Anda di halaman 1dari 37

CikguAbby2020@SDARY

1.1 Sistem Saraf Manusia

Sistem saraf manusia terdiri daripada  Sistem saraf pusat


 Sistem saraf periferi
Sistem saraf pusat melibatkan  Otak
 Saraf tunjang
Sistem saraf periferi melibatkan  Saraf kranium
 Saraf spina

Otak
Saraf kranium Sistem saraf
Saraf tunjang pusat

Sistem
saraf
periferi Saraf spina

Fungsi sistem saraf pusat  Mengesan rangsangan


 Menghantar maklumat dalam bentuk impuls
 Mentafsir impuls
 Menghasilkan gerak balas

Tindakan Terkawal dan Luar Kawal

Tindakan terkawal  Tindakan yang disedari dan berlaku mengikut


kehendak seseorang
 Dikawal oleh otak
 Contoh : membaca, menulis, bercakap, makan,
minum, berjalan, berlari dan bersenam.

 Aliran impuls saraf dalam tindakan terkawal

Impuls saraf
Rangsangan Afektor
(reseptor)

Sistem saraf pusat

Gerak balas Efektor


(otot atau Impuls saraf
kelenjar)

1
CikguAbby2020@SDARY
Y
Tindakan luar kawal  Tindakan yang berlaku secara serta-merta
(automatik) tanpa disedari .
 Kepentingan :
- Mengelakkan bahaya atau kecederaan.
- Memastikan pelbagai fungsi badan seperti
pernafasan dan degupan jantung berterusan .

Tindakan Luar kawal

Melibatkan medula oblongata Melibatkan saraf tunjang


(tindakan refleks)

 Denyutan jantung  Menarik tangan apabila


 Pernafasan tersentuh benda panas
 Peristalsis  Menarik kaki apabila
 Rembesan air liur terpijak benda tajam
 Bersin apabila habuk
masuk ke dalam hidung

 Urutan aliran impuls dalam tindakan luar kawal (tindakan refleks)

1. Saraf tunjang
Maklumat ke otak

3. Neuron deria 2. Neuron perantaraan


Neuron
5.
4. Reseptor motor
Pengecutan otot lengan
Organ deria 6. Efektor
menyebabkan tangan ditarik
( Kulit) Mengesan menjauhi objek panas
rangsangan
panas
Reseptor Saraf tunjang Efektor

Latihan 1

1. Nyatakan dua bahagian utama dalam sistem saraf manusia


……………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………….
2. (a) Apakah tindakan terkawal ? Berikan satu contoh tindakan terkawal.
…………………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………….
(b) Apakah tindakan luar kawal ? Berikan satu contoh tindakan luar kawal.
……………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………….
3. Apakah yang berlaku sekiranya seseorang mengalami kecederaan otak?
…………………………………………………………………………………………………………

2
CikguAbby2020@SDARY
Y
4. Adik terdengar bunyi kucing mengiau lalu berjalan ke arah bunyi itu. Adakah gerak balas ini satu
tindakan terkawal atau luar kawal? Lukiskan peta alir untuk menunjukkan urutan aliran impuls saraf
bagi gerak balas tersebut.
……………………………………………………………………………………………………………

Latihan 2 (Contoh Soalan PT3)

1. Kaji maklumat di bawah.

J – Otak K – Saraf spina


L – Saraf tunjang M – Saraf kranium

Antara berikut, yang manakah mewakili system saraf pusat ?


A. J dan K C. J dan L
B. K dan M D. L dan M

2. Rajah menunjukkan sistem saraf manusia.


Antara bahagian A, B, C dan D yang manakah merupakah saraf spina?

Namakan bahagian yang lain.

3. Antara yang berikut, yang manakah komponen sistem saraf pusat?


A. Otak C. Saraf spina
B. Kranium D. Saraf somatic

4. Penyataan manakah yang betul mengenai reseptor?


A. Kelenjar yang merembeskan hormon
B. Sel yang menghasilkan gerak balas
C. Kelenjar dan otot adalah contoh rangsangan tertentu
D. Sel yang khusus untuk mengesan rangsangan tertentu

5. Maklumat manakah yang melibatkan sistem saraf pusat?


A. Pertumbuhan C. Tindakan terkawal
B. Jumlah air di dalam badan D. Aras glukosa dalam darah

3
CikguAbby2020@SDARY
Y
6. Rajah menunjukkan sistem saraf manusia yang mengawal koordinasi badan.

Apakah X?
A. Otak C.Saraf tunjang
B. Saraf spina D. Saraf kranium

7. Rajah menunjukkan satu lintasan impuls.

Antara tindakan berikut, yang manakah melibatkan lintasan impuls itu?


A. Menelan makanan
B. Berjalan di atas tali yang diregangkan
C. Mengedip mata untuk mencegah habuk masuk
D. Menari dengan iringan muzik

8. Rajah menunjukkan laluan impuls dalam tindakan terkawal.

impuls
Rangsangan Reseptor
R

Gerak balas Efektor

Antara yang berikut, yang manakah mewakili R?


A. Mata C. Otak
B. Kelenjar D. Otot

9. Rajah di bawah menunjukkan laluan impuls suatu tindakan.


Reseptor Saraf tunjang Efektor

Antara tindakan berikut, yang manakah akan melalui laluan impuls yang sama?
A. Bernafas C. Berfikir
B. Sentakan lutut D. Berjalan

10. Antara berikut, yang manakah merupakah tindakan terkawal?


A. Peristalsis C. Berpeluh
B. Bercakap D. Denyutan jantung

4
CikguAbby2020@SDARY
Y
11. Rajah menunjukkan lintasan impuls dalam sentakan lutut manusia.
Rangsangan Reseptor X Efektor

Apakah X?

A. Otak B Otot C Tendon D Saraf tunjang

12. Antara yang berikut, yang manakah terlibat dalam arka refleks bagi sentakan lutut?
A. Serebrum C. Serebelum
B. Saraf tunjang D. Neuron perantaraan

13. Laluan manakah yang betul dalam tindakan terkawal?


A. Rangsangan → reseptor → sistem saraf pusat → efektor → gerak balas
B. Reseptor → rangsangan →sistem saraf pusat → gerak balas → efektor
C. Reseptor → rangsangan → gerak balas → sistem saraf pusat →efektor
D. Rangsangan → sistem saraf pusat → reseptor → efektor → gerak balas

Latihan 3

1. Padankan jenis gerak bals badan manusia dengan situasi yang sesuai.

Jenis gerak balas Situasi

Menarik tangan daripada objek


(a) Tindakan
panas
terkawal

Menunggang basikal menuruni bukit

(b) Tindakan luar


kawal Perembesan air liur

2. Rajah di bawah menunjukkan seekor anjing yang besar sedang menyalak ke arah Najihah, ketika
dia berjalan melalui sebuah taman permainan.

