Anda di halaman 1dari 29

CikguZuriah2020@SMKS

1.1 Sistem Saraf Manusia

Sistem saraf manusia terdiri daripada  Sistem saraf pusat


 Sistem saraf periferi
Sistem saraf pusat melibatkan  Otak
 Saraf tunjang
Sistem saraf periferi melibatkan  Saraf kranium
 Saraf spina

Otak
Saraf kranium Sistem saraf
Saraf pusat
tunjang
Sistem
saraf
periferi Saraf spina

Fungsi sistem saraf pusat  Mengesan rangsangan


 Menghantar maklumat dalam bentuk impuls
 Mentafsir impuls
 Menghasilkan gerak balas

Tindakan Terkawal dan Luar Kawal

Tindakan terkawal  Tindakan yang disedari dan berlaku mengikut


kehendak seseorang
 Dikawal oleh otak
 Contoh : membaca, menulis, bercakap, makan, minum,
berjalan, berlari dan bersenam.

 Aliran impuls saraf dalam tindakan terkawal

Afektor Impuls saraf


Rangsangan
(reseptor)

Sistem saraf pusat

Gerak balas Efektor


(otot atau Impuls saraf
kelenjar)

1
Tindakan luar kawal  Tindakan yang berlaku secara serta-merta
(automatik) tanpa disedari .
 Kepentingan :
- Mengelakkan bahaya atau kecederaan.
- Memastikan pelbagai fungsi badan seperti pernafasan
dan degupan jantung berterusan .

Tindakan Luar kawal

Melibatkan medula oblongata Melibatkan saraf tunjang


(tindakan refleks)

 Denyutan jantung  Menarik tangan apabila


 Pernafasan tersentuh benda panas
 Peristalsis  Menarik kaki apabila
 Rembesan air liur terpijak benda tajam
 Bersin apabila habuk masuk
ke dalam hidung

Latihan 1

1. Nyatakan dua bahagian utama dalam sistem saraf manusia


……………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………….
2. (a) Apakah tindakan terkawal ? Berikan satu contoh tindakan terkawal.
…………………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………….
(b) Apakah tindakan luar kawal ? Berikan satu contoh tindakan luar kawal.
……………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………….
3. Apakah yang berlaku sekiranya seseorang mengalami kecederaan otak?
…………………………………………………………………………………………...........
Latihan 2

1. Padankan jenis gerak bals badan manusia dengan situasi yang sesuai.

Jenis gerak balas Situasi

(a) Tindakan Menarik tangan daripada objek panas


terkawal

(b) Tindakan luar kawal Menunggang basikal menuruni bukit

Perembesan air liur

2. Rajah di bawah menunjukkan seekor anjing yang besar sedang menyalak ke arah Najihah, ketika dia berjalan
melalui sebuah taman permainan.

(a) Tandakan (√) pada organ yang terlibat dalam tindak bals terhadap rangsangan di atas.

Hidung

Mata

Telinga

(b) Lengkapkan carta alir di bawah untuk menunjukkan laluan impils bagi gerak balas yang berlaku dalam situasi di
atas.

Rangsangan Gerak balas


3. Rajah menunjukkan seorang murid duduk bersilang kaki di atas sebuah kerusi. Seorang rakan mengetuk secara
perlahan bahagian bawah tempurung lutut murid itu dengan pemukul getah.

(a) Apakah yang berlaku kepada kaki murid itu selepas diketuk?

……………………………………………………………………………………………………………

(b) Namakan jenis tindakan di 1(a).

……………………………………………………………………………………………………………

(c) Nyatakan satu kepentingan tindakan di 1(b).

