Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

PROGRAM BINA INSAN GURU


ANJURAN PELAJAR GURU TAHUN 3 PENGAJIAN
TAMIL
SEMESTER 5
AMBILAN JUN 2017

TARIKH:
17 - 21 SEPTEMBER 2019

HARI:
SELASA - SABTU

TEMPAT:
WHITE RESORT KEM PLKN BALIK PULAU, PULAU
PINANG

ANJURAN:
JABATAN KOKURIKULUM

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS PULAU PINANG


1.0 Pengenalan

Pembangunan Modal Insan berkualiti tinggi merupakan salah satu keperluan dalam usaha
melahirkan rakyat yang berilmu, berkemahiran tinggi serta memiliki kekuatan rohani dan
sahsiah yang unggul serta terpuji. Bagi menjayakan wawasan dan matlamat pendidikan ini,
guru-guru di Malaysia perlu memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan intelek yang tinggi,
penguasaan kemahiran profesional yang mantap serta kekuatan peribadi dan sahsiah yang
terpuji selaras dengan aspirasi dan hasrat negara. Kursus Bina Insan Guru (BIG) ini juga
merupakan satu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang
dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah
Pendidikan Guru (FPG). Program ini melibatkan semua pelajar PISMP. Program ini
direalisasikan melalui satu pakej aktiviti luar dan dalam kampus sepanjang lima semester
pembelajaran. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan mampu
mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri
sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang
memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta bersedia dan mampu
menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi.

2.0 Matlamat

Menyemai kepentingan melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan terutamanya dalam


aktiviti Interaksi Profesional bersama-sama pihak sekolah. Seterusnya, aktiviti ini juga dapat
mengaglakkan semua pelajar guru agar bertindak balas secara positif kepada keadaan dan
keperluan persekitaran yang berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam
kepelbagaian budaya. Selain itu, aktiviti ini juga akan membolehkan semua pelajar guru
merancang, melaksana, memimpin program, berkerjasama dan mengambil peranan secara
aktif dalam menjalinkan interaksi bersama-bersama dengan pihak sekolah sewaktu
melaksanakan program di sekolah. Disamping itu, aktiviti ini juga akan menyebabkan semua
pelajar guru menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak
keguruan sewaktu melakasanakan semua program di sekolah.

3.0 Rasional
Rasional pelaksanaan aktiviti ini adalah untuk:

3.1 Menggalakan semua pelajar guru agar melibatkan diri secara aktif dan berdedikasi
dalam aktiviti interaksi bersama-sama pihak sekolah.
3.2 Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan
keperluan persekitaran yang berbeza.
3.3 Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina
pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan.
3.4 Mengalakkan semangat bersatupadu dalam kalangan pelajar guru menerusi segala
aktiviti dan interaksi bersama pihak sekolah.
3.5 Membolehkan semua pelajar guru mengurus diri dengan mempamerkan disiplin
kendiri yang tinggi, kebolehan berdikari dan penampilan diri yang sesuai.
3.6 Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah.

4.0 Objektif

Objektif penubuhan persatuan ini adalah untuk:

4.1 Melahirkan pelajar guru yang mengamalkan nilai perpaduan, bekerjasama,


semangat bermasyarakat, setiakawan dan bertanggungjawab dengan semua
warga sekolah.
4.2 Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam
melaksanakan tugas secara berkumpulan dalam kalangan pelajar guru.
4.3 Memperkembangkan nilai sosial dan sikap inkuiri dalam diri seseorang pelajar
guru melalui interaksi bersama pihak sekolah.
4.4 Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.
4.5 Menunjukkan kemahiran dalam pengurusan hubungan antara komuniti
pendidikan.
4.6 Melatih pelajar guru menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan
sesuatu tindakan, amalan atau aktiviti melibatkan realiti sebenar seorang guru.

5.0 Kumpulan Sasaran

Aktiviti ini telah dianjurkan khas untuk semua pelajar guru PISMP Ambilan Jun 2017 yang
terdiri daripada kumpulan pengajian Matemtik, Sains, dan Pengajian Tamil.

6.0 Tarikh dan tempat

Tarikh : 17,18, 19, 20 dan 21 September 2019

Hari : Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu

Tempat : White Resort, Kem PLKN Balik Pulau, Pulau Pinang

Anda mungkin juga menyukai