(a) Tandakan (√) pada organ yang terlibat dalam tindak bals terhadap rangsangan di atas.

Hidung

Mata

Telinga

(b) Lengkapkan carta alir di bawah untuk menunjukkan laluan impils bagi gerak balas yang
berlaku dalam situasi di atas.

Rangsangan Gerak balas

5
CikguAbby2020@SDARY
Y
3. Rajah menunjukkan seorang murid duduk bersilang kaki di atas sebuah kerusi. Seorang rakan
mengetuk secara perlahan bahagian bawah tempurung lutut murid itu dengan pemukul getah.

(a) Apakah yang berlaku kepada kaki murid itu selepas diketuk?

……………………………………………………………………………………………………………

(b) Namakan jenis tindakan di 1(a).

……………………………………………………………………………………………………………

(c) Nyatakan satu kepentingan tindakan di 1(b).

……………………………………………………………………………………………………………

1.2 Rangsangan dan Gerak Balas dalam Manusia

Rangsangan Perubahan yang terhasil oleh sumber-sumber tertentu


yang dikesan oleh organ deria. Contoh : sejuk, panas
dan sakit
Reseptor Sel deria yang terdapat dalam organ deria

Efektor Organ yang bergerak balas terhadap rangsangan


(otot dan kelenjar)
1. Mata

Gelemaca

Sklera
Iris

Koroid
Kornea Pandangan hadapoan
mata
Retina

Pupil Kanta
mata
Bintik kuning

Gelemair
Bintik buta

Bahagian mata manusia

6
CikguAbby2020@SDARY
Y
• Fungsi bahagian mata

Bahagian mata Fungsi


Kornea Membiaskan dan memfokuskan cahaya ke retina
Iris Mengawal saiz pupil
Pupil Mengawal kuantiti cahaya yang masuk ke dalam mata
Kanta mata Memfokuskan cahaya ke retina.
Gelemair Mengekalkan bentuk bola mata dan memfokuskan cahaya ke dalam
mata
Gelemaca Mengekalkan bentuk bola mata dan memfokuskan cahaya ke retina
Bintik buta Bahagian pada retina yang tidak peka pada cahaya
Bintik kuning Bahagian pada retina yang paling peka pada cahaya (fotoreseptor)
Retina Lapisan yang mengandungi fotoreseptor yang mengesan cahaya dan
menghasilkan impuls saraf
Koroid Lapisan hitam yang mencegah pantulan cahaya dalam mata dan
membekalkan oksigen dan nutrient kepada mata
Sklera Mengekalkan bentuk dan melindungi mata
Saraf optik Gentian saraf yang membawa impuls saraf dari retina ke otak untuk
ditafsirkan.
Otot silia Otot yang mengubah ketebalan kanta mata melalui pengecutan dan
pengenduran.

• Retina mengandungi dua jenis • Sel rod


fotoreseptor - Peka kepada keamatan cahaya yang
berbeza termasuk cahaya yang samar.
• Sel kon
- Peka kepada warna cahaya dalam keadaan
yang cerah.
• Mekanisme penglihatan

Cahaya Kornea Gelemair

Pupil Kanta mata Gelemaca

Retina Saraf optik Otak

Latihan 4

1. Nyatakan maksud :
(a) Reseptor : ………………………………………………………………………………………….......
(b) Efektor : …………………………………………………………………………………………......
2. Namakan tiga lapisan utama mata
………………………………………………………………………………………………………………….
3. Nyatakan fungsi bagi iris, pupil, retina dan koroid.
………………………………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………………………….
4. Apakah perbezaan antara sel rod dan sel kon yang terdapat pada retina?
………………………………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………………………….

7
CikguAbby2020@SDARY
Y
Latihan 5 (Contoh Soalan PT3)

1. Rajah menunjukkan laluan cahaya memasuki mata.

(a) Lengkapkan rajah di atas menggunakan pilihan perkataan berikut.

Iris Pupil Koroid Retina

(b) Lengkapkan pernyataan berikut dengan jawapan yang betul.


i. Bahagian mata yang paling peka cahaya ialah ............................................
ii. Bahagian mata yang tidak peka cahaya ialah ………………………………..

2. Rajah menunjukkan struktur mata yang dilabel menggunakan huruf.

(a) Pada rajah, tandakan (√ ) bagi bahagian yang paling peka cahaya dan ( X ) pada bahagian
yang tidak peka cahaya

(b) Namakan bahagian mata yang boleh berubah keadaan apabila keamatan cahaya sekeliling
berubah. .................................................................

(c) Huraikan keadaan bahagian mata yang dinyatakan di (b) semasa seseorang berada di tempat
gelap.
.............................................................................................................................................................................
.............................................................................................................................................................................

3. Rajah menunjukkan struktur mata yang dilabel menggunakan huruf.

8
CikguAbby2020@SDARY
Y
(a) Pada rajah di atas:

Tandakan (√) pada abjad yang betul untuk menunjukkan bahagian yang terlibat dalam
mekanisme penglihatan manusia.

(b) Tandakan (√) pada abjad yang betul bagi bahagian yang berlabel D.

(i) Melindungi mata dan mengekalkan bentuk mata

(ii) Membekalkan nutrien dan oksigen kepada mata

(iii) Mengesan imej objek yang terbentuk dan menukarkannya kepada


impuls saraf.
(iv) Menyerap cahaya dan menggelakkan pantulan cahaya di dalam
mata.

4. Rajah di bawah menunjukkan perubahan saiz pupil seorang pelajar.

(a) Nyatakan fungsi pupil.


