega sebegini pastinya telah mempunyai kelulusan


Penilaian Impak Persekitaran yang lengkap dengan langkah mitigasi dan tebatan awal bagi
meminimakan impak negatif terhadap alam sekitar. Konsep etika alam sekitar pareto
optima dapat diaplikasi dalam memastikan kedua-dua eleman (manusia dan alam sekitar)
mendapat faedah yang optimum. Dalam pelaksanaan Projek Langat 2 ini, terdapat
langkah mitigasi telah dijalankan termasuklah penggunaan teknik pengorekan terowong
yang menggunakan kaedah New Austrian Tunneling Method (NATM) dan tiga buah mesin
Tunnel Boring Machine (TBM). Mesin TBM ini adalah bersaiz lebih kecil agar dapat
mengurangkan impak alam sekitar. Selain itu, sumber-sumber air yang diperolehi dari
pergunungan Banjaran Titiwangsa akan disalirkan dengan cara graviti ke stesyen pam yang
terletak berhampiran dengan Sungai Semantan dan kemudiannya akan dipamkan ke
saluran paip berkembar dan terus ke terowong yang akhirnya mengalir ke loji rawatan air
di Hulu Langat. Perkiraan cadangan penyelesaian berunsurkan technocentrism yang
bersesuaian pastinya dapat mewujudkan ‘win win situation’ dan seterusnya meminimakan
konflik akibat interaksi manusia dan alam semulajadi.

3.5 Masalah Politik

Tidak dapt dinafikan masalah politik merupakan isu pengurusan air yang besar sekali di
negeri Selangor. Zaini Ujang (2010) yang merupakan pakar air terkemuka di Malaysia
menyatakan bahawa faktor politik menentukan pengurusan air dan sungai. Isu yang paling
ketara ialah tidak wujud kesefahaman dan kerjasama antara kerajaan persekutuan dan
kerajaan negeri. Tambahan pula semenjak Negeri selangor jatuh ke tangan pembangkang.
Perselisihan yang berlaku antara kedua pihak ini telah menimbulkan kebimbangan kerana
akhirnya ia akan mengancam sekuriti air dan seterusnya menyusahkan rakyat selangor
sendiri. Menurut Yow (2012), sebelum ini Menteri Besar Selangor rela mengadakan
perjumpaan dengan dua operator antarabangsa dalam persiapanuntuk mengambil alih
industri perkhidmatan air daripada syarikat konsesi. Beliau juga menekankan proses
tersebut mesti melalui “proses telus dan bertanggungjawab”. Kerajaan negeri Selangor rela
berbuat demikian walaupun pemindahan aset air tertakhluk di bawah Akta Industri
Perkhidmatan Air 2006 (WSIA) kyang memastikan segala aset di Semenanjung Malaysia
terletak di bawah Kerajaan Persekutuan sebelum ia disewakan kepada pemegang lesen
setiap negeri tindakan Kerajaan Selangor itu semata-mata mencabar kerajaan persekutuan.
Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan sememangnya telah buntu semenjak
13

peralihan kuasa politik kepada pihak pembangkang kerana ke dua belah pihak tidak mahu
melepaskan kawalan industri air. Kawalan aset air Selangor adalah penting bagi Kerajaan
Negeri menetapkan tarif dan memenuhi janji kempen air percuma bagi semua penduduk di
negeri itu, manakala Kerajaan Persekutuan pula cenderung menswastakan bekan air dan
ingi menaikkan tarif air.

Selain itu, kedua-dua pihak ini juga pada awalnya bertelingkah mengenai cadangan
loji rawatan Langat 2. Menurut Kerajaan Persekutuan, loji itu diperlukan bagi menjamin
masa depan bekalan air di Selangor tetapi pihak Kerajaan Negeri Selangor mempunyai
pendapat yang bertentangan, sebaliknya mengatakan bahawa Kerajaan Persekutuan
sengaja mempolitikan masalah air negeri ini dan memintanya berkerjasama dengan
Kerajaan Pusat untuk mengelakkan daripada negeri terkaya ini mengalami krisis bekalan
air pada 2014. Apabila Kerajaan Negeri melengah-lengahkan persetujuan tentang
pembinaan Projek Langat 2 yang telah tertangguh selama hampir enam tahun, Selangor
telah mengalamai kemelut air yang teruk sehinggakan memaksa pelaksanaan catuan air
secara berperingkat.

