Kebaikan Media Sosial

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 3

Kebaikan Media Sosial.

Menurut Andreas Kaplan dan Michael Haenlein, media sosial didefinisikan


sebagai sebuah kelompok aplikasi berasaskan internet yang membangun di atas
dasar ideology dan teknologi Web 2.0 yang memungkinkan penciptaan dan
pertukaran user-generated content. Disamping itu juga, jaringan sosial merupakan
laman di mana setiap orang boleh membuat laman web secara peribadi, kemudian
berhubung dengan rakan-rakan untuk berkongsi maklumat dan berkomunikasi. Antara
jaringan sosial yang sering digunakan adalah Facebook, Myspace, Twitter dan
sebagainya. Jejaring sosial tersebut merupakan bentuk media sosial yang sering
digunakan oleh masyarakat di seluruh dunia. Dengan adanya, media sosial, para
pengguna dengan mudah dapat melemparkan pendapat masing-masing dan
berkomunikasi ke seluruh dunia tanpa halangan.

Media soaial memainkan peranan yang amat penting dalam sistem pendidikan
jarak jauh. Pendidikan jarak jauh merupakan sistem pembelajaran secara terpisah
diantara siswa dan tenaga pengajar dalam ruang dan waktu. Dengan adanya media
sosial masalah pembelajaran secara langsung atau bertatap muka dengan tenaga
pengajar dapat diatasi. Media sosial telah membantu dalam menyediakan komunikasi
dua arah sehingga siswa dapat mengambil manfaat dan mengambil inisiatif untuk
berkomunikasi secara tidak langsung dengan tenaga pengajar. Sebagai contoh,
penggunan beragam seperti media audio, video, computer, atau multimedia yang lain
telah menghubungkan diantara siswa dan pengajar dalam suatu interaksi
pembelajaran.

Seterusnya, media sosial merupakan bahan yang amat efektif dalam kegiatan
marketing communication, periklanan serta promosi. Peluang perniagaan melalui
media sosial kini semakin berleluasa dalam kalangan peminat perniagaan dan
memberi peluang kepada masyarakat untuk membuat perniagaan secara online.
Kaedah ini dapat menjimatkan kos pemasaran, masa dan tenaga dan para peniaga
boleh membuat perniagaan secara tidak langsung dari rumah. Sebagai contoh,
pengiklanan secara tradisional adalah lebih mahal jika dibandingkan dengan media
sosial, terutamanya dalam perniagaan secara kecil-kecilan. Media sosial merupakan
satu-satunya bahan media yang boleh digunakan secara percuma. Ia hanya

1
memerlukan sedikit masa untuk mengemaskini profil dan berinteraksi dengan
kenalan.

Di samping itu, manfaat media soaial dapat memudahkan masyarakat


berkomunikasi di antara jarak jauh dan dekat. Hal ini kerana, pelbagai kemudahan
yang disediakan oleh pelbagai jenis media sosial untuk tujuan komunikasi. Sebagai
contoh, aplikasi Facebook memudahkan pengguna berkomunikasi dengan bantuan
internet bukan sahaja melibatkan suara orang yang dihubungi malah dapat
bersuamuka dan melihat wajah kenalan atau individu yang baru kita kenali dengan
hanya duduk di kerusi dan menghadap skrin telefon bimbit. Perkara ini amat memberi
kebaikan kepada ahli keluarga yang jauh meninggalkan keluarga untuk bekerja dan
belajar di luar Negara. Oleh sebab itu, pengunaan media sosial hubungan yang jauh
dapat dieratkan.

Secara keseluruhan, penggunaan media sosial banyak memberi kesan


terhadap corak kehidupan semua lapisan masyarakat di Malaysia. Media sosial
merupakan salah satu alat untuk berkongsi dan berhubung dengan sesiapa sahaja di
seluruh dunia di alam maya. Dalam meniti arus kemodenan ini, sesiapa yang tidak
memiliki akaun laman media sosial dianggap ketinggalan zaman. Perkara ini telah
banyak mempengaruhi masyarakat sekeliling dan telah mempengaruhi masyarakat
sekeliling dengan memberi kesan yang positif mahupun negatif. Bagaimana pun, ia
bergantung kepada bagaimana pengguna memanfaatkan kemudahan yang diberikan.
Oleh itu, pengguna media sosial perlu bijak menggunakan media sosial dengan
beretika untuk terus maju dalam mencapai agenda Transformasi Nasional 2050.

2
3

Anda mungkin juga menyukai