Anda di halaman 1dari 19

SK BUKIT TINGGI KEPALA BATAS KEDAH

Kelulusan

Makluman

KERTAS KERJA
KEJOHANAN RAGBI BAWAH 12 TAHUN
BRONCOS TACKLE 7-11
SK BUKIT TINGGI (SKK) EDISI 5 2018

Disediakan oleh: Disahkan oleh: Diluluskan oleh:

Tandatangan

Nama ZUMARDI BIN ZAINAL KU RUSHIDI BIN KU


RUSMA BINTI HAMID
ABIDIN AHMAD

Jawatan Penyelaras Kebitaraan PK Ko Kurikulum SK Bukit Guru Besar


Ragbi SK Bukit Tinggi Tinggi SK Bukit Tinggi

Tarikh
KEJOHANAN RAGBI BAWAH 12 TAHUN
BRONCOS TACKLE 7-11
SK BUKIT TINGGI (SKK) EDISI 5 2018

TARIKH

20-21 OKTOBER 2018

TEMPAT:
PADANG JUARA
SK BUKIT TINGGI KEPALA BATAS KEDAH

ANJURAN:
SK BUKIT TINGGI KEPALA (SKK) BATAS
KEDAH DARUL AMAN
ULASAN PENASIHAT
MENGENAI PROGRAM

TAJUK KEJOHANAN RAGBI BAWAH 12 TAHUN BRONCOS TACKLE 7-


PROGRAM 11 SK BUKIT TINGGI (SKK) EDISI 5 2018
TARIKH 20-21 OKTOBER Tempa SK BUKIT TINGGI KEPALA
2018 BATAS KEDAH
PROGRAM t

Ulasan Penasihat:
Sukan merupakan salah satu aspek yang penting dan ianya haruslah di ambil
kira serta dititikberatkan oleh setiap murid-murid demi kepentingan perkembangan
JERI. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara murid-murid seharusnya seimbang
sama ada dari segi Jasmani, Emosi, Rohani serta Intelek dalam mencapai hasrat
negara untuk melahirkan warga negara yang bersedia untuk menghadapi cabaran
globalisasi.. Murid-murid juga merupakan bakal-bakal pelapis kepimpinan negara di
masa hadapan nanti. Oleh itu, mereka perlulah sentiasa proaktif dan kreatif dalam
menjalani kehidupan sebagai murid yang Tahu, Faham dan Boleh Melakukan Dengan
Beradab Mithali
Justeru, BRONCOS TACKLE 7-11 SK BUKIT TINGGI (SKK) EDISI 5 amatlah
sesuai bagi murid-murid untuk melibatkan diri mereka bagi mencungkil dan
menonjolkan bakat diri masing-masing dalam aspek kesukanan

NAMA PENASIHAT RUSMA BINTI HAMID

TANDATANGAN TARIKH

COP ASMI
RINGKASAN EKSEKUTIF

KEJOHANAN RAGBI BAWAH 12 TAHUN BRONCOS TACKLE 7-11


NAMA PROGRAM
SK BUKIT TINGGI (SKK) EDISI 5 2018

TARIKH 20-21 OKTOBER 2018

PADANG JUARA
TEMPAT SK BUKIT TINGGI KEPALA BATAS KEDAH

SK BUKIT TINGGI (SKK) KEPALA BATAS KEDAH


ANJURAN
MURID DIBAWAH UMUR 12 TAHUN DARI SELURUH MALAYSIA
PENYERTAAN
KEJOHANAN RAGBI BAWAH 12 TAHUNBRONCOS TACKLE 7-11 SK
BUKIT TINGGI (SKK) EDISI 5 2018 bermatlamat untuk menggalakkan
penyertaan murid-murid khususnya murid di bawah 12 tahun di dalam
acara sukan ragbi Rimau sebagai aktiviti rutin dan mewujudkan gaya
MATLAMAT hidup sihat dalam kehidupan seharian. Melaluinya, diharapkan agar
murid-murid terlibat dapat memperkayakan kemahiran dan
pengetahuan tentang sukan ragbi seterusnya sebagai persediaan
menghadapi kejohanan MSSM pada tahun hadapan.
1. Melahirkan murid-murid yang cerdik pandai di samping
mengamalkan gaya hidup yang sihat melalui aktiviti berteraskan
kesukanan.
2. Memberi peluang kepada murid-murid untuk berani mencuba
dan mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan ragbi yang boleh
diketengahkan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
3. Membentuk generasi baru yang seimbang dari aspek moral,
OBJEKTIF spiritual, emosi, jasmani dan mental sebagai belia pelapis
kepimpinan negara di masa depan.
4. Menjalin integrasi kaum dan saling mengukuhkan perasaan
muhibbah dan bersatu padu di kalangan murid-murid tanpa
mengira batas kaum, bangsa dan agama.

