Anda di halaman 1dari 9

Perkhemahan Perdana

Tunas Kadet Remaja Sekolah & Kadet Remaja Sekolah


Peringkat Negeri Sabah. Tambunan 2017

KERTAS KONSEP PERKHEMAHAN PERDANA TKRS & KRS


PERINGKAT NEGERI SABAH. TAMBUNAN 2017

1. PENDAHULUAN

Perkhemahan Perdana Tunas Kadet Remaja Sekolah & Kadet Remaja Sekolah (TKRS
& KRS) Peringkat Negeri Sabah adalah merupakan aktiviti tahunan TKRS & KRS .
Perkhemahan ini telah bermula sejak tahun 1999. Perkhemahan, sama ada di peringkat
sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan, aktiviti yang dijalankan akan memberikan
tumpuan secara khusus kepada kurikulum TKRS & KRS . Walaubagaimanapun, aktiviti yang
dijalankan lebih menjurus kepada aspek kecergasan dan ketahanan diri anggota ketika
mengaplikasikan teori yang telah dipelajari dalam pelbagai aktiviti luar yang mencabar
mental dan fizikal seperti pertandingan kawad, orienteering, rempuh halangan serta reka
cipta.
Melalui aktiviti-aktiviti perkhemahan ini anggota kadet akan merasai keseronokan
dan berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum dengan lebih serius.
Berdasarkan kepada aktiviti-aktiviti yang dijalankan, penilaian akan dibuat secara
menyeluruh berkenaan kemajuan dan keberkesanan aspek perancangan dan pengurusan
dalam melaksanakan aktiviti untuk mengembangkan dan memajukan pasukan KRS di
peringkat sekolah, daerah serta negeri semenjak penubuhannya.
Jika diteliti dan dinilai secara menyeluruh, aktiviti yang dijalankan semasa
perkhemahan TKRS & KRS juga terkandung dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
yang telah bermula sejak tahun 2004 .

2. LATAR BELAKANG

Pejabat Pendidikan Daerah Tambunan melatakkan harapan untuk menjadikan


Perkhemahan Perdana TKRS & KRS peringkat Negeri Sabah tahun 2017 ini salah satu
perkhemahan yang bermakna kepada semua ahli TKRS & KRS dari seluruh pelusuk Negeri
Sabah.
Segala perancangan dan persiapan mestilah dibuat dengan teliti untuk memastikan
semua anggota perkhemahan akan dapat menikmati suasana sebenar cabaran
perkhemahan. Melalui penganjuran aktiviti-aktiviti yang lalu ia dijadikan titik tolak untuk
merancang Perkhemahan Peringkat Negeri Sabah 2017 ini sesuatu yang amat bermakna.
Disamping menjadikan ianya sebagai pemangkin ke arah melahirkan insan yang seimbang
dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) sebagaimana yang terkandung
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Menyedari hakikat aktiviti tahunan ini adalah sangat baik untuk ahli TKRS & KRS,
maka aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan diharapkan akan dapat memberi input yang
terbaik kepada mereka sebagai seorang ahli unit beruniform TKRS & KRS.

3. RASIONAL

A. Membentuk generasi yang cintakan negara, harmoni, mampu berdikari dan


mengharungi kehidupan masa depan yang penuh cabaran dari segi sosial dan
budaya di samping menanamkan disiplin yang tinggi di dalam diri mereka melalui
aktiviti integrasi dalam badan beruniform khususnya Tunas Kadet Remaja
Seklah Remaja & Kadet Remaja Sekolah (TKRS & KRS).

“ Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Kementerian


Pelajaran Malaysia ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi
ruang yang secukupnya untuk mengembangkan potensi mereka secara
menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial. Berbagai-bagai cara boleh dilakukan

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TAMBUNAN 1


Perkhemahan Perdana
Tunas Kadet Remaja Sekolah & Kadet Remaja Sekolah
Peringkat Negeri Sabah. Tambunan 2017

di peringkat sekolah supaya perkembangan potensi individu dapat disesuaikan


dengan minat dan bakat murid itu sendiri ”
(Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.18/2000)

B. Perkhemahan yang dijalankan akan dapat menyemai semangat integrasi kaum,


disiplin yang tinggi dan menjana etika bekerjasama dalam menjayakan sesuatu
kerja.

C. Tema tahun ini ialah “TKRS & KRS BERSEMANGAT PATRIOTIK – NEGARA KU” .
Tema ini bersesuaian dengan kaedah pelaksanaan perkhemahan pada kali ini
yang ingin menyemai kosep inovasi dalam unit beruniform khususnya Pasukan
Unit Beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah & Kadet Remaja Sekolah.