……………………………………………………………………………………………………………

1.2 Rangsangan dan Gerak Balas dalam Manusia

Rangsangan Perubahan yang terhasil oleh sumber-sumber tertentu


yang dikesan oleh organ deria. Contoh : sejuk, panas dan sakit

Reseptor Sel deria yang terdapat dalam organ deria


Efektor Organ yang bergerak balas terhadap rangsangan
(otot dan kelenjar)
1. Mata

Gelemaca

Sklera
Iris

Koroid
Kornea Pandangan hadapoan mata
Retina
Pupil Kanta
mata
Bintik kuning

Gelemair
Bintik buta

Bahagian mata manusia


• Fungsi bahagian mata

Bahagian mata Fungsi


Kornea Membiaskan dan memfokuskan cahaya ke retina
Iris Mengawal saiz pupil
Pupil Mengawal kuantiti cahaya yang masuk ke dalam mata
Kanta mata Memfokuskan cahaya ke retina.
Gelemair Mengekalkan bentuk bola mata dan memfokuskan cahaya ke dalam
mata
Gelemaca Mengekalkan bentuk bola mata dan memfokuskan cahaya ke retina
Bintik buta Bahagian pada retina yang tidak peka pada cahaya
Bintik kuning Bahagian pada retina yang paling peka pada cahaya (fotoreseptor)
Retina Lapisan yang mengandungi fotoreseptor yang mengesan cahaya dan
menghasilkan impuls saraf
Koroid Lapisan hitam yang mencegah pantulan cahaya dalam mata dan
membekalkan oksigen dan nutrient kepada mata
Sklera Mengekalkan bentuk dan melindungi mata
Saraf optik Gentian saraf yang membawa impuls saraf dari retina ke otak untuk
ditafsirkan.
Otot silia Otot yang mengubah ketebalan kanta mata melalui pengecutan dan
pengenduran.

• Retina mengandungi dua jenis • Sel rod


fotoreseptor - Peka kepada keamatan cahaya yang berbeza
termasuk cahaya yang samar.
• Sel kon
- Peka kepada warna cahaya dalam keadaan yang
cerah.
• Mekanisme penglihatan

Cahaya Kornea Gelemair

Pupil Kanta mata Gelemaca

Retina Saraf optik Otak

Latihan 3

1. Nyatakan maksud :
(a) Reseptor : ………………………………………………………………………………………….......
(b) Efektor : …………………………………………………………………………………………......
2. Namakan tiga lapisan utama mata
………………………………………………………………………………………………………………….
3. Nyatakan fungsi bagi iris, pupil, retina dan koroid.
………………………………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………………………….
4. Apakah perbezaan antara sel rod dan sel kon yang terdapat pada retina?
………………………………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………………………….
Latihan 4 (Contoh Soalan PT3)

1. Rajah menunjukkan laluan cahaya memasuki mata.

(a) Lengkapkan rajah di atas menggunakan pilihan perkataan berikut.

Iris Pupil Koroid Retina

(b) Lengkapkan pernyataan berikut dengan jawapan yang betul.


i. Bahagian mata yang paling peka cahaya ialah ............................................
ii. Bahagian mata yang tidak peka cahaya ialah ………………………………..

2. Rajah menunjukkan struktur mata yang dilabel menggunakan huruf.

(a) Pada rajah, tandakan (√ ) bagi bahagian yang paling peka cahaya dan ( X ) pada bahagian yang tidak peka cahaya

(b) Namakan bahagian mata yang boleh berubah keadaan apabila keamatan cahaya sekeliling berubah.
.................................................................

(c) Huraikan keadaan bahagian mata yang dinyatakan di (b) semasa seseorang berada di tempat gelap.
.............................................................................................................................................................................
.............................................................................................................................................................................
2. Telinga

Salur separuh bulat


Semicircular canal

Bahagian telinga manusia

• Fungsi bahagian telinga manusia

Bahagian Struktur telinga Fungsi


telinga
Cuping telinga Mengumpul dan menghantar gelombang bunyi
ke dalam salur telinga
Telinga luar
Salur telinga Menghantar gelombang bunyi ke gegendang
telinga
Gegendang telinga Menghasilkan getaran apabila terkena
gelombang bunyi
Osikel (terdiri saripada Memperkuatkan getaran bunyi kira-kira 20 kali
tiga tulang kecil) ganda
Telinga tengah
Jendela bujur Mengumpul dan menghantar getaran bunyi dari
osikel ke koklea
Tiub Eustachio Mengimbangkan tekanan udara di kedua-dua
belah gegendang telinga
Koklea Mengesan dan menukar getaran bunyi kepada
impuls saraf
Salur separuh bulat Mengesan kedudukan kepala dan membantu
Telinga dalam
mengawal keseimbangan badan
Saraf auditori Menghantar impuls saraf dari koklea ke otak
untuk ditafsirkan.
Mekanisme pendengaran

