Anda di halaman 1dari 7

SK BUKIT TINGGI

KERTAS KERJA
KEJOHANAN
RAGBI JEMPUTAN ANTARABANGSA
BUKIT BERUANG MELAKA
TARIKH
27 – 28 OKTOBER 2018

TEMPAT

DATARAN SEJARAH AYER KEROH,


MELAKA

Disediakan Oleh
UNIT KO KURIKULUM
SK BUKIT TINGGI
KEDAH
1.0 PENGENALAN

Sukan rugby merupakan salah satu sukan yang berpotensi untuk dibangunkan.
Sebagai sukan teras negara.Namun perkembangan mutakhir ini menunjukkan bahawa
pembangunan sukan rugby diperingkat akar umbi masihl agi berada di takuk yang lama.
Bahkan sukan ini dilihat sebagai sukan yang kurang popular dikalangan pelajar dan guru
walaupun pelbagai program telah pun dirancang dan dilaksanakan diperingkats ekolah,
daerah, negeri serta diperingkat Kementerian Pelajarans sendiri.
Menyedari hakikat ini SK Bukit Tinggi melalui pensijilan sebagai sekolah kluster
telah mengambil inisiatif untuk mencungkil bakat-bakat muda terutamanya dibawah
peringka tumur 11 tahun melalui penyertaan pertandingan rugby sebagai medium untuk
mempopularkan sukanrugbi dikalangan pelajar sekolah SK Bukit Tinggi. Ini sejajardengan
usahaberterusan pihakkerajaan menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia melalui
program Kebitaraan Sekolah yang ingin melahirkan serta menzahirkan kecemerlangan
sekolah merangkumi bidang kurikulum dan kokurikulum serta membuka ruang untuk
memperkasakan “niche area” (kebitaraan) sekolah masing-masing.

BUKIT TINGGI RUGBY TEAM(BUKIT TINGGI BRONCOS) merupakan pasukan yang


dirangka programnya untuk menjadi nilaitambah bagi meningkatkan kemahiran pelajar
dalam bidang kebitaraan sukan ragbi di samping member peluang kepada pelajar
melalui pengalaman dengan mengaplikasikannya sebagai gaya hidup sihat. Ini secara
tidak langsung member peluang kepada setiap pelajar merasai sendiri pengalaman
menyertai setiap aktiviti yang dijalankan. Ini akan membiasakan pelajar supaya siapsiaga
dalam menempuh cabaran yang bakal dilalui dan boleh berdikari seterusnya berdaya
saing dalam bidang kerjaya dan seterusnya menghadapi cabarang lobalisasi yang
semakin menguji ketahanan diri dan tahap keintelektualan seseorang.

Pemilihan sukan ragbi sebagai sukan utama sekolah membuktikan penerimaan


pelajar terhadap sukan itu sendiri. Pembentukan pasukan ragbi SK Bukit Tinggi yang
mantap bermula dari peringkat bawah merangkumi pelajarTahun 3, Tahun 4 danTahun
5.
Bagi meneruskan kecemerlangan dan kegemilangan pasukanragbi, aktiviti ini
telah dirancang dengan harapan dapat membentuk pasukan yang mantap dan berdaya
saing selari dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara.

2.0 MATLAMAT
2.1 Menjadikan pasukan rugbi SK Bukit Tinggi sebagai salah satu pasukan rugbi yang
disegani di Malaysia.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memperkenaal dan mempromosikan sukan rugbi di kalangan akar umbi

3.2 Memajukan sukan rugbi sebagai sukan teras di peringkar sekolah rendah
seterusnya di peringkat yang lebih tinggi

3.3 Menjadikan sukan ragbi sebagai satu identiti SK Bukit Tinggi.

3.4 Melahirkan pelajar-pelajar yang aktif dan sihat dari segi rohani, jasmani, intelek
dan sosial

4.0 JUSTIFIKASI

4.1 Memberikan ruang dan peluang kepada pelajar SK Bukit Tinggi bersaing di
peringkat tertinggi dan pendedahan yang baik bagi menghadapi Kejohanan Rugbi
anjuran MSSD, MSSK dan MSSM

4.2 Setiap pemain ragbi SK Bukit Tinggi perlu diberi pendedahan yang secukupnya
terhadap aspek teknikal pertandingan sebenar bagi meningkatkan minat, serta
potensi mereka dalam sukan ragbi selaras dengan program kluster
kecemerlangan.

4.3 Membawa imej SK Bukit Tinggi sebagai sebuah pasukan ragbi yang disegani dari
semua sudut.

4.4 Dapat memenangi pertandingan dan meningkatkan prestasi yang tinggi serta
boleh dibanggakan
5.0 KUMPULAN SASARAN

5.1 Pemain-pemain pasukan ragbi Bawah 12 tahun SK Bukit Tinggi seramai 20 orang.

6.0 TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN


6.1 Tarikh Pertandingan : 27 – 28 OKTOBER 2018
6.2 Venue Pertandingan : DATARAN SEJARAH AYER KEROH,
,MELAKA.
7.0 ANGGARAN KOS

BIL. KOS Jumlah (RM)


1. ELAUN MAKAN PELAJAR (RM 16 X 20 ORANG X 4 HARI) 1280.00
2. ELAUN MAKAN PEGAWAI (RM 40 X 4 ORANG X 4 HARI) 640.00
3. UBATAN/KECEMASAN 150.00
4. DOBI 60.00
5. YURAN PENYERTAAN 200.00
6. PENGANGKUTAN (BAS) 5400.00
JUMLAH 7 730.00

8.0 PENGANGKUTAN

Bas
No. Pendaftaran : BAS PERSIARAN : KCK 9569

9.0 PENUTUP

Semoga dengan segala usaha dan sokongan yang tidak berbelah bagi daripada pihak
pentadbir SK Bukit Tinggi, akan memberikan impak yang besar terhadap pembangunan
sukan di Malaysia amnya dan SK Bukit Tinggi khasnya, dan seterusnya melahirkan
insan-insan yang berwibawa dan bakal memimpin negara pada masa hadapan.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.......................................................... .........................................
(ZUMARDI BIN ZAINAL ABIDIN) ( )
Penyelaras Program
Sekolah Kluster Kecemerlangan
(SKK )Ragbi SK Bukit Tinggi.
TENTATIF PERJALANAN DELEGASI SK BUKIT TINGGI, KEDAH
KE RAGBI JEMPUTAN ANTARABANGSA BUKIT BERUANG MELAKA

26 Oktober 2018 (Jumaat)

06.15am - Berkumpul di sekolah


06.30am - Bertolak dari SK Bukit Tinggi, Kepala Batas Kedah
07.00 pm - Dijangka tiba di Bukit Katil,Melaka
(menginap)
8.30 pm - Mesyuarat pengurus pasukan
10.00 pm - Rehatkan diri

27 Oktober 2018 (Sabtu)

8.00 am - Perlawanan peringkat awal bermula


DATARAN SEJARAH AYER KEROH, MELAKA
6.00 pm - Perlawanan dijangka tamat
8.00 pm - Makan malam
10.00 pm - Briefing / analisis perlawanan
11.00 pm - Tidur

28 Oktober 2018 (Ahad)

8.00 am - Perlawanan peringkat kalah mati


6.00 pm - Perlawanan dijangka tamat

29 Oktober 2018 (Isnin)

7.00 am - Bertolak pulang ke SK Bukit Tinggi, Kepala Batas Kedah


7.00 pm - Dijangka tiba di SK Bukit Tinggi, Kepala Batas Kedah
LAMPIRAN

SENARAI NAMA PEGAWAI

BIL NAMA PEGAWAI NO K/PENGENALAN NO TEL.


1. MOHD ADRIE BIN ADENAN 820119-09-5187 01903224290
2. MOHD RAZMIR BIN ABDUL RASHIT 831123-02-5169 017 52084040

SENARAI NAMA PEMAIN BAWAH 12 TAHUN

BIL NAMA NO IC TAHUN ALAMAT


1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

13.

14.

15.

Anda mungkin juga menyukai