Anda di halaman 1dari 28

5/26/2018 PERATURANPERMAINANTRADISIONAL-slidepdf.

com

PERATURAN PERMAINAN TRADISIONAL - TUJU TIN

1.Terdapat 2 kumpulan. 1 kumpulan melontar, 1 kumpulan penyerang.


2. Setiap kumpulan terdiri daripada 10 orang. 8 Orang pemain dibenarkan bagi setiap permainan.
3. 2 kumpulan akan diundi. Sama ada menjadi penyerang atau pelontar.
4. Separuh masa pertama selama 10 minit. Separuh masa kedua juga selama 10 minit. 5 minit
untuk rehat.
5. Setiap ahli kumpulan dibenarkan membuat 3 kali percubaan. Sekiranya lontaran yang dibuat
dapat ditangkap oleh penyerang sebelum bola jatuh ke tanah secara automatik semua pelontar
akan mati.
6. Apabila tin telah jatuh. Pihak pelontar akan sedaya- upaya menyusun semula tin tersebut.
7. Apabila pihak penyerang membaling bola ke arah pelontar lalu terkena bola, secara automatik
pelontar akan mati.
8. Pelontar yang berjaya menyusun kesemua tin. Akan mendapat 1 mata.
9. Pelontar yang mati tidak dibenarkan bermain lagi. Sehingga semua ahli pelontar mati baru
penyerang
10. Separuhakan
masamenjadi
kedua pelontar.
penyerang semasa separuh masa kedua akan menjadi pelontar.
11.Sekiranya markah seri, jumlah tin yang paling sedikit berjaya dijatuhkan akan dikira sebagai
pemenang. Jika seri lagi. Seorang ahli akan membuat lontaran yang paling sedikit akan menjadi
pemenang.

Permainan batu seremban mempunyai cara bermainnya yang tersendiri. Seperti permainan yang lain, batu
seremban juga ada peringkatnya yang digelar sebagai buah. Keseluruhannya, batu seremban mempunyai
lapan peringkat yang perlu dilalui oleh pemain sebelum dikira sebagai pemenang.

Buah Satu: 

*Kesemua buah hendaklah diselerakkan, dimana kedudukan semua buah tidak menyentuh antara satu sama
lain.

*Sebiji buah akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan ke udara.

*Dalam masa yang sama, sebiji buah di atas lantai harus dikutip.

http://slidepdf.com/reader/full/peraturan-permainan-tradisional 1/28
5/26/2018 PERATURANPERMAINANTRADISIONAL-slidepdf.com

*Proses ini akan berterusan sehingga semua buah di atas lantai sudah dikutip.

Buah Dua: 

*Cara buah dua dimainkan ialah sama seperti buah satu.

*Hanya dua biji buah harus dikutip dengan masa yang sama.

*Ini bermakna, ibu akan dilambungkan sebanyak dua kali sahaja.

Buah Tiga: 

*Buah tiga ada sedikit perbezaan.

*Pada lambungan pertama, hanya satu biji buah akan dikutip.

*Lambungan yang kedua pula, tiga biji buah akan dikutip dengan serentak.

Buah Empat: 

*Buah ibu akan dilambungkan ke udara.

*Pada masa yang sama, pemain harus mengutip kesemua empat biji buah yang berada di lantai dengan
serentak.

Buah Lima: 

*Buah lima akan dimainkan seperti buah empat.

*Pemain harus melambungkan buah ibu ke udara dan mengutip keempat-empat biji buah diatas lantai dengan
serentak.

*Selepas itu, buah ibu harus dilambungkan ke udara dan pada masa yang sama, empat biji buah yang ada di
dalam tangan pemain harus diletakkan di atas lantai supaya hanya buah ibu sahaja yang akan disambut.

Buah Enam: 

*Pada peringkat yang keenam, pemain akan mendapat sedikit perbezaan.

*Pada peringkat ini, pemain akan mendapat bahawa dua biji buah akan menjadi buah ibu.

*Apabila sebiji daripadanya dilambung ke atas udara, sebiji lagi buah ibu harus ditukar dengan buah yang lain
yang terdapat di atas lantai hingga selesai.

Buah Tujuh: 

http://slidepdf.com/reader/full/peraturan-permainan-tradisional 2/28
5/26/2018 PERATURANPERMAINANTRADISIONAL-slidepdf.com

*Buah tujuh adalah urutan daripada buah enam.

*Dua biji buah yang ada di dalam tangan harus dilambungkan dengan serentak.

*Selepas itu, hanya satu biji buah yang akan dikutip.

*Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua-dua belah tangan.

*Satu di tangan kiri, dan lagi satu di tangan kanan.

*Pada akhirnya, buah ibu yang dilambung terakhir juga akan disambut.

Buah Lapan: 

*Campakkan kelima-lima batu di atas lantai.

*Ahli yang lain pilih satu batu untuk dilambungkan ke atas.

*Pemain itu harus ambil batu ini tanpa menggerakkan batu yang lain.

*Pemain itu harus melambungkan batu itu dan mengutip batu-batu yang lain dengan sekali gus

Timbang: 

*Selepas seorang pemain sudah berjaya menyelesaikan Batu Lapan, dia haruslah timbang untuk mendapat
mata.

*Kelima-lima batu seremban diletakkan di atas tapak tangan.

*Semua batu seremban dilambung ke atas sambil tangan diterbalikkan.

*Batu seremban yang telah jatuh ke lantai tidak boleh dikutip semula.

*Tangkap batu seremban yang ada di tangan

Batu yang dapat ditangkap = 1 mata

Batu yang dijatuhkan = 0 mata

Selepas menimbang, pemain ulangi semuanya dan bermula dengan Batu Satu.

Tamat Permainan: 

Dalam bila-bila masa pemain itu gagal untuk menghabiskan lapan peringkat ini, pemain ini haruslah
memberikan gilirannya kepada ahli yang lain.

http://slidepdf.com/reader/full/peraturan-permainan-tradisional 3/28
5/26/2018 PERATURANPERMAINANTRADISIONAL-slidepdf.com

Jika ahlinya gagal untuk menghabiskan lapan peringkat ini, pemain itu akan kembali kepada peringkat yang
tidak diselesaikan bermula daripada permulaan peringkat itu.

Permainan Tradisional Masyarakat Melayu ( Konda-Kondi)

Pengenalan 

Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui
oleh nenek moyang pada zaman mereka. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan
tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional
 juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan
lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih
dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Antara permainan itu termasuklah Konda - Kondi. 

Sejarah 

Permainan ini bermula di Negeri Melaka dan berkembang ke negeri-negeri lain di


seluruh Malaysia, permainan ini menjadi popular di kalangan kanak-kanak lelaki berbangsa melayu
sahaja. Pemain memerlukan kekuatan mental dan fizikal semasa bermain. Permainan Konda-kondi
 juga dikenali sebagai ‘ perik mata ’. 

Peralatan 

Peralatan yang diperlukan dalam permainan ini terdiri daripada dua batang kayu hanya sebesar ibu
 jari sahaja. 
1. Kayu Ibu, (kayu panjang) kayu ini digunakan sebagai pemukul (penyungkit). Panjang
kayu 60cm. Kayu ini berbentuk lurus, bulat dan dari kayu yang keras.  
2.  Kayu Anak, (kayu pendek) kayu ini dikuis oleh pemain ke udara. Panjang kayu ini
15cm. Kayu ini juga berbentuk lurus, bulat dan jenis kayu yang keras.

Tempat bermain 

Permainan ini tidak perlu ada ruang yang luas, sebaik-baiknya dijalankan di tengah-tengah
padang untuk memudahkan permainan dimainkan. Di tengah-tengah padang di korek sebuah lubang
sedalam 15cm dengan panjangnya 15cm dan lebarnya 10cm. Tujuan lubang ini dibuat adalah
memudahkan pemain menyungkit kayu anak melambung ke udara. 

Cara Bermain 

Permainan Konda-Kondi dimainkan oleh dua pasukan. Setiap pasukan terdiri daripada dua
orang. Lebih meriah permainan dimainkan lebih dari enam orang satu pasukan. 
Cara memulakan permainan undian cara ‘ wan to som ’ akan dilakukan untuk menentukan
pasukan yang harus memulakan permainan terlebih dahulu. 

http://slidepdf.com/reader/full/peraturan-permainan-tradisional 4/28
5/26/2018 PERATURANPERMAINANTRADISIONAL-slidepdf.com

 
Cara Pertama 

Pemain pertama memulakan permainan dengan meletakkan kayu anak melintang di lubang,
manakala kayu ibu menyungkit kayu anak itu supaya melambung ke udara. Selepas itu pemain

pertama meletakkan kayu ibu di lubang. Pada masa yang sama pemain pasukan lawan hendaklah
cuba menyambut anak kayu yang dikuis oleh pemain sebelum jatuh ke tanah.  
Jika pasukan lawan berjaya berbuat demikian, semua pemain daripada kumpulan yang sedang
bermain dikira mati. Permainan akan diambil alih pula oleh pasukan lawan, tetapi jika pasukan lawan
gagal menyambutnya. Mana-mana ahli hendaklah membalingkan kayu anak masuk ke dalam lubang
ataupun mengenai kayu ibu. 
Sekiranya kayu anak itu masuk ke dalam lubang ataupun terkena kayu ibu yang di letakkan
secara melintang hanya pemain itu sahaja dikira mati. Sebaliknya, jika kayu yang di balingkan oleh
pemain lawan itu tidak mengenai lubang atau kayu ibu tersebut, pemain tersebut boleh mendapatkan
mata dengan mengira jarak kayu itu jatuh dari lubang. Satu jarak kayu ibu dikira satu mata. 

