Anda di halaman 1dari 4

TRANSKRIPSI TEMUBUAL BERSAMA RESPONDEN.

Penemu bual Assalammualaikum, Encik Ezani.


Responden Waalaikumussalam.
Penemu bual Baiklah sebelum memulakan temu bual, saya ingin meminta
kebenaran encik untuk merakam temu bual untuk tujuan kajian.
Responden Okey, boleh sahaja.
Penemu bual Baiklah, boleh kenalkan nama dan sedikit latar belakang diri encik?
Responden Nama saya Ahmad Ezani bin Abdul Ghani, merupakan anak sulung
dan cucu sulung dalam keluarga saya. Umur saya dah nak masuk 40
tahun. Ayah saya merupakan seorang peguam, dan ibu saya
merupakan seorang suri rumah.
Penemu bual Bagaimana pula dengan tahap pendidikan Encik?
Responden Saya telah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh
Abdul Malek. Kemudian, saya telah melanjutkan pelajaran di
Universiti Putra Malaysia dan telah mengambil kos Kejuruteraan
Umum di sana.
Penemu bual Okay. Bagaimana Encik boleh tertarik untuk menjadi seorang
usahawan? Boleh encik ceritakan serba sedikit mengenai perkara
tersebut?
Responden Dulu, ayah saya telah meninggal dunia ketika saya berumur 16 tahun.
Jadi, saya sebagai anak sulung bertanggungjawab untuk tanggung
kehidupan keluarga saya. Tambahan pula, adik-adik saya ketika itu
masih bersekolah . Oleh itu, saya mencari jalan untuk mendapatkan
wang. Selepas habis belajar, saya terfikir untuk membuat bisnes yang
berkaitan dengan makanan.
Penemu bual Kenapa Encik terfikir untuk membuat bisnes makanan?
Responden Saya terfikir perkara tersebut sebab saya yakin, orang ramai memang
akan tetap membeli makanan meskipun dalam keadaan ekonomi
yang gawat pada ketika itu. Pada mulanya, saya telah membuka
warung buruk di Jalan Pejabat, berdekatan Syarikat Air pada ketika
itu. Saya telah meminjam wang daripada ibu saya sebanyak
RM15,000 untuk membeli asset untuk berniaga pada ketika itu. Saya
juga turut mempunyai empat orang rakan kongsi pada ketika itu.
Disebabkan bisnes warung tersebut tidak berjalan dengan lancar, satu
persatu rakan kongsi saya mula tarik diri, sehinggalah tinggal saya
seorang. Saya terpaksa cari jalan lain bagi memajukan bisnes
tersebut, dan ketika itu lah saya terfikir untuk membuat bisnes
katering. Syarikat pertama yang bekerjasama dengan bisnes katering
saya pada ketika itu adalah Jabatan Kerja Raya (JKR).
Penemu bual Berapa lama Encik bekerjasama dengan pihak JKR tersebut?
Responden Saya telah bekerjasama dengan pihak JKR itu dalam masa tiga tahun.
Kemudian, saya dapat pula bekerjasama dengan Wisma Darul Iman.
Tidak lama selepas itu, saya telah dijemput untuk menyertai
Jawatankuasa Dewan Muda. Mungkin mereka jemput saya
disebabkan mereka tengok kebolehan atau potensi saya dalam
bidang ini. Pada awalnya, saya sangat berdebar apabila menyertai
dewan ini. Ini kerana orang yang berada di dalam dewan itu
semuanya terdiri daripada orang yang hebat-hebat. Jadi saya berfikir,
jika bukan dari sini saya dapat mengenali atau mendekati orang-orang
yang hebat ini, mungkin saya tidak akan mempunyai peluang sebegini
lagi.
Penemu bual Betul tu, Encik. Encik mempunyai fikiran yang sangat positif.
Responden Terima kasih. Kemudian, tidak lama selepas itu, saya telah dilantik
menjadi setiausaha dewan. Suatu hari, ada pihak consultant atau
ambassador daripada luar negara datang ke sini untuk business trip .
Jadi, saya telah menjadi wakil dewan untuk menghadiri meeting pada
ketika itu. Saya terlibat secara aktif dalam mesyuarat tersebut, dan
bos saya pada ketika itu, iaitu Dato’ Wan Al-Bakri telah melihat
penglibatan secara aktif semasa mesyuarat tersebut. Selepas
daripada itu, jika ada apa-apa program rasmi, bos akan pastikan saya
turut terlibat. Dan dengan cepatnya saya telah dilantik untuk menjadi
