Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Gemas Kod Sekolah:NBA 5014

FAUZIAH BINTI MAARIT


1. Nama Guru

2. Judul 10 SAHABAT DIJAMIN SYURGA 3. Bidang:


JILID 1
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Buku ini menceritakan tentang riwayat hidup sepuluh orang sahabat nabi yang dijamin masuk
syurga oleh Rasullullah SAW . Sepuluh orang sahabat baginda ini sememangnya layak untuk
mendapat jaminan masuk syurga ketika mereka masih hidup lagi. Mereka merupakan golongan
terawal (awwalin) memeluk Islam. Mereka juga banyak membantu Rasulullah SAW dalam setiap
perjuangan baginda. Kisah hidup mereka mewarnai sirah Rasullullah SAW . Malah mereka juga
berperanan besar menyebarkan dakwah Islam ke pelbagai pelosok dunia selepas kewafatan
baginda.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Buku ini memberikan pengajaran supaya kita tabah menghadapi ujian dan setiakawan. Ujian
merupakan tetamu yang tidak diundang bagi semua manusia tidak kira Islam mahupun tidak.
Majoriti manusia tidak suka dan tidak mahu diuji, mendapat bencana, kesusahan dan sebagainya.
Mahu atau tidak, kita semua pasti diuji. Ujian, kesusahan, penderitaan, atau masalah yang datang
perlu disambut dengan sifat sabar. Barulah kita nampak hakikatnya, kedatangan itu untuk
mendidik dan mengajar bagaimana menempuh kehidupan di dunia yang fana ini.

Orang Islam yang ingin selamat daripada azab ALLAH, mendapatkan pahala dan rahmat-Nya
serta masuk ke SyurgaNya, hendaklah dia menahan nafsu daripada segala keinginan dunia, di
samping sabar atas segala kesulitan musibahnya. ALLAH mencintai orang-orang yang sabar
Ujian merupakan tetamu yang tidak diundang bagi semua manusia tidak kira Islam mahupun
tidak. Majoriti manusia tidak suka dan tidak mahu diuji, mendapat bencana, kesusahan dan
sebagainya. Mahu atau tidak, kita semua pasti diuji
Ujian, kesusahan, penderitaan, atau masalah yang datang perlu disambut dengan sifat sabar.
Barulah kita nampak hakikatnya, kedatangan itu untuk mendidik dan mengajar bagaimana
menempuh kehidupan di dunia yang fana ini. Orang Islam yang ingin selamat daripada azab
ALLAH, mendapatkan pahala dan rahmat-Nya serta masuk ke SyurgaNya, hendaklah dia
menahan nafsu daripada segala keinginan dunia, di samping sabar atas segala kesulitan
musibahnya. ALLAH mencintai orang yang sabar.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Sebagai guru, kita perlulah sentiasa bersikap sabar dalam mendepani ragam murid-murid yang
dididik dan sabar menggalas tanggungjawab yang diamanahkan. Sikap sabar ini perlu sebati
dalam jiwa seorang pendidik kerana sabar adalah sebahagian ukuran iman seorang hamba Allah.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( FAUZIAH BINTI MAARIT ) ( )

Anda mungkin juga menyukai