Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN PROGRAM

KOKURIKULUM 2020
SMK SERI NERING, 22000 JERTEH, TERENGGANU.

PERKARA : KEJOHANAN MERENTAS DESA

HARI KHAMIS

TARIKH 16.1.2020

MASA 7.30 PAGI

TEMPAT DATARAN ZA’BA SMK SERI NERING.

LAPORAN RINGKAS
Matlamat kejohanan Merentas Desa ini ialah untuk
PROGRAM mencungkil dan mengetengahkan bakat-bakat baru ke arah
kecemerlangan sukan khususnya dalam bidang olahraga agar
mereka dapat menonjolkan diri di peringkat Daerah,Negeri
dan Negara. Tujuan aktiviti merentas desa ini diadakan adalah
untuk :
 Mencungkil bakat dan mengesan kebolehan pelajar
dalam olahraga.
 Meningkatkan martabat sukan sekolah di peringkat
daerah,negeri dan Negara.
 Melatih pelajar supaya mempunyai disiplin dan
semangat kesukanan .
 Menanam corak atau gaya hidup sihat dengan sukan .
 Menanamkan semangat perjuangan dalam diri pelajar
dan semangat kita boleh.
 Memilih wakil dalam acara merentas desa untuk MSSD

KEKUATAN
- Kejohanan merentas desa SMK Seri Nering telah
berjalan lancar dengan kerjasama semua pihak yang
terbabit
- Para peserta telah menunjukkan minat yang tinggi dan
kerjasama yang baik
- Begitu juga dengan semua petugas yang terdiri
daripada guru-guru dan warga sekolah yang telah
menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan
komitmen yang jitu
- Perjalanan acara sukan merentas desa telah dapat
dijayakan dengan sempurna berikutan kerjasama yang
sepenuhnya diberikan oleh para petugas
- Pada akhir acara ini tiada sebarang situasi yang tidak
diingini berlaku
- Murid-murid yang terpilih akan mewakili daerah di
dalam acara merentas desa peringkat daerah Besut.

KELEMAHAN - Murid yang telah habiskan larian awal agak tidak


terkawal
- Pelajar mengabaikan keselamatan semasa berada di
jalan raya.
- Kehadiran pelajar yang memuaskan.

PENAMBAHBAIKAN - Aktiviti merentas desa ini seboleh-bolehnya diadakan


pada waktu pagi untuk memberi keselesaan kepada
murid semasa berlari dan pegawai yang bertugas

GAMBAR

Anda mungkin juga menyukai