…………………………………………………………………………………………………………………………
(b) Berikan satu keadaan bagi penambahan saiz pupil ini.
…………………………………………………………………………………………………………………………

5. Gerhana matahari akan berlaku pada 9 Mac 1016. Kelab Alam Sekitar sebuah sekolah akan
menganjurkan program “Jom Lihat Gerhana Matahari” seperti maklumat di bawah :

JOM LIHAT GERHANA MATAHARI

Tarikh : 9 Mac 2016


Masa : 7.30 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : Tapak perhimpunan
Anjuran : Kelab Alam Sekitar
Tentatif : 7.30 pagi : Taklimat
8.00 pagi : Penyediaan alatan
8.30 pagi : Pemerhatian
10.00 pagi : Kesimpulan

Nota :
Barang yang perlu dibawa : Filem sinar –X dan besen air

(a) Namakan organ deria untuk melihat. ………………………………………

(b) Rajah di bawah menunjukkan saiz anak mata semasa program “Jom Lihat Gerhana Matahari”

Nyatakan mengapa saiz anak mata berubah


………………………………………………………………………………………………………………………..

9
CikguAbby2020@SDARY
Y

(c) Semasa sesi taklimat, guru menunjukkan kesan bilangan filem sinar-X ke atas peratusan
penghantaran cahaya tampak seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

Bilangan filem sinar - X Peratusan penghantaran cahaya tampak (%)

1 70

2 40

3 10

Jadual 1

(i) Ramalkan peratusan penghantaran cahaya tampak jika peserta menggunakan 5 keping
filem sinar – X.
………………………………………………….
(ii) Terangkan jawapan anda dalam 4 (c)(i)
……………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………

(d) Kaedah P dan Kaedah Q dicadangkan oleh guru untuk memerhati fenomena itu.

Kaedah P Kaedah Q

Memerhati gerhana Matahari dengan Memerhati imej gerhana Matahari dengan


menggunakan filem sinar – X menggunakan sebesen air

Pilih satu kaedah yang sesuai untuk memerhatikan gerhana Matahari.


Wajarkan pilihan anda.
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………

(e) Selepas program “Jom Lihat Gerhana Matahari” Kelab Alam Sekitar menganjurkan
pertandingan membina model teleskop.

Selaku ahli kelab, anda dikehendaki untuk membina model tersebut dengan menggunakan
bahan-bahan berikut :

Lakarkan rajah untuk menunjukkan model yang telah anda bina.

10
CikguAbby2020@SDARY
Y
Terangkan bagaimana ia berfungsi.
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………

2. Telinga

Salur separuh bulat


Semicircular canal

Bahagian telinga manusia

• Fungsi bahagian telinga manusia

Bahagian Struktur telinga Fungsi


telinga
Cuping telinga Mengumpul dan menghantar gelombang bunyi
ke dalam salur telinga
Telinga luar
Salur telinga Menghantar gelombang bunyi ke gegendang
telinga
Gegendang telinga Menghasilkan getaran apabila terkena
gelombang bunyi
Osikel (terdiri saripada Memperkuatkan getaran bunyi kira-kira 20 kali
tiga tulang kecil) ganda
Telinga tengah
Jendela bujur Mengumpul dan menghantar getaran bunyi dari
osikel ke koklea
Tiub Eustachio Mengimbangkan tekanan udara di kedua-dua
belah gegendang telinga
Koklea Mengesan dan menukar getaran bunyi kepada
impuls saraf
Salur separuh bulat Mengesan kedudukan kepala dan membantu
Telinga dalam
mengawal keseimbangan badan
Saraf auditori Menghantar impuls saraf dari koklea ke otak
untuk ditafsirkan.

11
CikguAbby2020@SDARY
Y
• Mekanisme pendengaran

Cuping Salur telinga


Sumber bunyi
telinga

Gegendang Tulang osikel Jendela bujur


telinga

Koklea Saraf auditori Otak

Latihan 6

1. Namakan tiga bahagian utama telinga


………………………………………………………………………………………………………………….
2. Nyatakan fungsi gegendang telinga, osikel dan koklea.
………………………………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………………………….
3. Berikan dua fungsi utama telinga.
………………………………………………………………………………………………………………….
4. Berikan dua struktur telinga yang tidak terlibat dalam mekanisme pendengaran.
………………………………………………………………………………………………………………….

Latihan 7 (Contoh Soalan PT3)

1. (a) (i) Rajah di bawah menunjukkan struktur telinga manusia

Pada rajah di atas,

Tandakan ( √ ) pada huruf yang betul untuk menunjukkan struktur telinga yang terlibat dalam
pendengaran.

(ii) Tandakan ( √ ) fungsi bahagian berlabel C.

Mengesan kedudukan dan pergerakan kepala


Menukarkan getaran kepada impuls saraf
Menghantar impuls saraf ke otak untuk ditafsirkan

12
CikguAbby2020@SDARY
Y
(b) Rajah di bawah menunjukkan mekanisme pendengaran.

Padankan bahagian P, Q dan R dengan namanya.

Bahagian Nama

P Tingkap bujur

Q Osikel

R Saraf auditori

2. Rajah di bawah menunjukkan struktur-struktur dalam telinga manusia.

(a) Kenal pasti struktur A, B, C, D, E atau F dengan fungsi di bawah.

Fungsi Struktur

(i) Menguatkan getaran gelombang bunyi


(ii) Menghantar impuls dari koklea ke otak untuk ditafsir
(iii) Mengubah getaran bunyi kepada impuls
(iv) Bergetar dan memindahkan gelombang
bunyi ke osikel

(b) Namakan dua struktur yang tidak terlibat dalam mekanisme pendengaran.
……………………………………………………..
……………………………………………………..

13
CikguAbby2020@SDARY
Y
3. (a) Rajah di bawah menunjukkan struktur telinga manusia.

(i) Apakah struktur telinga yang berlabel X? Nyatakan fungsinya.


……………………………………………………………………………………………………………..
(ii) Apakah yang akan berlaku sekiranya tiub Eustachio tidak berfungsi?
……………………………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………………………………

(b) Rajah di bawah menunjukkan mekanisme pendengaran manusia.

Jelaskan mekanisme pendengaran manusia.


………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………

4. Amy menyertai satu rancangan uji bakat. Dalam pertandingan tersebut, dia menghasilkan irama
muzik dengan menggunakan gelas berkaki.

(a) Namakan organ deria bagi pendengaran. ……………………………………………


(1 markah)

14
CikguAbby2020@SDARY
Y
(b) Bunyi terhasil apabila Amy menggosokkan jarinya pada bibir gelas berkaki seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah di bawah.

Nyatakan bagaimana bunyi tersebut dihasilkan. …………………………………………………….


