Anda di halaman 1dari 18

DISKUSI SYARlAH DAN UNDANG-UNDANG SIRIS

TAWAF WADA : SATU KAJIAN


DAN PERMASALAHAN HUKUM DI
KALANGAN JEMAAH HAJI MALAYSLA

Tn. Hj. Lukmanul Hakim Hj. Hanafi

Abstrak

Kertas kerja ini bertujuan menerangkan dun menjelaskan kedudukan tawaf


wada bagi jemaah haji Malaysia di Tanah Suci Makkah. Beberapa isu
timbul, diantaranya isu sah atau tidak sah ibadat hajijika tertinggal tawaf
wada serta pernasalahan kena dam atau tidak, jika meninggalkannya
ketika uzur: Permasalahan ini sering sahaja dihadapijemaah haji Malaysia
di Tanah Suci Makkah khususnya bagi golongan waea emas apabila musim
haji berakhir iaitu ketika ingin pulang ke tanah air Malaysia. Jemaah
haji merasakan ibadat ini sangat berat untuk ditunaikan kerana apabila
selesai mengerjakannya, mereka perlu segera meninggalkan Tanah Suci
Makkah. Persoalannya berapa lamakah umf membenarkan jemaah haji
berada di Makkah selepas melakukan t a w wada, dun jika lama adakah
dikenakan dam?. Serta bagaimanakah kedudukan petugas haji yang tidak
melakukan tawaf wada kerana keterbatasan waktunya. Kertas kerja ini
akan memperincikan jawapan 3 bahagian iaitu Golongan yang diberikan
mkshah atau pengecualian daripada melaksanakan tawaf wada dun
mereka tidak berdosa dun tidak dikenakan damjika meninggalkannya; umf
jemaah haji boleh berada di Makkah setelah selesai melaksanakan tawaf
wida dun kedudukan petugas haji yang tidak melakukan tawaf wada kerana
keterbatasan wakhmya. Diharapkan, perbincangun yang disampaikan
dalam kertas kerja ini tidak hanya menjadi bahan rujukan dun perdebatan
akademik atau menjadi muzakarah semata-mata, malah menjadi satu
langkah untuk menyimpulkannya. Kesimpulan dun keputusan ini adalah
sebagai panduan dun bimbingan kepada umat Islam yang lain dalam
menghadapi isu pernasalahan dun persoalan hukum hakam berkaitan
ibadah haji demi mencapai keredhaan Allah S. KT
SYARlAH AND LAW DISCOURSEISSUE S

1. Pendahuluan Pensyariatan Haji dan Umrah

1.1. Ibadat fardhu haji tennasuk juga umrah merupakan salah satu daripada
rukun Islam yang lima. Hukurnnya ialah fardhu ain ke atas setiap orang
Islam yang mukallaf dan mampu. Firman Allah S.W.T. dalam surah al-
Baqarah ayat 196;

Maksudnya :
" Dan sempumakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah S.W.T.

Sabda Rasulullah S.A.W.;

Maksudnya :

"Didirikan islam itu di atas lima rukun : Pengakuan bahawa tiada tuhan
melainkan Allah S.W.T dan bahawasanya Muhammad S.A.W. itu pesuruh
Allah. Mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, mengerjakan haji di
Baitullah dan berpuasa di bulan Ramadhan.'
.. 1- - -
8 . , , ., 4
1.2. Kewajipan menunaikan haji dan umrah yang mengandungi hikrnah dan
falsafah yang banyak dan bemilai telah mendorong umat islam dari seluruh
dunia menanam hasrat untuk melakukan ibadat tersebut walaupun terpaksa
berusaha lebih sedikit mempersiapkan diri dari sudut fizikal dan material
untuk menunaikan rukun Islam yang kelima tersebut.
2. Definisi Tawaf Wada

2.1. Tawafwadaialahtawafselamattinggal yang wajib dilakukanolehjemaah


haji yang ingin meninggalkan Makkah sarnada telah selesai mengerjakan
ibadat haji dan ingin pulang ke tanah air atau ingin meninggalkan Makkah
lebih dari 2 Marhalah atau lebih. (Fiqh al-Ibadat al-Haj , 100; Anwarul
al-Hujjaj Fi Asrar al-Hujjaj, 20; Fiqh Nabawi, 191)

2.2. Tawaf wada ialah tawaf meninggalkan tanah Mekah dan bercerai
dengan Baitullah pergi musafir ke negeri luar. Maka tawaf wada itu dituntut
oleh syara'. (Bahru al-Mazi, 6/75; Al-Hajj, 78-80)

2.3. Tawaf wada ialah tawaf selamat tinggal yang wajib dilakukan bagi
mereka yang hendak meninggalkan Makkah lebih dari 2 marhalah (lebih
kurang 56 batu atau 91 kilometer) dan lebih. (Panduan Ibadat Haji,
Umrah Dan Ziarah, 43).