4. OBJEKTIF

4.1. Melahirkan generasi bersemangat patriotik yang berdisiplin dan bersemangat


juang yang cintakan agama, bangsa dan negara.

4.2. Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki


ketrampilan diri, berdaya saing, bersemangat juang, kreatif serta memiliki
semangat Patriotik NEGARA KU dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup.

4.3. Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan di


kalangan pelajar mengenai isu-isu semasa serta mewujudkan integrasi
nasional.

4.4. Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperolehi pengetahuan,


pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.

5. ` SUMBER KEWANGAN

5.1. Tidak ada sumber kewangan dari JPN Sabah.

6. PELAKSANAAN

6.1. Tarikh Perkhemahan : 12 hingga 15 Julai 2017

6.2. Tempat Perkhemahan : SMK Tambunan, Tambunan

6.3. Perasmi / Penutup : Pengarah Pendidikan Negeri Sabah

6.4. Penyertaan :
6.4.1. Platun Setiap Derah (Kadet)
6.4.1.1. Setiap daerah perlu menghantar sejumlah (2 Kadet Putera
dan 2 Kadet Puteri TKRS) serta (2 Kadet Putera dan 2 Kadet
Puteri KRS) untuk menyertai perkhemahan ini.
6.4.1.2. Peserta yang menyertai perkhemahan ini terdiri daripada
pelajar Tunas Kedet Remaja Sekolah & Kadet Remaja
Sekolah yang bergiat cergas dan aktif dalam kegiatan yang
dijalankan di peringkat Sekolah.

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TAMBUNAN 2


Perkhemahan Perdana
Tunas Kadet Remaja Sekolah & Kadet Remaja Sekolah
Peringkat Negeri Sabah. Tambunan 2017

6.4.1.3. Taburan pelajar yang menyertai mestilah menyeluruh


dari semua ahli di daerah yang berkenaan (mesti dari
sekolah berlainan setiap peserta)
6.4.1.4. Seboleh-bolehnya terdiri dari pelbagai kaum.

6.4.2. Guru Pengiring Dan Jurulatih / Teknikal


6.4.2.1. Guru Pengiring dan Jurulatih hendaklah 2 Guru TKRS (1
lelaki dan 1 perempuan) serta 2 Guru KRS (1 lelaki dan 1
perempuan) yang berpengalaman dan ditentukan oleh
daerah (yang akan bersama pelajar dalam
perkhemahan)

6.5. Pakaian Dan Ketrampilan Diri Peserta Dan Pegawai

Bil Perkara Pakaian


1 Pegawai Pakaian N0.2, No.3 dan No.4
2 Peserta Pakaian No.4 dan T-Shirt KRS / TKRS
3 Majlis Penutup Pakaian No.4
4 Pakaian Aktiviti Pakaian T-Shirt KRS / TKRS
5 Tudung Berwarna Hijau KRS (Sherwood Dark Green)/ Hitam
6 Kasut Spike Boot / Drill Boot / Kasut Sukan

 Pegawai dan peserta dikehendaki mematuhi tatacara pemakaian di atas. Pihak


sekolah dikehendaki memastikan tatacara pakaian di atas dipatuhi.

6.6. Bilangan Pegawai Dan Peserta Mengikut Daerah (TKRS & KRS)

DAERAH GURU PESERTA PESERTA JUMLAH


PENGIRING /
TKRS KRS
J. LATIH
L P L P
1. SANDAKAN 4 1 1 1 1 8
2. BELURAN 4 1 1 1 1 8
3. TELUPID 4 1 1 1 1 8
4. KINABATANGAN 4 1 1 1 1 8
5. TAWAU 4 1 1 1 1 8
6. SEMPORNA 4 1 1 1 1 8
7. KUNAK 4 1 1 1 1 8
8. LAHAD DATU 4 1 1 1 1 8
9. KOTA KINABALU 4 1 1 1 1 8
10. PENAMPANG 4 1 1 1 1 8
11. TUARAN 4 1 1 1 1 8
12. RANAU 4 1 1 1 1 8
13. KUDAT 4 1 1 1 1 8
14. KOTA MARUDU 4 1 1 1 1 8
15. KOTA BELUD 4 1 1 1 1 8
16. PITAS 4 1 1 1 1 8
17. KENINGAU 4 1 1 1 1 8
18. TAMBUNAN 4 1 1 1 1 8
19. NABAWAN 4 1 1 1 1 8
20. TENOM 4 1 1 1 1 8
21. BEAUFORT 4 1 1 1 1 8
22. PAPAR 4 1 1 1 1 8
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TAMBUNAN 3
Perkhemahan Perdana
Tunas Kadet Remaja Sekolah & Kadet Remaja Sekolah
Peringkat Negeri Sabah. Tambunan 2017

23. KUALA PENYU 4 1 1 1 1 8


24. SIPITANG 4 1 1 1 1 8
JUMLAH BESAR 96 24 24 24 24 192

6.7. Penginapan / Khemah

6.7.1. Semua daerah hendaklah membawa / menyediakan khemah untuk


peserta dan guru pengiring dari Daerah masing-masing.