(1 markah)
(c) Semasa latihan, Amy menggunakan gelas berkaki yang sama saiz. . Dia mendapati bahawa
isipadu air yang berbeza dalam gelas berkaki akan menghasilkan kelangsingan bunyi yang
berbeza seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

Isipadu air dalam gelas Kelangsingan bunyi


berkaki (ml)
50 Tinggi
100 Sederhana
250 Rendah

(i) Nyatakan faktor yang mempengaruhi kelangsingan bunyi.


……………………………………………………….........................................................
(1 markah)
(ii) Nyatakan dan jelaskan hubungan antara pemboleh ubah dimanipulasi dan pemboleh
ubah bergerak bals berdasarkan konsep getaran bunyi semasa latihannya.
…………………………………………………………………………………………...................................
…………………………………………………………………………………………………………………..
(2 markah)
(d) Semasa membawa gelas berkaki ke tempat pertandingan, Amy membalut gelas berkaki
tersebut dengan benang bulu untuk mengelakkannya daripada retak.

Rajah 1

Amy tidak menanggalkan benang bulu pada gelas berkaki P tetapi dia menanggalkan
sebahagian benang bulu pada gelas berkaki Q seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.
Amy mendapati gelas berkaki P dan gelas berkaki Q menghasilkan kelangsingan bunyi yang
berbeza.
Wajarkan situasi tersebut.
………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………
(4 markah)

15
CikguAbby2020@SDARY
Y
(e) Semasa sesi latihannya, gema terhasil.
Gema menyebabkan gangguan kepada Amy. Amy ingin mengubahsuai bilik itu untuk
mengurangkan gema dengan menggunakan bahan-bahan berikut :

Lakarkan pengubahsuaian yang perlu dilakukan oleh Amy dalam rajah di bawah

(1 markah)

Terangkan bagaimana ia berfungsi.


………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………
(2 markah)

3. Hidung

Saraf ke otak

Rongga
hidung

Sel deria bau


(reseptor bau)

hidung
Sel deria bau Lidah
Mukus Lubang
hidung

16
CikguAbby2020@SDARY
Y
Fungsi hidung  Mengesan rangsangan bau

Apa itu bau ?  Bahan kimia yang terapung di udara

Reseptor bau  Lebih kurang 10 juta sel deria bau terletak di bahagian atas rongga
hidung.
Funsi sel deria bau  Diselaputi oleh mukus.
 Bahan kimia dalam udara akan melarut dalam mukus dan
merangsang sel deria bau untuk menghasilkan impuls saraf.
 Impuls saraf kemudiannya dihantar ke otak untuk ditafsir.

• Bagaimana bau dikesan?

Bahan kimia di Bahan kimia memasuki rongga hidung


udara melalui lubang hidung

Bahan kimia melarut dalam mukus lalu merangsang sel deria bau
untuk menghasilkan impuls saraf

Impuls saraf dihantar ke otak melalui Otak mentafsir


saraf olfaktori maklumat sebagai bau

Latihan 8

1. Namakan reseptor bagi bau?


……………………………………………………………………
2. Dimanakah kedudukan sel deria bau?
……………………………………………………………………..
3. Apakah fungsi sel deria bau?
…………………………………………………………………………………………………………………………….
4. Terangkan bagaimana bau dikesan?
………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………
5. Apakah kepentingan deria bau kepada kita apabila berada di dalam makmal sains?
………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………
6. Mengapakah anjing dalam unit polis dapat dilatih untuk mengesan kehadiran dadah yang
tersimpan di dalam beg?
…………………………………………………………………………………………………………………………….

Latihan 9 ( Contoh Soalan PT3)

1. Baca petikan ini.

17
CikguAbby2020@SDARY
Y

Hidung adalah organ deria bau kita. Lubang hidung ialah dua lubang pada hidung kita yang
terbuka kepada ruang kosong yang dipanggil rongga hidung . Rongga nasal mempunyai cecair
melekit, dipanggil mucus yang memanas dan melembapkan udara yang memasuki hidung.
Apabila gas memasuki hidung melalui rongga hidung, gas akan melarut dalam mucus dan
merangsang sel deria. Sel deria yang terangsang akan menghantar impuls melalui saraf ke otak di
mana bau gas ditafsirkan.

(a) Lengkapkan laluan gas di dalam mekanisme pengesanan bau.

(b) Terangkan cadangan bagaimana hidung dan deria bau anda dapat dilindungi.
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
(2 markah)
(c) Seseorang yang menghidap selsema mempunyai deria bau yang lemah. Terangkan dengan
alasan.
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
(2 markah)

4. Lidah

Liang

Sel
penyokong

Reseptor
rasa

Saraf ke
otak
Papila pada lidah Tunas rasa pada papila
Lidah

Fungsi lidah  Organ deria rasa

Apa itu papila ?  Bintil kecil pada permukaan lidah


 Terdapat 10,000 tunas rasa pada permukaan papilla.
 Setiap tunas rasa mengandungi 10 hingga 50 reseptor rasa

18
CikguAbby2020@SDARY
Y
Reseptor rasa  Boleh mengesan lima jenis rasa – manis, masin, masam, pahit dan
umami
Funsi tunas rasa  Diselaputi oleh mukus.
 Bahan kimia dalam udara akan melarut dalam mukus dan
merangsang sel deria bau untuk menghasilkan impuls saraf.
 Impuls saraf kemudiannya dihantar ke otak untuk ditafsir.

• Bagaimana rasa dikesan

Bahan kimia dalam


Bahan kimia melarut dalam air liur
makanan

Bahan kimia terlarut meresap ke dalam tunas rasa dan


merangsang reseptor rasa untuk menghasilkan impuls saraf

Impuls saraf dihantar ke otak Otak mentafsir


maklumat sebagai rasa

Latihan 10

1. Namakan organ deria rasa?


……………………………………………………………………
2. Dimanakah lokasi reseptor rasa ?
…………………………………………………………………………………………………………………………….
3. Nyatakan lima jenis rasa yang boleh dikesan oleh reseptor rasa.
…………………………………………………………………………………………………………………………….
4. Terangkan bagaimana rasa dikesan?
………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………

Latihan 11 ( Contoh Soalan PT3)

1. (a) Kita boleh merasa makanan kerana lidah mempunyai kira-kira 10 000 tunas rasa.
Secara umumnya, lidah kita boleh mengesan empat jenis rasa.

(i) Tandakan (√ ) pada rasa yang betul dan (X) pada rasa yang salah bagi bahagian
lidah di bawah.

