Anda di halaman 1dari 1

Pentadbiran Ujian VPI

Walaupun masa untuk mengambil ujian ini tidak ditetapkan, sebagai panduan ujian ini
perlu diselesaikan dalam masa 20-30 minit. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik
yang selesa, lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja, selain
itu, segala arahan yang disediakan di dalam borang soalan perlu diikuti dan dipatuhi oleh
calon yang mengambil ujian.
Arahan:
Inventori ini mengandungi 160 senarai nama jenis-jenis pekerjaan. Anda diminta
membaca setiap jenis pekerjaan dan menentukan sama ada ANDA:
a. Suka pekerjaan itu (Y)
b. Tidak suka pekerjaan itu (T)
c. Tidak pasti
Sekiranya anda SUKA sesuatu pekerjaan, anda dikehendaki menghitamkan (Y) pada
kertas jawapan. Demikian juga sekiranya anda TIDAK SUKA pada sesuatu pekerjaan,
sila hitamkan (T). sila pastikan nombor pada kertas jawapan adalah sama dengan nombor
pada kertas soalan. Contohnya, jika anda SUKA pekerjaan nombor 1, hitamkan ruang (Y)
untuk nombor 1 pada kertas jawapan. Jika anda TIDAK SUKA pekerjaan nombor 1,
maka anda perlu menghitamkan ruang (T) untuk nombor 1 pada kertas jawapan.
Sekiranya anda TIDAK DAPAT MENENTUKAN atau TIDAK PASTI mengenai pilihan
anda, JANGAN BUAT APA-APA TANDA untuk nombor itu pada kertas jawapan.

Anda mungkin juga menyukai