Cara Kedua 

Pemain tadi akan mengambil kayu anak dan melambungkan ke udara, kemudian memukul kuat
dengan kayu ibu. Pemain akan diberi peluang sebanyak tiga kali jika pukulan pertama atau kedua
tidak kuat. 
Sekali lagi pemain lawan cuba menyambut, jika tidak berjaya pemain tadi boleh mendapat mata
dengan kiraan yang sama. Mata yang diperoleh dicampur dengan mata dari langkah pertama. 

Cara Ketiga 

Seterusnya, pemain beralih kepada langkah ketiga yang disebut ‘ patuk ular ’. Pemain
menyandarkan kayu anak di tepi lubang, kemudian mengetuk hujung kayu anak dengan kayu ibu. Jika
pukulan dibuat dengan baik , kayu anak akan melambung ke udara. Pemain itu hendaklah bersedia
untuk memukul kayu anak itu sebelum jatuh ke tanah dengan menggunakan kayu ibu. Kiraan mata
tetap sama seperti sebelumnya. Pasukan yang mempunyai mata tertinggi memenangi perlawanan ini.  

Peraturan Permainan 

 Antara peraturan yang perlu dikenakan kepada pemain atau pasukan dalam permainan ini ialah: 
1.  Permainan hanya boleh dimainkan secara kumpulan sahaja. Sebaik-baiknya dimainkan dua kumpulan
 yang masing-masing mempunyai dua atau tiga orang pemain. 
2.  Setiap pasukan harus mempunyai satu set alat permainan konda-kondi. 
3.  Hanya dua batang kayu yang berlainan saiz diperlukan. 

4.  Setiap pemain termasuk pihak lawan tidak boleh mengacah ketika pemain pertama memulakan
permainan. 
5.  Sekiranya pemain telah terbatal permainannya, kayu yang digunakan harus diberi kepada pihak lawan
dengan baik. 

Perkara Yang Membatalkan Permainan 

1.  Jika kayu anak dapat disambut oleh penjaga. Pemain dikira ” mati ”  

http://slidepdf.com/reader/full/peraturan-permainan-tradisional 5/28
5/26/2018 PERATURANPERMAINANTRADISIONAL-slidepdf.com

2.  Jika kayu anak yang dilemparkan oleh penjaga mengena kayu ibu atau termasuk lubang, pemain
pemain dikira ” mati ” dan permainan terpaksa diberhentikan. 
3.  Pemain akan dikira mati apabila kayu anak jatuh di suatu tempat yang jaraknya dengan lubang tidak
sampai satu ukuran kayu ibu.  
4.  Pada peringkat ketiga, pemain tidak dapat memukul kayu anak sebanyak tiga kali, pemain seterusnya

akan melakukan pukulan. 


5.  Jika kayu anak terkena badan pemain, satu mata kiraan akan ditolak.  
6.  Kumpulan pen jaga dapat bermain selepas pemain akhir ” mati ”. 

Kiraan Mata 

Terdapat dua cara mengira mata kemenagan: 

1. Mengukur menggunakan panjang kayu ibu. Cara ini adalah cara yang paling banyak
digunakan oleh para pemain.  
2. Mengira padang atau mengira satu-satu pusingan dengan menentukan masanya.
 
Misalnya selama satu jam.
Sekiranya salah satu kumpulan mempunyai mata yang lebih tinggi berbanding pihak lawan,
bermakna pusingan tersebut dimenangi oleh kumpulan yang mengutip mata yang banyak.  

Fungsi Masa Kini 

Konda-kondi hanya dimainkan oleh kanak-kanak untuk mengisi masa lapang mereka apabila penat
belajar. Kepopularan konda-kondi adalah terhad, permainan ini juga tidak dapat dipastikan masa
hadapannya. Mungkin suatu hari kelak permainan ini tidak lagi dikenali. 

Kesimpulan 

Sebagai satu permainan tradisional, adalah diharapkan lebih baik permainan ini sebagai permainan
 yang dimainkan oleh murid-murid sekolah. Oleh demikian semua pihak sama ada pihak sekolah atau
pihak berwajib harus mengenengahkan permainan ini sebagai salah satu aktiviti sukan yang penting. 

http://www.youtube.com/watch?v=6Cmebdfn7bk   

RUJUKAN 

Syed Mahadzir (2009). Permainan Tradisional Rakyat, Siri Khazanah Budaya.ms. 40-44. 
Jasiman Ahmad (20040. Permainan Daerah, Siri Permainan Tradisional.ms 1-8 

http://slidepdf.com/reader/full/peraturan-permainan-tradisional 6/28
5/26/2018 PERATURANPERMAINANTRADISIONAL-slidepdf.com

Cara main guli

Untuk memulakan permainan setiap pemain hendaklah meleretkan biji guli masuk ke dalam lubang induk. Guli
yang masuk ke dalam lubang induk atau yang terhampir adalah dikira sebagai pemain yang pertama
memulakan permainan dan diikuti oleh guli-guli kedua hampir dan seterusnya.

Pemain pertama akan menjentik gulinya kepada semua guli yang berada di dalam kawasan bulatan agar
terkeluar. Sekiranya jentikan tidak mengena ia dikira mati dan pemain kedua akan membuat jentikan kepada
guli-guli yang ada, begitulah seterusnya sehingga semua pemain selesai membuat jentikan ke atas guli pemain
lainnya.

Pemain boleh melepaskan gilirannya tetapi dengan syarat, ia mestilah memasukkan guli miliknya ke dalam
lubang induk terlebih dahulu. Pemain akan memastikan guli miliknya sentiasa berada berhampiran dengan
lubang induk setiap kali jentikan dilakukan. Ini memudahkan mereka mengawal permainan.

Setiap pertukaran giliran kepada pemain berikutnya, pemain yang mengambil alih giliran dikehendaki
memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu sebelum boleh menjetik guli lawan.
Sekiranya guli tidak masuk ke dalam lubang induk, giliran untuk pemain lain diberikan.

Kiraan mata berdasarkan banyaknya jumlah jentikan dibuat terhadap guli lawan sehingga semua pemain
selesai giliran.

Dua cara dendaan akan dikenakan terhadap pemain yang memungut jumlah mata terendah. Pemain yang
kalah akan memasukkan guli miliknya kedalam lubang induk dan semua pemain akan memangkah guli
tersebut. Cara kedua adalah dengan setiap pemain menjentik sekali seorang ke atas guli yang kalah itu jauh
dari kawasan bulatan.

Cara main gasing

Terdapat 4 langkah mudah untuk bermain gasing:-

1)Melilit tali 

Terdapat 2 cara untuk melilit tali iaitu dengan cara melilit di lengan atau melilit di jari kelingking. Kedua-dua
kaedah ini penting sebelum memulakan permainan kerana tali yang kemas dan tidak terlalu panjang akan
menghasilkan pusingan gasing yang baik. Cara yang pertama dipakai dengan memasukkan pergelangan tali
ke dalam lengan pemain dan cecincin iaitu hujung tali yang diikat membulat akan menjadi penyimpul hidup. Ini
akan memudahkan pemain kerana apabila ditarik ia tidak mudah terurai. Pusingan tali pada lengan pula
bergantung kepada pemain sama ada dililit pada tangan kanan atau tangan kiri. Pusingan lilitan bergantung
kepada pemain untuk memastikan pemain selesa dengan lilitan tali tersebut. Lilitan tali biasanya dilakukan
sendiri.

