Anda di halaman 1dari 2

KERTAS PROJEK KLINIK RAGBI 2011

1.

PENGENALAN
Pasukan Ragbi sekolah sentiasa menjadi antara pencabar yang digeruni di
peringkat MSSD Kuala Selangor,MSSS dan peringkat kebangsaan.. Pasukan
ini perlu sentiasa berada dalam keadaan bersedia dari segi mental dan fizikal
pada setiap masa. Atas kesedaran inilah maka Pasukan Ragbi SMSKS ingin
mengadakan klinik latihan bagi meningkatkan lagi mutu permainan yang
ingin disertai di peringkat yang lebih tinggi.

2.

RASIONAL
Sekolah kita akan menyertai pertandingan Ragbi MSSD Kuala Selangor tidak
lama lagi. Oleh yang demikian adalah penting bagi pihak sekolah untuk
menyediakan pemain dan pelapis yang mantap pada setiap masa. Penampilan
lebih ramai pemain yang hebat juga melambangkan imej sekolah kita yang
berprestij.

3.

MATLAMAT
Melahirkan pemain Ragbi yang hebat dan mempunyai ilmu dan teknik
bermain yang bermutu dengan bimbingan jurulatih yang hebat.Pada tahun ini
khususnya pasukan ragbi bawah 15 tahun menetapkan sasaran paling kurang
naib juara ragbi MSSS dan memenangi beberapa kejohanan terbuka peringkat
kebangsaan.Pasukan ini juga merupakan pasukan yang dibentuk pada tahun
lepas lagi dan pada tahun hadapan kita menetapkan untuk menjuarai
kejohanan SBP 10s peringakat kebangsaan di kalangan sekolah-sekolah
asrama penuh.

4.

OBJEKTIF
4.1 Meningkatkan mutu permainan pemain Ragbi sekolah.
4.2 Mencungkil bakat-bakat yang ada pada pelajar-pelajar.
4.3 Salah satu cabang rekreasi yang positif.
4.4 Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai skil permainan yang tinggi.

5.

SASARAN
5.1 Guru-guru, dan pelajar-pelajar yang terlibat.

6. ANGGARAN KOS
BIL

PERKARA

UNIT

1.

Bola Ragbi Gilbert

RM120

2.
3.

Saguhati Jurulatih
Air Mineral

3 hari
6 kotak

KOS

JUMLAH
(RM)
RM 120 X 2 = RM RM 240.00
240.00
RM 600.00
RM 600.00
RM 8.00 x 2 x 3 hari RM 48.00
JUMLAH RM 888.00

7. CADANGAN TARIKH
BIL
1.
2.
3.

8.

TARIKH
24.02.2011
02.03.2011
26.03.2011

HARI
Khamis
Rabu
Sabtu

PENUTUP
Adalah menjadi harapan warga SMSKS untuk melihat satu pasukan Ragbi yang
mantap dan berkemahiran tinggi menjadi kenyataan seterusnya menjuarai
pelbagai kejohanan yang disertai,khususnya kejohanan peringkat SBP. Akhir
kata, dengan rasa rendah diri, kami memohon agar kertas kerja ini mendapat
pertimbangan dan kelulusan pihak atasan.
Disediakan oleh,
--------------------------(Ahmadbin Khadir)
Pengurus Pasukan Ragbi SMSKS

Anda mungkin juga menyukai