2.5. Dinarnakan tawaf wada kerana tawaf yang dilakukan berniat untuk
bermusafir meninggalkan Kota Suci Makkah selepas selesai menunaikan
ibadat haji. (Akdhu Jawahir, 430)

3. Dalil Tawaf Wada

Hal ini berdasarkan Hadis Rasulullah S.A.W.

Maksudnya, "Daripada Anas RA, Rasulullah SAW selepas selesai


mengerjakan ibadah haji, baginda melakukan tawaf wada".
(Riwayat al-Bukhari, 4664)
S Y A W AND LAW DISCOURSE ISSUE 5

J% +-4, A &
I/ A+JG~~~&~I+&G
913\ d, .
,Gp&
#

.
6",o;,\
C. : --
&* 5

Maksudnya, "Daripada Al-Harith bin Abdullah bin Aus, katanya: Aku


dengar akan Nabi SAW bersabda : Barangsiapa haji akan ini Bait atau urnrah
ia, maka hendaklah akhir masanya dengan Bait".
(Riwayat at-Tirmidzi, 42 1)

4. Kewajiban Tawaf Wada

Hukum Tawaf wada adalah wajib bagi:-

4.1. Orang yang akan bermusafir meninggalkan Makkah pada jarak yang
mengharuskannya menqasarkan solat iaitu kadar 2 marhalah (lebih kurang
56 batu atau 91 kilometer) dan lebih.

4.2. Orang yang akan meninggalkan Makkah dan akan bermukim di luar
Tanah Haram selarna 4 hari atau lebih walaupun jaraknya kurang dari 2
marhalah sama ada penduduk Makkah atau bukan.

4.3. Tawaf wada tidak boleh dilakukan kecuali setelah menunaikan Tawaf
Ifadah (Tawaf Rukun) (Bagi mereka yang melakukan haji dan Umrah).

5. Dam Tawaf Wada

5.1. Orang yang meninggalkan tawaf wada' tanpa uzur yang dibenarkan
syara' dikenakan dam (tertib dan Taqdir).
DlSKUSl SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG SIRIS

5.2. Maksud Dam Tertib dan Taqdir

Maksud Tertib ialah seseorang itu hendaklah mengerjakan satu demi


satu rnengikut tertib, ini bermakna tidak boleh dipilih atau diganti
dengan yang lain kecuali tidak berkernampuan mengerjakannya.
Taqdir pula ialah merujuk kepada kadar dam tersebut yang telah
ditetapkan oleh syarak.

5.3. Dam Tertib dan Taqdir adalah seperti berikut:

5.3.1. Menyembelih Seekor kambing atau Kibasy atau 117 lembu atau Unta
yang mencukupi syarat untuk di buat korban, jika tidak mampu;

5.3.2. Hendaklah berpuasa 10 hari , 3 hari pada masa Ihram haji dan 7 had
apabila sampai ke kampung masing-masing, jika tidak mampu;

5.3.3. Hendaklah bersedekah sebanyak 10 cupak makanan asasi, jika tidak


mampu, tertanggunglah di atas zirnahnya.

6. Tawaf Wada dan Hukumnya


SYARIAH AND LAW DISCOURSE ISSUE 5

7. Pandangan 4 Mazhab

7.1. Apabila selesai seseorang jemaah haji daripada melakukan ibadat


haji kemudian ingin term kekal menetap di Makkah maka tidak perlu ia
menunaikan tawaf wada, tetapi jika ingin keluar dari Tanah Suci Makkah
dan pulang ke tanah airnya maka wajib keatasnya melakukan tawaf wada,
dan jika ia meninggalkannya maka dikenakan dam, dan ini pendapat
madzhab Hanbali.

