Anda di halaman 1dari 7

PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH RENDAH 1

PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN TAHUN 4

Bahagian A

Jawab semua soalan yang berikut.

1. Mengapakah kita perlu menjaga anggota badan?


A Supaya tidak dihinggap nyamuk
B Supaya kelihatan kemas
C Supaya dapat menonjolkan penampilan diri yang menarik
D Supaya orang suka berkawan dengan kita

2. Keluarga asas terdiri daripada


A Ibu saudara, ibu, dan nenek
B Abang ipar, datuk, dan adik perempuan
C Bapa, ibu, abang, kakak dan adik
D Bapa, ibu, adik, dan sepupu

3. Yang berikut merupakan kekuatan dan kelemahan diri, kecuali


A Pengetahuan B Kecantikan
C Tingkah laku D Kemahiran

4. Makanan yang manakah yang paling banyak diperlukan oleh badan


A Lemak B Mineral
C Protein D Karbohidrat

5. Makanan seimbang adalah makanan yang mengandungi


A Karbohidrat dan lemak
B Mineral dan protein
C Buah-buahan dan sayur-sayuran
D Vitamin, zat dan mineral

6. Apakah tujuan kita memberikan kad ucapan hari ulang tahun kepada ibu atau bapa?
A Menghargai jasa dan pengorbanan ibu dan bapa
B Menunjukkan kita anak yang boleh diharapkan
C Mendapat perhatian daripada ibu dan bapa
D Merupakan perbuatan yang bertanggungjawab

7. Apabila kita melakukan kesalahan, kita mestilah


A Melarikan diri B Menyombongkan diri
C Meminta maaf D Mendiamkan diri
8. Yang berikut merupakan peraturan utama di dalam kelas, kecuali
A Tidak menjerit-jerit
B Tidak boleh bermain dan berkejar-kejaran
C Tidak boleh membuang sampah di merata-rata tempat
D Tidak boleh keluar dari kelas

9. Manakah antara yang berikut merupakan adab makan yang tidak patut diamalkan?
A Tidak bercakap-cakap semasa makan
B Duduk dengan sopan semasa makan
C Tidak melakukan perkara lain ketika makan
D Makan terlebih dahulu tanpa menunggu ahli keluarga yang lain

10. Penampilan diri yang positif ketika menghadiri majlis adalah


A Bercakap dengan kuat dalam majlis
B Memakai pakaian yang menjolok mata
C Berlagak sombong
D Bertutur dengan sopan

11. Tujuan kita menyediakan profil keluarga membolehkan kita


A Menyayangi anggota keluarga
B Mengenali anggota keluarga dengan lebih dekat
C Membina sebuah keluarga yang harmoni
D Mendapat perhatian daripada keluarga

12. Apakah aktiviti yang sesuai dilakukan sebelum melakukan sebarang aktiviti riadah?
A Memanaskan badan B Menyejukkan badan
C Menguatkan otot D Meregangkan otot

13. Salah satu tabiat belajar yang baik adalah


A Belajar hingga larut malam
B Sentiasa bertaya guru jika tidak memahami sesuatu topik pelajaran
C Belajar apabila peperiksaan sudah hampir
D Belajar sambil menonton televisyen

14. Antara yang berikut, yang manakah bukan merupakah sifat yang baik?
A Melawan cakap ibu bapa
B Membantu ibu bapa membuat sesuatu pekerjaan
C Membantu adaik menyiapkan kerja rumah
D Menyayangi kucing

15. Manakah antara yang berikut merupakan ciri-ciri sebuah keluarga bahagia?
A Saling bergaduh dan berselisih pendapat
B Saling bermusuhan antara satu sama lain
C Sentiasa berprasangka buruk
D Sentiasa tolong menolong dan bekerjasama
16. Antara yang berikut manakah tugas tukang kebun sekolah?
A Menjual makanan di kantin
B Menjaga keselamatan murid-murid
C Menjaga kebersihan sekolah
D Mengajar di dalam kelas

17. Komuniti sekolah harus saling menghormati supaya dapat


A Saling membantu B Hidup dalam keadaan aman
C Kasih sayang D Hidup dalam suasana harmoni

18. Mengapakah kita perlu menghargai khidmat pekerja sekolah?


A Mereka yang mendidik kamu
B Mereka mengharapkan ganjaran daripada kamu
C Ibubapa kamu yang membayar gaji mereka
D Merka menjalankan tugas bagi memastikan sekolah berada dalam keadaan baik dan
Selamat

19. Kita mesti menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa kerana
A Mereka telah mendidik dan membesarkan kita
B Mereka sering membelikan hadiah yang mahal-mahal kepada kita
C Mereka tidak meluangkan masa bersama kita
D Mereka sentiasa memarahi kita

20. Keluarga kembangan merupakan sebuah keluarga yang


A Sederhana B Besar
C Kecil D Asas

(20 Markah)
Bahagian B

A) Tandakan ( / ) pada pernyataan yang betul dan ( x ) pada pernyataan yang salah

1. Kita harus menunjukkan sikap sombong dengan murid yang baru pindah ( )
berpindah ke sekolah kita.

2. Sentiasa berusaha untuk menconteng dinding sekolah. ( )

3. Keluarga asas akan berkembang dan membentuk keluarga kembangan. ( )

4. Nasi dan mi goreng ialah contoh makanan yang mengandungi karbohidrat. ( )

5. Sepupu ialah anak-anak kepada ibu saudara atau ayah saudara. ( )

6. Semua kemudahan yang ada di sekolah boleh digunakan tanpa kebenaran ( )


sesiapapun.

7. Aktiviti menyejukkan badan perlu dilakukan sebelum melakukan aktiviti riadah ( )

8. Kita perlulah sentiasa meninggikan suara semasa bercakap dengan ibubapa ( )

9. Berbaris semasa hendak membeli makanan di kantin ( )

10. Kita harus berusaha mengasah bakat dan kebolehan diri ( )

(10 Markah)
B) Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

11. Kita boleh menjadikan pengalaman orang lain sebagai _____________ hidup.

12. ___________ yang gigih membolehkan kita berjaya dalam apa jua bidang yang
diceburi.

13. Murid-murid perlu menumpukan ______________ semasa guru mengajar.

14. Kata-kata perangsang seperti “ Yakin ______________” dapat mendorong seseorang


untuk mencapai kejayaan.

15. Kita perlu makan makanan yang ________________ setiap hari.

(10 Markah)

C) Lengkapkan jadual di bawah dengan menyatakan tempat yang sesuai


berdasarkan peraturan yang diberikan.

Peraturan Tempat
16. Tidak boleh membawa keluar buku
cerita tanpa butiran peminjaman buku
direkodkan
17. Menutup paip air dengan ketat selepas
menggunakannya
18. Tidak berebut-rebut semasa membeli
makanan
19. Tidak boleh menggunakan komputer
tanpa kebenaran daripada guru
20. Berdiri tegak dan tidak boleh
bercakap-cakap

(10 Markah)
D) Berdasarkan gambar di bawah, namakan komuniti sekolah dan tugas utamanya
di sekolah.

1.

Komuniti : ________________
Tugas : ________________
________________

2.

Komuniti : ________________
Tugas : ________________
________________

3.

Komuniti : ________________
Tugas : ________________
________________
4.

Komuniti : ________________
Tugas : ________________
________________

5.

Komuniti : ________________
Tugas : ________________
________________

(10 Markah)

Anda mungkin juga menyukai