Kaedah yang kedua pula dilakukan dengan membuat lilitan pada jari kelingking pemain. Pemilihan jari
kelingking sama ada sebelah kanan atau kiri bergantung pemain. Cecincin pada hujung tali akan dimasukkan
pada jari kelingking oleh pemain seterusnya tali tadi akan dililit pada tapak tangan. Biasanya cara ini banyak
dilakukan oleh pemain yang telah berusia kerana dengan cara ini tali akan menjadi lebih panjang dan
menghasilkan cengkaman yang lebih kuat pada gasing. Untuk memudahkan lilitan pada leher gasing, pemain
perlu melilitkan kesemua tali di lengan dengan meninggalkan beberapa sentimeter(cm) untuk memudahkan
pemain mengesan kelembapan, kelembutan dan ketegangan tali. Selepas balingan gasing dibuat, tali akan
dililit pada lengan atau tapak tangan sehingga habis bagi memudahkan tugas mengangkat atau menegak uri.

http://slidepdf.com/reader/full/peraturan-permainan-tradisional 7/28
5/26/2018 PERATURANPERMAINANTRADISIONAL-slidepdf.com

2)Memusing gasing 

Terdapat berbagai-bagai gaya dalam memusing gasing. Memusing mengikut cara yang betul akan
menghasilkan pusingan yang tegak, kuat, ligat dan tetap. Untuk menghasilkan pusingan seperti ini, langkah
yang disusun hendaklah mengikut cara yang betul supaya gasing tidak jatuh mengiring, meleret atau borot.
Umumnya terdapat dua jenis pusingan yang biasa diamalkan, iaitu pusingan sorong tarik dan pusingan sentap.
Untuk pusingan sorong tarik, gasing hendaklah dipegang secara mengiring dan dihayun ke belakang. Serentak
dengan itu mata mestilah tertumpu ke arah sasaran di hadapan. Kedudukan gasing hendaklah sentiasa
mengiring semasa gerakan ini. Semasa menghayun, gasing mestilah dalam kedudukan mengiring sehingga
gasing tiba di hadapan, barulah gasing ditegakkan sebelum dilepaskan. Kedudukan badan mestilah rendah
dan kaki berada tidak jauh dari sasaran yang hendak dipusingkan. Hayunan tangan pemain hendaklah
mengikut hayunan gasing dan badan membongkok kira-kira 45 darjah. Pusingan gaya ini agak rendah dan
dekat.

Bagi pusingan sentap, gaya pusingan ini menghasilkan pusingan yang tegak, ligat dan kuat. Pemain
memegang gasing dengan kedudukan tegak, iaitu kepala gasing menghala ke atas dan diangkat tinggi.
Kedudukan tangan kira-kira 30 darjah dari paras lengan. Tangan dihayunkan ke arah sasaran dengan
kedudukan gasing tegak sehinggalah tiba ke hadapan, sebelum dilepaskan. Setelah gasing terpacak ke bumi,
sedikit sentapan dikenakan dan pastikan ia berada dalam keadaan tegak. Jika tidak gasing akan meliuk dan
pusingan akan menjadi kurang ligat. Gasing diangkat paras bahu sebelum dilepaskan.

3)Memangkah gasing 

Memangkah adalah satu gerakan yang penting dalam permainan gasing. Tumpuan, perhatian dan hayunan
hendaklah tepat mengenai sasaran supaya gasing akan menghasilkan uri yang ligat, tegak dan kuat. Tedapat
empat gaya pangkahan yang biasa digunakan oleh pemain dalam apa juga pertandingan, iaitu pangkah totok,
pangkah hentak, pangkah layang dan pangkah tebang.

4)Mengangkat gasing
Setelah gasing dipusingkan atau dipangkah, ia perlu pula diangkat ke tapak uri yang sesuai untuk menjamin
keligatannya agar terus terpelihara. Mengangkat gasing memerlukan kemahiran, kesabaran dan kecekapan
yang tinggi.

Sebelum gasing diangkat, pemain mestilah terlebih dahulu menentukan liuk arah pusingan dan kedudukan
gasing. Menentukan liuk bermakna mencari liuk atau kedudukan pusingan terendah bahagian patak dengan
bumi. Bahagian terendah inilah yang akan diangkat. Arah pusingan perlu ditentukan untuk disesuaikan dengan
arah pusingan badan ketika membawa gasing. Mengangkat gasing dilakukan dengan menggunakan tali dan
cokok. Cokok digunakan untuk gasing yang berbentuk leper dan berat. Kedudukan gasing semasa hendak
diangkat hendaklah berada dakam keadaan tegak kerana jika kedudukannya mengiring ia akan menjejaskan
keligatan gasing. Tali yang digunakan untuk mengangkat gasing mestilah tegang dan ketika mengangkat patak
akan dielakkan dari tersentuh tali kerana ini akan mengurangkan keligatan.

Sejarah asal usul sepak raga

http://slidepdf.com/reader/full/peraturan-permainan-tradisional 8/28
5/26/2018 PERATURANPERMAINANTRADISIONAL-slidepdf.com

Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga
menggemari permainan ini. Dalam sejarah Melayu menceritakan tentang Raja Muhammad, putera Sultan
Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar. 

Pada alaf ini, permainan sepak takraw adalah amat popular dan di kenali ramai, bukan sahaja di negara

kita bahkan di negara-negara lain. Sepak takraw yang asalnya dikenali sebagai sepak raga lengkung
atau kandang adalah permainan tradisi pusaka yang dimainkan oleh raja-raja melayu sejak sebelum
tahun 1478 lagi. Asal-usul yang sebenarnya permainan ini tidak dapat diberikan kerana telah banyak
sejarah termusnah akibat perang dunia kedua. Dengan berlalunya masa dan semakin meluas minat
terhadap permainan ini diseluruh Malaya, maka pada akhir tahun 1945 satu peraturan baru lagi moden
dengan menggunakan jaring telah diwujudkan oleh pemain-pemain di Pulau Pinang. Dengan terciptanya
cara ini, maka tidak dinafikan lagi bahawa Pulau Pinanglah tempat asal bermulanya sepak raga
menggunakan jaring yang kini dikenali sebagai sepak takraw.  

Bagi mempamerkan buat pertama kalinya cara permainan yang baru ini, di atas usaha diantaranya En.
Mohamed bin Abdul Rahman, En. Abdul Hamid Mydin dan En. Yacob Syed. Maka pada awal tahun 1946
satu permainan pertunjukkan diantara pasukan Jalan Hatin dan pasukan Patanai Road telah diadakan di
Gelanggang Hospital Haiwan, Pulau Pinang dengan sambutan yang begitu meriah walaupun di anggap
ganjil. Dari Pulau Pinang dan dalam tahun 1946 juga sepak raga jaring ini telah merebak ke Alor Star, ke
Kampung Baru di Kuala Lumpur dan seterusnya ke Singapura.  

Sejak perkembangan tersebut pasukan demi pasukan telah ditubuhkan dan pada 25 Jun 1960
Persekutuan Sepak Raga Malaya telah dirasmikan di suatu persidangan yang dipelopori oleh Persatuan
Sepak Raga Pulau Pinang. Persekutuan yang julung-julung kali di tubuhkan ini telah melantik Y. Bhg Tan
Sri Khir Johari sebagai Yang Dipertua. Tindakan segera telah diambil oleh persekutuan tersebut ialah
menggubal dan menyusun undang-undang sepak raga jaring yang ada pada masa itu oleh sebuah
 jawatankuasa kecil yang terdiri daripada wakil-wakil Setiausaha Agong PSM sekarang 

Sejarah asal usul guli

Permainan guli, yang juga dinamakan sebagai Kelereng, merupakan permainan tradisional melayu yang
digemari oleh kanak-kanak pada masa lapang mereka. Ia biasanya dimain oleh kanak-kanak lelaki yang
berumur antara tujuh hingga dua belas tahun. Mereka biasanya bermain di tempat yang teduh. Guli juga,
biasanya, dimain pada musim panas atau kemarau. Ini kerana pemain mengharapkan tanah kering untuk
lubang yang akan digali. Apabila tanah becak, permainan guli tidak seronok kerana buah guli akan menjadi
lenget.

Pada zaman dahulu, potongan-potongan kayu dibulatkan sebesar sebiji telur ayam untuk dijadikan sebuah
guli. Selepas Perang Dunia Pertama, guli dibuat dari bahan kapur yang diadun dengan simen. Ia sebesar ibu
 jari kaki. Sekarang, guli diperbuat dari bahan-bahan kaca dengan ukuran yang pelbagai saiz, dari ukuran jari
kaki kelingking hingga ibu jari kaki.

http://slidepdf.com/reader/full/peraturan-permainan-tradisional 9/28
5/26/2018 PERATURANPERMAINANTRADISIONAL-slidepdf.com

Guli dimainkan secara melontarkan guli dengan tepat dengan mengenakan sasarannya. Jumlah pemain pula
tidak melebihi lima orang. Kawasan tanah rata dan lapang merupakan kawasan yang paling sesuai untuk
menjadi gelanggang bermain guli. Guli yang digunakan sekarang diperbuat daripada kaca.

Gelanggang: 

Satu bulatan dilukiskan di atas tanah yang berukuran garis pusat 1m.

Sebuah lubang sebesar 10sm, lebar dan sedalam 7sm dilekukkan di tengah-tengah bulatan.

Tanah dilekukkan dengan menghentakkan tumit kaki ke tanah.

Lubang tersebut dinamakan lubang induk.

Satu garisan lurus dibina dengan jarak 3m daripada bulatan besar tersebut.

Garisan ini adalah penanda mula tempat permainan.