Sumber bunyi Cuping telinga Salur telinga

Gegendang Tulang osikel Jendela bujur


telinga

Koklea Saraf auditori Otak

Latihan 5

1. Namakan tiga bahagian utama telinga


………………………………………………………………………………………………………………….
2. Nyatakan fungsi gegendang telinga, osikel dan koklea.
………………………………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………………………….
3. Berikan dua fungsi utama telinga.
………………………………………………………………………………………………………………….
4. Berikan dua struktur telinga yang tidak terlibat dalam mekanisme pendengaran.
………………………………………………………………………………………………………………….

Latihan 6 (Contoh Soalan PT3)

1. (a) (i) Rajah di bawah menunjukkan struktur telinga manusia

Pada rajah di atas,

Tandakan ( √ ) pada huruf yang betul untuk menunjukkan struktur telinga yang terlibat dalam pendengaran.

(ii) Tandakan ( √ ) fungsi bahagian berlabel C.

Mengesan kedudukan dan pergerakan kepala


Menukarkan getaran kepada impuls saraf
Menghantar impuls saraf ke otak untuk ditafsirkan
(b) Rajah di bawah menunjukkan mekanisme pendengaran.

Padankan bahagian P, Q dan R dengan namanya.

Bahagian Nama

P Tingkap bujur

Q Osikel

R Saraf auditori

2. Rajah di bawah menunjukkan struktur-struktur dalam telinga manusia.

(a) Kenal pasti struktur A, B, C, D, E atau F dengan fungsi di bawah.

Fungsi Struktu
r
(i) Menguatkan getaran gelombang bunyi
(ii) Menghantar impuls dari koklea ke otak untuk ditafsir
(iii) Mengubah getaran bunyi kepada impuls
(iv) Bergetar dan memindahkan gelombang
bunyi ke osikel

(b) Namakan dua struktur yang tidak terlibat dalam mekanisme pendengaran.
……………………………………………………..
……………………………………………………..
3.Hidung

Saraf ke otak

Rongga
hidung

Sel deria bau (reseptor bau)

hidung
Sel deria bau
Lubang hidung Lidah
Mukus
Fungsi hidung  Mengesan rangsangan bau

Apa itu bau ?  Bahan kimia yang terapung di udara

Reseptor bau  Lebih kurang 10 juta sel deria bau terletak di bahagian atas rongga
hidung.
Funsi sel deria bau  Diselaputi oleh mukus.
 Bahan kimia dalam udara akan melarut dalam mukus dan merangsang
sel deria bau untuk menghasilkan impuls saraf.
 Impuls saraf kemudiannya dihantar ke otak untuk ditafsir.

• Bagaimana bau dikesan?

Bahan kimia di Bahan kimia memasuki rongga hidung


udara melalui lubang hidung

Bahan kimia melarut dalam mukus lalu merangsang sel deria bau
untuk menghasilkan impuls saraf

Impuls saraf dihantar ke otak melalui Otak mentafsir


saraf olfaktori maklumat sebagai bau

Latihan 7

1. Namakan reseptor bagi bau?


……………………………………………………………………
2. Dimanakah kedudukan sel deria bau?
……………………………………………………………………..
3. Apakah fungsi sel deria bau?
…………………………………………………………………………………………………………………………….
4. Terangkan bagaimana bau dikesan?
………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………
5. Apakah kepentingan deria bau kepada kita apabila berada di dalam makmal sains?
………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………
6. Mengapakah anjing dalam unit polis dapat dilatih untuk mengesan kehadiran dadah yang tersimpan di dalam
beg?
…………………………………………………………………………………………………………………………….

