Anda di halaman 1dari 4

Langkah-Langkah Tebatan Bagi Kawalan Pencemaran Alam Sekitar

Kawalan Pencemaran Air


Silt Fence
Tujuannya adalah untuk menghalang air larian permukaan (surface run-off) yang
membawa sediment dari terus mengalir ke aliran air sungai berdekatan.
Lokasi silt fence adalah di bawah kaki cerun, di sepanjang tebing sungai atau saliran dan disposal sites.
Bahan binaan adalah terdiri daripada kain geotextile yang diperbuat daripada bahan bukan ditenun
dengan kekuatantensile sebanyak 15 kN/m. Ia disokong dengan menggunakan kayu yang ditusuk ke
dalam tanah.
Ukuran dan lebar silt-fence adalah bergantung kepada keadaan di tapak projek.
Silt fencehendaklah dipantau setiap kali selepas hujan dan hendakalah diselenggara
apabila sediment telah berkumpul pada aras 2/3 daripada ketinggian silt fence tersebut.
Silt Trap
Silt trapbertujuan untuk menapis air tercemar sebelum dialirkan ke sungai berdekatan . Lokasi silt
trap adalah di bahagian hilir bagi sesebuah catchment. Fungsi silt trap adalah untuk memastikan
partikel tanah tersebut ditahan dan membenarkan air yang bersih sahaja dialirkan ke sungai berdekatan.
Saiz dan kedudukan adalah bergantung kepada kesesuaian di tapak bina.

Kawalan Pencemaran Udara
Debu Di Tapak Bina
Debu yang dihasilkan dari partikel halus tanah berterbangan di udara akibat tiupan angin atau
kenderaan yang bergerak.
Ia dapat dikurangkan atau dicegah dengan kaedah seperti berikut
i. Menyiram air secara kerap semasa musim kering
ii. Menetapkan had laju kepada <30 km/j
iii. Melakukan kerja-kerja tanah secara berkala
iv. Pemasangan lapisan jalan sehingga binder course.
Debu ini amat sensitive jika tapak projek berdekatan dengan kawasan perumahan, sekolah, hospital
atau gerai makanan.
Pembakaran Di Tapak Bina
Pembakaran terbuka adalah tidak dibenarkan di tapak bina. Pembakaran terbuka akan melepaskan asap
yang berbahaya kepada kesihatan para pekerja di tapak bina dan penduduk di sekeliling.
Jika pembakaran di tapak bina perlu dilakukan juga, ia memerluka kelulusan daripada Jabatan Alam
Sekitar, tertakluk kepada syarat-syarat yang dikenakan seprti kaedah penggunaan air curtain
incinerator untuk menghalang asap yang terhasil daripada merebak ke kawasan yang lebih luas.

Skid Tank/Drum
Skid tankyang ditempatkan di tapak bina hendaklah diletakkan di dalam bund. Bund hendaklah dibina
dari konkrit atau batu bata. Untuk mengawal tumpahan , saiz minimum bund tersebut adalah sekurang-
kurangnya 110% daripada saiz kapasiti tangki tersebut. Lokasi yang sesuai untuk skid tank adalah
sekurang-kurangnya 25 m dari pejabat tapak dan 50 m dari base camp.
Skid tankatau drum hendaklah dilabelkan dengan simbol mengikut ENVIRONMENTAL QUALITY
(SCHEDULE WASTE) REGULATIONS 2005.

Bahan Buangan Berjadual
Pelupusan minyak yang tidak digunakan hendaklah diuruskan dengan kaedah yang betul dan berjadual.
Kontraktor yang dilantik untuk melupuskan minyak terpakai tersebut hendaklah daripada kontraktor
yang sah dan berlesen untuk menghantar ke tapak pelupusan yang diluluskan oleh JAS. Segala
maklumat tentang kontraktor termasuk data consignment perlu diambil.
Pihak kontraktor tidak dibenarkan menyimpan minyak terpakai tersebut melebihi 6 bulan. Kelulusan
dari JAS hendaklah dipohon jika minyak terpakai tersebut digunakan semula untuk tujuan lain.
Kawasan Sensitif Alam Sekitar
Berdasarkan EMS JKR: MS ISO 14001, kawasan- kawasan sensitif alam sekitar adalah kawasan-
kawasan seperti kawasan tadahan air, bukit- bukau, gunung- ganang, tanah lembab (wetland), hutan
dan muara paya bakau yang diketegorikan sebagai kawasan Tahap 1,2 dan 3 sebagaimana yang
ditakrifkan dalam Rancangan Fizikal Negara, terbitan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, yang
mempunyai impak sosial dan alam sekitar.

Persampelan & Pengujian Air
Persampelan air dilakukan tiap- tiap bulan bagi memantau kualiti air dan mengukur impak pencemaran
alam sekitar yang berpunca daripada aktiviti di tapak bina. Parameter- parameter air yang diukur
adalah
1. Turbidity(kekeruhan)
2. Total suspanded solids (TTS, jumlah pepejal terampai)
3. Biological oxygen demand (BOD)
4. Chemical oxygen demand (COD)
5. pH
6. E- coli
7. Dissolved oxygen (DO, oksigen terlarut)
Bagi mengukur kadar pencemaran yang berpunca daripada aktiviti projek di tapak bina, persampelan
dilakukan di hulu dan hilir sungai yang terlibat dengan pembinaan projek, diikuti dengan
perbandingan bacaan yang diperolehi di antara kedua- dua stesen pengukur tersebut.
Untuk bacaan yang boleh diukur secara in-situ, rekod bacaan dan penilaian akan dibuat secara
langsung (immediate)manakala bagi bacaan yang memerlukan ujian makmal, sampel air perlu diambil
mengikut prosedur persampelan untuk mengelakkan pencemaran kepada sampel air dan seterusnya
ketepatan hasil ujian.