7.2. Manakala menurut pendapat madzhab Shafie, wajib jemaah haji


menunaikan tawaf wada apabila selesai daripada melakukan ibadat haji,
samada tanah airnya di tanah haram atau pun luar daripada tanah haram dan
jika ia meninggalkannya maka dikenakan dam.
7.3. Disisi Madzhab Hanafi, bahawasanya tawaf wada wajib dilakukan
apabila selesai daripada melakukan ibadat haji dan jika meninggalkannya
wajib dikenakan dam. Dan jika ia uzur melakukannya maka tertanggunglah
ia ke atas zimmahnya.

7.4. Bagi Madzhab Maliki, hukum melakukan tawaf wada adalah hams
setelah selesai melakukan ibadat haji, dan jika meninggalkannya tidak
dikenakan dam. (Manasik Ibnu Jamaah ala- Madzhab al-Arbaah, 98; Fiqh
ala-Al-Madzhab al-Arbaah, 367)

8. Pandangan Ulama

Dikemukakan di sini hukum dan pandangan Ulama berkaitan tawaf wada:

8.1. Pengarang kitab Al-Fiqh al-Manhaji ala- Madzhab Imam al-Shafie


menyatakan :

"Menurut pendapat yang sahih, seseorang yang hendak meninggalkan


Makkah selepas selesai mengerjakan semua 'ibadat dan 'amalan haji, wajib
melakukan tawaf wada.
DISKUS1 SYARlAH DAN UNDANG-UNDANG SIR15

Hal ini berdasarkan Hadis Rasulullah S.A.W. :

e , i $ s & s , 6 1 & i > u & j & G \ & &., r ej$f 5


Maksudnya, "Daripada Anas RA, Rasulullah SAW selepas selesai
mengerjakan ibadah haji, baginda melakukan tawaf wada".
(Riwayat al-Bukhari, 2364)

Dan setelah melakukan tawaf wada hendaklah segera meninggalkan


Makkah. Jika tinggal lama dan tanpa keperluan, atau tiada kaitan dengan
perjalanan, seperti menziarahi orang sakit atau membeli-belah, dia wajib
mengulangi tawaf wada tersebut". Jika tidak melakukannya, dia dikenakan
dam. (Al-Fiqh al-Manhaji, 2159)
8.2. Kata Imam Nawawi Rahimahullahu Ta'ala di dalam Majmu': "Dan jika
menghendaki seseorang keluar dari negeri Makkah pergi pulang ke tanah
airnya atau pergi ke lain, disuruh akan dia oleh syara' supaya ia melakukan
tawafwada dan tiada ram1 pada tawaf ini dan tiada idhthiba'. Maka apabila ia
sudah tawaf itu, bolehlah ia sembahyang dua rakaat kemudian daripadanya.
(Majmu', 81254)

8.3. Berkata lagi Imam Nawawi Rahirnahullahu Ta'ala di dalam kitab


I'dhah': "Tidak wajib melakukan tawaf wada bagi sesiapa yang telah selesai
melakukan ibadat haji dan umrah dan ingin menetap di Makkah, namun
wajib melakukan tawaf wada sesiapa yang ingin pulang ke tanah airnya atau
keluar dari tanah suci Makkah, dan tawaf wadanya tiada ram1 pada tawaf ini
dan tiada idhthiba' seperti mana disebut sebelurn hi". (I'dhah, 405)

8.4. Di dalam Kitab Muqni al-Muhtaj, Sheikh as-syarbini berkata : "Apabila


hendak meninggalkan Tanah Suci Makkah, maka hendaklah melakukan
tawaf wada dan tidak boleh menetap lagi selepas rnelakukannya. Dan wajib
dikenakan dam bagi sesiapa yang meninggalkannya". (Muqni al-Muhtaj,
21280)
SYARlAH AND LAW DISCOURSE
ISSUE S

8.5. Sheikh Wahbah al-Zuhaili menyatakan : "Wajib melakukan Tawaf wada


bagi sesiapa yang ingin meninggalkan Tanah Suci Makkah, walaupun orang
itu adalah orang yang bermukim di Makkah samaada kerana musafir yang
lama atau pun sekejap". (Fiqh Islam Wa-Adillatuhu, 31148)

9. Permasalahan Berlaku

9.1. Perrnasalahan yang berlaku kini ialah ketika jemaah haji bersungguh-
sungguh mengerjakan ibadat haji untuk mencapai haji mabrur dan apabila
selesai mengerjakannya, mereka dilanda was-was berhubung beberapa
permasalahan yang sering berlaku berkaitan permasalahan tawaf wada iaitu
ketika ingin meninggalkan Makkah.