Latihan 8 ( Contoh Soalan PT3)

1. Baca petikan ini.


Hidung adalah organ deria bau kita. Lubang hidung ialah dua lubang pada hidung kita yang terbuka kepada ruang
kosong yang dipanggil rongga hidung . Rongga nasal mempunyai cecair melekit, dipanggil mucus yang memanas dan
melembapkan udara yang memasuki hidung.
Apabila gas memasuki hidung melalui rongga hidung, gas akan melarut dalam mucus dan merangsang sel
deria. Sel deria yang terangsang akan menghantar impuls melalui saraf ke otak di mana bau gas ditafsirkan.

(a) Lengkapkan laluan gas di dalam mekanisme pengesanan bau.

(b) Terangkan cadangan bagaimana hidung dan deria bau anda dapat dilindungi.
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
(2 markah)
(c) Seseorang yang menghidap selsema mempunyai deria bau yang lemah. Terangkan dengan alasan.
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
(2 markah)

4. Lidah

Liang

Sel
penyokong

Reseptor
rasa

Saraf ke
otak
Papila pada lidah Tunas rasa pada papila
Lidah

Fungsi lidah  Organ deria rasa

Apa itu papila ?  Bintil kecil pada permukaan lidah


 Terdapat 10,000 tunas rasa pada permukaan papilla.
 Setiap tunas rasa mengandungi 10 hingga 50 reseptor rasa
Reseptor rasa  Boleh mengesan lima jenis rasa – manis, masin, masam, pahit dan
umami
Funsi tunas rasa  Diselaputi oleh mukus.
 Bahan kimia dalam udara akan melarut dalam mukus dan merangsang
sel deria bau untuk menghasilkan impuls saraf.
 Impuls saraf kemudiannya dihantar ke otak untuk ditafsir.

• Bagaimana rasa dikesan

Bahan kimia dalam


Bahan kimia melarut dalam air liur
makanan

Bahan kimia terlarut meresap ke dalam tunas rasa dan


merangsang reseptor rasa untuk menghasilkan impuls saraf

Impuls saraf dihantar ke otak Otak mentafsir


maklumat sebagai
rasa

Latihan 9

1. Namakan organ deria rasa?


……………………………………………………………………
2. Dimanakah lokasi reseptor rasa ?
…………………………………………………………………………………………………………………………….
3. Nyatakan lima jenis rasa yang boleh dikesan oleh reseptor rasa.
…………………………………………………………………………………………………………………………….
4. Terangkan bagaimana rasa dikesan?
………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………

Latihan 10 ( Contoh Soalan PT3)

1. (a) Kita boleh merasa makanan kerana lidah mempunyai kira-kira 10 000 tunas rasa. Secara
umumnya, lidah kita boleh mengesan empat jenis rasa.

(i) Tandakan (√ ) pada rasa yang betul dan (X) pada rasa yang salah bagi bahagian lidah di bawah.
(ii) Rajah di bawah menunjukkan rasa dua jenis makanan . Antara berikut, yang manakah rasa
makanan yang betul. Tuliskan Ya atau Tidak dalam petak yang disediakan.

(b) Mengapakah makanan yang kering tidak dapat dikesan dengan baik oleh lidah? Tulis Betul atau Salah bagi
pernyataan dengan sebab yang berkaitan.

Bahan kimia dalam makanan perlu larut dalam air liur untuk merangsang tunas rasa.

Bahan kimia dalam makanan tidak perlu larut dalam air liur untuk
merangsang tunas rasa.

5. Kulit

Reseptor sejuk Kelenjar minyak


Reseptor sakit rambut

Reseptor panas

Reseptor sentuh
Lapisan lemak

Reseptor tekanan

Fungsi kulit  Organ deria sentuhan


 Organ deria paling besar dalam badan manusia.

Lapisan utama dalam kulit  Epidermis


 Dermis
 Lapisan lemak
Reseptor dalam kulit  Terdapat lima jenis reseptor :
(a) Reseptor sakit – mengesan kesakitan
(b) Reseptor sentuhan – mengesan rangsangan sentuhan pada kulit
(c) Reseptor sejuk – mengesan rangsangan sejuk
(d) Reseptor haba – mengesan rangsangan panas
(e) Reseptor tekanan – mengesan rangsangan tekanan yang dikenakan
pada kulit
Faktor yang  Bilangan reseptor
mempengaruhi  Ketebalan epidermis kulit.
kepekaan kulit
Contoh bahagian badan  Lutut
yang kurang peka pada  Siku
sentuhan  Tapak kaki
 Belakang badan
Contoh bahagian badan  Lidah
yang sangat peka pada  Hidung
sentuhan  Bibir
 Hujung jari
 Leher

Latihan 11

1. Namakan tiga lapisan utama kulit


………………………………………………………………………………………………………………………………
2. Rajah di bawah menunjukkan struktur kulit manusia.