6.8. Pengangkutan

6.8.1. Perjalanan pergi dan balik diuruskan oleh daerah masing-masing.

6.9. Makan Minum

6.9.1. Pihak pengelola akan menyediakan makan dan minum semasa /


sepanjang perkhemahan berlangsung.

6.10. Borang Penyertaan Pegawai, Peserta dan Status Kesihatan

6.10.1. Setiap kontinjen perlu menghantar senarai Pegawai dan Peserta sebelum
atau pada 10 Julai 2017 (Isnin) KEPADA :
Urusetia
Perkhemahan Kadet Remaja dan Tunas Kedet Remaja Sekolah
Peringkat Negeri Sabah 2017
Unit Pembangunan Kemanusiaan,
Pejabat Pendidikan Daerah Tambunan
Peti Surat 27, 89657 Tambunan, Sabah.
(U.P. Unit Ko-kurikulum)
No. Tel : 087-774227
No. Fax : 087- 774794
No. H/P : 0138786535

6.10.2. Setiap kontinjen hendaklah menyerahkan Borang Kebenaran Ibu


bapa/Penjaga peserta KRS semasa pendaftaran (borang
kebenaran Ibu/Bapa Sekolah masing-masing).

6.10.3. Setiap sekolah perlu memastikan setiap pegawai dan peserta


mempunyai tahap kesihatan yang baik dan bebas dari sebarang
penyakit kronik.

6.11. Peralatan Yang Perlu Dibawa

6.11.1. Peserta
6.11.1.1. Pakaian No.4
6.11.1.2. Seluar dan T-Shirt secukupnya
6.11.1.3. Pakaian riadah / sukan termasuk kasut
6.11.1.4. Pakaian secukupnya termasuk pakaian ibadah
6.11.1.5. Peralatan peribadi
6.11.1.6. Ubatan peribadi

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TAMBUNAN 4


Perkhemahan Perdana
Tunas Kadet Remaja Sekolah & Kadet Remaja Sekolah
Peringkat Negeri Sabah. Tambunan 2017

7. SENARAI JAWATANKUASA

7.1. JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : Datuk Hajah Maimunah Binti Haji Suhaibul


Pengarah Pendidikan Negeri Sabah

: Datuk Dr Haji Mohd. Kassim Bin Haji Mohd. Ibrahim


Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Sabah

Pengerusi : YM Ir. Datu Jamigul Bin Haji Datu Salin


Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan (SPK)

Tim. Pengerusi : En. Haison Bin Jahudin


Pegawai Pendidikan Daerah Tambunan

Naib Pengerusi : YM Datu Roslin Datu Siabok


Ketua Penolong Pengarah, SPK

Setiausaha : En. Mastan Bin Gaga


Ketua Unit Kokurikulum, SPK

Pen Setiausaha : En. Md. Tajuddin Haji Sadi


Pegawai Meja Badan Beruniform, SPK

Pen Setiausaha : En. Raju Uddin B. Mohd. Ajay


Ketua Unit UPK PPD Tambunan

Bendahari : Ketua Unit Kewangan, JPN Sabah


: Pembantu Tadbir Kewangan SPK

AJK : Semua Ketua Unit UPK PPD

: Mejar (KRS) Anas Bin Sulaiman


Pengerusi Teknikal KRS Negeri

7.2. JAWATANKUASA PENGELOLA

Penasihat : YM Ir. Datu Jamigul Bin Haji Datu Salin


Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan (SPK)

Pengerusi : En. Haison Bin Jahudin


Pegawai Pendidikan Daerah Tambunan

Tim. Pengerusi : En. Abd. Aziz Hj Mohd. Banting


Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Tambunan

Naib Pengerusi :En. Ting Sien Kuan


Pengetua SMK Tambunan

En. Raju Uddin B. Mohd. Ajay


Ketua Unit UPK, PPD Tambunan

Setiausaha : Pn. Sabina Santiu


Pegawai Khas Dadah Ppd Tambunan
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TAMBUNAN 5
Perkhemahan Perdana
Tunas Kadet Remaja Sekolah & Kadet Remaja Sekolah
Peringkat Negeri Sabah. Tambunan 2017

