Anda di halaman 1dari 36

SAINS TINGKATAN 3

BAB 1 : RANGSANGAN DAN GERAK


BALAS
1.1 : SISTEM SARAF MANUSIA
1.2 : RANGSANGAN DAN GERAK BALAS DALAM MANUSIA
1.3 : RANGSANGAN DAN GERAK BALAS DALAM TUMBUHAN
1.4 : KEPENTINGAN GERAK BALAS TERHADAP RANGSANGAN
DALAM HAIWAN LAIN
1.1 SISTEM SARAF MANUSIA
Sistem saraf manusia
merupakan

Sistem dalam badan


manusia
berfungsi sebagai bersama dengan

Sistem kawalan dalam Sistem endokrin


koordinasi badan
untuk untuk
Mengawal dan menyelaraskan Mengekalkan keseimbangan
semua fungsi organ dalam dan kestabilan persekitaran
badan dalam badan
termasuklah melalui proses
Pemikiran, penglihatan,
denyutan jantung dan Homeostasis
pergerakan badan
Struktur Sistem Saraf Manusia
Fungsi Sistem Saraf Manusia
Fungsi utama : mengawal dan mengkoordinasikan organ atau bahagian
badan yang lain supaya dapat berfungsi secara harmoni, cekap serta pada
masa dan kadar yang diperlukan.
Contohnya : sistem saraf manusia mengawal dan mengkoordinasikan
organ seperti mata dan bahagian badan lain seperti jari dan tangan
sewaktu membuat panggilan telefon.
Ia melakukan fungsinya dengan :
a) Mengesan rangsangan oleh afektor (reseptor) pada organ deria seperti
reseptor sakit pada kulit.
b) Menghantar maklumat dalam bentuk impuls saraf ke otak atau saraf
tunjang
c) Mentafsir impuls saraf oleh otak
d) Menghasilkan gerak balas oleh efektor seperti otot/ kelenjar.
Contoh aktiviti melibatkan rangsangan dan gerak balas

Contoh aktiviti harian Rangsangan Gerak balas

Berada di atas puncak bukit Rasa sejuk Menggigil

Loceng pintu berbunyi Dengar bunyi Membuka pintu

Menggunakan komputer Lihat imej Tekan papan kekunci


Tindakan Terkawal dan Tindakan Luar Kawal
Tindakan terkawal ialah gerak balas badan manusia yang :
i. Disedari
ii. Dilakukan mengikut kehendak
iii. Dikawal oleh otak
Contohnya : belajar , bersenam, berfikir, berkomunikasi etc.
Urutan aliran impuls dalam tindakan terkawal :

Afektor/reseptor Efektor
Rangsangan Impuls saraf Otak Impuls saraf Gerak balas
(dalam mata) (dalam otot)
• Tindakan luar kawal merupakan gerak balas badan manusia yang :
a) Berlaku secara serta-merta tanpa disedari / difikirkan
b) Melibatkan medula oblongata, saraf tunjang dan otot rangka
c) Tidak dilakukan mengikut kehendak
d) Tidak dikawal oleh otak
• Contoh : denyutan jantung, peristalsis di esofagus dan bersin.
• Contoh aktiviti tindakan luar kawal :

Tindakan luar kawal


Melibatkan • Medula oblongata • Saraf tunjang
• Otot rangka
Contoh • Denyutan jantung • Muntah
• Peristalsis • Kelipan mata
• Rembesan air liur • Sentakan lutut
• Pencernaan • Menarik jari apabila
• Tekanan darah terkena objek panas
• Menarik kaki apabila
terpijak objek tajam
• Bersin apabila
debu/habuk masuk
kedalam hidung
• Urutan aliran impuls dalam tindakan luar kawal/tindakan reflex.
Afektor/ Efektor
reseptor Impuls Saraf (otot
Rangsangan Impuls saraf Gerak balas
(reseptor saraf tunjang kuadrisep
regangan) mengecut)
• Kepentingan rangkaian sistem saraf manusia dalam kehidupan harian
- Sistem saraf yang terjejas akan mengganggu proses hidup dan aktiviti
harian manusia.
- Kesan kecederaan sistem saraf :