(a) Labelkan X dan Y pada Rajah di atas

3. Namakan reseptor yang terdapat dalam kuit dan nyatakan fungsinya.


………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………
4. Nyatakan dua faktor yang mempengaruhi kepekaan kulit
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………

5. Jelaskan mengapa hujung jari dan bukan tapak tangan digunakan untuk mengesan symbol Braille?
………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………
Latihan 12 ( Contoh Soalan PT3)

1. (a) Rajah di bawah menunjukkan struktur kulit manusia.

Pada rajah di atas, tandakan (√) pada label yang betul bagi setiap jenis reseptor.
(3 markah)

(b) Pilih reseptor yang betul berdasarkan pernyataan yang diberikan.

(i) (Reseptor sentuhan , reseptor sakit ) berada paling dekat dengan permukaan kulit.
(ii) (Reseptor tekanan , Reseptor sejuk) terdapat pada tisu lemak.
(2 markah)

(c Tandakan (√) pada pernyataan yang benar tentang kulit.

Kulit terdiri daripada lapisan nipis di bahagian luar yang dipanggil epidermis dan lapisan
dalam yang dipanggil dermis.

Kulit terdiri daripada lapisan nipis di bahagian dalam yang dipanggil epidermis dan lapisan
luar yang dipanggil dermis.

(1 markah)
PT3 2015

2. Mirza melawat sebuah gerai kraf tangan yang dikendalikan oleh Persatuan Orang-orang Buta. Dia mendapati
orang cacat penglihatan menggunakan deria sentuhan mereka dalam penghasilan kraf tangan. Rajah 6
menunjukkan keratan rentas bagi kulit.

(a) Dalam Rajah 6, labelkan P dan Q dengan menggunakan perkataan-perkataan yang diberi dalam petak di
bawah.

Reseptor haba Reseptor tekanan Reseptor sentuh

[2 markah]
Masalah Berkaitan Deria Pendengaran dan Penglihatan

Faktor-faktor yang mempengaruhi kepekaan  Had deria


deria penglihatan dan deria pendengaran  Kecacatan organ deria
 Proses penuaan

 Had deria

1. Had deria penglihatan  Had keupayaan mata untuk melihat objek.


 Mata manusia tidak dapat melihat objek yang terlalu seni seperti
mikroorganisma mahupun objek yang terlalu jauh.
 Ilusi optik dan bintik buta

(a) Ilusi optik  Berlaku apabila objek yang dilihat berbeza daripada keadaan
sebenar
 Berlaku disebabkan otak tidak dapat mentafsir dengan tepat
objek yang dilihat oleh mata kerana gangguan di sekitar
objek.

(b) Titik buta ( Bintik Buta)  Apabila imej jatuh pada titik buta, tiada impuls saraf
dihasilkan dan kita tidak dapat melihat imej tersebut.

Alat untuk mengatasi had deria  Binokular


penglihatan  Mikroskop cahaya
 Mikroskop imbasan electron
 Mesin ultrabunyi
 Mesin sinar-X

2. Had deria pendengaran  Had keupayaan telinga untuk mendengar bunyi


 Julat frekuansi manusia : 20 Hz hingga 20,000 Hz

Alat untuk mengatasi had pendengaran  Stetoskop


 Pembesar suara
 Kecacatan Organ Deria

1. Kecacatan Penglihatan  Rabun jauh


 Rabun dekat
 Astigmatisme
(a) Rabun jauh  Tidak dapat melihat objek jauh dengan jelas
 Objek jauh kelihatan kabur
 Imej difokuskan di hadapan retina
 Sebab
(i) Kanta mata terlalu tebal
(ii) Bebola mata terlalu panjang
 Cara membetulkannya : kanta cekung