PERBELANJAAN Sepeti yang tercatat di dalam RFP ( rujuk lampiran B)


KERTAS KERJA
KEJOHANAN RAGBI BAWAH 12 TAHUN
BRONCOS TACKLE 7-11
SK BUKIT TINGGI (SKK) EDISI 5 2018

1.0 PENDAHULUAN

Dalam melahirkan sebuah generasi Malaysia yang cemerlang, gemilang dan


terbilang, aspek sukan merupakan salah satu aspek yang perlu diambil berat.
Kementerian Belia dan Sukan ( KBS ) pada tahun 2010 telah menyasarkan
objektifnya untuk membina masyarakat yang sihat, cergas dan berbudaya sukan
ke arah perpaduan pembangunan negara.

Di dalam mencapai objektif tersebut, KBS telah merangka strategi yang memberi
penekanan kepada perubahan minda dan sikap ke arah membentuk generasi
belia yang bertanggungjawab, dinamik, dan mempunyai daya kepimpinan yang
baik melalui pelbagai program yang diadakan di peringkat daerah, negeri,
kebangsaan dan antarabangsa selain meramaikan bilangan rakyat ke arah
peningkatan kualiti hidup melalui strategi Sukan Untuk Semua dan pengenalan
kepada konsep Malaysia Cergas.

Penglibatan golongan belia khususnya mahasiswa institusi pengajian tinggi di


dalam Sukan Massa ini adalah selaras dengan Dasar Pembangunan Sukan
Negara. Sekurang-kurangnya 50 peratus rakyat Malaysia perlu mengamalkan
gaya hidup yang cergas dan sihat menerusi acara sukan yang disertai dari
peringkat akar umbi. Penerapan budaya kesukanan di kalangan belia amatlah
perlu sejajar dengan usaha melahirkan masyarakat Malaysia yang cergas dan
cerdas selain mengamalkan budaya sukan sepanjang hayat ke arah peningkatan
kualiti gaya hidup baik dari segi sosial dan fizikal.

2.0 TUJUAN KERTAS KERJA

Tujuan kertas kerja ini ialah untuk mendapatkan kelulusan dan peruntukan
kewangan daripada peruntukan SKK SK BUKIT TINGGI.

3.0 JENIS PROGRAM

Program ini adalah berbentuk sukan massa serta sukan-sukan umum yang
melibatkan pertandingan diantara sekolah-sekolah di dalam daerah di Kedah .
4.0 MATLAMAT

Kejohanan KEJOHANAN RAGBI BAWAH 12 TAHUN BRONCOS TACKLE 7-11 SK


BUKIT TINGGI (SKK) EDISI 5 2018 bermatlamat untuk menggalakkan penyertaan
murid-murid khususnya murid di bawah 12 tahun di dalam acara sukan Ragbi
tackle sebagai aktiviti rutin dan mewujudkan gaya hidup sihat dalam kehidupan
seharian. Melaluinya, diharapkan agar murid-murid terlibat dapat
memperkayakan kemahiran dan pengetahuan tentang sukan ragbi seterusnya
sebagai persediaan menghadapi kejohanan MSSM pada tahun hadapan.

5.0 OBJEKTIF

5.1 Melahirkan murid-murid yang cerdik pandai di samping mengamalkan


gaya hidup yang sihat melalui aktiviti berteraskan kesukanan.

5.2 Memberi peluang kepada murid-murid untuk berani mencuba dan


mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan ragbi yang boleh
diketengahkan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

5.3 Membentuk generasi baru yang seimbang dari aspek moral, spiritual,
emosi, jasmani dan mental sebagai belia pelapis kepimpinan negara di
masa depan.

5.4 Menjalin integrasi kaum dan saling mengukuhkan perasaan muhibbah


dan bersatu padu di kalangan murid-murid tanpa mengira batas kaum,
bangsa dan agama.

