Anda di halaman 1dari 1

MENGAMBIL RISIKO TERBUKA

Risiko adalah adalah sesuatu yang tidak pasti berlaku atau sebaliknya (Pusat Pembangunan
Usahawan Malaysia (MEDEC), 1992). Dalam sesebuah perniagaan, usahawan perlu berani
mengambil risiko yang tidak dapat dijangka. Berani mengambi risiko juga seperti menerima
sebarang kemungkinan untuk jatuh dengan tabah dan menjadikannya sebagai batu loncatan
untuk terus membina masa depan yang cerah. Setiap usahawan perlulah mempunyai sikap
berani mengambil risiko terbuka.

Sebagai contoh, Tan Sri Lim Goh Tong adalah pengasas dan Presiden Genting Group. Pada
tahun 1964, beliau terfikir untuk membina suatu tempat yang bercuaca dingin yang boleh
dinikmati oleh orang ramai kerana Malaysia merupakan negara bercuaca panas sepanjang
tahun. Bagi merealisasikan idea ini, beliau perlu membina jalan untuk ke puncak namun perkara
tersebut dianggap mustahil dan memerlukan kos yang tinggi. Disebabkan hal ini, beliau
dianggap gila kerana ingin merealisasikan sesuatu yang tidak menjanjikan pulangan modal.
Namun beliau tidak mempedulikan kritikan dan pandangan masyarakat yang memandang
rendah terhadap kemampuan beliau. Bagi menjimatkan kos dan mengumpul duit yang
mencukupi, Tan Sri Lim Goh Tong bekerja dua shif sepanjang minggu. Akhirnya, penat lelah
beliau telah membuahkan hasil yang positif apabila Genting Highland Resort pada hari ini telah
menjadi pusat peranginan dan pelancongan yang terkenal dan menjadi salah satu destinasi
pilihan pelancong dalam atau luar negara.

Anda mungkin juga menyukai