(b) Rabun dekat  Tidak dapat melihat objek dekat dengan jelas
 Objek dekat kelihatan kabur
 Imej difokuskan di belakang retina
 Sebab
(i) Kanta mata terlalu nipis
(ii) Bebola mata terlalu pendek

 Cara membetulkannya : kanta cembung

(c) Astigmatisme  Kedua-dua objek jauh dan dekat kelihatan kabur dan terherot
 Sebab : lengkungan kornea atau kanta mata yang
tidak rata
 Cara membetulkannya : kanta silinder

2. Kecacatan Pendengaran  Kurang atau hilang pendengaran


 Mungkin berlaku disebabkan oleh :
(a) kerosakan bahagian tertentu telinga sejak lahir
(b) kecederaan
(c) jangkitan mikroorganisma
(d) bunyi bising berlanjutan
(e) proses penuaan

 Cara membetulkannya : alat bantuan pendengaran.

3. Proses penuaan  Kekenyalan gegendang telinga dan kanta mata semakin


merosot dengan usia.
 Proses penuaan mengurangkan kepekaan deria
pendengaran dan deria penglihatan.

Latihan 13 (Contoh Soalan PT3)

1. Rajah 2.2 menunjukkan dua jenis kecacatan penglihatan, R dan S yang sering dialami oleh manusia.

Rajah 2.2
Tanda (√) satu perbezaan antara punca utama kecacatan penglihatan R dengn kecacatan penglihatan S.

(i) R berlaku disebabkan oleh bebola mata yang terlalu panjang manakala S
berlaku disebabkan oleh bebola mata yang terlalu
pendek.
(ii) R berlaku disebabkan oleh kanta mata yang terlalu nipis manakala S berlaku
disebabkan oleh kanta mata yang terlalu tebal.
[1 markah]

2. Rajah di bawah menunjukkan dua jenis kecacatan penglihatan.

(a) Nyatakan sebab kecacatan penglihatan R dan S.

R : ……………………………………………………………………………………………………
S : ……………………………………………………………………………………………………..
(2 markah)
(b) Cadangkan satu kaedah untuk membetulkan rabun dekat dan rabun jauh.

Keadaan Kaedah untuk membetulkan kecacatan penglihatan

Rabun dekat

Rabun jauh

[2 markah]

(c) Cadangkan teknologi moden yang membantu untuk mengatasi had penglihatan.
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
[2 markah]

3. (a) Rabun jauh disebabkan oleh bentuk bola mata yang terlalu panjang atau besar dan anak mata terlalu tebal
kerana otot gagal untuk melaraskan bentuk kanta.
Tandakan ( √ ) pada rajah yang betul bagi rabun jauh dan tandakan (X) pada rajah yang salah.

(b) Tandakan (√ ) pada alat yang digunakan untuk mengatasi had deria penglihatan.
1.3 Rangsangan dan Gerak Balas dalam Tumbuhan

Rangsangan yang dikesan oleh  Cahaya


tumbuhan  Air
 Graviti
 Sentuhan
Gerak balas tumbuhan  Tropisme
 Gerak balas nastik
Tropisme  Gerak balas tumbuhan sama ada terarah atau menjauhi
suatu rangsangan.
 Bahagian tumbuhan yang tumbuh ke arah rangsangan
dikenali sebagai tropisme positif.
 Bahagian tumbuhan yang tumbuh menjauhi rangsangan
dikenali sebagai tropisme negative.

A. Fototropisme  Gerak balas tumbuhan terhadap cahaya.
 Pucuk tumbuhan menunjukkan fototropisme positif, iaitu
Tumbuh ke arah tumbuh kea rah cahaya.
cahaya  Fototropisme positif memastikan pucuk dan daun
tumbuhan memperoleh cahaya matahari untuk membuat
makanan melalui fotosintesis

B. Hidrotropisme  Gerak balas tumbuhan terhadap air.


 Akar tumbuhan menunjukkan hidrotropisme positif,
tumbuh ke arah sumber air.
 Hidrotropisme positif memastikan tumbuhan mendapat
air dan garam mineral terlarut yang mencukupi untuk
terus hidup.
hidrotropisme
positif
(tumbuh ke
arah air)