En. Mohd. Ridwan Abdullah


Pegawai HEM PPD Tambunan
Bendahari : Pn. Juhilo Sikul Ketua Unit Kewangan, PPD Tambunan

Ahli Jawatankuasa:

 Kem Komandan
En. Mohammad Nor Harizan bin Mohd. Kamis - PT KRS Daerah (SM St Martin)
En. Ridzam Laugan - SRK St Theresa
En. Joseph Runggas - SMK Nambayan
Cik. Lina Petrus - SK Sintuong-Tuong

 Floor Manager
En. Sylvester Tharcisius - SRK St David Toboh

 Penyelaras Teknik
En. Annas Bin Sulaiman - PT KRS Negeri (SMK Sandakan)
En. Mohd. Nor Harizan - PT KRS Daerah (SM St Martin)

 Jawatankuasa Protokol dan Sambutan


En. Balangkit@Thaddeus bin Gansing - SRK St David Toboh
En. Sylvester Tharcisius - SRK St David Toboh

 Jawatankuasa Urus Setia & Pendaftaran


Pn. Lyeonazjel Rumis Midin - SK Sunsuron
Pn. Biana Dautis - SRK St David Toboh
En. Frederic Mousi - SM St Martin
En. Pn. Runia Ekui - SMK Tambunan

 Jawatankuasa Pengacara Majlis


Pn. Farhana Ema Binti Hamdan - SK Kiawayan
Pn. Babra Andreas - SMK Nambayan
Cik Mariani Godwin - SMK Nambayan

 Jawatankuasa Persiapan & Hiasan Tempat/Perasmian Kebersihan & Keceriaan


En. Fenedy Julian - SMK Tambunan
En. Charles Mahat - SMK Tambunan
Pn. Runia Ekui - SMK Tambunan
Pn. Veronica Pee - SMK Tambunan
Pn. Joanna Yumpop - SM Desa Wawasan

 Jawatankuasa P.A Sistem & Teknik


En. Cyril Francis - SK Pekan
En. Mohd. Saiful Ahmad - SK Pekan

 Jawatankuasa Pengurusan Pentas/Persembahan


Pn. Sabina Santiu - PPD Tambunan
En. Emmanuel Paulus - SMK Nambayan
 Jawatankuasa Penyampaian Hadiah, Sijil & Cenderamata
Pn. Cindy John - SMK Tambunan
Pn. Geogiana Luhong - SMK Tambunan
Pn. Jessie Girik - SMK Desa Wawasan

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TAMBUNAN 6


Perkhemahan Perdana
Tunas Kadet Remaja Sekolah & Kadet Remaja Sekolah
Peringkat Negeri Sabah. Tambunan 2017

 Jawatankuasa Jamuan
Pn. Rusinah Yunus - SMK Nambayan
Pn. Sariah Othman - SMK Nambayan
Pn. Nor Aziah Bt Rosdi - SMK Nambayan
En. Mohd. Shahlan Sulaiman - SMK Tambunan
Pn. Rohani Mantigi - SRK St David Toboh
Pn. Farhana Hasiqin Roslan - SMK Nambayan

 Jawatankuasa Foto / Rakaman & Multimedia Tayangan Slaid


En. Joseh Anthony - SMK Tambunan
En. Aloysius Girik Gorotud - SMK Nambayan
En. Jarry Damianus - SK Nambayan
En. Braille Jamin - SK Kiawayan
En. Mohd. Khairul Nizam Bin Nordin - SK Kinabaan
En. Cyril Primus - SMK Tambunan
Adik Calvin Austine - SMK Tambunan
Adik Randy De Fernando Ribin - SMK Tambunan

 Jawatankuasa Buku Program


Pn. Nur Shahidatul Khairiah Binti Md. Akhir - SMK Nambayan
Cik Rozana Bt Abdul Razak - SMK Nambayan
En. Mohd. Khairul Nizam Bin Nordin - SK Kinabaan

 Backdrop, Banner Dan Publisiti


En. Alfred Jaumil - PPD Tambunan
Pn. Veronica Pee - SMK Tambunan
En. Braille Jamin - SK Kiawayan

 Jawatankuasa Penginapan/Tapak Perkhemahan


En. Charles Mahat - SMK Tambunan
En. George Dominic - SMK Tambunan
En. Julius Gauli - SMK Tambunan

