Anda di halaman 1dari 3

Pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran

Terdapat beberapa strategi atau pelaksanaan pembelajaran yang boleh digunakan


pakai semasa proses pembelajaran dan pengajaran antaranya:
 Belajar cara belajar
- Kemahiran belajar ini merupakan kemahiran seumur hidup.
- Kemahiran ini perlu dikembangkan kepada semua murid supaya mereka
peka dengan teknik-teknik pembelajaran yang berkesan
- Dengan kemahiran ini juga, murid dapat mengenalpasti kekuatan dan
kelemahan dalam proses belajar mereka dan seterusnya mereka boleh
mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memperbaiki sesuatu
kelemahan.
- pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah perlu mengambil kira
kebolehan dan minat murid yang pelbagai
- guru harus memberikan penekanan pada teknik pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai
- menjadikan murid yang berupaya belajar sendiri tanpa guru,
- Membolehkan murid menggunakan pengetahuan sedia ada, rakan dan
bahan lain sebagai sumber pembelajaran
- Membolehkan murid membuat refleksi dan menilai tahap pembelajaran
sendiri
- Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ke situasi
lain, sama ada dalam mata pelajaran lain dan pergaulan.

 Pembelajaran masteri
- pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang memastikan semua murid
menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit
pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya
- memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkualiti.
- Pembelajaran Masteri mempunyai ciri-ciri seperti berikut :
1. Hasil pembelajaran perlu ditentukan
2. Hasil pembelajaran disusun mengikut hierarki atau unit pembelajaran,
3. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah bermakna, berkesan,
menarik dan menyeronokkan, Penilaian berdasarkan Ujian Rujukan
Kriteria (URK)
4. Bahan pengajaran dan pembelajaran berkesan
5. Murid perlu menguasai 80 peratus aras masteri yang ditetapkan
sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baru
6. Aktiviti pemulihan dilaksanakan untuk murid yang belum menguasai
aras masteri
7. Aktiviti pengayaan dilaksanakan untuk murid yang telah mencapai
aras masteri.
- berpusatkan kepada pelajar, menarik dan menyeronokkan
- Bagi meningkatkan kefahaman pelajar bahan bantu mengajar juga
diperlukan seperti, buku teks, akhbar, majalah dan lain-lain.

 Pembelajaran secara kontekstual.


- pembelajaran mengikut konteks atau dalam konteks. Menurut teori
pembelajaran kontekstual,
- pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar memproses maklumat atau ilmu
pengetahuan
- Strategi-strategi pengajaran dalam pembelajaran secara kontekstual ialah
menerangkan bahawa pada akhir pengajaran :
1. pelajar seharusnya boleh mencapai objektif yang ditetapkan
2. memerlukan proses pengajaran mengikut langkah yang telah
digariskan iaitu membaca teks
3. ambil bahagian dalam perbincangan kelas dan membuat latihan
4. Pelajar didedahkan dengan proses berkaitan dengan isi pelajaran
serta isi pelajaran yang dijelaskan secara keseluruhan
- Penggunaan bahan dalam pembelajaran kontekstuaL seperti komputer
- kemudahan makmal untuk memperkembangkan lagi pengetahuan.
- Dalam pembelajaran secara kontekstual ini juga mampu membawa pelajar
ke matlamat pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan atau releven

 Pembelajaran akses kendiri


- pembelajaran yang memberi akses kepada sumber pembelajaran serta
membolehkan murid perolehi pengetahuan dan kemahiran secara berdikari
dengan menggunakan bahan pembelajaran yang direka dan diurus
- menggalakkan murid mempunyai autonomi dan bertanggungjawab ke atas
pembelajaran sendiri
- memerlukan penubuhan pusat pembelajran akses kendiri bagi Melatih murid
belajar secara kendiri.
- Dalam pusat tersebut, sebuah bilik khas diperlukan bagi menyimpan bahan-
bahan pembelajaran yang disusun secara sistematik untuk kegunaan murid.
Antaranya :
1. Lembaran kerja
2. Buku bacaan/rujukan
3. Majalah/akhbar/jurnal
4. Bahan audio visual
5. Hasilan murid
- Tugas guru dalam pembelajaran ini ialah berfungsi sebagai fasilitator,
jurulatih dan kaunselor dalam membantu murid memperoleh kemahiran
yang diperlukan.

 Pembelajaran secara konstruktivisme


- satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang
bagaimana manusia belajar.
- Konstruktivisme menganggap murid bukan hanya menerima pengetahuan
secara pasif daripada gurunya tetapi membina pengetahuannya melalui
interaksi dengan persekitarannya
- Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri
pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan
pengalaman sedia ada.
- murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan
pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru
- Menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta menghargai
pandangan mereka, Mentaksir pembelajaran melalui aktiviti harian di kelas
- Menggalakkan murid membuat tugasan yang berbentuk penyelesaian,
menganalisis, meramal, meneroka dan membuat hipotesis
- Menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan guru
- Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen
- Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan
memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang
sebenar.

Anda mungkin juga menyukai