C. Geotropism  Gerak balas tumbuhan terhadap graviti.


 Akar tumbuhan menunjukkan geotropism
Geotropisme
positif positif,tumbuh ke bawah mengikut arah graviti.
(tumbuh ke arah  Geotropism positif membolehkan akar tumbuhan tumbuh jauh ke
graviti) dalam tanah untuk mencengkam lalu menstabilkan kedudukan
Geotropisme
negatif tumbuhan pada tanah.
(tumbuh
menentang
arah graviti)

D. Tigmotropisme  Gerak balas tumbuhan terhadap sentuhan.


 Sulur paut dan batang yang melilit menunjukkan
tigmotropisme positif.
 Gerak balas ini membolehkan tumbuhan tumbuh secara menegak
untuk memperoleh cahaya matahari dan mencengkam objek untuk
memperoleh sokongan.

Pokok timun mempunyai sulur paut yang melilit objek


yang bersentuhan dengannya
Gerakan Nastik  Gerak balas tumbuhan yang tidak bergantung pada arah
rangsangan .
 Seismonasti ialah gerakan nasti terhadap sentuhan seperti yang
ditunjukkan oleh pokok perangkap lalat, Venus.

Latihan 14

1. Apakah tropisme?
……………………………………………………………….......................................................................................

2. Nyatakan jenis tropisme terhadap rangsangan yang berikut : (a) Sentuhan


: ………………………………………….....................
(b) Gravity : ………………………………………………………..
(c) Cahaya : ……………………………………………………….

3. (a) Bahagian tumbuhan yang manakah menunjukkan :


(i) Fototropisme positif : …………………………………………………….
(ii) Geotropism positif : ……………………………………………………
(iii) Tigmotropisme positif : ………………………………………………….

(b) Apakah kepentingan hidrotropisme kepada tumbuhan?


………………………………………………………………………………………………………………………..

4. Apakah yang dimaksudkan dengan geotropism positif dan geotropism negative?


………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………

5. Nyatakan dua gerak bals tumbuhan yang membantu fotosintesis dalam tumbuhan. Jelaskan bagaimana gerak
balas ini membantu fotosintesis?
………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………

6. Bagaimanakah gerakan nasti berbeza daripada tropisme dalam tumbuhan ?


………………………………………………………………………………………………………………………………
.............................................................................................................................................................................

7. Apakah maksud seismonasti? Berikan satu contoh tumbuhan yang menunjukkan gerak balas ini?
……………………………………………………………………………………………………………………………..

8. Beberapa anak benih diletakkan di dalam kotak yang hanya mempunyai satu lubang di bahagian tepinya seperti
yang ditunjukkan dalam rajah. Ramalkan keadaan pucuk anak benih selepas beberapa hari.

……………………………………………………………………………………………………………….
1.4 Kepentingan Gerak Balas terhadap Rangsangan dalam Haiwan Lain

Penglihatan Stereoskopik  Kedua-dua mata terletak di hadapan kepala.


 Keluasan medan penglihatan kecil.
 Medan penglihatan yang bertindih banyak.

Medan penglihatan monokular


Medan penglihatan stereoskopik

 Imej tiga dimensi terbentuk.


 Haiwan berupaya menganggar jarak atau kedalaman
dengan baik semasa memburu
 Contoh : Manusia dan kebanyakan haiwan pemangsa.

Penglihaan Mokular  Kedua-sua mata terletak di sisi kepala.


 Keluasan medan penglihatan besar.
 Medan penglihatan yang tidak bertindih atau bertindih sedikit
sahaja.

Pertindihan kecil

Medan penglihatan monokular


Medan penglihatan stereoskopik

 Imej dua dimensi terbentuk.


