Anda di halaman 1dari 14

SEKOLAH KEBANGSAAN KLIA

TAMAN MAWAR, BANDAR BARU SALAK TINGGI,


43900 SEPANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.

KERTAS KERJA
PERKHEMAHAN PERDANA
SEKOLAH KEBANGSAAN KLIA
2012

TEMPAT :
PUSAT PENYELIDIKAN SAINS MARIN,
BATU 7.5 PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN

TARIKH :
13 dan 14 OKTOBER 2012
(SABTU DAN AHAD)

ANJURAN :
UNIT KOKURIKULUM SK KLIA
Kertas Kerja Perkhemahan Perdana SK KLIA 2012

1.0 PENGENALAN
Perkhemahan unit beruniform adalah salah satu saluran pendidikan luar
bilik darjah yang amat berkesan dalam usaha menangani segala bentuk
masalah gejala sosial. Perkhemahan juga dapat mendidik murid-murid percaya
kepada diri sendiri dan sedar akan kemampuan diri. Melalui aktiviti-aktiviti yang
disediakan, mereka akan didedahkan dengan suatu persekitaran baru. Ia juga
memberikan satu rasa dengan menanam sifat keberanian dan kepercayaan
internal dan intrapersonal. Pada tahun ini, Unit Kokurikulum SK KLIA sekali lagi
diberi mandat untuk mengelolakan perkhemahan unit-unit beruniform yang
melibatkan murid tahun empat, lima dan enam. Dengan semangat dan
kepercayaan, adalah diharapkan program ini akan mencapai objektifnya.
Selain itu, adalah sangat diharapkan agar perkhemahan ini akan dapat
memberikan peluang kepada murid-murid menonjolkan kemampuan diri
mereka. Disamping menimba pengalaman, perkhemahan ini nanti akan dapat
mengeratkan tali persaudaraan sesama murid dan juga guru-guru.

2.0 NAMA PROGRAM


Perkhemahan Perdana SK KLIA, Sepang.

3.0 MATLAMAT
Antara matlamat program ini ialah seperti berikut:
3.1 Mengukuhkan ilmu pendidikan luar yang telah dipelajari serta berkongsi
pengalaman bersama-sama rakan dan guru.
3.2 Mengaplikasikan teori-teori yang telah dipelajari disekolah bersama-sama
unit masing-masing semasa perkhemahan.
3.3 Menanam sikap sukakan aktiviti luar sebagai suatu aktiviti yang
berfaedah.
3.4 Menerapkan sikap hormat-menghormati sesama insan.
3.5 Menanam sifat ingin berdikari dalam kehidupan seharian dan berfikiran
matang.

2
Kertas Kerja Perkhemahan Perdana SK KLIA 2012

4.0 OBJEKTIF
Pada akhir program ini, peserta program dapat :
4.1 Didedahkan dengan pengalaman baru di dalam suasana perkhemahan.
4.2 Mewujudkan kerjasama dan tolong menolong di kalangan murid serta
guru di dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
4.3 Memberi peluang kepada murid untuk mengasah dan menonjolkan
bakat serta kebolehan yang dimiliki.
4.4 Mewujudkan persaingan yang sihat antara murid.
4.5 Memberi peluang kepada murid agar lebih berani dan yakin akan diri
sendiri.
4.6 Merapatkan hubungan silaturrahim di antara murid dan guru-guru.

5.0 SASARAN PENYERTAAN


120 orang murid Tahap 2 (Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6) yang mewakili
setiap unit uniform iaitu :
i. 30 orang ahli Pengakap Kanak-Kanak (PKK)
ii. 30 orang ahli Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)
iii. 30 orang ahli Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM)
iv. 30 orang ahli Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)

6.0 PELAKSANAAN
Perkhemahan tersebut akan diadakan seperti butiran berikut :
Tarikh : 14 dan 15 Oktober 2012
Hari : Sabtu dan Ahad
Tempat : Pusat Penyelidikan Sains Marin,
Batu 7.5 Port Dickson,
Negeri Sembilan.

