Anda di halaman 1dari 5

MESKIPUN diiktiraf sebagai negeri paling maju di negara ini, Selangor

sentiasa bersungguh-sungguh membasmi kemiskinan hingga ke akar umbi


bagi
memastikan kemakmuran rakyatnya.
Kesungguhan kerajaan negeri terbukti apabila menubuhkan Yayasan Basmi
Kemiskinan (YBK) pada April 1990 yang didaftarkan mengikut Akta Amanah
dan
Ordinan 1952.
Matlamat utama YBK yang diasaskan Tan Sri Muhammad Mohd Taib adalah
membantu kerajaan negeri menangani kemiskinan rakyat dengan
menjadikan
tahun 2005 sebagai bebas daripada masalah kemiskinan mutlak.
Berdasarkan garis panduan, kriteria miskin adalah pendapatan Ketua Isi
Rumah (KIR) RM470 bagi isi rumah 4.6 orang, (RM102.1 per kapita sebulan)
manakala pendapatan RM235 sebulan bagi lima ahli isi rumah (RM47 per
kapita sebulan), sebagai termiskin.
Rakyat yang mendiami kediaman usang dan tiada kemudahan asas, taraf
kesihatan rendah, miskin akibat bencana alam, kekurangan ilmu
pengetahuan,
kemahiran dan motivasi dianggap kriteria tambahan.
Lantaran itu, YBK yang dipengerusikan Datuk Zainal Abidin Sakom
melaksanakan pelbagai program mencakupi bidang sosial, ekonomi dan
pendidikan bagi untuk membantu golongan ini.
Program yang dilaksanakan pula selaras dengan falsafah YBK: "Berikan
mereka seekor ikan, mereka akan memakannya sehari, ajarkan mereka
memancing, nescaya mereka akan senang sepanjang hayat."
Strategi YBK iaitu memberi bantuan secara langsung, secara institusi,
secara mempengaruhi dasar kerajaan negeri dan sebagainya, dilihat mampu
mencapai matlamat yang diidamkan.
Menyedari asas pembentukan keluarga cemerlang bermula dari rumah, YBK
melancarkan Projek Lindungan Kasih bagi membina semula rumah untuk
keluarga termiskin yang mendiami rumah usang di perkampungan
tradisional.
Bantuan ini disampaikan secara terus kepada kumpulan sasar yang
berdaftar dalam senarai Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) atau
berpendapatan separuh daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (RM425)
sebulan
bagi isi rumah 4.6 orang)
Beberapa syarat seperti tanggungan ramai dan mempunyai tapak kediaman
sah perlu, sebelum sesebuah kediaman mengandungi dua bilik tidur, ruang
tamu, dapur dan bilik air, dibina.
YBK juga menjalin kerjasama dengan pihak lain sejak 1995 bagi menjayakan
projek ini, antaranya Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Pejabat Daerah,
JKKK, Rela, Jabatan Kesihatan, Persatuan Mahasiswa Institusi Pengajian

Tinggi dan badan sukarela.


Berdasarkan perangkaan hingga tahun 2000, YBK sudah membina dan
membaik
pulih 542 unit rumah di Selangor iaitu 15 kediaman pada 1991, 92 (1992),
244 (1993), 52 (1994), 31 (1995), 38 (1996), 17 (1997), 10 (1998), 28
(1999) dan 15 (2000).
Strategi utama YBK dalam membasmi kemiskinan adalah mengatasi
masalah
keciciran akademik di kalangan anak keluarga miskin bagi mengelakkan
wujud
kitaran warisan kemiskinan.
Sehubungan itu, YBK cuba meningkatkan prestasi pencapaian Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) di kalangan pelajar miskin luar bandar dengan
menanam semangat dalam mencapai kecemerlangan.
Sebagai sokongan, YBK juga menyediakan kemudahan alternatif untuk
memudahkan pelajar miskin belajar dalam suasana selesa dengan tenaga
pengajar terlatih.
Berikutan itu, YBK menganjurkan program Kelas Tuisyen Hujung Minggu
(Kuntum) sebagai usaha menggalakkan anak keluarga miskin menikmati
kemudahan tuisyen.
Program itu dimulakan sejak tahun 1993 di sekolah menengah kebangsaan
bagi membantu pelajar miskin tingkatan 5 seluruh negeri menghadapi
peperiksaan SPM secara percuma.
Sehingga kini, seramai 10,397 orang pelajar mendapat faedah menerusi
program ini dan ramai daripada mereka berjaya dalam peperiksaan SPM
termasuk sebahagiannya menuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
tempatan.
Program ini adalah kerjasama YBK dengan Jabatan Pendidikan Negeri
Selangor dan Kesatuan Pelajar-Pelajar Melayu Selangor (KPPMS) serta
tenaga
pengajar terlatih.
Ia memberi peluang kepada pelajar termiskin dan miskin tanpa mengira
keturunan mengikuti kelas tambahan secara percuma.
Sehingga kini, ada 67 pusat tuisyen di setiap daerah yang modul dan bank
soalan disediakan YBK termasuk subjek Matematik, Bahasa Inggeris,
Matematik Tambahan dan Sains.
Seramai 10,397 orang pelajar miskin dari seluruh negeri mendapat faedah
daripada tuisyen ini dan peratusan lulus didapati semakin meningkat setiap
tahun.
Pada 1992, peratusan lulus hanya 85 peratus tetapi tujuh tahun kemudian,
peratusannya meningkat kepada 92 peratus, sebelum program ini terpaksa
dikecilkan berikutan masalah kewangan yang dihadapi YBK.
Untuk tahun lalu, kemudahan Kuntum hanya membabitkan 28 sekolah tetapi
YBK sedang berusaha keras bagi mendapat penajaan pihak swasta mahupun