9.2. Diantaranya, Jemaah haji terutarnanya dari Malaysia sering sahaja


bertanya petugas haji mahu pun Lembaga Tabung Haji Malaysia siapakah
golongan yang diberi rukshah atau dikecualikan daripada melaksanakan
tawaf wada.

9.3. Persoalan ini timbul kerana ramai jemaah haji dilanda sakit seperti
demam, batuk dan serangan jantung dan mereka tidak tahu samada mereka
tergolong daripada golongan orang-orang yang dikecualikan daripada
melaksanakan tawaf wada atau tidak.

9.4. Selain daripada itu, jemaah haji Malaysia sering sahaja was-was dan
takut akan ibadat hajinya tidak diterima oleh Allah S.W.T. kerana berpegang
dengan pendapat perlu meninggalkan Makkah dengan segera tanpa boleh
melakukan apa-apa perkara setelah selesai mengerjakan tawaf wada.

9.5. Persoalannya apakah rukshah atau perkara-perkara yang boleh


dilakukan Jemaah Haji setelah selesai melaksanakan tawaf wada dan
berapa lamakah tempoh atau uruf jemaah haji boleh berada di Makkah
setelah selesai melaksanakan Tawaf wada seperti mana yang diputuskan
oleh Lembaga Tabung Haji Malaysia. Di samping itu juga bagaimanakah
DISKUS1 SYARIAH DAN UNDANG-UNDANC SIRIS

kedudukan petugas-petugas atau pekerja-pekerja Lembaga Tabung Haji


Malaysia melaksanakan tawaf wada ketika didalam keadaan masa yang
terbatas.

Kertas kerja ini terbahagi kepada tiga fasal:

Fasal ini akan memfokuskan beberapa permasalahan yang sering berlaku


berkaitan perrnasalahan tawaf wada iaitu ketika ingin meninggalkan
Makkah :

Jemaah haji terutamanya dari Malaysia sering sahaja menimbulkan


persoalan kepada pihak Lembaga Tabung Haji Malaysia iaitu
siapakah golongan yang dikecualikan daripada melaksanakan tawaf
wada. Persoalan ini timbul kerana ramai jemaah haji dilanda sakit
seperti demarn, batuk, dan serangan jantung dan mereka tidak tahu
samaada mereka tergolong daripada golongan orang-orang yang
dikecualikan atau diberi rukshah daripada melaksanakan tawaf
wada atau tidak.
2. Jemaah haji terutamanya dari Malaysia sering sahaja was-was dan
takut akan ibadat hajinya tidak diterima oleh Allah S.W.T. kerana
berpegang dengan pendapat perlu meninggalkan makkah dengan
segera tanpa boleh melakukan apa-apa perkara setelah selesai
mengerjakan tawaf wada. Persoalannya apakah rukshah atau
perkara-perkara yang boleh dilakukan Jemaah Haji seteIah selesai
melaksanakan Tawaf wida dan berapa larnakah tempoh atau uruf
jemaah haji boleh berada di makkah setelah selesai melaksanakan
tawaf wada seperti mana yang diputuskan oleh Lembaga Tabung
Haji Malaysia.
3. Bagairnanakah kedudukan Petugas-petugas Lembaga Tabung Haji
Malaysia melaksanakan tawaf wada dalarn keadaan masa yang
terbatas.
SYARIAH AND LAW DISCOURSEISSUE 5

10. Lembaga Tabung Haji Malaysia ( 49141+1 L+)

10.1. Bagi Lembaga Tabung Haji Malaysia, tawaf wada dikecualikan kepada
beberapa golongan dan mereka tidak berdosa dan tidak dikenakan dam jika
meninggalkannya.