Sejarah asal usul batu seremban

Batu Seremban juga dikenali sebagai Batu Selambut atau Serembat. Permainan tradisional ini digemari oleh
kanak-kanak perempuan. Ia biasanya dimain secara berkumpulan iaitu dua orang atau lebih. Objek-objek
seperti guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain yang
 berbentuk bulat boleh digunakan dalam permainan ini. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.

Permainan batu seremban ini selalunya dimain pada waktu lapang  – di serambi rumah, di dalam rumah atau di
mana sahaja asalkan terdapat permukaan lantai yang rata. Pemain juga harus duduk diatas lantai supaya
ianya lebih senang dimainkan. Dalam permainan Batu Seremban, Terdapat beberapa peringkat atau cara
sambutan buah yang berlainan. Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama yang mudah, di mana
sebiji buah yang dinamakan buah satu digunakan, sehingga ke peringkat yang lebih sukar atau peringkat yang
teratas dinamakan buah lapan.

Cara bermain congkak

Permainan congkak secara asasnya melibatkan pengiraan mudah. Mereka yang cekap mencongak
mempunyai kelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan.

Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak. Papan congkak
berbentuk sampan dan boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima atau tujuh lubang
sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali
sebagai 'rumah'. Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebanya 18 cm.

http://slidepdf.com/reader/full/peraturan-permainan-tradisional 10/28
5/26/2018 PERATURANPERMAINANTRADISIONAL-slidepdf.com

Dua orang pemain diperlukan dan berkedudukan mengadap satu sama lain. Untuk memulakan permainan, biji
getah atau guli akan diisikan dalam setiap kampung dengan sama banyak dan rumah dibiarkan kosong.

Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak. Mereka akan mengambil buah congkak
dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke dalam setiap 'kampung' menuju ke rumah masing-
masing menurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di lubang yang kosong dan dianggap
mati. 'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain. Pemain yang seorang lagi akan
terus berjalan sehingga dia berhenti di lubang yang kosong. Dan selepas itu setiap pemain akan bergilir
berjalan sehingga buahnya mati. Setiap pemain akan meneruskan permainan sehingga kehabisan buah
congkak, dan pemain akan mengisi lubang dengan buah yang terdapat dalam lubang ibu. Pemain yang tidak
cukup buah akan ditutup lubangnya, dan pemain yang menang dalam giliran sebelumnya akan memulakan
permainan. Ini akan diulang sehingga salah seorang pemain tidak cukup buah bagi mengisi satu lubang
sekalipun dan dianggap kalah, atau apabila kedua-dua pemain sudah bosan.

Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi lubang ibu dan kembali ke lubang sebelah
pemain, ia boleh mengambil buah di sebelah lubang bertentangan sekiranya ia mati di sebelah sendiri. Ini
dikenali sebagai "tembak".

Berikut merupakan peraturan permainan congkak yang paling biasa:

1. Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua
pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu
di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung
lawan.
2. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di
kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di
kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya
iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu
pusingan.
3. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir
 jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang
masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong
pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan
seterusnya hingga mati.
4. Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada dipihaknya,
maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan.
5. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan
 jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap 'terbakar'. Kampung ini tidak boleh diisi apabila
bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.
Di akhir permainan, buah congkak dikira dari rumah masing-masing. Pemenang adalah yang memiliki buah
congkak terbanyak. Sekiranya jumlah buah congkak sama banyak, maka pemain dengan jumlah kampung
terbakar terbanyak dikira kalah.

Asal Usul Perkataan Gasing 

Menurut sumber dari Terengganu, gasing berasal daripada permainan memusing buah berembang. Buah berembang
 berbentuk bulat, licin dan agak leper. Buah yang mudah ditemui di pesisir pantai ini selalu digunakan oleh ahli silat

http://slidepdf.com/reader/full/peraturan-permainan-tradisional 11/28
5/26/2018 PERATURANPERMAINANTRADISIONAL-slidepdf.com

sebagai satu latihan untuk menguatkan tangan. Di sesetengah tempat, buah berembang juga dikenali sebagai buah perepat
(sonneratia alba).

Buah berembang ini juga dijadikan sebagai permainan. Dalam permainan buah berembang, buah ini akan dipusingkan
dengan menggunakan tangan. Buah berembang yang berpusing paling lama dan paling ligat dikira paling gah dan
 pemusingnya dianggap sebagai pemenang.

Gasing dicipta berdasarkan bentuk buah berembang. Perkataan gasing berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu „gah
 berpusing‟. Gah dalam istilah permainan gasing bermaksud berpusing dengan ligat dan tegak. 

Gasing Berasal Daripada Permainan Laga Telur  

Sumber dari Kedah ada menyatakan bahawa permainan gasing berasal daripada permainan „laga telur ayam‟. Permainan
memusing dan melagakan telur ayam ini menjadi permainan kegemaran kanak-kanak pada masa dahulu. Kemudian
 barulah timbul idea untuk menghasilkan gasing mengikut rupa bentuk telur. Paksi ditambah agar gasing berputar dengan
laju dan tegak. Gasing yang diputar dengan tangan kurang ligat berputar dan pusingannya tidak tahan lama. Oleh itu tali
digunakan supaya dapat memusingkan gasing dengan lebih ligat dan lama.

Gasing Berasal Daripada Peralatan Memburu Binatang  

Pemain gasing veteran dari Sungai Pahang menyatakan bahawa gasing dahulunya merupakan senjata untuk memburu
 binatang. Gasing yang berbentuk leper dan bulat akan berputar dengan ligat apabila dilemparkan ke badan binatang
 buruan. Idea permainan gasing dikatakan datang daripada aktiviti masa lapang para pemburu, yang pada mulanya
 bertujuan menguji kecekapan melempar gasing ke sasaran.

Galah Asin atau di daerah lain disebut Galasin atau Gobak Sodor adalah sejenis permainan
daerah dari Indonesia yang saat ini masih dapat kita jumpai dimainkan anak-anak SD. Permainan
ini adalah sebuah permainan grup yang terdiri dari dua grup, di mana masing-masing tim terdiri
dari 3 - 5 orang. Inti permainannya adalah menghadang lawan agar tidak bisa lolos melewati
garis ke baris terakhir secara bolak-balik, dan untuk meraih kemenangan seluruh anggota grup
harus secara lengkap melakukan proses bolak-balik dalam area lapangan yang telah ditentukan.  

Permainan ini biasanya dimainkan di lapangan bulu tangkis dengan acuan garis-garis yang ada
atau bisa juga dengan menggunakan lapangan segiempat dengan ukuran 9 x 4 m yang dibagi
menjadi 6 bagian. Garis batas dari setiap bagian biasanya diberi tanda dengan kapur. Anggota
grup yang mendapat giliran untuk menjaga lapangan ini terbagi dua, yaitu anggota grup yang
menjaga garis batas horisontal dan garis batas vertikal. Bagi anggota grup yang mendapatkan
tugas untuk menjaga garis batas horisontal, maka mereka akan berusaha untuk menghalangi
lawan mereka yang juga berusaha untuk melewati garis batas yang sudah ditentukan sebagai
garis batas bebas. Bagi anggota grup yang mendapatkan tugas untuk menjaga garis batas vertikal
(umumnya hanya satu orang), maka orang ini mempunyai akses untuk keseluruhan garis batas
vertikal yang terletak di tengah lapangan. Permainan ini sangat mengasyikkan sekaligus sangat
sulit karena setiap orang harus selalu berjaga dan berlari secepat mungkin jika diperlukan untuk
meraih kemenangan. 

Istilah permainan Gobak Sodor dikenal di daerah Jawa Tengah, sedangkan di daerah lain seperti
galah lebih kenal di Kepulauan Natuna, sementara di beberapa daerah Kepulauan Riau lainnya
dikenal dengan nama galah panjang. Di daerah Riau Daratan, permainan galah panjang ini

http://slidepdf.com/reader/full/peraturan-permainan-tradisional 12/28
5/26/2018 PERATURANPERMAINANTRADISIONAL-slidepdf.com

disebut main cak bur atau main belon. Sedangkan, di daerah Jawa Barat di kenal dengan nama
Galah Asin atau Galasin. Gobak Sodor adalah sejenis permainan daerah dari Indonesia.
Permainan ini adalah sebuah permainan grup yang terdiri dari dua grup, dimana masing-masing
tim terdiri dari 3-5 orang. 