Persampelan & Pengujian Udara & Bunyi Bising
Persampelan dan pengujian udara dan bunyi bising di tapak bina dilakukan setiap tiga bulan sekali.
Lazimnya, pengujian dilakukan di kawasan yang berdekatan dengan penempatan penduduk seperti
kawasan perumahan atau perkampungan, sekolah, hispital dan juga tempat tinggal pekerja (kongsi) di
tapak bina.
Parameter yang diukur adalah Total Suspended Particulate (TSP) bagi udara dan Equivalent Noise
Level (Leq) bagi bunyi.

Silt Curtains
Tujuan silt curtains adalah untuk menghalang air yang telah dicemari oleh partikel tanah daripada
merebak ke keseluruhan takungan air.
Ia biasanya ditempatkan di tebing tasik atau sungai di amna aktiviti kerja tanah sedang aktif dijalankan.
Bahan binaannya adalah terdiri daripada kain geotextile yang diapungkan menggunakan pelampung
dan direntangkan di sepanjang tebing sungai atau tasik yang terlibat dengan aktiviti pembinaan.

Noise Barriers
Noise Barriersmerupakan satu struktur yang berfungsi untuk memantulkan dan menyerap tenaga bunyi
supaya bunyi yang kuat dapat dikurangkan.
Bahan binaan adalah terdiri daripada konkrit, logam, kayu dan acrylic/ kaca dengan bahan penyerap
atau pemantul bunyi.
Noise Barriersyang menggunakan kayu, biasanya dibina di pinggir bandar dan kampung atau desa,
manakala Noise Barriers yang menggunakan konkrit dan logam biasanya dibina di Bandar.
Jenis acrylic/ kaca adalah untuk mendapatkan vista.

Pengurusan Sisa Kumbahan
Sisa kumbahan hendaklah diuruskan secara sistematik dengan menyediakan tandas di setiap rumah
kongsi serta dilengkapi dengan kemudahan seperti air, mangkuk najis, tempat mencuci tangan dan
sistem pembuangan yang betul.
Terdapat 2 jenis tandas yang biasa digunakan di tapak bina iaitu:
Flush toilet
Mobile toilet
Untuk jenis Flush toilet, pihak kontraktor hendaklah menghantar cadangan sistem rawatan kumbahan
kepada Kementerian Kesihatan untuk kelulusan. Pihak kontraktor juga hendaklah memastikan tandas
di dalam keadaan bersih dan membuat penyelenggaraan secara berjadual.
Untuk jenis mobile toilet pula, ia boleh disewa atau dibeli dari pembekal. Tandas jenis ini adalah
mudah untuk dipindahkan mengikut kesesuaian tapak. Terdapat tong khas di bahagian bawah tandas
untuk mengumpul najis dan tong ini akan diganti baru apabila penuh. Penyelanggaraan akan dilakukan
oleh pembekal tersebut.

Audit Dan Lawatan Teknikal
Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan sistem pengurusan alam sekitar dalam projek jabatan,
pemeriksaan berkala perlu dilakukan dari semasa ke semasa di mana ketakakuran (nonconformity)
dikenalpasti. Seterusnya diambil tindakan pembetulan (corrective action) dan pencegahan (preventive
action) dalam konteks penambahbaikan berterusan (continual improvement)
Audit dalaman adalah salah satu langkah pemeriksaan yang dijalankan. Ia dilakukan oleh satu pasukan
audit dalaman dengan diketuai oleh juruaudit yang berkelayakan. Audit dalaman dijalankan oleh
Cawangan Alam Sekitar & Kecekapan Tenaga dan juga oleh pasukan audit dalaman yang terdiri
daripada pegawai jabatan yang mempunyai kelayakan yang diperlukan mengikut peruntukan EMS
JKR: MS ISO 14001.
Selain daripada audit dalaman, audit daripada pihak ketiga turut dilaksanakan. Pihak ketiga adalah
terdiri daripada juruperunding alam sekitar yang dilantik bagi projek tersebut. Frekuensi audit adalah
sebanyak tiga bulan sekali.
Sebagai jabatan yang mempunyai persijilan MS ISO 14001. Audit oleh pihak SIRIM turut juga
dijalankan. Disamping itu, pihak lain yang berkepentingan (stakeholder) seperti Jabatan Alam Sekitar
turut juga menjalankan pemeriksaan ke atas kualiti alam sekitar di tapak bina.

Latihan
Latihan perlu dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan kompetensi dan kesedaran mengenai
pengurusan alam sekitar berada pada tahap optimum yang diperlukan mengikut keperluan tugas
seseorang personel. Untuk tujuan ini, berbagai siri dan bentuk latihan dijalankan. Di antara latihan
yang dijalankan adalah
1. Taklimat keselamatan dan emengency drill di tapak bina.
2. Latihan audit dalaman bagi membentuk barisan palapis juruaudit dalaman jabatan.
3. Mengadakan lawatan ke makmal pengujian alam sekitar bagi mempelajari teknik pengujian
dan sampling protocol.
Taklimat pengurusan alam sekitar kepada JKR cawangan/negeri oleh Cawangan Alam Sekitar &
Kecekapan Tenaga.

Anda mungkin juga menyukai