6.0 TARIKH PERLAKSANAAN


6.1 20-21 OKTOBER 2018

7.0 TEMPAT PROGRAM


Kejohanan ini akan diadakan di:
7.1 Padang JUARA Sk Bukit Tinggi Kepala Batas Kedah
8.0 SASARAN PENYERTAAN

8.1 KEJOHANAN RAGBI BAWAH 12 TAHUN BRONCOS TACKLE 7-11 SK


BUKIT TINGGI (SKK) EDISI 5 2018 ini terbuka kepada seluruh murid-murid
dari seluruh Malaysia
8.2 Pasukan dan negeri yang telah dijemput untuk menyertai pertandingan
ini. (Sila rujuk Lampiran B)

9.0 AHLI JAWATANKUASA

9.1 Terdapat dua jenis jawatankuasa yang dibentuk bagi melancarkan


penganjuran kejohanan ini:

9.2 Kejohanan Ragbi Bawah KEJOHANAN RAGBI BAWAH 12 TAHUN


BRONCOS TACKLE 7-11 SK BUKIT TINGGI (SKK) EDISI 5 2018
Sila rujuk Lampiran A

10.0 BELANJAWAN KEJOHANAN


Sila rujuk seperti yang dinyatakan di dalam RFP

BIL KOS JUMLAH (RM)


.
1. ELAUN MAKAN PELAJAR
(RM 16 X 30 ORANG X 2 HARI ) 960.00
2. ELAUN MAKAN PEGAWAI
(RM 40 X 4 ORANG X 2 HARI ) 320.00
3. ELAUN PENGADIL
RM 100 X 6 X 2 hari 1 200.00
4. SEWA KHEMAH
RM 100 X 8 X 2 hari 1 600.00
5. HADIAH
2 400.00
6. SIJIL
480.00
6. JUMLAH KESELURUHAN KEBITARAAN
6 960.00
12.0 PENUTUP

Semoga dengan penganjuran kejohanan ini dapat menyuntik semangat dan


memberi dorongan kepada murid-murid untuk terus bergiat aktif di dalam
sukan ragbi dan seterusnyanya mengangkat sukan ragbi di negeri Kedah ke
tahap yang tertinggi Akhir sekali, adalah menjadi harapan pihak penganjur agar
kejohanan sukan ini menjadi platfom kepada perpaduan antara komuniti sukan
ragbi negeri Kedah yang lebih utuh dan mantap
LAMPIRAN A

JAWATANKUASA INDUK
KEJOHANAN RAGBI BAWAH 12 TAHUN BRONCOS TACKLE 7-11
SK BUKIT TINGGI (SKK) EDISI 1 2016

PENASIHAT

RUSMA BINTI HAMID


Guru Besar
SK Bukit Tinggi

PENGERUSI

KU RUSHIDI BIN KU AHMAD


Penolong Kanan Ko Kurikulum

TIMBALAN PENGERUSI PENGERUSI

ZUL AMIN RASHID BIN AHMAD


Penolong Kanan Kurikulum

BENDAHARI

ROHAIZA BINTI YAHAYA


JAWATANKUASA PELAKSANA
KEJOHANAN RAGBI BAWAH 12 TAHUN BRONCOS TACKLE 7-11
SK BUKIT TINGGI (SKK) EDISI 1 2016

PENASIHAT
RUSMA BINTI HAMID
Guru Besar

PENGARAH
ZUMARDI BIN ZAINAL ABIDIN
Penyelaras SKK Ragbi SKBT

TIMBALAN PENGARAH
MOHD ADERI BIN ADNAN

SETIAUSAHA
MOHD ERMAN BIN AHMAD

TIMBALAN SETIAUSAHA
AHMAD ZAWAWI BIN HAMID

BENDAHARI
ROHAIZA BINTI YAHAYA

TIMBALAN BENDAHARI
HUZAINA BINTI JAAFAR

Disediakan oleh, Disemak oleh,


..........................................................
(ZUMARDI BIN ZAINAL ABIDIN) .........................................
( )

Penyelaras Kewangan (SKK )


SK Bukit Tinggi

Tarikh : ...........................

Tarikh : ...........................

Diluluskan oleh,

..........................................