Krisis air yang berterusan di Selangor sebenarnya sudah sampai ke peringkat yang
mendatangkan kebencian rakyat terhadap pihak pentadbiran Tidak kira samada mereka
mempunyai fahaman politik yang sama atau berbeza, perasaan meluat tetap meluap kerana
terpaksa menanggung kesusahan ekoran catuan air. Oleh itu, kedua-dua pihak harus
berfikir secara utilitarian iatu memaksimumkan sesuatu yang memberi manfaat secara
menyeluruh kepada penduduk negeri Selangor. Kesepakatan antara Kerajaan Persekutuan
dan Kerajaan Negeri harus dicapai dalam memenuhi elemen kebaikan tanpa melanggar
peraturan yang peruntukan dibawah senarai bersama yang diperuntukkan oleh
Perlembangaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri hendaklah
mempunyai hubungan yang baik agar pengurusan masalah bekalan air dapat diatasi
melalui perbincangan bersama diantara dua pihak. Dalam hal ini kerajaan persekutuan
menggunakan kuasa eksutif yang diperuntukkan dalam Seksyen 191(4) Akta Perkhidmatan
Industri 2006 (WSIA) untuk terlibat sama dalam mencari satu jalan penyelesaian kemelut
ini, manakala pihak kerajaan Selangor pula hendaklah akur tentang segala keputusan yang
telah dipersetujui oleh semua pihak demi kepentingan bersama.
14

Walaupun mengambil masa yang agak lama untuk mempersetujui langkah


penyelesaian yang telah di ajukan oleh Kerajaan Persekutuan, akhirnya kedua-dua pihak
bersetuju mencapai kata sepakat berhubung penyelesaian isu air yang membelenggu
penduduk di negeri itu dengan menandatangani Memorandum Persefahaman. MOU ini
ditandatangani Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili
dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan disaksikan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya. MOU tersebut membolehkan kerajaan
Selangor melaksanakan penstrukturan semula industri bekalan air di Negeri itu bagi
meningkatkan keberkesanan perkhidmatan bekalan air di Selangor dan mengambilkira
bekalan air yang lebih mampan di Kuala lumpur dan Putrajaya. MOU itu juga memastikan
Projek Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihan, LRAL2 dapat diteruskan bagi
menjamin bekalan air berterusan di Selangor.

Dengan komitmen Kerajaan Negeri Selangor kini telah mengubah senario tersebut
bahawa Projek Langat 2 akan diteruskan mengikut jadual dan dijangkakan Loji Rawatan
Air Langat 2 akan siap di penghujung tahun 2016. Projek Langat 2 yang dianggarkan
berharga RM8.65 billion dijangka membekalkan sebanyak 1.89 bilion liter air mentah akan
disalurkan ke Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga tahun 2025. Jika
dibandingkan dengan kos efisien untuk membina Projek Langat 2 berbanding untuk
mengurangkan kehilangan air di Lembah Kelang sebanyak 10% yang memerlukan
perbelanjaan sebanyak RM7.2 billion yang kini kadar air tidak terhasil (non-revenue water
atau NRW) berada dari 32.3% kepada 20.3%, tetapi ianya hanya mampu untuk
menghasilkan tambahan air sebanyak 500 JLH sahaja.

3.6 Isu penggunaan air

Selain itu, pengguna juga memainkan peranan penting dalam menangani krisis air di
Selangor. Di sebalik pencatuan air oleh pihak berkuasa, ironinya penduduk masih
menggunakan purata 226 liter air atau kira-kira 150 botol 1.5 liter air seorang, setiap hari.
Kajian terdahulu mendapati tahap penggunaan air di negara ini secara puratanya amatlah
tinggi berbanding negara lain di dunia. Angka tersebut lebih tinggi berbanding dengan
penggunaan individu di Singapura 154 liter serta 90 liter bagi setiap individu di Thailand
dan 100 liter setiap individu di Afrika. Haliza (2014) menyatakan bahawa 70% pengguna
air di Malaysia mengunakan air secara berlebih dan sebahagian besar daripada mereka
tidak berhasrat untuk mengubah tabiat penggunaan air tersebut. Piawaian antarabangsa
15

menganggarkan hanya 165 liter air bagi setiap individu digunakan di dunia ini. Jumlah ini
hampir dua kali ganda lebih berbanding penggunaan di Malaysia. Jika pengguna di
Malaysia mengikut kadar yang disyorkan oleh piawai antarabangsa ini, penggunaan air
sebanyak 37% akan dapat dikurangkan. Sikap apati pengguna air merupakan salah satu
punca masalah pembaziran air dan penggunaan air yang sangat tinggi di negara kita. Tariff
air yang sangat murah dan harga air di Selangor khasnya masih lagi murah iaitu RM0.57
per meter padu berbanding negara- negara lain seperti Brazil RM3.91 per meter padu,
Afrika RM2.31 per meter padu dan Singapura RM4.78 per meter padu. Jika dibuat
perbandingan dengan elektirik, bil air hanyalah 10% daripada harga bil elektrik. Oleh
kerana sumber air yang banyak serta mewah, pengguna di negara ini kurang untuk
menghargai nilai air yang dibekalkan ke rumah-rumah. Tambahan pula kerajaan negeri
telah memberi 20m3 percuma kepada pengguna domestik negeri Selangor.