10.1.1. Golongan yang diberikan rukshah atau pengecualian daripada


melaksanakan tawaf wada seperti yang diputuskan oleh Lembaga Tabung
Haji Malaysia ialah' :
a) Perempuan yang haid, nifas atau mustahadah didalam tempoh haid.

b) Orang yang berpenyakit salisulbaul atau seumpamanya.

c) Orang yang luka, darah atau nanahnya yang mengalir dan boleh
menajiskan masjid.

d) Orang yang dipaksa meninggalkan tawaf.

e) Orang yang takut orang zalim menzaliminya.

f) Orang yang takut ditinggalkan rakan rakan seperjalanan.

g) Orang yang takutkan keselamatan dirinya iaitu penyakit yang terlalu


tenat atau bahaya musuh yang datang, serta takutkan kehormatan dan harta
bendanya terancam.

h) Orang yang tidak melnpunyai air dan debu tanah untuk bersuci.

10.2. Bagi Lembaga Tabung Haji Malaysia, rukshah atau perkara-perkara


yang boleh dilakukan oleh Jemaah Haji setelah selesai melaksanakan tawaf

1 Lembaga Tabung Haji Malaysia, Panduan Ibadat Haji, Umrah Dan ziarah (kuala Lum-
pur, Cetakan Pertama, 2007 ), hlm. 44; Lembaga Tabung Haji Malaysia, Muzakarah
Haji peringkat Kebangsaan ke 22 (Selangor, 1999), hlm. 68-69; Lembaga Tabung Haji
Malaysia, Muzakarah Haji peringkat Kebangsaan ke 13 (Selangor, 1997) hlm. 193- 194.
DlSKUSl SYARlAH DAN UNDAh'G-UNDANG SIRIS

wada adalah seperti berikut2:

Di Masjidul Haram

Menunaikan solat sunat tawaf dan berdoa selepasnya.


Berdoa di Multazam atau sekitarnya.
Minum Air Zamzam dan berdoa.
Mengucup Hajarul Aswad iaitu jika berkesempatan dan suasana
yang mengizinkan.
Menunaikan solat fardhu jika muazzin telah melaungkan iqamat.

Di Penginapan

Makan clan Minurn sekadar keperluan di &lam bilik penginapan.


Qada Hajat di tandas bilik penginapan.
Mengambil beg atau barang yang ditinggalkan atau diletakkan
didalam bilik penginapan.
Mencari isteri, saudara, waris dan rakan yang hilang.
Mencari beg atau sebarang harta yang hilang.
Mengangkat barang-barang yang hendak dibawa bersama.
Melawat atau membawa isteri, saudara, waris clan rakan yang sakit
ke hospital, klinik dan penginapan ketika kecemasan dan hajat.

2 Lembaga Tabung Haji Malaysia, Muzakarah Haji peringkat Kebangsaan ke 24 (Selan-


gor, 2008), hlm. 6; Lembaga Tabung Haji Malaysia, Muzakarah Haji peringkat Ke-
bangsaan ke 22 (Terengganu, 2006 ), him. 3; Lembaga Tabung Haji Malaysia, Muza-
karah Haji peringkat Kebangsaan ke 18 (Perak, 2002 ), hlm. 91; Lembaga Tabung Haji
Malaysia, Muzakarah Haji peringkat Kebangsaan ke 15 (Selangor, 1999), hlm. 68-69;
Lembaga Tabung Haji Malaysia, Muzakarah Haji peringkat Kebangsaan ke 15 ( Selan-
gor, 1999), hlm. 61-62.
SYARlAH AND LAW DISCOURSE ISSUE S

Sebarang urusan yang berkaitan dengan perjalanan samaada ke


Jeddah atau madinah seperti membeli makanan atau minuman untuk
kegunaan dalam perjalanan, mengikat serta menaikkan barang-
barang keatas kenderaan dan sebagainya dengan syarat tempoh
tersebut tidak terlalu lama mengikut perkiraan tempoh atau uruf.
Menunggu Kenderaan untuk keluar dari Makkah yang lewat tiba
kerana kesesakan jalan raya, atau lewat dari jadual dan sebagainya.