19
CikguAbby2020@SDARY
Y
(ii) Rajah di bawah menunjukkan rasa dua jenis makanan . Antara berikut, yang
manakah rasa makanan yang betul. Tuliskan Ya atau Tidak dalam petak yang
disediakan.

(b) Mengapakah makanan yang kering tidak dapat dikesan dengan baik oleh lidah? Tulis Betul
atau Salah bagi pernyataan dengan sebab yang berkaitan.

Bahan kimia dalam makanan perlu larut dalam air liur untuk merangsang
tunas rasa.

Bahan kimia dalam makanan tidak perlu larut dalam air liur untuk
merangsang tunas rasa.

5. Kulit

Reseptor sejuk Kelenjar minyak


Reseptor sakit
rambut

Reseptor panas

Reseptor sentuh
Lapisan lemak

Reseptor tekanan

Fungsi kulit  Organ deria sentuhan


 Organ deria paling besar dalam badan manusia.

Lapisan utama dalam  Epidermis


kulit  Dermis
 Lapisan lemak

20
CikguAbby2020@SDARY
Y
Reseptor dalam kulit  Terdapat lima jenis reseptor :
(a) Reseptor sakit – mengesan kesakitan
(b) Reseptor sentuhan – mengesan rangsangan sentuhan pada kulit
(c) Reseptor sejuk – mengesan rangsangan sejuk
(d) Reseptor haba – mengesan rangsangan panas
(e) Reseptor tekanan – mengesan rangsangan tekanan yang
dikenakan pada kulit
Faktor yang  Bilangan reseptor
mempengaruhi  Ketebalan epidermis kulit.
kepekaan kulit
Contoh bahagian  Lutut
badan yang kurang  Siku
peka pada sentuhan  Tapak kaki
 Belakang badan
Contoh bahagian  Lidah
badan yang sangat  Hidung
peka pada sentuhan  Bibir
 Hujung jari
 Leher

Latihan 12

1. Namakan tiga lapisan utama kulit


………………………………………………………………………………………………………………………………
2. Rajah di bawah menunjukkan struktur kulit manusia.

(a) Labelkan X dan Y pada Rajah di atas

3. Namakan reseptor yang terdapat dalam kuit dan nyatakan fungsinya.


………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………
4. Nyatakan dua faktor yang mempengaruhi kepekaan kulit
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………

5. Jelaskan mengapa hujung jari dan bukan tapak tangan digunakan untuk mengesan symbol
Braille?
………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………

21
CikguAbby2020@SDARY
Y
Latihan 13 ( Contoh Soalan PT3)

1. (a) Rajah di bawah menunjukkan struktur kulit manusia.

Pada rajah di atas, tandakan (√) pada label yang betul bagi setiap jenis reseptor.
(3 markah)

(b) Pilih reseptor yang betul berdasarkan pernyataan yang diberikan.

(i) (Reseptor sentuhan , reseptor sakit ) berada paling dekat dengan permukaan kulit.
(ii) (Reseptor tekanan , Reseptor sejuk) terdapat pada tisu lemak.
(2 markah)

(c Tandakan (√) pada pernyataan yang benar tentang kulit.

Kulit terdiri daripada lapisan nipis di bahagian luar yang dipanggil epidermis
dan lapisan dalam yang dipanggil dermis.

Kulit terdiri daripada lapisan nipis di bahagian dalam yang dipanggil


epidermis dan lapisan luar yang dipanggil dermis.

(1 markah)
PT3 2015

2. Mirza melawat sebuah gerai kraf tangan yang dikendalikan oleh Persatuan Orang-orang Buta.
Dia mendapati orang cacat penglihatan menggunakan deria sentuhan mereka dalam
penghasilan kraf tangan. Rajah 6 menunjukkan keratan rentas bagi kulit.

(a) Dalam Rajah 6, labelkan P dan Q dengan menggunakan perkataan-perkataan yang diberi
dalam petak di bawah.

Reseptor haba Reseptor tekanan Reseptor sentuh

[2 markah]

22
CikguAbby2020@SDARY
Y
(b) Semasa lawatan itu, Mirza melihat orang buta menggunakan hujung jari untuk membaca
Braille.
Jelaskan mengapa mereka menggunakan hujung jari dan bukannya hujung jari kaki untuk me
………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………
[2 markah]

(c) Mirza membeli sebuah bakul. Semasa membuat pembayaran bagi bakul itu, dia mendapati
penjual yang buta boleh memulangkan baki duitnya dengan tepat.

Jelaskan bagaimana penjual yang buta itu boleh memulangkan baki duitnya dengan tepat.

…………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………..
[2 markah]

3. Rajah di bawah menunjukkan struktur kulit manusia.

(a) Nyatakan dua perbezaan antara reseptor sakit dengan reseptor tekanan.
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
(2 markah)

(b) Terangkan mengapa reseptor sakit terletak hampir dengan permukaan kulit.
…………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………....
......................................................................................................................................................................
(2 markah)
(c) Terangkan mengapa kulit pada siku dan kulit pada bibir mempunyai kepekaan yang
berlainan.

…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
(2 markah)

23
CikguAbby2020@SDARY
Y
PT3 2019
4. Amin sedang berkebun. Dia memotong beberapa tangkai bunga. Rajah 6.1 menunjukkan bunga
yang dipotong oleh Amin.

Rajah 6.1

(a) Berdasarkan Rajah 6.1, nyatakan reseptor dan gerak bals yang terlibat.

Reseptor : ……………………………………………
Gerak balas : …………………………………………...
(2 markah)
(b) Nyatakan kedudukan reseptor di 6 (a) dalam organ deria bagi sentuhan.
……………………………………………………………………………………………………………………….
(1 markah)
(c) Amin mengumpul dan membakar daun kering. Asap telah menyebabkan matanya berkedip.
Terangkan jenis gerak balas dan kepentingannya.
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
(2 markah)

(d) Adik Amin bermain di kawasan refleksologi. Dia melakukan aktiviti seperti ditunjukkan dalam
Rajah 6.2.

Rajah 6.2

Situasi manakah dia akan merasa kurang sakit?