Cara Bermain  permainan ini yaitu: 


Cara melakukan
  Membuat garis-garis penjagaan dengan kapur seperti lapangan bulu tangkis, bedanya tidak ada
garis yang rangkap. 
  Membagi pemain menjadi dua tim, satu tim terdiri dari 3  –   5 atau dapat disesuaikan dengan
 jumlah peserta. Satu tim akan menjadi tim “jaga” dan tim yang lain akan menjadi tim “lawan”. 
  Anggota tim yang mendapat giliran “jaga” akan menjaga lapangan , caranya yang dijaga adalah
garis horisontal dan ada juga yang menjaga garis batas vertikal. Untuk penjaga garis horisontal
tugasnya adalah berusaha untuk menghalangi lawan mereka yang juga berusaha untuk melewati
garis batas yang sudah ditentukan sebagai garis batas bebas. Bagi seorang yang mendapatkan
tugas untuk menjaga garis batas vertikal maka tugasnya adalah menjaga keseluruhan garis batas
vertikal yang terletak di tengah lapangan. 
  Sedangkan tim yang menjadi “lawan”, harus berusaha melewati baris ke baris hingga baris
 paling belakang, kemudian kembali lagi melewati penjagaan lawan hingga sampai ke baris awal.  

Peraturan 
Berikut ini peraturan –   peraturan yang berlaku dalam permainan Galasin (Gobak Sodor) adalah
sebagai berikut: 
  Pemain terbagi menjadi 2 kelompok yang terdiri dari 3 –  5 orang (disesuaikan).  
  Jika 1 kelompok terdiri dari 5 orang maka lapangan dibagi menjadi 4 kotak persegi panjang,
yang berukuran 5m x 3m (disesuaikan).  
  Tim “jaga” bertugas menjaga agar tim “lawan” tidak bisa menuju garis finish.  
 
Tim “lawan” berusaha menuju garis finish dengan syarat tidak tersentuh tim “jaga” dan dapat
memasuki garis finish dengan syarat tidak ada anggota tim “lawan” yang masih berada di
wilayah start. 
  Tim “lawan” dikatakan menang apabila salah satu anggota tim berhasil kemb ali ke garis start
dengan selamat (tidak tersentuh tim lawan).  
  Tim “lawan” dikatakan kalah jika salah satu anggotanya tersentuh oleh tim “jaga” atau keluar
melewati garis batas lapangan yang telah ditentukan. Jika hal tersebut terjadi, maka akan
dilakukan pergantian posisi yaitu tim “lawan” akan menjadi tim “jaga”, dan sebaliknya.  

Manfaat 
Permainan ini sangat menarik, menyenangkan sekaligus sangat sulit karena setiap orang harus
selalu berjaga dan berlari secepat mungkin jika diperlukan untuk meraih kemenangan. Nilai
Spiritual dalam Permainan Gobak Sodor selain kebersamaan, kita juga bisa belajar kerja sama
yang kompak antara satu penjaga dan penjaga lain agar lawan tidak lepas kendali untuk keluar
dari kungkungan kita. Di pihak lain bagi penerobos yang piawai, disana masih banyak pintu-
 pintu yang terbuka apabila satu celah dirasa telah tertutup. Jangan putus asa apabila dirasa ada
 pintu satu yang dijaga, karena masih ada pintu lain yang siap menerima kedatangan kita, yang
 penting kita mau mau berusaha dan bertindak segera. Ingatlah bahwa peluang selalu ada,
walaupun terkadang nilai probabilitasnya sedikit.  

http://slidepdf.com/reader/full/peraturan-permainan-tradisional 13/28
5/26/2018 PERATURANPERMAINANTRADISIONAL-slidepdf.com

 
GOBAG SODOR  

1.  Deskripsi Singkat 


Permainan Gobag Sodor terkenal di wilayah Pulau Jawa. Banyak yang
mengatakan bahwa permainan ini berasal dari daerah Yogyakarta. Nama Gobak
Sodor berasal dari kata  gobag  dan sodor . Kata gobag  artinya bergerak dengan
bebas. Sedangkan sodor  artinya tombak. 
Dahulu para prajurit mempunyai permainan yang bernama sodoran  sebagai
latihan keterampilan dalam berperang. Sodor  ialah tombak dengan panjang kira-kira
2 meter, tanpa mata tombak yang tajam pada ujungnya. 
2.  Pemain 
Jumlah pemain dalam permainan Gobag Sodor harus berjumlah genap antara
6-10 anak. Kemudian dibagi menjadi dua tim, tim jaga dan tim serang. Jadi tiap tim
beranggotakan 3-5 anak. Pemain dalam Gobag Sodor biasanya anak laki-laki, karena
permainan ini menguras banyak tenaga. Tetapi kadang-kadang anak perempuan juga
bisa memainkannya asalkan kedua tim harus mempunyai komposisi pemain yang
seimbang baik jenis kelamin maupun umurnya. Hal ini untuk menghindari timpang
kekuatan yang sangat mencolok pada salah satu tim. 
3.  Iringan Permainan 
Dalam bermain Gobag Sodor tidak diperlukan iringan, baik yang berupa lagu
atau suara musik apapun juga. 
4.  Persiapan 
Yang perlu dipersiapkan dalam permainan ini adalah lapangan Gobag Sodor
 yang berbentuk persegi panjang. Kemudian antar garis panjang ditarik garis
melintang sehingga terbentuk beberapa persegi panjang. Setelah itu tarik garis
tengah yang tegak lurus dengan garis melintang sehingga akan terbentuk banyak
petak yang sama besar. Garis ini disebut garis sodor.  

http://slidepdf.com/reader/full/peraturan-permainan-tradisional 14/28
5/26/2018 PERATURANPERMAINANTRADISIONAL-slidepdf.com

5. Aturan Permainan 
Beberapa peraturan dalam permainan Gobag Sodor adalah sebagai berikut :  
a.  Masing-masing pemain dari tim jaga harus bergerak di sepanjang garis melintang
 yang telah ditentukan. Jadi kakinya harus selalu menginjak garis tersebut. 
b.  Yang boleh melalui garis sodor hanyalah penjaga garis melintang pertama yang juga
sebagai sodor. 
c.  Masing-masing pemain tim serang, dari pangkalan harus berusaha melewati semua
garis melintang. Dan jika salah satu pemain saja bisa kembali lagi ke pangkalan tanpa
tersentuh tim jaga maka tim serang menang. 
d.  Bila pemain tim jaga bisa menyentuh salah satu pemain tim serang, maka tim jaga
menang. Lalu tim jaga berganti menjadi tim serang. Begitu seterusnya. 
e.  Jika satu petak terisi 2 atau lebih pemain maka tim serang kalah, dan berganti jadi
tim jaga. 
6. Jalannya Permainan 
Pemain dibagi mana yang ikut menjadi tim jaga dan tim serang. Masing-masing
tim memilih salah satu anggotanya untuk menjadi ketua yang bertugas
sebagai sodor . Dari gambar di atas misalnya, yang menjadi sodor tim jaga adalah A
dan dari sodor tim serang adalah F. Tim serang berkumpul di pangkalan, sementara
tim jaga berdiri di garis-garis melintang yang telah ditentukan ketuanya. 
Dari gambar di atas, A sebagai sodor akan menjaga garis ef  di sebelah kiri. B
menjaga garis gh  di sebelah kanan. C menjaga garis ij  di sebelah kiri. D menjaga
gariskl  di sebelah kanan. Dan E menjaga garis mn  di sebelah kiri. Jadi jika dilihat

http://slidepdf.com/reader/full/peraturan-permainan-tradisional 15/28
5/26/2018 PERATURANPERMAINANTRADISIONAL-slidepdf.com

dari depan akan terlihat posisi tim jaga berbentuk zig-zag. A sebagai sodor selain
bergerak di garis ef   juga bisa bergerak di garis cd . 

Tim Serang Berusaha Memasuki Lapangan 


Tim serang harus berusaha untuk masuk ke dalam petak-petak hingga dapat
berada di belakang garis mn . Kemudian berusaha kembali lagi ke pangkalan. Apabila
seorang pemain tim serang bisa kembali lagi ke pangkalan tanpa tersentuh oleh tim
 jaga, maka tim serang menang dan mendapatkan poin. 
Tetapi jika salah satu pemain tim serang tersentuh oleh tim jaga sebelum
sampai ke pangkalan lagi, maka tim serang dinyatakan kalah. Setelah itu tim serang
berganti menjadi tim jaga, dengan F sebagai sodor . Jika 2 atau lebih pemain tim
serang berada di satu petak, maka tim serang kalah dan berganti menjadi tim jaga.
Demikianlah tahapan permainan gobag sodor yang bisa diserangkan berulang kali.  

