Anda di halaman 1dari 2

‫الر ِحي ِْم‬

َّ ‫الرحْ َم ِن‬
َّ ِ‫ِبس ِْم هللا‬
َ‫ب ْال َعالَ ِميْن‬
ِ ‫ا َ ْل َح ْمدُ ِ َّّلِلِ َر‬
َ‫ص َحا ِب ِه أَجْ َم ِعيْن‬
ْ َ ‫علَى آ ِل ِه َوأ‬ َ ‫س ِي ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو‬َ ‫علَى‬ َ ‫سالَ ُم‬
َّ ‫صالَة َُوال‬
َّ ‫َوال‬
Ya! Allah, ya Tuhan kami, segala puji dan syukur hanya untukMu di atas segala rahmat dan nikmat
yang Engkau kurniakan kepada kami sempena Majlis :

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

Ya! Allah, Tuhan yang Maha Luas Rahmat dan Pengampunan


Dengan penuh rasa rendah diri kami menadah tangan bermohon keampunan dan rahmat dari sisiMu.
Sesungguhnya kami hanyalah hambaMu yang lemah. Maka ampunilah segala kesalahan yang telah
kami lakukan sama ada yang disedari atau tidak disedari. Kurniakan taufiq dan hidayah kepada kami
dan guru-guru kami supaya jalan hidup kami sentiasa diberi petunjuk olehMu di dunia dan mendapat
ganjaran setimpal di akhirat kelak.

Ya Rahmanu Ya Rahim...Tuhan yang melimpah segala kurniaan.


Jadikanlah ya Allah Majlis Ilmu kami pada hari ini mendapat restu dan inayah dariMu. Kurniakanlah
kapada kami ilmu pengetahuan yang berguna. Supaya kami mendapat Ilmu yang benar dan
dimudahkan kami untuk beramal dengannya. Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu
pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan
ketaqwaan dan sempurnakanlah keindahan diri kami dengan kesihatan yang baik.

Ya Allahu Ya Salam ... Sesungguhnya kami sentiasa mengharapkan kesejahteraan dan kedamaian
menghiasi diri kami. Kurniakanlah kepada kami dan anak-anak didik kami keselamatan dan
kesejahteraan dari segala musibah dan wabak penyakit. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan
pertolongan dan perlindungan dari-Mu Ya Allah.

Juteru itu, jadikanlah diri kami orang yang sentiasa cintakan kebersihan dalam amalan hidup kami.
Hiasilah jiwa kami dengan kesucian zahir dan batin... agar menjadi asbab kepada terhindarnya kami
dari segala perkara yang menjejaskan kesihatan dan kualiti ibadah kami. Sesungguhnya Engkau
adalah Tuhan Rabbul ‘Alamin, Tuhan yang Maha berkuasa dan Mengatur setiap sesuatu di alam
fana’ ini.

Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan lantas bersegera melakukan kebaikan,Dan
jadikanlah kami orang yang mendengar dan mengetahui keburukan lantas bersegera menghindari dari
keburukan .

‫َا‬‫لن‬ِ‫َا‬‫ْم‬‫َع‬
‫َ أ‬ ‫ْر‬‫َخَي‬‫ و‬, ُ ‫ُه‬
‫ءاخِر‬َ ‫نا‬ َِ
‫َار‬
‫ْم‬ ‫َع‬
‫َ أ‬ ‫َي‬
‫ْر‬ ‫ْ خ‬‫َل‬‫ْع‬‫َّ اج‬ َُّ
‫هم‬ ‫الل‬
‫ْه‬
ِ ‫ِي‬‫ف‬ َ َ
‫ألقاك‬ ْ َ‫ْم‬
‫يو‬َ َ
‫ِنا‬ َّ
‫أيام‬ َ
‫ْر‬‫َخَي‬
‫و‬ ُُ
‫ه‬ ‫َات‬
‫ِم‬ ‫َو‬‫خ‬
‫نا‬َْ‫ُو‬ ‫َ سَب‬
‫َق‬ ‫ين‬ِْ
‫الذ‬َّ ‫َا‬ ‫َان‬
‫ِن‬ ‫ْو‬ ‫َا و‬
‫َإل‬
‫ِخ‬ َْ
‫بن‬ ‫نو‬ُُ‫َا ذ‬ ‫َْلن‬
‫ِر‬‫ْف‬
‫َّ اغ‬ َُّ
‫هم‬ ‫الل‬
‫ْا‬‫ُو‬‫من‬َ‫ءا‬َ َ ِْ
‫ين‬ ‫َّذ‬
‫ِل‬ ‫َا غ‬
‫ِالًّ ل‬ ‫ِن‬ ‫ُو‬
‫ْب‬ ‫ُل‬‫ِيْ قـ‬ ‫ْ ف‬ ‫َل‬‫ْع‬
‫تج‬َ َ‫َال‬
‫َانِ و‬ ِْ
‫يم‬ ‫ِاإل‬‫ب‬
‫ْم‬
ٌ ‫َحِي‬
‫ر‬ ٌ‫ْف‬
‫ءو‬َُ‫ر‬ َّ
َ‫َاإنك‬ ‫بن‬ََّ
‫ر‬
‫َا‬‫ِن‬‫َق‬‫ً و‬‫َة‬
‫َسَن‬
‫ِ ح‬ ‫َة‬‫ِي األخِر‬ ‫َف‬
‫ً و‬ ‫َة‬‫َسَن‬
‫َا ح‬‫ني‬ْ‫الد‬
ُّ ‫َا ف‬
‫ِي‬ ‫ِن‬
‫ءات‬َ ‫َا‬ ‫بن‬ََّ
‫ر‬
‫َّار‬
‫ِ‬ ‫الن‬ ‫َ‬
‫ذاب‬ ‫ََ‬
‫ع‬
‫َ‪،‬‬ ‫َّ‬
‫َسَلم‬‫ِ و‬
‫ِه‬ ‫َح‬
‫ْب‬ ‫َص‬
‫ِ و‬
‫له‬‫ءاِ‬ ‫َ‬
‫َلى َ‬
‫َع‬ ‫َّد‬
‫ٍ و‬ ‫َم‬‫مح‬ ‫َ‬
‫َلى ُ‬ ‫َّ‬
‫َلى هللاُ ع‬ ‫َص‬‫و‬

Anda mungkin juga menyukai