Terangkan jawapan anda.
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
(3 markah)

24
CikguAbby2020@SDARY
Y

Latihan 14

1. Nyatakan faktor yang mempengaruhi kepekaan deria penglihatan dan pendengaran.


……………………………………........................................................................................................
2. Apakah had deria penglihatan manusia?
………………………………………………………………………….....................................................
3. Apakah yang dimaksudkan dengan ilusi optik?
………………………………………………………………………………………………………………….
4. Terangkan bagaimana binocular dan mikroskop cahaya dapat mengatasi had deria penglihatan
manusia?
………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………
5. Berapakah julat frekuensi pendengaran bagi manusia?
……………………………………………………………………………

6. Bunyi yang terlalu kuat boleh merosakkan reseptor dalam telinga. Cadangkan satu langkah bagi
mencegah kerosakan telinga pekerja di tempat kerja yang bising?
………………………………………………………………………………………………………………………………

7. (a) Rajah di bawah menunjukkan sejenis kecacatan penglihatan.

(i) Namakan kecacatan penglihatan ini.


……………………………………………………
(ii) Pada Rajah di atas, lukiskan pembetulan bagi kecacatan itudengan menggunakan kanta
yang sesuai, Namakan kanta tersebut.
…………………………………………………….
(b) Apakah caranya untuk membetulkan astigmatisme, sejenis kecacatan penglihatan?
…………………………………………………………………………………………………………….

8. Rajah di bawah menunjukkan seorang perempuan tua sedang membaca surat khabar. Beliau
mendapati tulisan di surat khabar kelihatan kabur apabila membaca tanpa memakai cermin
mata.

(a) Apakah jenis masalah penglihatan orang tua itu?


……………………………………………………………………

(b) Bagaimanakah caranya beliau membetulkan masalah tersebut?


………………………………………………………………………………………………………………………..

25
CikguAbby2020@SDARY
Masalah Berkaitan Deria Pendengaran dan Penglihatan Y

Faktor-faktor yang mempengaruhi  Had deria


kepekaan deria penglihatan dan deria  Kecacatan organ deria
pendengaran  Proses penuaan

 Had deria

1. Had deria penglihatan  Had keupayaan mata untuk melihat objek.


 Mata manusia tidak dapat melihat objek yang terlalu
seni seperti mikroorganisma mahupun objek yang
terlalu jauh.
 Ilusi optik dan bintik buta

(a) Ilusi optik  Berlaku apabila objek yang dilihat berbeza daripada
keadaan sebenar
 Berlaku disebabkan otak tidak dapat mentafsir
dengan tepat objek yang dilihat oleh mata kerana
gangguan di sekitar objek.

(b) Titik buta ( Bintik Buta)  Apabila imej jatuh pada titik buta, tiada impuls saraf
dihasilkan dan kita tidak dapat melihat imej tersebut.

Alat untuk mengatasi had deria  Binokular


penglihatan  Mikroskop cahaya
 Mikroskop imbasan electron
 Mesin ultrabunyi
 Mesin sinar-X

2. Had deria pendengaran  Had keupayaan telinga untuk mendengar bunyi


 Julat frekuansi manusia : 20 Hz hingga 20,000 Hz

Alat untuk mengatasi had pendengaran  Stetoskop


 Pembesar suara
 Kecacatan Organ Deria

1. Kecacatan Penglihatan  Rabun jauh


 Rabun dekat
 Astigmatisme
(a) Rabun jauh  Tidak dapat melihat objek jauh dengan jelas
 Objek jauh kelihatan kabur
 Imej difokuskan di hadapan retina
 Sebab
(i) Kanta mata terlalu tebal
(ii) Bebola mata terlalu panjang

26
CikguAbby2020@SDARY
Y

 Cara membetulkannya : kanta cekung

(b) Rabun dekat  Tidak dapat melihat objek dekat dengan jelas
 Objek dekat kelihatan kabur
 Imej difokuskan di belakang retina
 Sebab
(i) Kanta mata terlalu nipis
(ii) Bebola mata terlalu pendek

 Cara membetulkannya : kanta cembung

(c) Astigmatisme  Kedua-dua objek jauh dan dekat kelihatan kabur dan
terherot
 Sebab : lengkungan kornea atau kanta mata yang
tidak rata

27
CikguAbby2020@SDARY
Y
 Cara membetulkannya : kanta silinder

2. Kecacatan Pendengaran  Kurang atau hilang pendengaran


 Mungkin berlaku disebabkan oleh :
(a) kerosakan bahagian tertentu telinga sejak lahir
(b) kecederaan
(c) jangkitan mikroorganisma
(d) bunyi bising berlanjutan
(e) proses penuaan

 Cara membetulkannya : alat bantuan pendengaran.

3. Proses penuaan  Kekenyalan gegendang telinga dan kanta mata


semakin merosot dengan usia.
 Proses penuaan mengurangkan kepekaan deria
pendengaran dan deria penglihatan.

Latihan 15 (Contoh Soalan PT3)

1. Rajah 2.2 menunjukkan dua jenis kecacatan penglihatan, R dan S yang sering dialami oleh
manusia.

Rajah 2.2
Tanda (√) satu perbezaan antara punca utama kecacatan penglihatan R dengn
kecacatan penglihatan S.

(i) R berlaku disebabkan oleh bebola mata yang terlalu panjang


manakala S berlaku disebabkan oleh bebola mata yang terlalu
pendek.
(ii) R berlaku disebabkan oleh kanta mata yang terlalu nipis manakala S
berlaku disebabkan oleh kanta mata yang terlalu tebal.

28
CikguAbby2020@SDARY
Y
[1 markah]

2. Rajah di bawah menunjukkan dua jenis kecacatan penglihatan.

(a) Nyatakan sebab kecacatan penglihatan R dan S.

R : ……………………………………………………………………………………………………
S : ……………………………………………………………………………………………………..
(2 markah)

(b) Cadangkan satu kaedah untuk membetulkan rabun dekat dan rabun jauh.

Keadaan Kaedah untuk membetulkan kecacatan penglihatan

Rabun dekat

Rabun jauh

[2 markah]

(c) Cadangkan teknologi moden yang membantu untuk mengatasi had penglihatan.
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
[2 markah]

3. (a) Rabun jauh disebabkan oleh bentuk bola mata yang terlalu panjang atau besar dan anak
mata terlalu tebal kerana otot gagal untuk melaraskan bentuk kanta.
Tandakan ( √ ) pada rajah yang betul bagi rabun jauh dan tandakan (X) pada rajah yang
salah.

(b) Tandakan (√ ) pada alat yang digunakan untuk mengatasi had deria penglihatan.

29
CikguAbby2020@SDARY
Y
PT3 2015

1. (a) Dalam kelas sains, Rayyan telah mempelajari tentang mekanisme penglihatan.