Tarikh : ...........................
JADUAL PERANCANGAN PROGRAM
KEJOHANAN RAGBI BAWAH 12 TAHUN BRONCOS TACKLE 7-11
SK BUKIT TINGGI (SKK) EDISI 1 2016

20 OKTOBER 2018 (Sabtu)

8.00 am - Pendaftaran Pasukan


9.00 am - Perlawanan peringkat awal bermula
3.00 pm - Perlawanan peringkat awal disambung semula
6.00 pm - Perlawanan dijangka tamat

21 OKTOBER 2018 (Ahad)

8.30 am - Perlawanan peringkat pussingan ke dua bermula


1.00 pm - Perlawanan berehat
2.30 pm - Perlawanan pusingan kedua disambung semula
5.30 pm - Perasmian penutup dan upacara penyampaian hadiah
LAMPIRAN B

SENARAI SEKOLAH-SEKOLAH YANG TELAH MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM


KEJOHANAN RAGBI BAWAH 12 TAHUN BRONCOS TACKLE 7-11
SK BUKIT TINGGI (SKK) EDISI 5 2018

BILANGAN BILANGAN
BIL NAMA SEKOLAH NEGERI ALAMAT SEKOLAH
PENYERTAAN PESERTA
1. SK BUKIT TINGGI KEDAH KUBANG PASU, KEDAH 2 24
2. SK JUNJONG KEDAH KULIM, KEDAH 1 12
3. SK TAMAN AWANA KEDAH KOTA SETAR , KEDAH 1 12
4. SK BUKIT PINANG KEDAH KOTA SETAR, KEDAH 1 12
5. SK BANDAR BARU DARULAMAN KEDAH KUBANG PASU KEDAH 2 24
6. SK PUTAT KEDAH KUBANG PASU , KEDAH 1 12
7. SK POKOK SENA KEDAH KOTA SETAR KEDAH 1 12
8. SK PEREMBA KEDAH KOTA SETAR, KEDAH 1 12
9. SK TUNJANG KEDAH KUBANG PASU KEDAH 1 12
10. SK TITI GAJAH KEDAH KOTA SETAR KEDAH 2 24
11. SK PAYA TERENDAM KEDAH BALING SIK KEDAH 1 12
12. SK TAMAN BERSATU KEDAH KOTA SETAR KEDAH 2 24
13. SK PERMAI INDAH PULAU PINANG PULAU PINANG 1 12
14. SK JUARA P PULAU PINANG PULAU PINANG 1 12
15. SK MINDEN HEIGHT PULAU PINANG PULAU PINANG 1 12
16. SK DAMANSARA UTAMA SELANGOR SELANGOR 1 12
17. SK SERI UTAMA SELANGOR SELANGOR 1 12
18. SK HULU BERNAM SELANGOR SELANGOR 1 1
19. SK SERI UTAMA SELANGOR JOHOR 2 24
20. SK TUNKU MAHAMUD 1 JOHOR JOHOR 1 12
21. SK BANDAR ESTER JOHOR JOHOR 1 12
BILANGAN BILANGAN
BIL NAMA SEKOLAH NEGERI ALAMAT SEKOLAH
PENYERTAAN PESERTA
22. SK PARIT BILAL JOHOR JOHOR 2 24
23. SK PROTON CITY PERAK PERAK 1 12
24. SK PAUH LIMA KELANTAN KELANTAN 1 12

RUMUSAN PERTANDINGAN
JUMLAH PASUKAN YANG MENYERTAI : 30 PASUKAN
JUMLAH SEKOLAH YANG MENYERTAI : 24 SEKOLAH
JUMLAH NEGERI YANG MENYERTAI : 6 NEGERI
JUMLAH PESERTA YANG MENYERTAI : 360 ORANG MURID
KEJOHANAN RAGBI BAWAH 12 TAHUN
BRONCOS TACKLE 7-11
SK BUKIT TINGGI (SKK) EDISI 5 2018

PERATURAN PERTANDINGAN

1. NAMA
Pertandingan ini dikenali sebagai “KEJOHANAN RAGBI BAWAH 12 TAHUN BRONCOS
TACKLE 7-11 SK BUKIT TINGGI (SKK) EDISI 1 2016
2. TUJUAN
2.1 Pendedahan awal permainan ragbi sentuh kepada murid- murid sekolah rendah.
2.2 Persiapan awal untuk membentuk pasukan ragbi sentuh bawah 12 tahun bagi
menghadapi pertandingan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
2.3 Ke arah pembangunan ragbi MSSK dan MSSM.