3
Kertas Kerja Perkhemahan Perdana SK KLIA 2012

7.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Jawatankuasa Induk
Program Perkhemahan Perdana SK KLIA 2012

Penasihat: Puan Rumiah Bt Abd Jalil (Guru Besar SK KLIA)


Pengerusi: Encik Idris Bin Abd Rahman (GPK Kokurikulum)
Naib Pengerusi: Puan Nooriah Bt Kasah (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi: Puan Anida Bt Salehuddin (GPK Hal Ehwal Murid)
Setiausaha: Puan Salhawati Bt Yusof
Kem Komandan: Puan Rodziah Bt Zainal
Pen. Kem Komandan : 1. Puan Norlia Bt Nasir
2. Puan Nariah Bt Mat Ali
3. Puan Marina Bt Md Yusof

Jawatankuasa Kecil :

Makanan Dan Minuman Dokumentasi


1. Pn. Norlia Bt Nasir 1. Pn Rodziah Bt Zainal

Keselamatan Dan Kecemasan Penyelaras Aktiviti /Persiapan


1. Pn Nariah Bt Mat Ali Alatan Pertandingan :
1. Pn.Norlia Bt Nasir (khemah)
Hadiah Dan Sijil 2. Pn.Rodziah Bt Zainal(Ikatan)
1. Pn. Marina Bt Md Yusof 3. Pn.Nariah Bt Mat Ali (Aktiviti
Air)
Kerohanian 4. Pn.Salhawati Yusof (Malam
1. Pn.Salhawati Yusof Kebudayaan)
5. Pn.Marina Bt Md Yusof (LDK)
Hakim Pertandingan

4
Kertas Kerja Perkhemahan Perdana SK KLIA 2012

1. Guru Besar Riadah :


2. GPK Pentadbiran 1. Puan Salhawati Yusof

8.0 ATUR CARA PROGRAM

Cadangan aktiviti program adalah seperti berikut :


Hari Pertama –13 Okt 2012 (Sabtu) Hari Kedua – 14 Okt 2012 (Ahad)
5.00 pagi : Bangun tidur,
8.00 pagi: Pendaftaran Peserta Pengurusan diri
8.30 petang : Taklimat Perkhemahan Solat Subuh
9.00 petang : Mendirikan khemah Tazkirah Pagi
Demonstrasi mendirikan 7.00 pagi : Riadah
khemah, susun atur tapak 8.00 pagi : Sarapan pagi
khemah. 8.30 pagi : Aktiviti Air
Mendirikan khemah Latihan berenang dan
Membersihkan kawasan perkhemahan. berkayak.
11.00 pagi: Demonstrasi Ikatan
Latihan Ikatan 12.30 tengahari: Makan Tengahari
Pertandingan Ikatan 1.30 petang : Solat Zuhur
12.00 t/hari: Makan Tengahari 2.00 petang : Menurunkan khemah
1.30 petang: Solat Zuhur 3.00 petang : Majlis Penutup
2.30 petang : Latihan Dalam Penyampaian Hadiah
Kumpulan dan Sijil.
3.30 petang : Persiapan Persembahan 4.00 petang : Bersurai
Kebudayaan
6.00 petang : Pengurusan diri
Makan malam
7.00 malam : Solat Maghrib
Tazkirah Maghrib
Solat Isyak
9.00 malam: Pertandingan Persembahan

5
Kertas Kerja Perkhemahan Perdana SK KLIA 2012

Kebudayaan
11.00 malam: Minum Malam / Tidur

9.0 Penutup
Melalui program yang dirancang ini, diharapkan agar para peserta
dapat melibatkan diri dengan penuh bersemangat dalam setiap aktiviti yang
telah dirancang. Semoga mendapat kerjasama dan komitmen daripada
semua pihak.

Disediakan oleh :

(PUAN SALHAWATI BT YUSOF)


Setiausaha,
Program Perkhemahan Perdana 2012,
Sekolah Kebangsaan KLIA

Disemak oleh :

(ENCIK IDRIS BIN ABD RAHMAN)


GPK Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan KLIA.