kerajaan.
Bagi menjamin keselesaan pelajar, YBK mewujudkan program Asrama Kasih
yang beroperasi sejak tahun 1994 bagi pelajar miskin di negeri ini.
Asrama ini menyediakan penginapan dan makan percuma di samping
bimbingan
guru berpengalaman dan dilengkapi infrastruktur seperti peralatan sukan,
surau dan rekreasi.
Program motivasi terancang juga dijalankan di Asrama Kasih ini bagi
melahirkan pelajar cemerlang, berdisiplin dan memiliki siasah hidup yang
baik, bukan sekadar berkelulusan tinggi.
Asrama ini terletak di Kampung Seri Serendah, Hulu Selangor yang dibina
dengan kos pembinaan bernilai sekitar RM2.1 juta, yang dibiayai YBK.
Sehingga kini, seramai 899 pelajar miskin mendapat faedah daripada
kemudahan yang disediakan oleh Asrama Kasih ini.
Program di asrama ini juga menitikberatkan soal disiplin, kerja
berkumpulan, pengajaran agama, kelas tambahan, kegiatan kokurikulum
dan
aktiviti kemasyarakatan.
Bagi lepasan SPM yang gagal melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian
Tinggi (IPT), YBK turut menganjurkan pelbagai program sebagai peluang
kedua kepada mereka.
Ini termasuk melatih mereka yang mendapat gred rendah dalam SPM
mengikuti kursus latihan kemahiran dalam bidang teknikal dan profesional,
sebelum memasuki pasaran kerja.
Pusat Latihan YBK (PLYBK) adalah sebuah pusat latihan kejuruteraan yang
dibina bagi melatih belia berusia antara 18 hingga 24 tahun yang lulus SPM
gred tiga, memperoleh kemahiran.
Dengan menjadikan pelajar di kawasan luar bandar sebagai sasaran, pusat
ini berperanan memberi peluang kedua kepada mereka mengikuti pelbagai
kursus selama 11 bulan.
PLYBK yang dibina pada hujung tahun 1991 dan memulakan operasi pada 2
Mei 1992 membuat pengambilan seramai antara 50 hingga 60 pelatih lelaki
bujang, setiap tahun.
Kursus yang ditawarkan di pusat itu adalah Kejuruteraan Automotif,
Kejuruteraan Pemesinan Am (Operasi Larik & Kisar) dan Kejuruteraan
Jentera
Berat manakala subjek tambahan adalah Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu,
Agama Islam & Pendidikan Moral, Riadah dan Askar Wataniah.
Bagi memastikan keselesaan pembelajaran, PLYBK dilengkapi kemudahan
bengkel latihan, bilik kuliah, dewan makan, asrama pelatih termasuk rumah
warden dan surau.
Kos pembinaan PLYBK yang dirasmikan pada 18 Ogos 1992 adalah kira-kira
RM1.8 juta termasuk kos peralatan di bengkel latihan dan dibiayai UMW
Corporation Bhd dan Kontena Nasional Sdn Bhd.