 Jawatankuasa Disiplin dan Keselamatan/Kecemasan


En. Alpha Noor - SK Tiong widu
En. Tommy Samy - SK Sunsuron
En. Hiilary Simon - SMK Nambayan
En. Mohd. Zaiful Bakri Deraman - SMK Nambayan

 Riadah
En. Mohd. Nor Harizan - SM St Martin

 Kuliah dan Kerohanian


Ustaz Kaharudin Gandiris - SK Kiawayan
Ustaz Saifullah Muhadi - SK Pekan
Cik Lina Petrus - SK Sintuong-Tuong

 Penyelaras Pertandingan
En. Ian Junil - SK Ragkam

 Malam Kebudayaan :
En. Walter Linggahan Sogudil - SK Sunsuron

8. URUSETIA: “ BERSEDIA MEMBANTU”

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TAMBUNAN 7


Perkhemahan Perdana
Tunas Kadet Remaja Sekolah & Kadet Remaja Sekolah
Peringkat Negeri Sabah. Tambunan 2017

8.1. Laporkan Sebarang Masalah Kepada Urusetia

“SILA LAPOR DENGAN SEGERA KEPADA PIHAK URUSETIA JIKA


BERLAKU SEBARANG KEMALANGAN”

8.2. Sebarang lawatan orang luar terhadap peserta mestilah melalui


Urusetia.

9. KOMUNIKASI / ALAT KOMUNIKASI

1. Bagi memastikan keberkesanan aktiviti, semua jenis perhubungan luar


diputuskan semasa aktiviti berjalan.
2. Sebarang urusan panggilan keluar atau masuk melalui telefon hanya
dibenarkan atas kebenaran guru penasihat masing-masing.
3. PERHATIAN: Peserta / pelajar tidak dibenarkan membawa atau
menyimpan ataupun mengunakan `Hand Phone’ semasa aktiviti sedang
dijalankan

10. BAHASA PANGGILAN ATAU GELARAN SEMASA PERKHEMAHAN

PEGAWAI / GURU PENASIHAT – Tuan / Puan


AJK TERTINGGI – Encik / Cik
PESERTA – Saudara / Saudari

11. PENUTUP

Adalah diharapkan agar Perkhemahan Perdana Kadet Remaja Sekolah dan Tunas Kadet
Remaja Sekolah Peringkat Negeri Sabah kali ini dapat dijalankan dengan lebih
cemerlang, gemilang dan terbilang. Kerjasama dari semua guru penasihat dan semua
ahli TKRS & KRS yang terlibat begitu diperlukan untuk menjayakan hasrat murni
Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah. Semoga tema
“TKRS & KRS BERSEMANGAT PATRIOTIK – NEGARA KU” dapat direalisasikan semasa
perkhemahan ini selaras dengan gagasan 1 Malaysia.

Disediakan oleh:

RAJU UDDIN B. MOHD. AJAY


Ketua Unit,
Unit Pembangunan Kemanusiaan, PPD Tambunan.

Disahkan :

HAISON BIN JAHUDIN


Pegawai Pendidikan Daerah Tambunan

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TAMBUNAN 8


Perkhemahan Perdana
Tunas Kadet Remaja Sekolah & Kadet Remaja Sekolah
Peringkat Negeri Sabah. Tambunan 2017

SENARAI KEPERLUAN BARANGAN YANG PERLU DIBAWA OLEH KONTINJEN

1. Uniform Pegawai dan kadet lengkap.


2. Khemah
3. Pakaian sukan – T shirt berkolar, track bottom warna gelap dan kasut sukan.
4. Pakaian sembahyang dan sejadah
5. Peralatan mandi / baldi.
6. Peralatan mandi / alat kebersihan (wanita)
7. Botol untuk menyimpan air minuman dan ubat keperluan peribadi.
8. Surat kebenaran penjaga dan surat pemeriksaan kesihatan.
9. Pakaian persembahan kebudayaan / alatan lain yang perlu.
10. Alat muzik, CD dan Radio – hanya untuk tujuan persembahan kebudayaan.
11. Kotak pertolongan cemas, belerang dan lain-lain yang dfikirkan perlu tanpa melanggar
peraturan.
12. 1 unit kompas mill untuk pertandingan ronda pandu arah
13. Container / Bekas makanan

BARANGAN LARANGAN UNTUK DIBAWA

1. Barang kemas
2. Wang yang banyak
3. Dadah / ganja/ gam/rokok dan minuman keras
4. Pakaian yang menjolok mata
5. Set karaoke
6. Bahan lucah
7. Senjata merbahaya.

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TAMBUNAN 9

Anda mungkin juga menyukai