Disahkan oleh :

(PUAN RUMIAH BINTI ABD JALIL)


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan KLIA

6
Kertas Kerja Perkhemahan Perdana SK KLIA 2012

LAMPIRAN

1. ANGGARAN PERBELANJAAN

7
Kertas Kerja Perkhemahan Perdana SK KLIA 2012

BIL. KETERANGAN JUMLAH JUMLAH


1. Makan dan minum murid :
Jumaat : Minum petang - RM 2.00 X RM
120 orang 240.00
Makan malam - RM 5.00 RM
X 120 orang 600.00
Minum malam - RM 1.00 X RM
120 orang 120.00 RM
Sabtu : Sarapan - RM 2.00 X RM 1980.00
2. 120 orang 240.00
Minum pagi - RM 1.50 X RM
120 orang 180.00
Makan tengahari - RM 5.00 RM
X 120 orang 600.00

Makan dan minum guru :


Jumaat : Minum petang - RM 2.00 RM RM
3. X 20 orang 40.00 395.00
Makan malam - RM 5.00 RM
X 20 orang 100.00
Minum malam - RM 1.00 RM
X 20 orang 20.00 RM
Sabtu : Sarapan - RM 2.00 RM 171.00
X 20 orang 40.00
Minum pagi - RM 1.50 RM
X 30 orang 45.00 RM
Makan tengahari - RM 5.00 RM 90.00
X 30 orang 150.00

Hadiah / Cenderahati RM

8
Kertas Kerja Perkhemahan Perdana SK KLIA 2012

i. Kawad Kaki (Johan) - RM 5.00 X RM 45.00


19 orang 95.00
Kawad Kaki (Naib Johan) - RM 4.00 X RM
4. 19 orang 76.00 RM
54.00
ii. Apresiasi Seni (Johan) - RM 5.00 X RM
10 orang 50.00 RM 120.00
Apresiasi Seni (Naib Johan) - RM 4.00 X RM
10 orang 40.00 RM
60.00
iii. Masakan Rimba (Johan) - RM 5.00 X RM
5 orang 25.00
Masakan Rimba (Naib Johan) - RM 4.00 X RM
5 orang 20.00

v. Pertolongan Cemas (Johan) - RM 5.00 X RM RM


6 orang 30.00 51.00
Pertolongan Cemas (Naib Johan) - RM 4.00 X RM
6 orang 24.00

v. Johan Keseluruhan RM
70.00
v. Cenderahati pengadil - RM 30.00
X 2 hamper
Keperluan Peralatan :
i ) Pertandingan Memasak : RM 24.00
- Tepung - RM 3.00 X 8 kg RM 5.00
- Bawang - RM 2.50 X 2 kg RM 12.00
- Telur - 30 biji RM 10.00
- Buluh - 4 batang

9
Kertas Kerja Perkhemahan Perdana SK KLIA 2012

ii) Pertandingan Pertolongan Cemas RM 40.00


- Kain anduh - RM 8.00 X 5 helai RM 10.00
iii) Bateri 24 biji RM 20.00
iv) Runcit
JUMLAH KESELURUHAN RM 3066.00

Sumber Kewangan :

i. Makan dan minum murid - RM1980.00 (Bantuan Kokurikulum)


ii. Makan dan minum guru - RM 395.00 (Sumbangan PIBG)
iii. Hadiah / Cenderahati - RM540.00 (Sumbangan PIBG)
iv. Keperluan Peralatan - RM121.00 (Bantuan Kokurikulum)
__________
JUMLAH KESELURUHAN RM 3066.00