Timbalan Pengerusi Dewan Muda. Semasa tahun 2014 atau 2015
macam tu, saya telah dipanggil oleh bos lagi. Semasa itu, saya masih
memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Dewan Muda, dan
turut memegang jawatan sebagai Pengerusi Peruncitan dan
Pengedaran Dewan Perniagaan itu tadi. Saya adalah antara yang
termuda pada ketika itu.
Penemu bual Kenapa bos panggil Encik pada masa itu?
Responden Bos panggil saya ketika itu kerana bos nak melantik saya untuk
menjadi setiausaha Dewan Kehormat Perniagaan Terengganu. Itu
merupakan jawatan terbesar yang pernah saya dapat ketika itu.Saya
telah memegang jawatan tersebut selama 7 tahun. Kemudian, ada
orang telah menyuruh saya untuk menjadi setiausaha GPMS Kuala
Terengganu. Tidak lama selepas itu, saya telah dilantik untuk menjadi
Timbalan Yang Dipertuan GPMS Kuala Terengganu.
Penemu bual Encik, apakah yang dimaksudkan dengan GPMS itu?
Responden GPMS itu adalah Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung.
Penemu bual Oh, okay encik.
Responden Selepas daripada itu, pelopor telah melantik saya untuk menjadi Yang
DiPertua GPMS Kuala Terengganu. Disebabkan saya telah menjadi
YDP pada ketika itu, saya telah dilantik pula untuk menjadi setiausaha
Majlis Belia Negeri. Sepanjang saya memegang jawatan tersebut, saya
telah berjaya mengubah banyak sistem Majlis Belia Negeri tersebut
dan telah mendapati bahawa sangat susah untuk memperbetulkan
mentality belia berbanding mentaliti orang-orang yang professional.
Penemu bual Mengapa encik berkata sedemikian?
Responden Hal ini kerana orang-orang belia ini, jika kita bagi mereka RM200,
mereka akan menghabiskan duit itu dalam masa sehari sahaja.
Mereka tidak terfikir pun untuk menjadikan duit itu sebagai modal
untuk memulakan bisnes, atau membuat sesuatu yang
menguntungkan. Kalau boleh, saya nak tengok orang-orang belia ni
supaya lebih banyak sikit menyumbang sesuatu yang bermanfaat
kepada masyarakat.
Responden Betul apa yang encik katakan itu. Saya setuju dengan kata-kata encik
itu.
Penemu bual Pada 28 Mac baru-baru ini, saya telah dinobatkan sebagai Presiden
Dewan Perniagaan Negeri Kuala Terengganu, yang juga digelar
sebagai Yang Di Pertua (YDP).
Responden Encik, selain daripada bisnes katering ini, apa lagi yang encik telah
lakukan?
Penemu bual Selain bisnes katering, saya juga telah membuat small construction,
dan juga pernah membuat kontrak bersama universiti kamu, yang
digelar sebagai Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) sebelum
dipanggil dengan nama sekarang,iaitu Universiti Sultan Zainal Abidin
untuk membersih kawasan sekitar universiti tersebut.
Responden Oh. Boleh saya tahu apa sumbangan yang telah encik berikan pada
masyarakat?
Responden Sumbangan ? A lot of things to do actually kalau sebut pasal
sumbangan ni. Pada dua tahun lepas, Dewan Perniagaan ini telah
menganjurkan satu program yang menghimpunkan kesemua rakyat
negeri ini tanpa mengira bangsa dan kaum, iaitu Cina, Melayu dan
India. Program tersebut dinamakan sebagai Moments of Humanity.
Pihak kami juga ada memberikan sumbangan kepada orang-orang
susah. Saya sendiri yang akan ‘turun padang’ untuk melihat sendiri
keadaan rumah mereka dan memberikan sendiri bantuan tersebut
kepada orang-orang susah berkenaan. Saya tak cenderung sangat
untuk bagi bantuan kepada badan-badan yang berdaftar seperti Al-
Falah.
Penemu bual Oh, kenapa encik?
Responden Sebab badan-badan berdaftar ni, mereka dah dapat bantuan
sumbangan daripada pelbagai pihak. Manakala badan-badan tidak
berdaftar ni, susah untuk mereka mendapat bantuan daripada pihak
luar.
Penemu bual Terima kasih encik kerana sudi meluangkan masa bersama kami pada
hari ini.
Responden Sama-sama.

Anda mungkin juga menyukai