Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera .

Terima
kasih kepada tuan pengerusi majlis. Yang dihormati barisan hakim yang arif lagi
bijaksana, penjaga masa yang setia menghitung detik waktu, guru-guru serta rakan-
rakan dikasihi sekalian.
Apa itu saya dengar? Rakan-rakan hendak mendengar sebuah kisah. … Hari
ini saya Mohd Aish Zulfarish Bin Hafizul Nadrin ingin menyampaikan sebuah cerita
kisah anak derhaka si Tanggang.
“ Hei perempuan tua, jangan kau memandai-mandai mengaku sebagai ibuku,
ibuku tidak sekotor ini, aku anak orang kaya, berambus kau dari sini, Pengawal!
Halau perempuan tua ini sekarang juga. Hamba benci melihatnya.
Para hadirin sekalian, begitulah kesombongan Si Tanggang terhadap ibunya
seperti dalam kisah saya pada hari ini.
………………………………………………………………………………………………….
Pada zaman dahulu, tinggal seorang budak kampung yang bernama si Tanggang
bersama ibunya. Hidup mereka sehari- hari seperti kais pagi makan pagi kais petang
makan petang. Pada suatu hari, Si Tanggang meminta izin ibunya untuk pergi
mencari kekayaan dan. Ibunya enggan membenarkan si Tanggang pergi lalu
Tanggang berjanji kepada ibunya untuk pulang setelah mendapat apa yang
diimpikan.
Ketika Si Tanggang keluar memburu bersama rakannya, mereka ternampak sebuah kapal besar
berlabuh untuk mencari air bersih. Si Tanggang cuba mendekati kapal besar itu walaupun
dihalang oleh rakannya. Nasib malang menimpa Si Tanggang kerana ditemui oleh kelasi
kapal. Si Tanggang ditangkap dan dibawa jauh dari kampungnya. Di atas kapal, Si Tanggang
bekerja sebagai pencuci kapal. Disebabkan kerajinannya, nakhoda kapal telah
mengambilnya sebagai anak angkat lalu dkahwinkan dengan seorang puteri Raja.
.
Pada suatu hari Si Tanggang membawa isterinya belayar dan telah berlabuh
setibanya di suatu tempat. Si Tanggang tidak menyedari bahawa dia telah berlabuh di
kampung asalnya. Rakan lamanya nampak Si Tanggang dan segera menceritakan hal itu
pada ibu Si Tanggang. Ibu Si Tanggang begitugembira dan terus menuju ke arah kapal
besar anaknya.
Oh Tanggang anakku, tidak kau kenal lagi ibumu ini, rindunya ibu pada mu nak.. .rayu Ibu Si
Tanggang. “ Hei perempuan tua, jangan kau memandai-mandai mengaku sebagai
ibuku, ibuku tidak sekotor ini, aku anak orang kaya, berambus kau dari sini,
Pengawal! Halau perempuan tua ini sekarang juga. Hamba benci melihatnya.

Betapa sedih hati ibu Si Tanggang apabila anaknya tidak mengaku dirinya sebagai ibu.
Sambil mengayuh sampan, ibu Si Tanggang bersumpah jika lelaki kaya yang
ditemuinya itu anaknya, dia menyumpah Si Tanggang menjadi batu.Tiba-tiba petir
berdentum kilat sabung menyambung..lautan bergelora,Si Tanggang menyesal
dengan perbuatannya lalu berteriak. ‘Ibu..ampunkan Tanggan..ampunkan Tanggang
ibu… Namun begitu, penyesalan Tanggang tiada gunanya lagi. Si tanggang dan
kapalnya berubah menjadi batu.

Rakan- rakan sekalian, pengajaran pertama dalam kisah ini ialah kita perlu
menghargai kedua ibu bapa kita yang telah membesarkan kita dari kecil sehinggalah
dewasa. Pengajaran kedua kita perlu menjaga kedua ibu bapa ketika sakit kerana
mereka semakin tua usianya. Saya akhiri kisah saya dengan serangkap pantun:

Terang bulan di malam sepi


Cahaya memancar kepohon kelapa
Hidup didunia berbuatlah bakti
Kepada kedua ibu dan bapa

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai