Anda di halaman 1dari 2
PEJABAT TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA OFFICE OF DEPUTY DIRECTOR-GENERAL OF EDUCATION MALAYSIA SEKTOR OPERAS! PENDIDIKAN EDUCATIONAL OPERATION SECTOR KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA ARAS 4 BLOK E2, KOMPLEKS E LEVEL 4 BLOCK £2 COMPLEXE PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT ADMINISTRATIVE CENTRE 62604 PUTRAJAYA MALAYSIA Tal +603-8884 9302 Faks — :+603-8888 6680 Website: htp:iwew moe gov.my! Ruj. Kami: KPM.100-17/2 Jid.6 (23) Tarikh: 1" Januari 2019 Semua Ketua Bahagian ‘Semua Pengarah Pendidikan Negeri YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan, PENGURUSAN BORANG LAPORAN KENDIRI KANTIN DI SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas dan surat daripada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dalam KPM.600-14/1/55 Jilid 3 (5) bertarikh 22 Disember 2016 adalah berkaitan. 2. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa mengambil berat tentang pengurusan kantin sekolah bagi memastikan setiap murid mendapat makanan yang berkhasiat dan selamat. Bagi mencapai tujuan tersebut, pihak pengusaha kantin sekolah bertanggungjawab untuk memastikan kualiti dan kebersihan kantin sekolah mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh KPM. 3. % Dalam hal ini KPM dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyediakan Borang Laporan Kendiri Kantin Sekolah yang perlu diisi dan diurus oleh pengusaha kantin sekolah. Walau bagaimanapun, masih terdapat sekolah yang meminta guru-guru untuk mengisi borang tersebut. 4, Sehubungan dengan itu, KPM ingin menegaskan bahawa Borang Laporan Kendiri Kantin Sekolah hendaklah diurus oleh pengusaha kantin sekolah. Pengetua/Guru Besar atau Guru Penolong Kanan Hel Ehwal Murid (HEM) hendaklah memantau dan mengesahkan kualiti pengurusan kantin sekolah sebagaimana yang dinyatakan dalam borang tersebut 5. Jabatan pendidikan negeri (JPN) dan pejabat pendidikan daerah (PPD) hendaklah membuat pemantauan secara berkala dari semasa ke semasa bagi memastikan arahan ini dipatuhi. Di samping itu, JPN dan PPD juga diminta untuk tidak mengadakan apa-apa borang tambahan dan tiada unsur pertandingan yang diselaraskan di peringkat masing-masing. 6. YBhg. Datuk/Datin/Tuar/Puan hendaklah mengambil tindakan memaklumkan kandungan surat ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di bahagian KPM, jabatan Pendidikan negeri (JPN), pejabat pendidikan daerah (PPD) dan sekolah di bawah pentadbiran YBhg. Datuk/Datin/tuan/puan. Sekian. Terimakasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, New ‘SHAARI BIN OSMAN Timbalan Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru merangkap Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Pendidikan) Kementerian Pendidikan Malaysia sk. 1. Menteri Pendidikan Malaysia 2. Timbalan Menteri Pendidikan 3. Ketua Setiausana Kementerian Pen kan Malaysia 4, Ketua Pengarah Sektor Pengajian Tinggi Kementerian Pendidikan Malaysia 5. Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia 6 Timbalan-timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia 7. Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia 8. Ketua Nazir Sekolah Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti 9. Penasihat Undang-undang Kementerian Pendidikan Malaysia 40. Ketua Komunikasi Korporat Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pendidikan Malaysia

Anda mungkin juga menyukai