Anak mata Iris Retina

Dengan menggunakan perkataan yang disediakan di atas, lengkapkan carta alir berikut
yang menunjukkan laluan cahaya dari suatu objek yang masuk ke dalam mata.

(b) Seseorang yang rabun dekat boleh melihat objek jauh dengan baik tetapi objek
dekat kelihatan kabur.
Terangkan bagaimana untuk mengatasi masalah itu.
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
[2 markah]

(c) Dalam satu ujian penglihatan, Rayyan dikehendaki membaca huruf-huruf pada
kad. Pada jarak 3 meter, Rayyan gagal mengenal pasti huruf-huruf yang bersaiz
kecil pada kad itu.
Nyatakan keadaan struktur mata Rayyan dan cara mengatasi masalah penglihatannya.
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
. [2 markah]

2. (a) Setelah berjalan selama sepuluh minit pada hari yang sangat panas, akhirnya Kamal sampai
di rumah kawannya. Kawan Kamal menyambutnya dan mengiringinya ke dalam rumah.
Tiba-tiba Kamal berasa pening dan semuanya kelihatan gelap. Hal ini berlaku hanya
beberapa minit.

(i) Pada fikiran anda, apakah yang menyebabkan kejadian ini?


………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………
[2 markah]
(ii) Bahagian manakah pada mata Kamal yang berubah apabila dia masuk ke dalam rumah?
Bulatkan bahagian itu pada rajah di bawah.

[1 markah]

30
CikguAbby2020@SDARY
1.3 Rangsangan dan Gerak Balas dalam Tumbuhan Y

Rangsangan yang dikesan oleh  Cahaya


tumbuhan  Air
 Graviti
 Sentuhan
Gerak balas tumbuhan  Tropisme
 Gerak balas nastik
Tropisme  Gerak balas tumbuhan sama ada terarah atau
menjauhi suatu rangsangan.
 Bahagian tumbuhan yang tumbuh ke arah
rangsangan dikenali sebagai tropisme positif.
 Bahagian tumbuhan yang tumbuh menjauhi
rangsangan dikenali sebagai tropisme negative.

A. Fototropisme  Gerak balas tumbuhan terhadap cahaya.
 Pucuk tumbuhan menunjukkan fototropisme positif,
Tumbuh ke arah iaitu tumbuh kea rah cahaya.
cahaya  Fototropisme positif memastikan pucuk dan daun
tumbuhan memperoleh cahaya matahari untuk
membuat makanan melalui fotosintesis

B. Hidrotropisme  Gerak balas tumbuhan terhadap air.


 Akar tumbuhan menunjukkan hidrotropisme positif,
tumbuh ke arah sumber air.
 Hidrotropisme positif memastikan tumbuhan
mendapat air dan garam mineral terlarut yang
mencukupi untuk terus hidup.
hidrotropisme
positif
(tumbuh ke
arah air)

C. Geotropism  Gerak balas tumbuhan terhadap graviti.


 Akar tumbuhan menunjukkan geotropism
Geotropisme
positif
positif,tumbuh ke bawah mengikut arah graviti.
(tumbuh ke arah  Geotropism positif membolehkan akar tumbuhan
graviti) tumbuh jauh ke dalam tanah untuk mencengkam lalu
Geotropisme
menstabilkan kedudukan tumbuhan pada tanah.
negatif
(tumbuh
menentang
arah graviti)

D. Tigmotropisme  Gerak balas tumbuhan terhadap sentuhan.


 Sulur paut dan batang yang melilit menunjukkan
tigmotropisme positif.
 Gerak balas ini membolehkan tumbuhan tumbuh
secara menegak untuk memperoleh cahaya matahari
dan mencengkam objek untuk memperoleh
sokongan.

Pokok timun mempunyai sulur paut yang


melilit objek yang bersentuhan dengannya

31
CikguAbby2020@SDARY
Y
Gerakan Nastik  Gerak balas tumbuhan yang tidak bergantung pada
arah rangsangan .
 Seismonasti ialah gerakan nasti terhadap sentuhan
seperti yang ditunjukkan oleh pokok perangkap lalat,
Venus.

Latihan 16

1. Apakah tropisme?
……………………………………………………………….......................................................................................

2. Nyatakan jenis tropisme terhadap rangsangan yang berikut :


(a) Sentuhan : ………………………………………….....................
(b) Gravity : ………………………………………………………..
(c) Cahaya : ……………………………………………………….

3. (a) Bahagian tumbuhan yang manakah menunjukkan :


(i) Fototropisme positif : …………………………………………………….
(ii) Geotropism positif : ……………………………………………………
(iii) Tigmotropisme positif : ………………………………………………….

(b) Apakah kepentingan hidrotropisme kepada tumbuhan?


………………………………………………………………………………………………………………………..

4. Apakah yang dimaksudkan dengan geotropism positif dan geotropism negative?


………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………

5. Nyatakan dua gerak bals tumbuhan yang membantu fotosintesis dalam tumbuhan. Jelaskan
bagaimana gerak balas ini membantu fotosintesis?
………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………

6. Bagaimanakah gerakan nasti berbeza daripada tropisme dalam tumbuhan ?


………………………………………………………………………………………………………………………………
.............................................................................................................................................................................

7. Apakah maksud seismonasti? Berikan satu contoh tumbuhan yang menunjukkan gerak balas ini?
……………………………………………………………………………………………………………………………..

8. Beberapa anak benih diletakkan di dalam kotak yang hanya mempunyai satu lubang di
bahagian tepinya seperti yang ditunjukkan dalam rajah. Ramalkan keadaan pucuk anak benih
selepas beberapa hari.

………………………………………………………………………………………………………………..

32
CikguAbby2020@SDARY
Y

9. Rajah menunjukkan keadaan anak benih yang mula bertumbuh. Anak benih ini menunjukkan
gerak balas terhadap cahaya matahari

(a) Namakan jenis gerak balas yang ditunjukkan oleh anak benih terhadap cahaya matahari
(i) Pucuk : ……………………………………………
(ii) Akar : …………………………………………….

(b) Huraikan kepentingan gerak balas yang ditunjukkan oleh pucuk.


………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………

(c) Selain mendapatkan air, akar tumbuhan berkayu biasanya tumbuh jauh ke dalam tanah untuk
mendapatkan sokongan yang kuat. Namakan jenis gerak balas yang dinyatakan.
…………………………………………………………………..