Tim Serang Berusaha Kembali ke Pangkalan  


7. Manfaat 
Diantara manfaat yang dapat diambil dari permainan Gobag Sodor adalah : 
a.  Melatih kerja sama dalam tim.  
b.  Melatih kepemimpinan. 
c.  Mengasah kemampuan otak. 
d.  Mengasah kemampuan mencari strategi yang tepat. 
e.  Meningkatkan kekuatan dan ketangkasan. 

http://slidepdf.com/reader/full/peraturan-permainan-tradisional 16/28
5/26/2018 PERATURANPERMAINANTRADISIONAL-slidepdf.com

Galah panjang
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Galah panjang adalah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di atas gelanggang yang dilakar di atas

tanah kosong. Gelanggang yang dibuat mengandungi 2 lajur dan beberapa baris bergantung kepada bilangan
pemain. Gelanggang galah panjang dibuat mengikut bilangan pemain yang bermain galah panjang. Contohnya

 jika pemain ada 10 orang, gelanggang yang dibuat mengandungi 4 baris. Jika bilangan pemain sebanyak

lapan orang, gelanggang galah pnjang mengandungi 3 baris. Permainan ini melibatkan kepakaran seorang
ketua atau ibu untuk mengawal gerakan anak buah bagi pihak yang mengawal gelanggang. Manakala

kecekapan dan kepantasan teruji kepada pihak yang menempuh gelanggang. Jika pihak menempuh

gelanggang mempunyai kebijaksanaan menempuh gelanggang, maka mereka boleh menang dengan mudah.

Cara bermain[sunting | sunting sumber ] 

Cara permainan galah panjang tidaklah sesukar mana tapi ia dapat menguji kepintaran, kecekapan dan
kepantansan setiap pemain.

1. Gelanggang galah panjang di lakar diatas tanah yang lapang. Panjang dan lebar bergantung kepada
pelukis garisan dan bilangan pemain. Selalunya satu petak galah panjang berukuran lebih kurang 2
meter x 1.5 meter.

2. Selepas pemilihan dilakukan, setiap kumpulan akan melakukan pemilihan ketua. Ketua dari kedua-dua

kumpulan akan mengundi siapa yang menjaga gelanggan dan siapa yang menempuh gelanggang.

3. Selepas penentuan, kumpulan yang menjaga gelanggang akan menjaga gelanggang dengan berpijak
diatas garisan yang dilukis tadi. Ketua akan menjaga garisan tengah dan bebas pergi kemana-mana
garisan depan atau belakang.

4. Kumpulan menempuh gelanggang akan berkumpul di depan, seterusnya ketua akan menyapakan

tanganya dengan ketua pihak lawan. Seterusnya merka belari masuk ke dalam gelanggang.

5. Penjaga akan mejaga kawasannya agar pihak penempuh tidak melepasi garisan yang dijaganya.

6. Penempuh akan menempuh sampai melepasi garisan paling akhir tanpa disentuh oleh penjaga

gelanggang dan kemudiannya berpatah balik.

7. Kemenangan tercapai apabila orang yang telah melepasi garisan paling akhir melepasi garisan
permulaan. Dan permainan diteruskan sehingga ada pemain yang ingin berhenti.

Syarat permainan[sunting | sunting sumber ] 

1. Jika penjaga gelanggang dapat menyentuh anak buah, maka anak buah akan mati atau tamat

gilirannya bermain dan dikehendaki keluar gelanggang.

http://slidepdf.com/reader/full/peraturan-permainan-tradisional 17/28
5/26/2018 PERATURANPERMAINANTRADISIONAL-slidepdf.com

2. Jika penjaga gelanggang menyentuh ketua, maka seluruh ahli penempuh akan tamat giliran dan akan

bertukar giliran antara penjaga dan penempuh.

TENG-TENG, KONDA KONDI & GALAH PANJANG


Teng-teng 

Teng teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak terdiri dari dua hingga empat orang setiap gelanggang, tiada peraturan tetap dengan
 jumlah pemain bagi setiap gelanggang. Sekiranya melebihi dari empat pemain da lam satu gelanggang, ianya akan mendatangkan kesukaran
bagi setiap pemain untuk berteng-teng. Setiap pemain tidak dibenarkan memijak petak di mana gundu berada di dalamnya, samada
kepunyaan sendiri atau pihak lawan, jika ini berlaku ia dikira mati, giliran pemain seterusnya mengambil alih permainan.

Permainan teng-teng menarik minat kanak-kanak untuk bermain bersama teman  

Konda-kondi 

Konda-kondi juga dikenali sebagai Perik Mata memerlukan fikiran yang tajam dan kekuatan pemain, iaitu ketika memikir arah yang selamat
untuk menguis kayu dan mengejar kayu yang dikuis untuk mematikan pihak lawan. Per mainan ini memerlukan kawasan lapang.

Peralatan yang diperlukan adalah terdiri daripada dua batang kayu kecil berukuran, l5cm dan 30cm panjang. Kedua-dua batang kayu ini
berbentuk bulat dan berukuran 2cm garis pusat. Kayu yang pendek dipanggil anak dan yang panjang dipanggil ibu. Lubang sedalam 15cm
 juga dikorek bagi meletakkan kayu panjang. Undian secara 'wan to som' dij alankan bagi membentuk pasukan dan menetapkan pasukan
mana yang harus memainkan terlebih dahulu.

Galah Panjang 

Permainan tradisional yang dimainkan diluar rumah. Permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh kanak-kanak sahaja tetapi sebagai
pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa. Permainan ini tidak dimainkan

http://slidepdf.com/reader/full/peraturan-permainan-tradisional 18/28
5/26/2018 PERATURANPERMAINANTRADISIONAL-slidepdf.com

secara individu, tetapi dengan dua kumpulan. Terdiri dari kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai
pemain tidak kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain sahaja.

Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya adalah sebagai awak-awak sahaja. Tugas ketua kumpulan adalah
sebagai mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu di sepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan
garisan disekeliling gelanggang. Manakala awak-awak hanya menjaga garisan melintang di dalam gelanggang. Sebelum permainan
dimulakan undian secara wan tu som dijalankan oleh kedua-dua ketua pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang.
Penetapan pengiraan bertukar giliran akan ditentukan terlebih dahulu, samada hanya dengan cuitan ke badan pemain atau dengan
menangkap pemain.

Permainan galah panjang kebiasaannya terdiri daripada sepuluh pemain sahaja. 

GALAH PANJANG

Permainan tradisional yang dimainkan diluar rumah. Permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh kanak-kanak sahaja

tetapi sebagai pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa.

Permainan ini tidak dimainkan secara individu, tetapi dengan dua kumpulan. Terdiri dari kumpulan penyerang dan

kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri

dari sepuluh pemain sahaja.

Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya adalah sebagai awak-awak sahaja. Tugas

ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu disepanjang

garisan permulaan, garisan tengah dan garisan disekeliling gelanggang. Manakala awak-awak hanya menjaga garisan

melintang di dalam gelanggang.

Sebelum permainan dimulakan undian secara wan tu som dijalankan oleh kedua-dua ketua pasukan. Siapa yang menang

akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan pengiraan bertukar giliran akan ditentukan terlebih dahulu, samada hanya

dengan cuitan ke badan pemain atau dengan menangkap pemain.

Gelanggang Permainan

http://slidepdf.com/reader/full/peraturan-permainan-tradisional 19/28
5/26/2018 PERATURANPERMAINANTRADISIONAL-slidepdf.com

Kawasan permainan yang sederhana luas diperlukan, samada di atas tanah, kawasan bertar

atau bersimin dan di atas padang. Tiada ukuran khas penetapan yang perlu dipatuhi, tetapi dianggarkan antara enam

hingga lapan meter lebar dan jarak bagi setiap garisan lintang gelanggang antara tiga hingga empat meter. Jumlah

garisan lintang bagi awak-awak tidak terhad, ia mengikut jumlah pemain bagi setiap pasukan.

Sebagai penanda garisan, akan digunakan tepung atau tali jika dimainkan di atas padang. Cat juga boleh digunakan

sekiranya gelanggang simin. Tetapi kebanyakan kanak-kanak akan melorekkan garisan tersebut di atas tanah sahaja.

Cara Bermain 
Sejurus sebelum permainan dimulakan, ketua pasukan penyerang akan menepuk tangan ketua pasukan bertahan di petak

kepala gelanggang. Ini menandakan permainan sudah dimulakan dan awak-awak boleh mula menyerang, samada secara

individu atau beramai-ramai.

Setiap pemain hendaklah melepasi semua garisan hingga ke garisan belakang sekali dan kembali semula hingga ke

garisan hadapan tanpa dapat dicuit oleh pasukan bertahan. Jika salah seorang dapat dicuit oleh pasukan bertahan maka

pasukan itu dikira mati. Pertukaran kedudukan akan dilakukan iaitu pasukan yang bertahan akan jadi pasukan penyerang

dan sebaliknya.

Peraturan Permainan 
Kesemua pemain pasukan penyerang akan dikira mati jika salah seorang dari mereka dicuit oleh pemain pasukan

bertahan.

Pemain pasukan penyerang tidak boleh berundur kebelakang setelah melepasi garisan gelanggang, ia dikira mati yang

akan menyebabkan pertukaran kedudukan pasukan.

Pasukan penyerang dikira mati jika terdapat pemainnya terkeluar dari garisan gelanggang.

Pasukan penyerang dikira menang jika salah seorang dari pemainnya dapat melepasi kesemua garisan hingga kembali ke

garisan permulaan. Satu mata diberikan kepada pasukan ini dan permainan akan dijalankan semula.

