Anda di halaman 1dari 1

Temubual

Sesuatu temubual dikira sebagai interaksi sosial berdasarkan perbualan (Rubin & Rubin,
2012; Warren & Xaviar Karner, 2015)
Pembahagian temubual
-temubual formal, temubual tidak formal dan temubual terbuka (Paton,1980).
-Fontana dan Frey (1994), Merriam (1998) juga menyatakan terdapat tiga jenis temubual
iaitu temubual berstruktur, temubual separa struktur dan temubual tidak berstruktur.
Di dalam penyelidikan ini, penyelidik menggunakan temubual berstruktur dan temubual
separa struktur. Ini kerana menurut Merriam (1998), temubual berstruktur bertujuan untuk
mendapatkan maklumat yang tepat seperti sosiodemografik, umur, pendapatan dan
sebagainya. Temubual dilakukan bersama murid, temubual bersama guru Mata Pelajaran
Pendidikan Seni Visual dan juga temubual Bersama pihak pentadbir.
Triangulasi data
Salah satu cara untuk menjadikan data kualitatif mempunyai kepercayaan yang tinggi
adalah dengan melaksanakan triangulasi antara data (Wiersma 1991; John Van Maaneen,
1983). Di dalam penyelidikan ini, hasil temubual bersama murid, hasil temubual bersama
guru Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual akan dianalisis Bersama dengan dokumen hasil
kerja murid.

Etika
Denscombe (2010, p. 7) menerangkan beberapa standard yang perlu dipatuhi oleh para
penyelidik untuk mengurangkan risiko atau mudharat terhadap responden kajian. Antara
aspek penting yang perlu diambil perhatian adalah: 

 Responden harus kekal anonymous atau dengan ertikata lain, identiti sebenar


responden tidak boleh didedahkan oleh penyelidik; 
 Data yang dikumpul perlu diuruskan secara terpelihara dan dianggap confidential;
 Responden kajian hendaklah diberi penerangan yang jelas tentang kajian yang
dijalankan dan kenapa mereka terlibat dalam kajian tersebut;
 Penglibatan responden dalam sesuatu kajian hendaklah berdasarkan persetujuan
mereka 
 Tidak memaparkan gambar yang menayangkan wajah responden tanpa kebenaran

Anda mungkin juga menyukai