3. ANJURAN
3.1 Pertandingan ini adalah anjuran SK BUKIT TINGGI ( Sekolah Kecemerlangan
Kebitaraan (SKK Ragbi) , di bawah penyeliaan PTPS ragbi MSSK, AJK ragbi MSSK
dan Unit Sukan Jabatan Pelajaran Kedah dan PPD Kubang Pasu.

4. PENYERTAAN / KELAYAKAN
4.1 Pemain-pemain hendaklah di bawah umur 10 tahun pada 01.10.2016.
4.2 Pemain-pemain mestilah pelajar-pelajar “bone-fide”.
4.3 Hanya surat beranak asal diterima sebagai bukti umur. (SALINAN YANG
DISAHKAN DITERIMA PAKAI)
5. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
5.1 Selain daripada peraturan yang terkandung, pertandingan ini dijalankan
mengikut undang-undang permainan ragbi B12, 7 sepasukan MSSK, dan MSSM
terkini.
5.2 Sekiranya timbul sebarang keraguan dari segi pentafsiranya, perkara ini akan
dirujuk kepada PTPS Ragbi MSSK.

6. PENDAFTARAN PEMAIN / PEGAWAI


6.1 Setiap satu pasukan dibenarkan mendaftar 12 pemain dan 3 pegawai sahaja.
6.2 Satu salinan Borang Pendaftaran Pasukan dan salinan surat beranak yang
lengkap mestilah diserahkan kepada J/K Pengelola bersama bayaran yuran
sebanyak RM150.00, selewat-lewatnya sebelum perlawanan pertama pasukan
tersebut.
6.3 Sebarang permohonan pertukaran pemain selepas pendaftaran dibuat tidak
akan dilayan.
6.4 Pasukan yang menurunkan pemain yang tidak didaftarkan atau melebihi had
umur akan dibatalkan penyertaannya dalam pertandingan ini.

7. SISTEM PERTANDINGAN
7.1 Pusingan pertama adalah sistem liga dalam kumpulan.
7.2 Pusingan kedua dan seterusnya adalah mengikut sistem kalah mati.
7.3 Johan dan Naib Johan kumpulan akan bertanding dalam Divisyen 1 dan Divisyen
2 untuk kategori “CUP” dan “PLATE”. Tempat ke-3 dan ke-4 akan bertanding
dalam Divisyen 3 untuk kategori “BOWL”.

8. PENENTUAN KEMENANGAN LIGA DALAM KUMPULAN / KALAH MATI


8.1 Bagi pertandingan secara liga, mata berikut diberikan
8.1.1 Menang - 3 mata
8.1.2 Seri - 1 mata
8.1.2 Kalah - 0 mata

8.2 Jika 2 atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, maka pemenang
kumpulan akan ditentukan mengikut sistem berikut :-
8.2.1 Pasukan yang mendapat lebih beza mata (points difference) dikira
menang.
8.2.2 Jika masih seri, pasukan yang mendapat jumlah mata terbanyak dikira
sebagai pemenang.
8.2.3 Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira
menang.
8.2.4 Jika masih seri, jumlah pungutan try, akan diambil kira.

8.3 Dalam pusingan ke-2 dan seterusnya, pertandingan akan diadakan mengikut
sistem kalah mati. Jika berlakunya kedudukan seri selepas masa penuh, masa
tambahan selama 3 minit akan dimainkan secara “sudden death”. Sekiranya
masih seri, keputusan perlawanan akan ditentukan dengan lambungan syiling
sebanyak 3 kali.

9. MASA PERLAWANAN
9.1 Masa perlawanan ialah 10 minit sehala tanpa REHAT.
9.2 Hanya masa perlawanan untuk peringkat separuh akhir dan akhir “CUP”,
“PLATE” dan “BOWL” serta penentuan tempat ke-3 dan ke-4 “CUP” sahaja yang
dimainkan secara 7 minit – rehat 2 minit – 7 minit.

10. PERTUKARAN PEMAIN SEMASA PERLAWANAN


10.1 Menggunakan sistem “Rolling Substitution”
10.2 Pengantian tidak dibenarkan jika seorang pemain itu diarahkan keluar padang
oleh pengadil.