10.2.1. Lembaga Tabung Haji Malaysia telah memutuskan, tempoh atau


uruf jemaah haji boleh berada di Makkah setelah selesai melaksanakan
tawaf wida adalah mengikut hari seperti berikur :

- Hari Jumaat iaitu bagi bas yang akan bertolak keluar dari Makkah
di antara pukul2 hingga 3 petang. Tempoh atau Uruf selepas Tawaf
wada ialah 4 hingga 5 jam. Contohnya, jadual bertolak keluar dari
Makkah pada pukul2 atau 3 Petang, maka jemaah haji dibolehkan
bertawaf pada pukul 10.00 pagi.
Hari Sabtu hingga Khamis dan Jumaat iaitu bagi bas yang bertolak
keluar dari Makkah selain dari waktu diatas. Tempoh atau Uruf
selepas tawaf Wida ialah 2 hingga 3 jam. Contohnya jadual
bertolak keluar dari Makkah pada pukul 6 petang, maka jemaah
haji dibolehkan bertawaf pada pukul3 petang.
Sekiranya terdapat permasalahan seperti perubahan jadual.bertolak
keluar dari Makkah, maka tempoh atau uruf masa samaada perlu
diulang semula tawaf wada atau tidak adalah mengikut panduan
seperti di atas.

3 Lembaga Tabung Haji Malaysia, Muzakarah Haji peringkat Kebangsaan ke 22 (Tereng-


ganu, 2006), hlm. 2.
DISKUS1 SYARlAH DAN UNDANG-UNDANG SIR15

10.3. Lembaga Tabung Haji Malaysia telah memutuskan rukshah diberikan


keatas kedudukan petugas-petugas Lembaga Tabung Haji Malaysia yang
tidak berkesempatan melaksanakan tawaf wada ketika sedang menjalankan
tugas disebabkan keadaan masa yang terbatas, hukumnya adalah sunat dan
tidak berdosa4.

10.3.1. Lembaga Tabung Haji Malaysia memutuskan, Sekiranya terdapat


keterbatasan masa mahupun tempat untuk petugas-petugas Lembaga
Tabung Haji Malaysia untuk mengerjakan tawaf wada, sedangkan kerja yang
hendak dilaksanakan itu arnat penting demi kemaslahatan awam atau untuk
jemaah haji iaitu seperti perkara-perkara yang darurat dan hajiyat dan perlu
bersegera, maka hukumnya adalah sunat dan tidak berdosa berdasarkan
pendapat kedua di dalam Mazhab al-Syafie iaitu hukurn mengerjakan tawaf
wada adalah sunat dan sunat membayar dam yang mana diguna pakai oleh
Lembaga Tabung Haji Malaysia bagi Petugas-petugas Lembaga Tabung
Haji Malaysia yang tidak berkesempatan melaksanakan tawaf wada ketika
sedang menjalankan tugas disebabkan keadaan masa yang terbatas. (I'dhah,
405)

11. Hujjah dan Dalil

11.1. Lembaga Tabung Haji Malaysia mengambil keputusan-keputusan


di atas bersandarkan kepada beberapa hujah seperti berikut :

11.1.1. Imam al-Nawawi menyatakan,jika seseorangjemaah haji menunggu


kerana ada keperluan urusan seperti membeli bekalan, mengikat kenderaan
dan seumpamanya, maka tidak perlu diulangi tawaf wadanya. Tawaf
wada tidak terbatal hanya kerana banyak barang untuk diikat dan terpaksa
mengambil masa.(I'dhah, 407)

4 Ibid, hlm. 3.
SYARlAH AND h W DISCOURSE ISSUE 5

11.1.2. Jumhur Ulama selain Hanafiah menyatakan, tawaf wada dilakukan


sewaktu jemaah haji mahu keluar meninggalkan Makkah. Jika telah selesai
tawaf kemudian jemaah haji sibuk dengan perniagaan atau permukiman,
maka hendaklah jemaah haji tersebut mengulangi tawaf widanya kerana
perbuatan perniagaan atau permukiman telah mengeluarkan jemaah haji
tersebut daripada perbuatan Wada menurut adatnya. Jika seseorangjemaah
haji membeli bekalan atau sesuatu untuk dirinya kerana memenuhi hajatnya
dalam perjalanan keluar dari Makkah, maka jemaah haji tersebut tidak perlu
mengulangi tawaf wadanya kerana perbuatan tersebut bukanlah perbuatan
orang berrnukim yang mengeluarkan kedudukan tawafhya sebagai saat
terakhir di Baitullah. (Fiqh Islam Wa-Adillatuhu, 31150)

11.1.3. Al-Banjari pula menyatakan, seseorang jemaah haji apabila telah


selesai melakukan tawaf wada kemudian mempunyai sesuatu hajat yang
berhubung kait dengan perjalanan seperti membeli tali untuk mengikat
barang, membeli bekalan dan lain-lain, maka tidak wajib jemaah haji
tersebut mengulangi tawaf wadanya. (Sabilul Muhtadhin, 394)

