Anda di halaman 1dari 2

Cara penyelesaian

Budaya hedonisme ini semakin hebat diperkatakan pada hari ini. Banyak isu yang berkaitan
dengan budaya hedonisme berlaku di negara ini dan telah mendatangkan kesan yang tidak baik
terhadap belia di negara ini. Budaya seperti ini tidak wajar berlaku di negara ini yang di anggap
sebagai negara yang harmoni dan berbilang kaum kerana ini akan menconteng imej negara. Oleh
itu, terdapat pelbagai cara penyelesaian masalah budaya hedonisme ini dalam kalangan
masyarakat. Kita sendiri haruslah memasang niat dan matlamat supaya dapat mengelakkan diri
daripada terlibat daripada budaya ini.
Antara cara penyelesaian budaya hedonisme di negara ini ialah, pihak kerajaan haruslah
menggubal undang-undang bagi mempekatkan lagi undang-undang yang berkaitan dengan
masalah sosial. Dengan penggubalan undang-undang di negara ini masalah budaya hedonisme
ini dapat dikawal dan dikurangkan. Undang-undang yang ketat membolehkan masyarakat lebih
berhati-hati dan berdisplin supaya tidak terlibat dalam melakukan hal yang berkaitan dengan
hedonisme ini. Pihak-pihak berkenaan seperti pihak polis haruslah peka dalam menangani
kegiatan seperti gangsterisme. Pusat-pusat hiburan di negara ini haruslah dikurangkan dan
sentiasa diberi perhatian kerana di situlah punca berlakunya pergaulan bebas, pengedaran dadah,
dan sebagainya.
Selain itu, peranan ibu bapa juga penting dalam menangani masalah budaya hedonisme
ini. Pencegahan terbaik bermula di rumah, ibu bapa seharusnya tidak sesekali untuk lepas tangan
terhadap masalah dihadapi anak mereka. Ibu bapa perlulah memberi perhatian yang secukupnya
terhadap anak-anak supaya anak-anak tidak merasa mereka tidak dipedulikan sehingga mereka
melibatkan diri dalam masalah sosial seperti pergaulan bebas, penagihan dadah, gangsterisme,
dan sebagainya kerana kurang perhatian. Ibu bapa juga perlulah menerapkan nilai-nilai murni
dan agama dalam diri anak-anak mereka supaya anak-anak menjadi insan yang soleh dan tahu
mana yang baik dan buruk. Contoh baik yang ditunjukkan ibu bapa akan menjadi teladan kepada
anak-anak. Apa yang dipelajari oleh anak-anak akan dibawa hingga ke dewasa, jika diajar
sesuatu yang baik mereka akan menjadi baik, tapi jika sebaliknya, budaya hedonisme mungkin
menjadi pilihan. Oleh itu, pentingnya peranan ibu bapa dalam menyelesaikan masalah ini
diperingkat awal lagi.
Seterusnya, negara kita ialah negara yang berbilang kaum serta bebas beragama dan
agama rasmi ialah agama islam. Setiap agama di dunia ini mengajarkan supaya tidak melakukan
sesuatu yang tidak baik. Peranan agama juga perlu ada bagi membantu menyelesaikan masalah
ini. Gerakan dakwah agama perlulah dipertingkatkan lagi dalam kalangan masyarakat
terutamanya golongan remaja. Para pendakwah perlulah meluaskan skop dakwah mereka supaya
lebih ramai pihak akan menerima dakwah yang disampaikan. Mereka juga perlu mengubah cara
mereka menyampaikan dakwah. Mereka haruslah mengetengahkan dakwah mereka berkaitan
dengan mengapa pengangan agama seseorang mudah luntur yang menjuruskan kepada perkara
yang tidak baik .Para pendakwah haruslah bijak dalam mengatur strategi untuk memantapkan
iman para remaja. Apabila mereka tiada pegangan agama mereka lebih gemar meniru budaya
luar terutama budaya barat yang mereka anggap moden dan terkini.
Selain itu,pendekatan akademik juga adalah cara penyelesaian masalah ini. Ini boleh
dilakukan dengan kerap melakukan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik
seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Dengan adanya aktiviti seperti ini dilakukan dengan
kerap, pelajar ataupun remaja akan terbiasa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan secara
langsung tidak terjerumus dengan aktiviti yang tidak baik. Begitu juga dengan perubahan-
perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang
dengar dan teknik pengajaran luar kelas. Cara ini dapat menarik minat pelajar atau remaja dalam
mengikuti pembelajaran yang menyeronokan. Dengan ini juga, langkah-langkah pencegahan
yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di
peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program
ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman
dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.

Anda mungkin juga menyukai