 Haiwan berupaya untuk mengesan musuh dari pelbagai
arah.
 Contoh : kebanyakan haiwan mangsa (tikus, ayam, ikan)

Pendengaran Stereofonik  Pendengaran dengan menggunakan kedua-dua belah


telinga.
 Dapat menentukan arah bunyi dengan tepat.
 Kepentingan pendengaran stereofonik:
(a) Manusia
- Dapat menentukan lokasi sumber bunyi.
(b) Haiwan pemangsa
- Untuk menentukan lokasi mangsanya.
(c) Haiwan mangsa
- Untuk menentukan lokasi pemburu dan melarikan diri
daripadanya.
Frekuensi pendengaran Haiwan  Tikus – 200 – 80 000 Hz
 Singa laut - 450 – 50 000 Hz
 Dolfin - 40 – 100 000 Hz
 Gajah - 16 – 12 000 Hz
 Anjing - 67 – 45 000 Hz
 Kelawar - 2000 – 110 000 Hz

- Haiwan yang berbeza dapat mendengar bunyi yang


mempunyai frekuensi yang berbeza.

Beberapa cara lain bagaimana haiwan mengesan  Feromon ialah isyarat kimia yang digunakan dalam kalangan
rangsangan haiwan yang sama spesies, dikesan melalui deria bau.
 Kepentingan :
(a) menarik pasangan pembiakan
(b) menandakan sempadan kawasan
(c) sebagai cara mengenal ibu atau anak
(d) menandakan laluan bagi mencari makanan
 Jacobson - organ yang terdapat pada bahagian atas mulut ular,
digunakan untuk mengesan bau.
 Ikan mempunyai garis lateral pada badan untuk
mengesan getaran dan pergerakan di sekeliling mereka.
 Jerung dan sebahagian ikan menggunakan medan elektrik
yang lemah untuk mengesan persekitaran, mangsa dan musuh.
 Sesungut dan bulu tegar di beberapa bahagian badan dan kaki
serangga digunakan untuk mengesan rangsangan.
 Sesetengah serangga dan invertebrate mempunyai lebih
daripada sepasang mata sebagai organ deria penglihatan.
 Misai pada haiwan peka terhadap sentuhan.
Latihan 15

1. Berikan dua jenis penglihatan haiwan.


………………………………………………………………………………………………………………………

2. Namakan dua haiwan dengan penglihatan stereoskopik.Apakah kelebihan penglihatan ini?


………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………

3. Nyatakan faktor yang menentukan jenis penglihatan haiwan.


……………………………………………………………………………………………………………………..

4. Apakah jenis penglihatan pengguna primer?Berikan alasannya.


………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………

5. Selain daripada deria penglihatan, nyatakan satu lagi cara pengesanan rangsangan bagi haiwan berikut :
(a) Ikan : …………………………………………………………………………………
(b) Kucing : …………………………………………………………………………………
(c) Belut : …………………………………………………………………………………
(d) Ular : …………………………………………………………………………………
(e) Belalang : ……………………………………………………………………………….

6. Apakah kepentingan pendengaran stereofonik?


………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………
7. Bagaimanakah penglihatan monokular membantu arnab bermandiri?
………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………

8. Rajah di bawah menunjukkan seekor burung hantu sedang mencari mangsa.

(a) Namakan jenis penglihatan yang dimiliki oleh burung hantu tersebut.
……………………………………………………………………………………….

(b) Terangkan bagaimana penglihatan burung hantu membantunya dalam pemburuan


…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………

(c) Berikan dua contoh haiwan yang mempunyai jenis penglihatan yang sama seperti burung hantu di atas.
…………………………………………………………………………………………………………………………

(d) Terangkan bagaimana penglihatan seekor tikus membantunya dalam kemandirian spesies.
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………

9. Rajah menunjukkan dua jenis haiwan yang mempunyai jenis penglihatan yang berbeza.

(a) Namakan jenis penglihatan bagi kedua-dua haiwan yang ditunjukkan. (i) Harimau :

...................................................................................................
( ii)Arnab : ...................................................................................................

(b) Harimau merupakan pemangsa bagi arnab. Apakah kelebihan penglihatan yang dimiliki oleh harimau sebagai
pemangsa?
......................................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................................

(c) Huraikan bagaimana penglihatan mata arnab dapat membantu arnab menyelamatkan diri daripada harimau.
......................................................................................................................................................................
..................................................................................................................................................................

Anda mungkin juga menyukai