Setiap tahun, kos operasi tahunannya adalah sekitar RM450,000 yang


ditaja sepenuhnya UMW, selain pembinaan tambahan sebuah asrama bernilai
RM338,000 yang boleh memuatkan 100 pelatih.
Pelatih yang menamatkan pengajian akan diserap sebagai pekerja tetap di
anak syarikat UMW seperti di UMW Toyota, UMW Dennis, Kayaba, UMW
Autoparts
dan sebagainya.
Kewujudan PLYBK jelas memberikan suatu peluang yang baik dan menarik
kepada belia di luar bandar membaiki taraf kehidupan mereka dengan
latihan
kemahiran dan jaminan kerja yang ditawarkan.
Sehingga 1997, seramai 305 pelatih yang tamat pengajian masing-masing
bekerja di UMW manakala sebahagiannya bekerja lain berdasarkan
kemahiran
yang mereka peroleh.
Selain PLYBK, program Fastrack iaitu program kerajaan negeri bersama YBK
diperkenalkan bagi melatih belia mendapat latihan kemahiran bagi
memenuhi
keperluan industri di Selangor menjelang tahun 2005.
YBK menjadi pelaksana utama melalui persefahaman dengan institusi
swasta, antaranya Kolej Inpens, Stamford dan Pusat Pembangunan Sumber
Tenaga Manusia Selangor (SHRDC) dan ITTAR.
Ia dilaksanakan sejak tahun 1995 bagi memberi peluang kepada pelajar
yang kandas tingkatan lima tetapi berminat memajukan diri dengan
mengikuti
kursus ditawarkan.
Antara kursus profesional ditawarkan ialah Kesetiausahaan, Perakaunan,
Sains Komputer, Pengurusan Perniagaan, Pengurusan Perhotelan dan
Pelancongan, Komputer & Pentadbiran Pejabat dan Teknologi Maklumat.
Kursus teknikal pula adalah Kujuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan
Elektrikal, Kejuruteraan Elektronik, Kejuruteraan Automobil, Pelukis Pelan
Senibina, Pelukis Pelan Mekanikal.
Kursus yang ditawarkan kepada lepasan SPM (Gred 3, 4 SAP 8 dan 9)
kepada
anak Selangor berusia antara 18 hingga 24 tahun itu, dijalankan selama 18
bulan.
Sehingga kini, YBK berjaya membantu seramai 534 pelajar peringkat sijil
bagi sesi 1995/96, 22 pelajar peringkat sijil dan 218 pelajar peringkat
diploma (1997/98) dan 100 orang mendapat sijil profesional dan 25 sijil
kemahiran (1998).
YBK juga sentiasa mempertingkatkan agenda pembasmian kemiskinannya
melalui program tajaan pembangunan kemahiran teknologi dengan
kerjasama
IPT swasta.

Perjanjian Persefahaman dengan Mara, Guthrie dan Institut Binaan Negara


dilakukan bagi membolehkan institusi itu kuota khas kepada pelajar miskin
yang diperakui YBK.
Secara amnya, program ini bertujuan membuka peluang kepada pelajar
miskin melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi bagi kursus yang
ditawarkan institusi terbabit.
Melalui persefahaman itu, YBK mencari calon pelajar yang sesuai dengan
syarat kelayakan institusi terbabit dan menguruskan hal ehwal kebajikan
pelajar YBK di institusi berkenaan.
Apatah lagi, institusi itu turut menyediakan kemudahan pinjaman termasuk
Mara yang diyakini cukup bagi menampung urusan perbelanjaan
pembelajaran
di situ.
Antara institusi terbabit dalam persefahaman dengan YBK adalah French
Malaysia Institute (MFI), German Malaysia Institute (GMI), British
Malaysia Institute (BMI).
YBK percaya kerjasama ini dapat membantu matlamat YBK mengeluarkan
pelajar dan keluarganya daripada belenggu kemiskinan, sekali gus
melahirkan anak desa yang `teknologis' dalam pelbagai bidang.
Secara tidak langsung, ia dijangka dapat mengurangkan penggantungan
pelajar Melayu kepada jurusan sastera dan pengurusan yang dikatakan
terlalu banyak di pasaran.
Kesimpulannya, pembasmian kemiskinan YBK dilakukan secara bersepadu
atau
pendekatan berpakej melalui permuafakatan semua peringkat dan tumpuan
penting diberikan dalam bidang pendidikan.
Jika program bersepadu berlangsung dengan lancar, matlamat YBK untuk
membebaskan golongan miskin ini daripada putaran ganas kemiskinan akan
berjaya dan menguntungkan Selangor.
Tampuk pimpinan kerajaan negeri yang kini disandang Menteri Besar, Datuk
Seri Dr Mohamad Khir Toyo, tentu mengambil berat peranan YBK kerana
beliau
juga berasal daripada keluarga miskin.
Faktor ini dijangka menjadikan YBK lebih teguh berbanding pada awal
penubuhannya dengan idea dan program bermutu dan meningkatkan kualiti
penduduk negeri ini.

Anda mungkin juga menyukai