11.1.4. Al-Ramli ditanya, apakah wajib atau tidak mengulangi tawaf wada
jika mengambil masa yang lama selepas selesai tawaf wada untuk berdoa
di Multazam kerana ia adalah perkara yang dituntut. Beliau menjawab tidak
wajib mengulanginya. (Fatawa, 91)

11.1.5. Al-syeikh Ben Baz memfatwakan bahawa orang yang telah selesai
tawaf wada boleh membeli keperluannya daripada sekalian bentuk hajat
walaupun jika dia membeli barangan perniagaannya selagimana tempohnya
adalah pendek tidak panjang, jika panjang tempohnya, hendaklah diulangi,
jika tidak panjang menurut uruf, maka tidak perlu diulangi secara mutlak.
(al-Tahqiq, 96)
DISKUSI SYARIAH DAN UNDANG-UNDANC SIRIS

11.1.6. Menurut al-Ghanimi, jika selesai tawaf wida dan berhenti seketika
di penginapan untuk tempoh yang singkat bagi menunggu teman atau
menunaikan hajat, maka tiada masalah baginya. Tetapi jika ia berpanjangan,
maka hendaklah diulangi tawaf wadanya. (Ahkamu al-Hajj wal-Umrah,
319)

11.1.7. Al-Uthaimin berkata setelah selesai tawaf wada, tidak boleh tinggal
di Makkah dan sibuk dengan perkara-perkara yang lain kecuali apa yang
berkaitan dengan tujuan safar dan keperluannya seperti mengikat kenderaan,
menunggu kawan atau menunggu kenderaan yang telah dijanjikan oleh
pemandunya tetapi ia terlewat daripada waktunya dan seumpamanya.
Jelasnya lagi, tempoh panjang masa menunggu itu tidak ada ketetapannya
dikalangan fuqaha, ia bergantung penuh kepada uruf pada masa berkenaan.
Hal ini menunjukkan perkiraan faktor luaran perlu diambil berat bagi
menentukan keadaan yang menafikan ha1 wida berkenaan. Suasana wurud
al-hadith pada zaman yang serba simple semasa hayat Rasulullah S.A.W.
perlu diambil perkiraan dan dibandingkan dengan keadaan masakini
yang walaupun banya kemudahan tetapi tidak terlepas daripada kesulitan
yang sebahagiannya lebih sukar daripada zaman lalu. Proses mengemas
barangan akibat permusafiran yang jauh, menu& barang dari bilik dan
menaikkannya ke atas bas, menunggu berkumpulnya semua penumpang bas
seramai 50 orang, suasana tenk, keadaan orang malaysia yang tidak sesuai
dengan cuacapanas terik, keletihan akibat manasik, kesesakan manusia yang
amat ramai sewaktu haji, keadaan jemaah haji yang biasanya diiringi oleh
kanak-kanak, wanita dan orang tua, semua ini memberikan kesan terhadap
uruf masa menunggu yang mencacatkan tawaf wada berkenaan. (Manasik
al-Hajj wal-Urnrah, 95)

11.1.8. lbnu Qanim merumuskan melalui pelbagai riwayat hadis terutarna


oleh al-Bukhari bahawa sewaktu Hajjatul wida, Rasulullah S.A.W
melakukan tawaf wida pada waktu tengah malam Dan meninggalkan
Mekah selepas subuh di mana baginda solat subuh di nunahnya Di al-
abtah (al-Muhassab). Pada malam itu baginda terpaksa menuggu di
nunahnya kerana Aisyah menyelesaikan umrahnya dan Ummu Salamah
SYARIAH AND LAW DISCOURSE
ISSUE S

menyelesaikan Tawaf Widanya setelah Baginda selesai tawaf wida Baginda.