(d) Tumbuhan tidak berkayu mempunyai kelemahan untuk tumbuh menegak.


Jelaskan bagaimana gerak balas dapat membantu tumbuhan seperti tembikai untuk
mendapatkan cahaya matahari optimum.
………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………

(e) Rajah menunjukkan sejenis tumbuhan yang bergerak balas apabila disentuh.

(i) Namakan jenis gerak balas yang ditunjukkan


...........................................................................................................................................................................

(ii) Apakah kepentingan gerak balas yang ditunjukkan kepada tumbuhan itu
............................................................................................................................................................................

33
CikguAbby2020@SDARY
1.4 Kepentingan Gerak Balas terhadap Rangsangan dalam Haiwan Lain Y

Penglihatan Stereoskopik  Kedua-dua mata terletak di hadapan kepala.


 Keluasan medan penglihatan kecil.
 Medan penglihatan yang bertindih banyak.

Medan penglihatan monokular


Medan penglihatan stereoskopik

 Imej tiga dimensi terbentuk.


 Haiwan berupaya menganggar jarak atau
kedalaman dengan baik semasa memburu
 Contoh : Manusia dan kebanyakan haiwan pemangsa.

Penglihaan Mokular  Kedua-sua mata terletak di sisi kepala.


 Keluasan medan penglihatan besar.
 Medan penglihatan yang tidak bertindih atau bertindih
sedikit sahaja.

Pertindihan kecil

Medan penglihatan monokular


Medan penglihatan stereoskopik

 Imej dua dimensi terbentuk.


 Haiwan berupaya untuk mengesan musuh dari
pelbagai arah.
 Contoh : kebanyakan haiwan mangsa (tikus, ayam,
ikan)

Pendengaran Stereofonik  Pendengaran dengan menggunakan kedua-dua


belah telinga.
 Dapat menentukan arah bunyi dengan tepat.
 Kepentingan pendengaran stereofonik:
(a) Manusia
- Dapat menentukan lokasi sumber bunyi.
(b) Haiwan pemangsa
- Untuk menentukan lokasi mangsanya.
(c) Haiwan mangsa
- Untuk menentukan lokasi pemburu dan melarikan
diri daripadanya.

34
CikguAbby2020@SDARY
Y
Frekuensi pendengaran Haiwan  Tikus – 200 – 80 000 Hz
 Singa laut - 450 – 50 000 Hz
 Dolfin - 40 – 100 000 Hz
 Gajah - 16 – 12 000 Hz
 Anjing - 67 – 45 000 Hz
 Kelawar - 2000 – 110 000 Hz

- Haiwan yang berbeza dapat mendengar bunyi


yang mempunyai frekuensi yang berbeza.

Beberapa cara lain bagaimana haiwan  Feromon ialah isyarat kimia yang digunakan dalam
mengesan rangsangan kalangan haiwan yang sama spesies, dikesan melalui
deria bau.
 Kepentingan :
(a) menarik pasangan pembiakan
(b) menandakan sempadan kawasan
(c) sebagai cara mengenal ibu atau anak
(d) menandakan laluan bagi mencari makanan
 Jacobson - organ yang terdapat pada bahagian atas
mulut ular, digunakan untuk mengesan bau.
 Ikan mempunyai garis lateral pada badan untuk
mengesan getaran dan pergerakan di sekeliling
mereka.
 Jerung dan sebahagian ikan menggunakan medan
elektrik yang lemah untuk mengesan persekitaran,
mangsa dan musuh.
 Sesungut dan bulu tegar di beberapa bahagian
badan dan kaki serangga digunakan untuk mengesan
rangsangan.
 Sesetengah serangga dan invertebrate mempunyai
lebih daripada sepasang mata sebagai organ deria
penglihatan.
 Misai pada haiwan peka terhadap sentuhan.

Latihan 17

1. Berikan dua jenis penglihatan haiwan.


………………………………………………………………………………………………………………………

2. Namakan dua haiwan dengan penglihatan stereoskopik.Apakah kelebihan penglihatan ini?


………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………

3. Nyatakan faktor yang menentukan jenis penglihatan haiwan.


……………………………………………………………………………………………………………………..

4. Apakah jenis penglihatan pengguna primer?Berikan alasannya.


………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………

5. Selain daripada deria penglihatan, nyatakan satu lagi cara pengesanan rangsangan bagi haiwan
berikut :
(a) Ikan : …………………………………………………………………………………
(b) Kucing : …………………………………………………………………………………
(c) Belut : …………………………………………………………………………………
(d) Ular : …………………………………………………………………………………
(e) Belalang : ……………………………………………………………………………….

6. Apakah kepentingan pendengaran stereofonik?


………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………

35
CikguAbby2020@SDARY
Y
7. Bagaimanakah penglihatan monokular membantu arnab bermandiri?
………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………

8. Rajah di bawah menunjukkan seekor burung hantu sedang mencari mangsa.

(a) Namakan jenis penglihatan yang dimiliki oleh burung hantu tersebut.
……………………………………………………………………………………….

(b) Terangkan bagaimana penglihatan burung hantu membantunya dalam pemburuan


…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………

(c) Berikan dua contoh haiwan yang mempunyai jenis penglihatan yang sama seperti burung
hantu di atas.
…………………………………………………………………………………………………………………………

(d) Terangkan bagaimana penglihatan seekor tikus membantunya dalam kemandirian spesies.
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………

9. Rajah menunjukkan dua jenis haiwan yang mempunyai jenis penglihatan yang berbeza.

(a) Namakan jenis penglihatan bagi kedua-dua haiwan yang ditunjukkan.

(i) Harimau : ...................................................................................................


( ii)Arnab : ...................................................................................................

(b) Harimau merupakan pemangsa bagi arnab. Apakah kelebihan penglihatan yang dimiliki oleh
harimau sebagai pemangsa?
......................................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................................

(c) Huraikan bagaimana penglihatan mata arnab dapat membantu arnab menyelamatkan diri
daripada harimau.
......................................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................................

36
CikguAbby2020@SDARY
Y
(d) Lukiskan medan penglihatan bagi mata arnab pada rajah di bawah.

(e) Jika sebelah mata arnab cedera dan tidak dapat melihat, huraikan kesan yang bakal berlaku
kepada arnab apabila dikejar harimau.
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………

(f) Berikan satu contoh haiwan lain yang mempunyai penglihatan seperti arnab.
………………………………………………………………………………………………………

37

Anda mungkin juga menyukai