Anda di halaman 1dari 7

ama Guru

2. Judul Petua Mendidik Anak 3. Bidang: Motivasi


Menjadi Insan Positif

4. Pengarang Dato Dr Hj Mohd 5. Muka Surat:104


Fadzilah Kamsah, Hj
Muhammad Zakaria dan
Husna Hassan
6. Terbitan
Telaga Biru sdn. bhd
7. Sinopsis :
Buku ini membicarakan tentang ibu bapa yang berhasrat dan bercita-cita
untuk mendidik anak-anaknya menjadi insan positif. Insan positif yang
dicadangkan adalah mengikut kerangka Islam iaitu cemerlang di dunia dan
akhirat. Namun realitinya, ramai ibu bapa yang kecewa kerana anak-anak
mereka tidak menjadi orang yang diharap-harapkan. Ahli motivasi ada berkata
“Mendidik anak-anak bermula 20 tahun sebelum ibu dan ayahnya berkahwin”.
Ini menunjukkan faktor keturunan amat penting dalam menentukan sifat
generasi akan datang.
Justeru, siapa yang harus memulakan kecemerlangan generasi akan
datang. Apakah datuk, nenek, ibu, bapa atau masyarakat?
Buku ini menyarankan dua pembahagian besar dalam proses untuk
menjadikan anak-anak positif. Ianya bermula dengan latihan lahiriah yang
merangkumi kognitif, psikomotor, dan kerohanian yang dinamakan “latih anak
kemahiran diri” dan aspek kedua pula merupakan aplikasi sosiologi yang
dinamakan” latih anak kemahiran bermasyarakat”.
Menerusi “latih anak kemahiran diri” ianya harus dimulai dengan
penghayatan keagamaan seperti bersyahadah, solat, membaca al Quran,
berzikir, dan amalan-amalan yang lainnya. Anak-anak perlu ditunjangi dengan
aspek kerohanian jika ingin dilihat positif. Di samping itu, anak-anak perlu
dilengkapkan dengan kemahiran ICT, kemahiran seni & budaya, kemahiran
fotografi, aktiviti lasak, kemahiran berfikir, kemahiran dalam pasukan, public
speaking, dan mencintai haiwan dan alam sekitar.
Melalui “latih anak kemahiran bermasyarakat” anak-anak perlu didedahkan
dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong-royong, mengikuti
kem dan seminar, membantu masyarakat dan rakan sebaya, semangat
berpasukan dalam permainan, latihan komunikasi, kerja sosial & sukarela,
membantu kerjaya ibu bapa, beraktiviti besama-sama keluarga dan
menanamkan minat komitmen sosial yang baik.
Selain daripada itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita
motivasi, potongan ayat al Quran dan al Hadis yang menjadi dalil untuk
mendidik anak-anak menjadi positif. Terdapat juga doa-doa yang disarankan
untuk menjadi amalan sekeluarga supaya dapat diperkenankan oleh Allah
SWT agar cita-cita menjadikan anak-anak positif berjaya.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mendidik anak-anak


menjadi insan positif. Nilai positif merupakan nilai dalam diri individu yang
dimiliki oleh semua manusia sejagat tanpa mengira agama, bangsa, dan
keturunan. Oleh sebab itu, orang yang dapat menguasai dirinya dengan sifat-
sifat positif boleh mencapai kecemerlangan luar biasa. Manusia mampu
mencapai cita-cita sekiranya cita-citanya itu mampu dicapai oleh minda. Di
samping itu, manusia yang berpegang teguh pada tali agama akan mampu
menempa kecemerlangan. Allah amat bersikap adil untuk memberikan
pembahagian rezeki kepada hamba-hamba yang terikat kepadaNya.

