Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN ENTABUAN,

W.D.T. 20,
89908 TENOM.
Tel : 087-735220, Fax : 087-735220

Rujukan : XBA1308/SKET/18/(15)
Tarikh : 18 SEPTEMBER 2018

Kepada:
YB NOORITA SUAL
AHLI PARLIMEN P.181 TENOM

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN MEMBELI SET TRACKSUIT SUKAN

Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas,sekolah kami ingin memohon
sumbangan daripada pihak tuan untuk membeli satu set tracksuit sukan.

2. Untuk makluman tuan, atlit-atlit dari sekolah ini sering terpilih untuk mewakili zon 3
untuk bertanding ke peringkat daerah dan pencapaian terbaik ke peringkat negeri pada
tahun-tahun sebelum ini.

3. Berdasarkan keputusan yang membanggakan ini, kami berharap dan berbesar hati
sekiranya pihak tuan dapat memberi sumbangan untuk membeli tracksuit sukan sebagai
kegunaan para atlit sekaligus sebagai pembakar semangat untuk bertanding ke peringkat
zon pada 24-25 Oktober 2018 nanti.

4. Anggaran sumbangan yang dipohon adalah seperti berikut :

Anggaran sepasang tracksuit sukan = RM 100


Jumlah tracksuit sukan yang diperlukan = 20

Jumlah Sumbangan yang diperlukan = RM 2000

Segala jasa baik pihak tuan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima
kasih.

Sekian.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “


Saya yang menurut perintah,
………………………………
(CHU SIEW LOI @ RAYNER)
GURU PENOLONG KANAK KURIKULUM
SEK. KEB. ENTABUAN,TENOM.

s.k - fail sekolah

Anda mungkin juga menyukai