Pengguna menganggap bahawa alam sekitar termasuk air adalah tanggungjawab


kerajaan dan bukan tanggungjawab kita, justeru, perkara ini menyebabkan masyarakat
buat tak endah soal pemuliharaan air. Walaupun sumber air datang kepada kita dengan
mudah iaitu hanya membuka pili air, namun kita harus menghargai nilai intrinsik (intrinsic
value) air itu sendiri bukan semata-mata pada saat kita memerlukan. Jangan hanya apabila
berlaku catuan air kita menggunakannya secara berhemah, tetapi semasa tiada gangguan
bekalan air juga kita harus sentiasa sentiasa berjimat, terutamannya bagi penduduk
Selangor yang tidak terlibat dengan catuan air tersebut

Selain itu, pengguna harus mengubah sikap agar dapat menggunakan air secara
bijak dengan cara meminimumkan kesalahan (minimun wrong). Justeru, kita harus melihat
kembali sikap dan habit yang boleh menyumbang ke arah pembaziran. Terdapat pelbagai
cara bijak yang dapat di lakukan seperti tidak biarkan air mengalir ketika menggosok gigi,
membasuh muka ataupun bercukur, mengurangkan masa mandi, tidak menyiram pokok
bunga secara berlebihan, kerana menurut kajian, 30% daripada penggunaan air harian
digunakan untuk menyiram pokok bunga.

Di samping itu pengguna juga harus mempertimbangkan tindakan kerajaan untuk


menaikan tarif air. Walaupun tarif air merupakan isu sensitif, namun langkah ini dapat
dilihat sebagai salah satu jalan penyelesaian krisis air di Selangor ini. Tarif yang begitu
murah, sementara memastikan semua penduduk mendapat air yang secukupnya
16

menggalakkan penggunaan melampau dan pembaziran air. Konsep Tragedy of The


Commons boleh gunakan dalam situasi ini, kerana kita tahu kita tidak dapat menggelakan
kekurangan sumber air yang sememangnya telah lama dijangkakan. Oleh itu, istilah denda
atau caj boleh dikenakan kepada masyarakat secara meningkatkan tarif air. Namun begitu
sebarang kenaikan tariff air ini harus tidak membebankan golongan kurang mampu.
Kategori pembaziran boleh dibuat, dimana kerajaan boleh mengenakan tarif yang tinggi ke
atas penggunaan air yang melebihi piawaian yang ditetapkan. Secara tidak langsung,
pengguna akan lebih berjimat dan menggunakan air secara bijak.

4. KESIMPULAN

Sebagai salah sebuah negeri yang terbesar dari segi jumlah pengeluaran air, negeri
Selangor seharusnya tidak menghadapi masalah kekurangan bekalan air, apatah lagi
berdepan catuan bekalan air. Hakikatnya, kepincangan dalam sistem pengurusan sumber
air telah memandu negeri Selangor menhadapi kemelut air yang tidak berkesudahan.
Walaupun fenomena semulajadi boleh dilihat sebagai faktor penyebab berlakunya krisis air
ini, namun faktor antropogenik juga ternyata berupaya menjadi penyebab utama masalah
ini terutamanya dalam kepincangan perancangan dan kekurangan tenaga kerja yang
berkemampuan untuk melaksanakan pengurusan yang menyeluruh. Sesungguhnya dalam
menangani krisis air di negeri Selangor, fahaman politik harus diketepikan. Pihak Kerajaan
Persekutuan dan Negeri mahupun syarikat-syarikat konsesi air harus bergabung tenaga dan
kepakaran untuk memantapkan lagi pengurusan air di negeri Selangor, terutamanya dalam
menangani kekurangan bekalan air terawat, masalah air tidak berhasil serta dalam
menerokai sumber baharu yang dapat menjamin kelestarian sumber air di negeri ini. Akhir
sekali, sikap pengguna air sendiri perlu berubah dari ‘Masyarakat Membazir Air’ yang
bersikap apati kepada “Masyarakat Menjimat Air” yang perihatin sepaya benar-benar
mencerminkan sebuah masyarakat moden yang matang dan bertanggungjawab.
17

5. RUJUKAN

Haliza Abdul Rahmab (2014) .Water shortage in Malaysia: Again: 4th International
Conference on Human & Environment 2014. Universiri Kebangsaan Malaysia.20-35

Chan Ngai Weng (2014) Masalah sumber dan bekalan air serta pengurusannya di
Malaysia. Pengurusan Alam sekitar di Malaysia dan Indonesia . Institit Alam dan
Melayu (ATMA) Universiri Kebangsaan Malaysia. 119-147

Chan Ngai Weng. 2011.Malaysia faces looming water crisis. The Star.22 Mac 2011.

Michael Totty (2010) Journal Reports High-Tech Cures for Water Shortages . Journal
Report San Francisco. Technology & Culture, 49(3), 773-778.

Stephen Dale (2000). Smart Solutions To A Worsening Water Crisis. Article 2000-07,
University of California: Berkeley.

Suruhanjaya Perkhidmatan Negara (2014) Notis catuan bekalan air peringkat ketiga di
Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya

W.H. Auden (1998). Ten Steps to Preventing the Next Urban Water Crisis by Monsoon.
International Review for Environmental Strategies, 3(2), 222-239

Zaini Ujang (2009), Pengurusan Tadahan Air. Minda Lestari: Pembangunan negara dan
pemuliharaan alam sekitar. Universiri Ternologi Malaysia, Johor 43-47

Anda mungkin juga menyukai