Hal ini menunjukkan perkiraan masa antara selesai tawaf wida dan mass
bergeraknya bas meninggalkan tanah hararn Mekkah adalah satu uruf yang
hanya dapat ditentukan olem mereka yang akan melakukan tawaf wida
berkenaan. Namun sikap warak didalam ibadat tetap perlu di jaga walaupun
kemudahan ini diakui oleh syarak. (Za'dul Ma'ad, 290-299)

Kesimpulan

Kesimpulannya, hukum tawaf wada ialah wajib berdasarkan pendapat


Mazhab Shafie, bagi Jemaah Haji Malaysia yang meninggalkannya dengan
sengaja tanpa sebab yang dituntut maka ia dikenakan dam dan hukurnnya
berdosa. Namun begitu dikecualikan kepada beberapa golongan dan mereka
tidak berdosa dan tidak dikenakan dam jika meninggalkannya.
DISKUS1 SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG ' SIRIS

Rujukan

Al-Quran al-Karim
Al-Fiqh al-Manhaji ala- Madzhab Imam al-Shafie, Dr. Mustofa Al-Khin,
Dr. Mustofa Al-Bugho dan Ali Al-Syarbaji, Terjemahan Jabatan Mufti
Kerajaan Negeri Sembilan, Cetakan Pertama. 2004.
Al-Hajj, Abdullah Bin Muhammad At-Tayyar, Dar Al-Watan, Riyyad,
Cetakan 3, 1416H.
Anwarur al-Hujjaj Fi Asrari al-Hujjaj, al-Ma'ki, Ali Bin Sultan
Muhammad al-Qa'ri, Dar al-Bashair al-Islami, Beirut, Cetakan 1, 1988.
1000 Soal Wal-Jawab Fi Ahkam al-Hajj Wal-Umrah wal-Ziarah, al-
Ghanimi, SalimBin Salirn, Maktabah as-Suwadi, 2003.
At-Tahqiq Wal-IddahLilqat'ie Min Masa'il al-haj Wal-Umrah Wal-
Ziarah, Bin Bazz, Abdul Aziz Abdullah, 1414H.
Bahru al-Madzi syarah Mukhtashar Shahih At-Tirmidzi, Muhammad
Idris al-Marbawi, Juzu 6, Cetakan Pertama 2006.
Fatwa Al-Ram'li, Al-ramli, Syamsuddin Muhammad, J 2. Dar al-Fikr,
Kaherah, 1983.
Fiqh al-Ibadat al-Hajj, Hassan Ayyub, Dar an-nadwah al-Jadidah, Beirut,
Cetakan 2, 1986.
Fiqh al-Islami Wa-Adiiatuhu, Az-Zuhaili, Wahbah, Dar al-Fikr, Damsyik,
J 3.Cetakan 4, 1989.
Kitabul Idhah Fi Manasik al-hajj Wal-Umrah, an-Nawawi, Yahya Bin
Sharif, al-Maktabah al-Imdadiah, Makkah, 1997.
Manasik Ibnu Jamaah A'la al-Mazahib al-Arbaah, al-Kanani, al-Qadhi
Izzuddin Abd Azizi Bin Muhammad Bin Jamaah.
Manasik al-Hajj Wal-umrah, al-A'simin, Muhammad Bin Soleh, Dar
Ibnu al-Jauzi, 1421H.
Muqni al-Muhtaj Ila' Makrafati Ma'ani Alfaz al-Manhaj, As-syarbini,
Muhammad al-Khatib, J. 2.
Za'dul Ma'ad, Ibnu Qayyim al-jauziah, J. 2., Muassasatul al-Risalah,
Beirut, 1994.
Muzakarah Haji peringkat Kebangsaan ke 13, Lembaga Tabung Haji
Malaysia, (Selangor, 1997)
SYARlAH AND LAW DISCOURSE ISSUE 5

~ u z a k a r a hHaji peringkat Kebangsaan ke 24, Lembaga Tabung Haji


Malaysia, (Selangor, 2008 )
Muzakarah Haji peringkat Kebangsaan ke 22, Lembaga Tabung Haji
Malaysia, (Terengganu, 2006 )
Muzakarah Haji peringkat Kebangsaan ke 18, Lembaga Tabung Haji
Malaysia, (Perak, 2002 )
Muzakarah Haji peringkat Kebangsaan ke 15, Lembaga Tabung Haji
Malaysia, (Selangor, 1999 )
Sahih al-Bukhari, al-Bukhari, Muhammad Bin Ismail Abu Abdullah, Dar
Ibnu Kathir, Beirut, Cetakan Kedua 1987.
Sahih al-Muslim, Muslim Bin al-Hujjaj Abu Hussain al-Qusyari, dar Ihya
al-Turas, Beirut.

Anda mungkin juga menyukai