Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMA Al-Hidayah, Parit Abas, 34350 Kuala Kurau, Perak Kod Sekolah: AFT3001

1. Nama Guru En. Mohd Azuwan Bin Mat Rayani

2. Judul Kitab Ihya` Ulumuddin 3. Bidang: Keagamaan

4. Tarikh Pembentangan 18/11/2019 5. Masa: 10.00 Pagi

6. Tempat Pembentangan Bilik Guru

7. Sinopsis

Kitab Ihya Ulumuddin karya Imam Abu Hamid Al Ghazali di awal abad ke lima
Hijrah ini mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam membendung serangan
materialisma yang menghembuskan racun-racun kecintaan dunia. Melalui usaha
beliau yang murni, ramai mulai sedar bahawa aspek sufistik juga mempunyai
peranan yang besar dalam mengharmonikan kehidupan dan memberikan
keseimbangan antara keperluan dunia dan akhirat.

Apabila ilmu telah dihidupkan kembali, syariat mesti bertemu dengan hakikat, amal
saleh mesti dinyawai oleh iman dan di samping riadah jasmani (latihan badan) kita,
adalah riadhah al-nafs atau riadhah al-qalb (latihan jiwa atau latihan hati). Di
situlah kita mendapat "Haqiqat al-Hayah" (hidup yang sejati).
Bermula dari ibadat sembahyang, puasa, zakat dan haji, sampai kepada mu'amalat
(pergaulan hidup manusia sehari-hari), sampai kepada munakahat (pembangunan
rumah-tangga), sampai kepada hukum-hukum jenayah, semuanya beliau cari isi
dan umbinya, inti atau sarinya dalam alam hakikat dan hikmat, sehingga hidup kita
sebagai muslim bererti zahir dan batin.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Kitab Ihya` Ulumuddin adalah ilmu fikih lain yang tidak bertentangan dengan ilmu
fikih pada umumnya. al-Ghazali memberikan warna spiritual bagi ilmu fikih formal
ini. al-Ghazali bahkan menjadikan ilmu muamalah atau sebut saja fikih ritual
formal dengan warna spiritual ini sebagai aspek batinnya syariat. Ilmu muamalah
ini menjadi tahapan awal untuk masuk ke dalam ilmu mukasyafah yang menjadi
aspek batinnya akidah
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Kitab Ihya Ulumuddin karya Imam Abu Hamid al-Ghazali ini mempunyai
pengganti yang sangat besar dalam mengekang ancaman dan serangan materialisme
yang menghembuskan racun-racun taksubkan kebendaan dan kecintaan kepada
dunia. Melalui usaha beliau yang besar, ramai orang sedar bahawa aspek kesufian
juga mempunyai peranan yang besar dalam mengharmonikan kehidupan dan
memberikan keseimbangan antara keperluan dunia dan akhirat.

Kitab ini mengandungi panduan-panduan tentang adab, ibadah, tauhid, akidah dan
tasawuf yang sangat mendalam. Kitab ini merupakan hasil pemerhatian yang
mendalam dan tajam daripada Imam Ghazali tentang berbagai perkara khususnya
tentang penyucian hati.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(En Mohd Azuwan Bin Mat Rayani) ( )

Anda mungkin juga menyukai