Mana-mana pasukan yang dapat mengumpul mata tertinggi akan dikira memenangi perlawan tersebut.

http://slidepdf.com/reader/full/peraturan-permainan-tradisional 20/28
5/26/2018 PERATURANPERMAINANTRADISIONAL-slidepdf.com

Teng Teng 
ASAL USUL 

Permainan Teng-Teng, atau juga dikenali sebagai Ketinting ialah permainan yang selalunya
dimain oleh kanak-kanak perempuan. Ini kerana, teng-teng tidak begitu lasak walaupun ia
menggunakan tenaga yang banyak. Teng-teng juga tidak memerlukan daerah yang besar.  

Teng-teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak dimana ada dua hingga empat orang

didalam sebuah gelanggang. Ini kerana, tiada peraturan yang tetap untuk jumlah orang di
dalam satu gelanggang. Tetapi, jika terdapat empat pemain didalam satu gelanggang, ia akan
memdatangkan kesukaran untuk setiap pemain untuk berteng-teng. 

Gelanggang teng-teng ialah lukisan petak-petak di atas tanah. Terdapat sembilan petak-petak
di dalam satu gelanggan. Selain gelanggan, pemain juga perlu gundu. Gundu ialah satu objek
yang menandakan kedudukan mereka di petak-petak gelanggang.  

Cara Bermain: 

Sebelum permainan dimulakan, pemain harus mengundi siapa yang akan pergi dahulu dan
seterusnya. Kaedahnya ialah menggunakan lai lai li tam plong . 

Untuk memulakan permainan, pemain pertama harus mancampakkan gundu ke dalam petak
pertama dengan cara membelakangkan petak. Ini akan berlaku dengan sama untuk pemain
yang lain. Jika gundu tidak dapat masuk ke dalam petak, giliran pemain itu dianggap mati dan
pemain seterusnya yang akan mengambil alih. 

Pemain dikehendaki melompat ke dalam petak-petak dengan menggunakan satu kaki sahaja,
tetapi jika ada petak yang bersebelahan dengan petak yang lain, pemain harus melompat ke
dalam petak tersebut denga menggunakan kedua kaki mereka.  

http://slidepdf.com/reader/full/peraturan-permainan-tradisional 21/28
5/26/2018 PERATURANPERMAINANTRADISIONAL-slidepdf.com

Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, mereka harus memijak kaki kanan
mereka ke petak kedua dan petak keempat akan dipijak oleh kaki kiri mereka. Setelah itu,
pemain dikehendaki melompat ke petak ketiga denga menggunakan sebelah kaki dan

seterusnya, gundu
harus melompat harus
balik dikutippertama
ke petak di petakdan
pertama. Pemain,
terus ke garisanuntuk menghabiskan
penamat   giliran mereka,

PERMAINAN TRADISIONAL (TENG-TENG)


PENGENALAN :  

Teng Teng adalah sejenis permainan kanak-kanak dengan kaedah lompatan


satu kaki dan dua kaki.  Permainan ini juga dikenali sebagai Ketinting. Permainan teng-
teng ini juga terkenal dalam kalangan masyarakat zaman dahulu terytama dalam
kalangan kaum wanita. Kanak-kanak perempuan sering memainkan permainan ini
berbanding kanak-kanak lelaki. Ini mungkin disebabkan permainan ini tidak begitu
lasak serta memerlukan tenaga yang banyak dan ianya memerlukan pemerhatian di
gelanggang yang agak kecil sahaja. 

Di kampung-kampung gelanggang teng-teng biasanya dibuat dengan


mengoreskan garisan di atas tanah sahaja, tetapi lain keadaannya pula dengan kanak-
kanak yang berada di kawasan taman perumahan atau dikawasan pekan yang tiada
halaman bertanah. Mereka akan menggunakan kapur tulis tepung atau apa sahaja
yang dapat dilukiskan di atas jalan bertar.  

Teng teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak terdiri dari dua hingga
empat orang setiap gelanggang, Tiada peraturan tetap dengan jumlah pemain bagi
setiap gelanggang. Sekiranya melebihi dari empat orang pemain dalam satu
gelanggang, ianya akan mendatangkan kesukaran bagi setiap pemain untuk berteng
teng. 

GELANGGANG :  

Gelanggang teng teng hanya dilukiskan petak-petak di atas tanah sahaja.


Terdapat pelbagai jenis bentuk gelanggang teng-teng dengan jumlah petak yang
berlainan. Ada gelanggang atau petak teng-teng yang terdiri daripada sembilan petak-
petak kosong bagi satu gelanggang. Dan ada juga yang terdiri daripada lapan petak-

http://slidepdf.com/reader/full/peraturan-permainan-tradisional 22/28
5/26/2018 PERATURANPERMAINANTRADISIONAL-slidepdf.com

petak kosong. Dalam tugasan ini, kami akan nyatakan cara permainan teng-teng yang
menggunakan lapan petak. 

Teng Teng memerlukan sebuah tapak rata yang dilukiskan garisan berpetak seperti
tangga dengan 4 sayap seperti kapal terbang. Manakala di hujung petak dibuatkan
semi
pada bulatan. Lukisan
tangga ke-2, satupetak
petakseperti berikut,
lagi dilukis, pada
pada tangga
tangga pertama,
ke-3 satusayap,
dilukiskan petak dengan
dilukis,
pembahagi sayap terletak di tengah-tengah petak ke-2. Pada tangga ke-4 satu petak
dilukis, dan pata tangga ke-5 satu lagi sayap dilukis dengan pembahagi sayap pada
tengah-tengah petak tangga ke-4. Satu semi bulatan (semi-D) dilukis dari hujung kiri
sayap secara melengkok hingga ke hujung kanan sayap. (Rujuk gambar di bawah).

Gelanggang teng-teng 

GUNDU BUAH :  

Selain daripada gelanggang, gundu adalah juga sebagai perkakasan penting yang dimainkan
bersama. Gundu atau buah ialah objek berbentuk leper sebesar separuh tapak tangan yang diperbuat
daripada apa sahaja, seperti pecahan pinggan, kepingan besi atau batu yang leper.

Setiap pemain perlu ada gundu ini. Gundu ini adalah sebagai tanda bagi para pemain untuk
mengerakkan kedudukan mereka di petak-petak gelangang.

UNDIAN :  

Sebelum permainan dimulakan, undian dijalankan bagi menentukan pemain yang mana harus
memulakan permainan terlebih dahulu. Lai lai li tam plong   adalah kaedah bagi menentukan pemain pertama,
kedua, ketiga dan seterusnya.

Namun, ada juaga undian yang dibuat dengan memilih batang ranting atau lidi. Pemain dengan
batang terpanjang bermain dahulu, dan yang terpendek terkemudian.

CARA BERMAIN :  

http://slidepdf.com/reader/full/peraturan-permainan-tradisional 23/28
5/26/2018 PERATURANPERMAINANTRADISIONAL-slidepdf.com

Pemain perlu mencampak buah ke petak tangga pertama, kemudian melompat


terus ke petak tangga ke-2 dengan sebelah kaki. Pemain tidak boleh menukar kaki (kiri
atau kanan) apabila sudah memulakan lompatan. Apabila tiba di sayap, kedua-dua kaki
perlu mencecah tanah serentak (petak 3 & 4), kaki kiri dalam petak sayap kiri dan kaki
kanan dalam petak sayap kanan. lompatan diteruskan ke petak tangga ke-4 dengan
sebelah kaki dan diakhiri dengan dua kaki mencecah di sayap ke-2 (petak 6 & 7). Untuk
berpusing, satu lompatan dibuat dan kini kedua-dua kaki perlu mencecah sayap ke-2
(petak 7 & 6) tetapi arah badan memusing dan menghala ke petak tangga pertama.
Lompatan dibuat seperti mula-mula tadi dan apabila berada di satu petak
sebelum petak buah, pemain perlu membongkok dan mengambil buah, setelah itu satu
lompatan dibuat di petak yang tadinya ada buah. Lompatan diteruskan hingga keluar
darigelanggang.  
 Aturan membaling buah teng-teng adalah seperti dalam turutan petak (1,2,...,
dan 7). Apabila selesai membaling petak ke-7, satu lontaran ke petak semi-D (petak 8)
dibuat secara pandang ke belakang. Pemain tidak boleh melihat petak semi-D sewaktu
membaling buah teng-teng. Sekiranya buah jatuh dalam petak semi-D, dia akan
melompat seperti biasa dan bersedia untuk mengambil buah apabila telah melompat
pusing (petak 7 & 6) dan membelakangkan petak semi-D. Pemain boleh duduk di petak
semi- D untuk mencapai buah dengan syarat tidak menyentuh garisan D. Dia dikira mati
 jika tersentuh garisan. Setelah mendapatkan buah dia perlu menghabiskan lompatan
seperti biasa. 
Seandainya pemain terpijak garisan ia dianggap mati dan giliran pemain lain
mengambil alih permainan. Setiap pemain juga tidak dibenarkan memijak petak
dimana gundu berada di dalamnya, samada kepunyaan sendiri atau pihak lawan, jika
ini berlaku ia dikira mati, giliran pemain seterusnya mengambil alih permainan.  