11. PENGGANTUNGAN
Pemain yang diarahkan keluar padang ( kad merah ) oleh pengadil, secara automatik
digantung daripada bermain dua (2) perlawanan yang berikutnya. 1 Kad kuning gantung 3
minit manakala 2 kad kuning gantung 3 minit dan satu perlawanan yang berikutnya.

12. MASA MELAPOR


12.1 Semua pasukan hendaklah berada di padang selewat-lewatnya 15 minit sebelum
masa perlawanan seperti yang dijadualkan.

12.2 Setiap pasukan mesti mengandungi sekurang-kurangnya 5 pemain untuk


memulakan perlawanan. Jika gagal, kemenangan percuma akan diberikan

kepada lawannya dengan kiraan 15 mata.


13. PENGADIL / IN-GOAL JUDGE
13.1 Pengadil – pengadil adalah dilantik atas nasihat JK Teknik Ragbi MSSK.
13.2 Setiap keputusan pengadil adalah muktamad
13.3 Touch judge yang terlatih disediakan oleh pihak pengelola.
13.4 Hanya untuk perlawanan akhir dan penentuan tempat ke-3 dan ke-3 “CUP”
sahaja akan menggunakan pegawai pertandingan bertauliah AR (Assistant
Referee).

14. BANTAHAN
14.1 Bantahan hendaklah ditulis secara bertulis dan dihantar kepada Pengelola
Kejohanan dalam masa 20 minit selepas tamatnya perlawanan berkenaan.
14.2 Bermain di bawah bantahan adalah dibenarkan. Jika bantahan itu berjaya,
keputusan kemenangan dengan mata 15 – 0 akan diberikan kepada pihak yang
membuat bantahan.
14.3 Setiap bantahan mesti disertakan dengan wang tunai RM300.00 dan wang ini
tidak akan dikembalikan dalam apa-apa keadaan sekalipun.

15. LEMBAGA RAYUAN / TATATERTIB


Semua bantahan / rayuan akan diputuskan oleh Lembaga Rayuan yang terdiri daripada :-
a. Pengerusi Pengelola
b. SU. JK Pengelola
c. Pengerusi Teknik Ragbi MSSK / Wakil
d. 2 orang pengurus pasukan yang tidak terlibat dalam rayuan.

16. PIALA
16.1 Piala BRONCOS 7-11 CUP adalah milik SK BUKIT TINGGI, Kepala Batas Kedah dan
tidak boleh disimpan terus oleh mana-mana pasukan.
16.2 Piala Replika sahaja yang boleh disimpan terus oleh Johan Divisyen 1 “CUP”,
“PLATE”, “BOWL”.
16.3 Piala BRONCOS 7-11 CUP ini akan disampaikan kepada Johan Divisyen 1 “CUP.
16.4 Piala pusingan yang sebenar mestilah diserahkan semula kepada pihak
penganjur sebaik sahaja upacara penyampaian hadiah selesai.
16.5 Piala Pusingan (jika ada) bagi “PLATE”, “BOWL” bagi Sekolah-sekolah yang
memenangi piala-piala tersebut bertanggungjawab menyimpan dengan baik
membaiki atau menggantikanya dengan yang baru.

17. HADIAH DAN SIJIL


Hadiah serta sijil akan disediakan seperti berikut :-
17.1 Johan “CUP”, - Piala, Medal iringan dan Sijil (Piala Pusingan jika ada).
17.2 Johan “PLATE”, “BOWL”– Piala, Medal iringan dan sijil (Piala Pusingan jika ada).
17.3 N. Johan “CUP” serta tempat ke-3 dan 4, N.Johan “PLATE”, N.Johan ‘BOWL”–
Medal iringan dan sijil.
18. INTERPRETASI
Apa jua yang tidak disebut dalam peraturan ini akan dirujuk kepada PTPS Ragbi MSSK.
Keputusan yang dibuat adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan.

19. PENGESAHAN PASUKAN


Pengesahan pasukan dalam Kejohanan Jemputan Ragbi bawah 12 boleh dilakukan dengan
menggunakan email : skbt.ppdkp@gmail.com.my, telefon sekolah : 04 7143353 dan hp :
012 5864208 (ZUMARDI BIN ZANAL ABIDIN). Sila nyatakan nama sekolah, alamat
sekolah,nama guru dan no.telefon bimbit untuk memudahkan pengesahan penyertaan
pasukan. Kerjasama semua pihak amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima
kasih.

Anda mungkin juga menyukai