Kecederaan ringan Kecederaan serius

• Pesakit tidak dapat melakukan • Pesakit tidak dapat melakukan


beberapa tindakan terkawal dan /atau tindakan terkawal dan tindakan luar
tindakan luar kawal kawal
• Mungkin mengalami lumpuh separuh • Mengalami lumpuh keseluruhan
• Pesakit yang lumpuh separuh badan badan
tidak dapat menggerakkan • Pesakit yang lumpuh keseluruhan
tangan/berjalan kaki badan memerlukan mesin untuk
pernafasan
Praktis Skil 1.1
1. Apakah sistem saraf manusia?
2. Sistem saraf manusia boleh dibahagikan kepada dua jenis. Namakan dua
jenis dan bahagian dalam jenis sistem saraf ( dalam bentuk jadual).
3. Apakah fungsi utama bagi sistem saraf manusia?
4. Namakan bahagian dalam organ deria yang mengesan rangsangan dan
menghasilkan impuls saraf.
5. Namakan organ dalam sistem saraf manusia yang mentafsirkan impuls.
6. Serangan strok lazimnya menyebabkan mangsa mengalami lumpuh
separuh /lumpuh keseluruhan.
a) Terangkan apakah yang terjadi kepada sistem saraf manusia akibat
serangan strok.
b) Nyatakan bahagian dalam system saraf manusia yang lazimnya terjejas
akibat serangan strok.
1.2: Rangsangan dan Gerak Balas dalam manusia
• Maksud rangsangan : perubahan persekitaran yang dapat dikesan
oleh afektor (reseptor) dalam organ deria manusia.
• Contoh : cahaya, bunyi, bau, rasa, sentuhan,kesakitan, panas, sejuk
dan tekanan.
• Organ deria terlibat :
1) MATA – DERIA PENGLIHATAN
STRUKTUR MATA
2) HIDUNG – DERIA BAU
3) TELINGA – DERIA PENDENGARAN
4) LIDAH – DERIA RASA
• Permukaan lidah terdapat bintil kecil dikenali – papila
• Permukaan papila – dilapisi beratus-ratus tunas rasa (mengandungi
10 -50 reseptor rasa)
• Reseptor rasa – mengesan 5 jenis rasa asas (manis, masin, pahit,
masam dan umami)
• Proses makanan dikunyah,
1. Bahan kimia dalam makanan melarut dalam air liur. Bahan kimia
terlarut akan meresap ke dalam tunas rasa melalui liang dan
merangsang reseptor rasa untuk menghasilkan impuls saraf.
2. Impuls saraf dihantar ke otak melalui saraf kranium lalu ditafsirkan
sebagai rasa masin, manis, masam, pahit, umami atau kombinasi
rasa asas.
Kepekaan Lidah terhadap Rangsangan
Rasa yang Berbeza Kombinasi antara Deria Rasa dan Deria
Bau
• Termasuklah : • Membolehkan manusia menikmati
1) Semua kawasan pada lidah adalah kelazatan makanan dengan lebih
peka terhadap kelima-lima rasa mudah dan lengkap
2) Kawasan yang berbeza pada lidah • Contohnya : selain bahan kimia yang
mempunyai kepekaan yang melarut dalam air liur, bahan kimia
berlainan terhadap rasa tertentu. dalam makanan yang panas juga
tersejat dalam bentuk wap yang
masuk ke dalam rongga hidung dan
merangsang sel deria bau. Jadi,
rangsangan kombinasi deria rasa dan
deria bau menyebabkan makanan
berasa lebih enak.
5) KULIT
• Merupakan organ deria paling besar dalam badan manusia.
• Terdiri daripada :
1. Epidermis : lapisan luar yang nipis dan melindungi permukaan luar
badan
2. Dermis : lapisan dalam yang mengandungi salur darah, kalenjar
peluh dan reseptor
• Mempunyai 5 jenis reseptor yang berada pada kedudukan berbeza
dan mengesan rangsangan yang berbeza.
Jenis reseptor Rangsangan
Reseptor sakit Kesakitan pada kulit
Reseptor sejuk Sejuk
Reseptor haba Panas
Reseptor sentuhan Sentuhan pada kulit
Reseptor tekanan Tekanan pada kulit
Had Deria Penglihatan dan Cara Mengatasinya
• Had deria penglihatan – had keupayaan mata untuk melihat objek
dengan lebih jelas.
• Had deria penglihatan termasuklah :
1. Tidak dapat melihat objek yang terlalu kecil – mikroorganisma
2. Tidak dapat melihat objek yang terlalu jauh – planet
Neptun,Marikh
3. Ilusi optik
4. Titik buta
1.3 : Rangsangan dan Gerak Balas dalam Tumbuhan
Gerak Balas
Tumbuhan

Tropisme Gerak Balas Nastik


- Gerak balas pertumbuhan bhg pucuk dan akar - Gerak balas sebahagian
terhadap rangsangan tumbuhan terhadap
- Arah pertumbuhan bergantung kepada arah rangsangan luar : sentuhan
rangsangan - Arah gerakan tidak
- Contoh : Fototropisme, Geotropisme, bergantung kepada arah
Hidrotropisme, Tigmotropisme rangsangan