2. CADANGAN AKTIVITI PERTANDINGAN

10
Kertas Kerja Perkhemahan Perdana SK KLIA 2012

JENIS TEMPOH BILANGAN CATATAN


AKTIVITI MASA PESERTA
Ikatan 30 minit - Semua unit - Rujuk Panduan Kawad yang
terlibat. disediakan.
- 18 orang - Pertandingan dijalankan di
peserta tapak perhimpunan.
bagi setiap - Disiplin, kekuatan suara dan
unit. keseragaman merupakan
antara aspek utama yang
dinilai.
Persembahan 60 minit Maksimum 10 - Jenis persembahan adalah
Kebudayaan orang bagi bebas.
setiap unit. - Setiap persembahan boleh
menggunakan alat sokongan.
- Kreativiti persembahan dan
daya tarikan persembahan
diutamakan.
- Persembahan yang melebihi
masa yang ditetapkan akan
ditolak markah.
- Persembahan diadakan di
Dewan Terbuka sekolah.
Berenang 60 minit 5 orang - Pertandingan dijalankan di
peserta bagi dewan terbuka.
setiap unit. - Menunjukkan simulasi 4/5 jenis
balutan berdasarkan situasi
yang diberikan.
i. Balutan kepala
ii. Balutan kaki
iii. Balutan tangan

11
Kertas Kerja Perkhemahan Perdana SK KLIA 2012

iv. Balutan dada

4. SENARAI TUGAS JAWATANKUASA TERLIBAT

Urusetia / Persiapan Tempat


1. Menyediakan jadual aktiviti perkhemahan
2. Menyelaras perjalanan aktiviti dan pertandingan.
3. Sentiasa menghebah segala maklumat terkini.

Pendaftaran / Buku Program :


1. Mengambil pendaftaran peserta dan juga mencatat kehadiran guru
bertugas.

Makanan dan minuman


1. Merancang dan menentukan menu makanan
2. Memastikan urusan semasa makan berjalan dengan lancar.
3. Memastikan makanan dan minuman yang disediakan mencukupi dengan
jumlah kehadiran peserta.
4. Merancang jadual makan dan minum peserta, guru dan jurulatih

Penyelaras Aktiviti / Persiapan Pertandingan


1. menyediakan tempat dan peralatan untuk pertandingan sekiranya perlu.
2. memastikan pertandingan berjalan mengikut masa yang ditetapkan.
3. Berada di tempat pertandingan semasa aktiviti dijalankan.

Ibadah / Kerohanian
1. Menyediakan Imam para peserta solat berjemaah.
2. Mengelolakan kuliah subuh dan maghrib.
3. Menyelaras dan menjalankan program untuk slot keagamaan/kerohanian.
12
Kertas Kerja Perkhemahan Perdana SK KLIA 2012

Keselamatan / Kecemasan
1. Menyediakan peti pertolongan cemas yang lengkap.
2. Memastikan keselamatan para peserta terjamin disepanjang aktiviti.
3. Mengambil tindakan awal dengan pantas sekiranya berlaku kecemasan.

Hadiah / Sijil
1. Menyediakan hadiah kepada peserta berdasarkan pertandingan yang
dijalankan.
2. Menyediakan lain-lain hadiah dan cenderamatasekiranya ada.
3. Mengurus majlis penyampaian hadiah.

AJK Riadah
1. Mengendalikan aktiviti riadah dan senaman pagi sepanjang tempoh
perkhemahan berlangsung.

Hakim Pertandingan
1. Memastikan borang markah disediakan.
2. Berada di kawasan pertandingan pada masa yang ditetapkan.
3. Memberi markah berdasarkan kriteria yang ditetapkan mengikut
pertandingan masing-masing.

Penyelaras Peserta
1. Menyediakan peserta untuk setiap acara yang dipertandingkan.
2. Memastikan peserta berada di kawasan pertandingan pada masa yang
ditetapkan.
3. Memastikan peserta sentiasa berdisiplin dan menepati masa.

Keselamatan Dan Kecemasan

13
Kertas Kerja Perkhemahan Perdana SK KLIA 2012

1. Menyediakan ubat-ubatan dan peralatan pertolongan cemas.


2. Menyediakan petugas dengan peralatan yang mencukupi semasa/ setiap
aktiviti yang dijalankan.

14

Anda mungkin juga menyukai