Anda di halaman 1dari 11

3.

0 PENGGOLONGAN KATA

3.1 KATA NAMA

Kata nama adalah segala perkataan yang menduduki kedudukan nama dalam
struktur-struktur tertentu ayat-ayat bahasa Malaysia. Kata nama boleh dibahagikan
kepada tiga jenis iaitu kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama.

3.1.1 Kata Nama Khas

Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang
khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. Kata nama khas terbahagi kepada
dua kumpulan, iaitu kata nama khas hidup dan kata khas tak hidup.

Pembahagian kata nama khas boleh diterangkan melalui rajah berikut :

Kata nama khas

hidup tak hidup

manusia bukan manusia


3.1.1.1 Kata nama khas hidup

i) Manusia

Hakim
Julia
Tun Abdul Razak
P.Ramlee

i) Bukan manusia

Si Comel
Tompok
Sang Lamri

3.1.1.2 Kata nama khas tak hidup

Kuala Lumpur
Gunung Kinabalu
Proton Wira
Kapal Diraja Malaysia

3.1.2 Kata Nama Am

Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda atau perkara yang umum
sifatnya. Kata nama am dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kata nama am
konkrit dan kata nama am abstrak.

konkrit

Kata nama am

abstrak
3.1.2.1 Kata nama am konkrit

Kata nama am konkrit ialah jenis kata nama yang membawa konsep kebendaan.
Contohnya :

kambing
sungai
ketua
jambatan
kereta

3.1.2.2 Kata nama am abstrak

Kata nama am abstrak ialah jenis kata nama yang membawa konsep mujarad
atau bukan kebendaan. Contohnya :

idaman
roh
kedamaian
perpaduan
mimpi

3.1.3 Kata Ganti Nama

Kata ganti nama dibahagikan kepada dua subgolongan kecil, iaitu kata ganti
nama tunjuk dan kata ganti nama diri. Kata ganti nama tunjuk terbahagi kepada dua,
iaitu kata ganti nama tunjuk umum dan kata ganti nama tunjuk tempat. Kata ganti nama
diri pula boleh dipecahkan lagi kepada kata ganti nama diri tanya dan kata ganti nama
diri orang.
Penggolongan kecil kata ganti nama diperincikan seperti yang berikut :

Kata ganti nama

Kata ganti nama Kata ganti nama


tunjuk diri

Kata ganti nama Kata ganti nama


diri orang diri tanya

i) Kata ganti nama tunjuk

Kata ganti nama tunjuk ialah kata ganti nama yang berfungsi mengarah kepada
sesuatu perkara, benda atau tempat. Kata ganti nama yang menunjuk pada perkara
atau benda disebut kata ganti nama tunjuk umum, manakala yang menunjuk pada
tempat, disebut kata ganti nama tunjuk tempat. Terdapat dua kata ganti nama tunjuk
umum, iaitu ini ( menunjuk pada yang dekat ) dan itu ( menunjuk pada yang jauh ).
Kata ganti nama tunjuk tempat pula terdiri daripada sini ( menunjuk pada arah dekat ),
situ ( arah agak jauh ) dan sana ( arah jauh ).

ii) Kata ganti nama diri

Kata ganti nama diri ialah kata nama yang menjadi pengganti sesuatu benda, perkara,
atau manusia. Kata ganti nama diri terbahagi kepada dua kumpulan iaitu :
a) Kata ganti nama diri tanya
b) Kata ganti nama diri orang

Kata ganti nama diri tanya ialah jenis kata nama yang berfungsi menanyakan hal
benda, perkara atau manusia. Terdapat tiga bentuk kata ganti nama diri tanya, iaitu
siapa yang merujuk orang, apa yang merujuk benda atau perkara dan mana yang
merujuk benda dan orang.

Kata ganti nama diri orang ialah jenis ganti nama yang merujuk manusia dan terdiri
daripada tiga kategori, iaitu orang pertama, orang kedua, dan orang ketiga. Contohnya
adalah seperti yang berikut :

1. Kata ganti nama diri orang pertama : saya, aku, beta, patik, kami, kita
2. Kata ganti nama diri orang kedua : kamu, awak, engkau, anda
3. Kata ganti nama diri orang ketiga : ia, dia, beliau, mereka, -nya

3.2 KATA KERJA

Kata kerja ialah kata yang menyatakan perbuatan atau perlakuan tentang sesuatu
atau terhadap sesuatu. Perkataan-perkataan golongan kata kerja bahasa Melayu
terbahagi kepada 4 jenis, iaitu :

Kata kerja transitif aktif


Kata kerja transitif pasif
Kata kerja tak transitif berpelengkap
Kata kerja tak transitif tidak berpelengkap
3.2.1 Kata kerja transitif aktif

Kata kerja transitif aktif adalah kata kerja yang berhubung langsung dengan unsur
objek atau penyambut (frasa yang bergaris) dalam predikat frasa kerja. Kata kerja ini
dinamakan kata kerja transitif aktif. Contoh:

Dia membaca buku cerita itu.

