Anda di halaman 1dari 4

TAJUK

KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

Dewasa ini kita melihat arus perubahan sangat pesat melanda negara kita, baik dari segi

teknologi, komunikasi, dan ledakan maklumat. Tidak terkecuali di dalam bidang

pendidikan, sentiasa berlaku perubahan dan pembaikan supaya sistem yang ada akan

bertambah baik dan mantap. Namun di sebalik kemajuan dan strategi yang dijalankan,

masih terdapat kekurangan yang perlu dipantau dan diambil perhatian serius. Seperti

baru-baru ini, banyak isu melibatkan kanak-kanak cerdik dan pintar dipaparkan di dada-

dada akhbar tempatan. Isu yang sering ditimbulkan ialah kanak-kanak pintar cerdas,

apakah mekanisme yang dapat membantu kanak-kanak pintar cerdas ini dan sejauh

manakah pembelaan ke atas mereka.Antara ciri-ciri kanak-kanak ini ialah :-

 Kebolehan yang luar biasa.

 Mempunyai masalah psiko-sosial seperti masalah kelakuan dan emosi.

 pergaulan dengan kanak-kanak lain.

 Perkembangan bahasa yang lambat.

 Perbendaharaan kata yang kemas.

 Tidak perlukan banyak tunjuk ajar ketika belajar.

 Kemukakan soalan yang bertalu-talu.

 Suka bergaul dengan orang yang lebih tua.

 Suka mencari helah.

Namun begitu sejauhmanakah kita telah memberikan ruang kepada kanak-kanak ini

untuk terus mengembangkan potensi diri mereka.Memang diakui terdapat pelbagai


definisi dan pandangan terhadap kepintaran dan kecerdasan mereka.Sebagai contohnya

adik Adi Putra yang sering menghiasi dada-dada akhbar.Adakah dia benar-benar pintar

cerdas? Pada pandangan saya ,Adi Putra hanya pintar dalam ilmu matematik sahaja tetapi

dalam aspek lain dia sama sahaja dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya.Jika

mengikut Howard Gardner dia termasuk dalam pintar matematik.Ini adalah kerana

H.Gardner telah membuat klasifikasi darjah kepintaran kepada tujuh bidang.Persoalannya

,adakah kita membuat sesuatu untuk terus mengembangkan lagi kepintarannya.Jika

dilihat sistem pendidikan negara kita adalah terbatas bagi kanak-kanak ini.Peluang

kanak-kanak ini untuk meneruskan pengajian di pusat pengajian tinggi tidak boleh selagi

dia tidak meduduki peperiksaan tertentu.Ini tidak berlaku di negara barat yang memberi

peluang kepada kanak-kanak ini.Ini akan membuatkan perkembangan mereka

terbantu.Kecualilah mereka belajar di luar negeri.Sebagai contohnya adik Safiah yang

belajar England dapat melanjutkan pelajaran di universiti walaupun umurnya masih

muda.

Sistem pendidikan kita sebenarnya masih tercari-cari satu langkah konkrit untuk

melakukan sesuatu terhadap situasi ini.Tetapi sejauh manakah ia dapat bertahan ? Ini

pernah terjadi sekitar tahun 90-an.satu peperiksaan yang dikenali Penilaian Tahap Satu

telah diperkenalkan untuk mengesan kanak-kanak pintar.Tetapi hanya bertahan 3 tahun

sahaja dan kanak-kanak yang berjaya tidak dibuat sesuatu untuk mengembangkan lagi

bakatnya.Ini jelas menunjukkan bahawa sistem pendidikan kita terlalu menurut kehendak

masyarakat.Setiap kali masyarakat bersuara,maka akan ada satu perubahan yang dibuat

tanpa sebarang kajian dan rujukan ahli akademik.Begitu juga ahli politik yang tidak tahu

tentang pendidikan akan memberikan pandangan yang menguntungkan karier politik


mereka. Di samping itu juga sistem pendidikan kita lebih menumpukan kepada aspek

kandungan dan bukanya kognitif.Maka dengan itu lahir pelajar yang tidak dapat

berfikiran yang terhad.Untuk berjaya mereka perlu berfikir di luar kotak

pemikiran.Sehubungan itu , ini akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran tidak

seronok kerana menumpukan kepada keputusan ujian.Walaupun pelbagai-bagai teori

pengajaran diperkenalkan kepada guru dan bakal guru tetapi hasilnya tidak seberapa.Di

negara kita kejayaan pelajar diukur berdasarkan bilangan skor ”A”.Ia sebenarnya tidak

menggambarkan emosi,analitikal,sosial dan sebagainya.Adakah ini dapat melahirkan

insan modal yang kita harapkan.

Kanak-kanak ini tergolong dalam kanak-kanak berkeperluan khas.Sehubungan itu pihak

yang terlibat Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran perlu mengorak langkah

untuk memastikan bakat kanak-kanak ini dapat diperkembangkan lagi.Perlu ada langkah

drastik yang patut diambil.Kini sekolah yang menguruskan kanak-kanak ini perlu

diwujud dan sistem pendidikannya adalah fleksibel dan tidak terlalu rigid.Jika di negara

luar seperti Amerika Syarikat , individu seperti ini dapat menggunakan kehebatan mereka

untuk menjana ekonomi.Ini tidak berlaku di negara kita.Adalah merugikan jika kita

mempersiakan kelebihan dan anugerah yang dikurniakan. Amat menyedihkan sekiranya

kita mengabaikan potensi mereka kerana jika lihat di Barat, mereka sangat prihatin dan

sanggup membuka jalan untuk kanak-kanak ini supaya dapat melanjutkan pelajaran ke

peringkat yang lebih tinggi lagi.Dengan keperihatinan kerajaan ,maka kanak-kanak

pintar ini juga tidak boleh dikecualikan dan mereka selayaknya mendapat pendidikan

yang sesuai mengikut tahap minda mereka seperti kanak-kanak lain. Perlunya keperluan

pendidikan untuk kanak-kanak pintar cerdas ini agar mereka juga menikmati
pembelajaran yang selaras dengan kepintaran mereka. Setiap tindakan yang diambil

biarlah satu tindakan yang kosisten,telah dibuat kajian dan mendapat pandangan

daripada individu yang berkelayakan. Di samping itu juga guru-guru perlu diberikan

pengetahuan yang secukupnya berkaitan dengan pengurusan kanak-kanak ini.Maka

dengan itu pihak kerajaan perlulah bergerak proaktif dalam setiap tindakan dan jangan

sampai masyarakat bersuara baru perubahan akan dibuat.

Anda mungkin juga menyukai