MEMBINA RUMAH :  

Pemain yang telah berjaya mencapai buah/gundu di petak semi-D, maka dia
boleh membuat balingan buah secara membelakangkan gelanggang. Jika buah jatuh
pada petak yang kosong, dan bukan rumah, maka petak itu dikira rumah. Rumah
ditandakan dengan corak atau garisan tertentu. Sekiranya buah jatuh terkena garisan
atau terkeluar maka ia dikira mati. Setiap pemain hendaklah memijak dengan kedua
belah kaki di petak rumah dan pemain lain tidak dibenarkan berbuat demikian.
Sekiranya pemain lain memijaknya atau tuan rumah lupa memijak dengan kedua belah

kakinya ia dikira mati. 

PEMENANG :  

Pemenang adalah pemain yang memperoleh rumah terbanyak.  

http://slidepdf.com/reader/full/peraturan-permainan-tradisional 24/28
5/26/2018 PERATURANPERMAINANTRADISIONAL-slidepdf.com

MATI HILANG GILIRAN :  

Pemain dikira mati (giliran) jika :


> Buah yang dilontar terkena garisan petak
> Kaki terpijak garisan petak
> Buah yang dilontar tidak masuk ke dalam petak yang sepatutnya
> Pemain menukar kaki sewaktu giliran
> Pemain terlupa pijak dua belah kaki serentak ke dalam sayap,iaitu kiri di petak sayap
kiri dan kaki kanan dalam sayap petak kanan
> Pemain tidak dapat mencapai buah sewaktu mencari buah di dalam petak semi-D
> Pemain tidak memijak 2 kaki serentak dalam petak rumahnya
> Pemain memijak kaki ke rumah pemain lawan.  

Kesimpulan :  

Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada


kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin
kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup
nenek moyang kita. Di samping itu, melalui permainan tradisional juga boleh,
masyarakat dapat menyemai nilai-nilai murni serta dapat melatih jati diri mereka .
Contohnya permainan teng  – teng. 
Dalam permainan teng-teng, setiap pemain perlu mengimbangi badan mereka
semasa melompat menggunakan sebelah kaki. Ini bukan sahaja memerlukan

ketahanan
yang tinggi yang kuat malah
dan bertindak memerlukan
dengan kesabaran
terburu-buru yang
mungkin tinggi.
para Tanpa
pemain akankesabaran
cepat hilang
giliran atau mati. Ini sekali gus dapat menyemai sifat sabar dalam diri masyarakat.
Selain itu, setiap permainan yang dimainkan juga akan dapat mengeratkan hubungan
silaturahim antara masyarakat. Inilah antara nilai-nilai yang perlu dipupuk dalam
kalangan masyarakat terutama pada zaman globalisasi ini. 
 Akhir sekali, permainan tradisional ini perlu dipelihara agar tidak luput ditelan zaman.
Hal ini kerana, permainan tradisional adalah satu warisan yang diturunkan oleh nenek
moyang kita terdahulu dan asset penting dalam kehidupan kita.  

Teng Teng @ Ketingting


ASAL USUL 

Teng-teng atau lebih dikenali sebagai ketinting adalah sejenis permainan tradisional yang selalu dimainkan oleh
kanak-kanak. Kebiasaannya permainan ini selalu dimainkan oleh kanak-kanak perempuan berbanding kanak-kanak
lelaki. Hal ini demikian kerana permainan ini tidak begitu lasak dan hanya menggunakan kaedah lompatan satu
kaki dan dua kaki. Permainan ini hanya memerlukan pemerhatian di gelanggang yang kecil sahaja. Teng-teng

http://slidepdf.com/reader/full/peraturan-permainan-tradisional 25/28
5/26/2018 PERATURANPERMAINANTRADISIONAL-slidepdf.com

hanya dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak yang terdiri daripada dua hingga empat orang sahaja. Sekiranya
lebih,ianya akan mendatangkan kesukaran bagi setiap pemain untuk bermain kerana hanya dimainkan di kawasan
yang bersaiz kecil sahaja. 

Permainan ketingting

GELANGGANG&GUNDU(BUAH TENG-TENG) 
Di kawasan kampung,gelanggang dibuat hanya menggoreskannya di atas tanah sahaja. Gelanggang ini memerlukan

kawasan yang rata untuk menggoreskannya. Di kawasan perumahan atau pekan yang tiada halaman
bertanah,mereka menggunakan kapur tulis untuk dilukis di kawasan jalan bertar. Terdapat sembilan petak-petak
kosong bagi satu gelanggang.

Selain dari gelanggang,gundu atau buah teng-teng juga penting dalam permainan ini. Gundu mestilah berbentuk
leper dan anggaran saiz bagi gundu adalah sebesar duit syiling 50sen. Antara benda yang boleh dijadikan gundu
ialah pecahan pinggan,kepingan besi dan batu yang leper. Gundu berperanan sebagai tanda bagi para pemain
untuk menggerakkan kedudukan mereka di petak gelanggang.

Contoh permainan Ketingting

http://slidepdf.com/reader/full/peraturan-permainan-tradisional 26/28
5/26/2018 PERATURANPERMAINANTRADISIONAL-slidepdf.com

UNDIAN  
Sebelum memulakan permainan ini,pemain haruslah melakukan undian untuk mengetahui pemain mana yang harus
memulakan permainan dahulu. Sesetengah undian dengan cara memilih batang ranting atau lidi. Pemain yang

memiliki batang ranting atau lidi yang terpanjang akan memulakan permainan dahulu dan begitulah sebaliknya.
Selain itu, undian juga boleh dibuat dengan menggunakan kaedah lai la li tam plong.

CARA BERMAIN  
Pada permulaan permainan,pemain hendaklah mencampakkan gundu ke dalam petak pertama dengan cara
mambelakangkan petak. Setelah selesai melepasi parmainan pertama,kedua dan seterusnya cara mencampakkan
gundu adalah sama. Pemain dianggap mati atau hilang giliran jika gundu tidak masuk ke dalam petak yang
ditentukan atau terkeluar dari petak tersebut. Setelah pemain mati atau hilang giliran,pemain lain akan
mengambil bahagian pula.

Pemain dikehendaki melompat ke dalam kesemua petak dengan sebelah kaki kecuali di petak sembilan dengan
kedua belah kaki. Bagi pemain yang baru sahaja memulakan permainan dimana gundu berada di petak
pertama,maka pemain hendaklah melompat terus ke petak kedua dan petak seterusnya.

Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan,setibanya di petak kedua dan keempat,pemain hendaklah
memijak dengan kaki kanan di petak kedua dan kaki kiri di petak keempat. Setelah itu,pemain dikehendaki
melompat ke petak ketiga pula dengan hanya sebelah kaki dan seterusnya gundu hendaklah dikutip di petak
pertama lalu melompat ke petak pertama dan terus ke garisan penamat.

Setiap pemain tidak dibenarkan memijak petak dimana gundu berada di dalamnya samada kepunyaannya sendiri
atau pihak lawan. Jika ini berlaku ia dikira mati,giliran pemain seterusnya mengambil alih permainan.

MEMBINA RUMAH  
Bagi mendapatkan rumah pemain perlulah berdiri membelakangkan kesemua petak di garisan permulaan dan
mencampakkan ke dalam mana-mana petak gelanggang dan di situlah kedudukan rumahnya. Sekiranya gundu jatuh
di atas garisan atau terkeluar maka ia dikira mati. Setiap pemain mestilah memijak dengan kedua belah kaki di
petak rumah dan pemain lain tidak dibenarkan memijak petak rumah lawan. Sekiranya pemain lain memijaknya
atau rumah lupa memijak dengan kedua belah kakinya ia dikira mati.

PEMENANG 
Pemenang dikira berdasarkan jumlah rumah terbanyak yang dapat dikumpul oleh pemain.

MATI 
Pemain dikira mati sekiranya buah yang dilontar dan kaki terkena garisan petak,buah yang dilontar tidak masuk ke
dalam petak yang sepatutnya,serta pemain menukar kaki sewaktu giliran. Selain itu juga,pemain itu akan dianggap
mati apabila terlupa memijak dua belah kaki serentak ke dalam sayap iaitu kaki kiri di petak sayap kiri dan kaki
kanan dalam sayap petak kanan,pemain tidak memijak dua kaki serentak dalam petak rumahnya serta memijak

http://slidepdf.com/reader/full/peraturan-permainan-tradisional 27/28
5/26/2018 PERATURANPERMAINANTRADISIONAL-slidepdf.com

kaki ke rumah pemain lawan.

Tapak ketingting moden

http://slidepdf.com/reader/full/peraturan-permainan-tradisional 28/28

Anda mungkin juga menyukai