Tropisme Positif Tropisme Negatif


- Ke arah rangsangan -menjauhi rangsangan
Tropisme Gerak balas Nastik
Gerak balas terarah tumbuhan : cahaya, air , graviti, Gerak balas tumbuhan terhadap rangsangan luar :
dan sentuhan sentuhan
Tropisme positif : bahagian tumbuhan yang tumbuh Tidak bergantung kepada arah rangsangan
ke arah rangsangan
Tropisme negatif : bahagian tumbuhan yang tumbuh
menjauhi rangsangan
Gerak balas berlaku dengan perlahan dan kurang Gerak balas berlaku lebih cepat
ketara
Berlaku berdasarkan jenis tropisme : fototropisme, Perubahan berlaku : penguncupan daun terhadap
hidrotropisme, geotropism dan tigmotropisme. sentuhan / bahagian tumbuhan yang tumbuh spt
daun yang melengkung ke atas terhadap hormon
tumbuhan
Kepentingan : Kepentingan :
1) Untuk menjamin kemandirian sesuatu tumbuhan 1) Sebagai pertahanan bagi tumbuhan tersebut
2) Contoh : fototropisme positif membolehkan pucuk 2) Contoh : pokok semalu – pertahanan daripada
dan daun memperoleh cahaya matahari utk proses musuh dan angina kuat
fotosintesis.
Jenis tropisme Terhadap Bahagian tumbuhan yang tumbuh Kesan ke atas tumbuhan

Fototropisme Rangsangan cahaya Fototropisme positif – pucuk tumbuh ke Fototropisme positif – pucuk dan daun
arah cahaya memperoleh cahaya matahari utk
proses fotosintesis.

Hidrotropisme Rangsangan air Hidrotropisme positif – akar tumbuhan Hidrotropisme positif – akar peroleh
tumbuh ke arah sumber air air utk fotosintesis dan garam mineral
terlarut utk pertumbuhan yang sihat

Geotropisme Rangsangan graviti • Geotropisme positif – akar • Geotropisme positif – akar tumbuh
tumbuhan tumbuh ke bawah jauh ke dalam tanah dan
mengikut arah graviti mencengkam utk menstabilakn
kedudukan tumbuhan
• Geotropisme negative – pucuk • Geotropisme negative - Pucuk dan
tumbuh ke atas menentang arah daun mendapat cahaya utk proses
graviti fotosintesis.

Tigmotropisme Rangsangan • Tigmotropisme positif – sulur • Tigmotropisme positif – pucuk dan


sentuhan paut/batang melilit pada objek daun mendapat cahaya
bersentuh dengannya • Tigmotropisme negative – akar
• Tigmotropisme negative – akar menjauhi objek yang
menjauhi objek yang bersentuhan menghalangnya dari sumber air.
dengannya
1.4 : Kepentingan Gerak Balas terhadap
Rangsangan dalam Haiwan Lain
Perbezaan ciri antara penglihatan
Ciri Penglihatan stereoskopik Penglihatan monokular
Kedudukan kedua-dua mata di Di hadapan kepala Di sisi kepala
kepala
Keluasan medan penglihatan Kurang luas Luas
Pertindihan medan penglihatan Lebih bertindih Kurang bertindih
Jenis imej Imej tiga dimensi Imej dua dimensi
Menganggar jarak,saiz dan Dapat menganggar jarak, saiz dan Tidak dapat menganggar jarak, saiz
kedalaman objek kedalaman objek dengan tepat. dan kedalaman objek dengan tepat
Kesan kepada haiwan Keupayaan menganggar jarak Medan penglihatan yang luas
dengan tepat membantu haiwan membantu haiwan mangsa
pemangsa memburu mengesan musuh
Contoh hidupan Manusia dan haiwan pemangsa – Haiwan mangsa – arnab, rusa, tikus
burung hantu, harimau, ular
Pendengaran Stereofonik
• Merupakan pendengaran dengan menggunakan kedua-dua belah
telinga
• Membolehkan kita menentukan arah bunyi dan lokasi sumber bunyi
dengan tepat seperti :
1. Telinga yg lebih dekat dengan sumber bunyi menerima bunyi lebih
awal dan lebih kuat daripada telinga sebelah lagi
2. Perbezaan masa dan kekuatan bunyi yang diterima oleh kedua-dua
belah telinga dikesan oleh otak – membolehkan kita menentukan
arah bunyi ( dari kanan/kiri dan lokasi sumber bunyi)
• Kepentingan pendengaran stereofonik kepada haiwan
1. Membantu pemangsa menentukan lokasi mangsanya
2. Membantu haiwan mangsa menentukan lokasi pemburunya
Kelawar
2000 – 110
000 Hz
Manusia Monyet
20 -20 000 400 –
Hz 6 000 Hz
Pendengaran
Frekuensi yang
Berbeza bagi
Manusia dan
Haiwan
Gajah Katak
16 – 12 50 – 8 000
000 Hz Hz
Belalang
7 000 –
100 000 Hz

Anda mungkin juga menyukai