Mereka membersihkan bilik darjah

3.2.2 Kata kerja transitif pasif

Perubahan ayat aktif kepada ayat pasif. Contoh:

Buku cerita itu dibaca oleh dia.

Bilik darjah dibersihkan oleh mereka.

3.2.3 Kata kerja tak transitif

Kata kerja tak transitif tidak menggunakan sebarang objek atau penyambut
selepas kata kerja tersebut. Kata kerja ini terbahagi kepada dua, iaitu:

1. Kata kerja tak transitif berpelengkap

Kata kerja ini memerlukan pelengkap yang berupa sama ada kata nama, kata adjektif
atau kata sendi nama bagi melengkapkan frasa tersebut. Contoh :
Mereka akan melawat ke Johor.
Dia memarahi Abu.
Orang menangani masalah dengan sabar.

2. Kata kerja tak transitif tidak berpelengkap

Kata kerja ini boleh diri sendiri sebagai predikat atau sebagai unsur inti dalam
frasa kerja. Kata kerja ini boleh juga diikuti oleh unsur keterangan yang berfungsi untuk
memberi maklumat tambahan. Contoh:

Dia ingin melanjutkan pelajarannya.

Budak itu menangis.

3.3 KATA ADJEKTIF

Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda atau
kata nama. Kata adjektif boleh berdiri sendiri sebagai frasa adjektif untuk memenuhi
tugas predikat sesuatu ayat. Kata adjektif boleh disertai kata keterangan amat, sungguh
dan sangat. Kata adjektif boleh dibahagikan kepada sembilan subgolongan.

i) Kata adjektif sifatan :


Baik, jahat, cerdik, pandai, berani, takut, lembut

ii) Kata adjektif warna :


Merah, hitam, kuning, biru, hijau

iii) Kata adjektif ukuran :


Panjang, pendek, tebal, nipis, tinggi, dalam, tohor
iv) Kata adjektif bentuk :
Bulat, bundar, leper, lonjong

v) Kata adjektif pancaindera :

a) Rasa : manis, masam, tawar, pahit


b) Pandang : cantik, kacak, molek
c) Dengar : merdu, mersik, nyaring, bising
d) Bau : harum, wangi, busuk
e) Sentuh : halus, licin, lembut, keras

vi) Kata adjektif waktu :


Cepat, spontan, lewat, awal, lambat

vii) Kata adjektif cara :


Laju, deras, lambat, perlahan

viii) Kata adjektif perasaan :


Rindu, geram, benci, sayang, cinta

ix) Kata adjektif jarak :


Jauh, dekat, hampir, nyaris
3.4 KATA TUGAS

Kata tugas hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas
sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat,
pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri dan tugas-tugas lain.

Empat belas jenis kata tugas ini boleh dikelompokkan ke dalam tiga kelompok,
iaitu :

Kata penyambung ayat


Kata praklausa
Kata prafrasa

3.4.1 Kata penyambung ayat

Kata penyambung ayat ialah kata hubung iaitu sejumlah perkataan yang bertugas

menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang

berlapis iaitu ayat majmuk.

Berikut diberikan beberapa contoh:

dan, atau, lalu, tetapi, serta, malahan, sambil, kemudian, kerana, sekiranya, kalau,

hingga, sementara, ketika, walaupun, agar, semoga, andai kata, setelah, jikalau,

sungguhpun, supaya, semasa, sewaktu.


3.4.2 Kata praklausa

Kata praklausa ialah sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa, iaitu yang

terdiri daripada kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pembenar, dan kata pangkal

ayat. Tugas perkataan-perkataan ini adalah untuk menimbulkan seruan, pertanyaan

atau sebagai penerang pangkal kepada klausa. Contoh :

Kata praklausa Contoh

kata seru aduh, cis, wah, aduhai, amboi

kata tanya siapa, apa, bila, mana, berapa

kata perintah jangan, usah, sila, tolong

kata pembenar ya, benar, betul

kata pangkal ayat maka, hatta, alkisah

3.4.3 Kata prafrasa

Kata prafrasa ialah perkataan yang terletak di hadapan frasa, iaitu frasa nama, frasa
kerja atau frasa adjektif yang berfungsi sebagai membantu, menguatkan, menegaskan,
menafikan, memerikan, menyendikan, menunjukkan arah, dan membilang.

Contoh :

telah, sudah, pernah, sedang, masih, akan, belum, mahu, hendak, harus, mesti, boleh,
dapat, terlalu, paling, agak, sekali, amat, sangat, sungguh, kah, tah, lah, juga, pun,
sahaja, bukan, tidak, ialah, adalah.

Anda mungkin juga menyukai