Selain itu, buku ini berupaya menjadi petunjuk dan panduan kepada ibu bapa
untuk melahirkan anak-anak yang cemerlang dan berjiwa positif. Saranan
didikan anak-anak adalah berpaksikan Islam kerana jiwa positif akan memacu
kejayaan di dunia dan akhirat. Sebelum anak-anak itu cemerlang, ibu bapanya
haruslah cemerlang dahulu kerana “ bagaimana acuan begitulah kuihnya”.
“Setiap anak itu dilahirkan mengikut fitrah (suci bersih), maka ibu bapanyalah
yang menjadikannya sama ada Yahudi, Nasrani atau Majusi” maksud Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana cara dan pendekatan yang
sesuai untuk mengubah tabiat manusia dari negatif kepada positif. Tugas guru
berhadapan dengan pelajar yang juga masih di usia anak-anak. Apatah lagi
guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping
menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mendidik
pelajarnya dengan nilai keagamaan dan moral.
Kita boleh meniru pendekatan yang diamalkan oleh Lukman Hakim dalam
mendidik anak-anaknya. Pertamanya anak-anak perlu diajar takut dan mentaati
Allah, diikuti Rasul dan menghormati ibu bapa. Inilah kunci jiwa positif. Pelajar
yang tertanam sifat mentaati Allah pastinya akan mentaai semua perintah Allah
dan makhluk-makhluk ciptaanNya.
Di samping itu, buku ini juga mengingatkan kita tugas mendidik ini bukannya
mudah seperti menyediakan makanan malam. Ianya proses berterusan yang
memakan masa yang agak lama. Kadang-kadang hasilnya dapat dilihat setelah
pelajar ini menamatkan bangku persekolahannya.
10 Kesimpulan

Secara izharnya, buku ini sesuai untuk bacaan sekeluarga kerana


menggunakan bahasa yang mudah dan sesuai untuk semua peringkat umur,
ideanya tersusun,terdapat contoh-contoh dari al Quran, al Sunnah serta
kontemporari, ilustrasi menarik dan dipersembahkan dalam bentuk yang agak
santai tetapi padat dengan nilai-nilai keilmuan

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK SERI BAHAGIA 28000 TEMERLOH Kod Sekolah: CEB
7069

1. Nama Guru

2. Judul Menangani Sifat Marah 3. Bidang: Motivasi

4. Pengarang Dato Dr Hj Mohd Fadzilah 5. Muka Surat:104


Kamsah, Mumtazah Tumian
dan Mahfuzah Omar
6. Terbitan
Telaga Biru sdn. bhd
7. Sinopsis :
Buku ini membincangkan panduan untuk individu menangani sifat marah yang ada dalam diri.
Sifat marah ini ditamsilkan seperti seekor singa yang berada dalam diri manusia. Seekor
singa yang lepas bebas boleh membahayakan ramai orang. Dia akan menjadi anti sosial, ego,
dan garang. Ianya digelar raja binatang.
Namun sebaliknya, seekor singa yang telah dijinakkan mampu menjadi penghibur seperti
singa sarkas. Ia juga mampu menjadi hero dalam filem, pergerakannya lemah lembut
sehingga kanak-kanak pun mampu terpikat kepadanya,
Begitulah sifat marah dalam jiwa manusia, jika tidak terkawal mampu mengundang
musibah. Marah harus dikawal seperti penjaga zoo melatih singa. Makanannya tetap daging
mentah tetapi tidak menyerang sesuka hati seperti singa di hutan ketika mencari makanan.
Sifat marah yang terkawal akan mengubah manusia menjadi makhluk “super” seperti yang
terjadi kepada Khalifah Umar Al Khatab. Sebelum Islam dia umpama singa setelah Islam juga
dia tetap singa. Malah singanya Umar setelah Islam telah menjadikan Islam itu bertambah
kuat serta menjadi dalil sejarah yang menjadi contoh mukmin sejati sehingga ke hari ini.
Antara cadangan buku ini untuk mengawal sifat marah ialah mengamalkan sift-sifat terpuji,
mencintai Allah dan Rasul,dan hidup berkeluarga dengan mewujudkan suasana tenteram dan
harmonis.
Selain itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita motivasi, potongan ayat al
Quran dan al Hadis yang menjadi panduan untuk mengawal sifat marah. Terdapat juga doa-
doa yang disarankan untuk menjadi amalan sekeluarga.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mengawal sifat marah. Amarah yang tidak
terkawal akan mengundang natijah negatif terhadap individu dan masyarakat di sekelilingnya.
Marah yang tidak terkawal akan mencetuskan pergaduhan, mengundang kemurungan,
menjadikan diri dibenci, mengganggu kesihatan minda, menjejaskan kesihatan seperti cepat
tua, sakit jantung, darah tinggi dan jangkitan kuman.
Di samping itu, pembaca dicadangkan kaedah-kaedah untuk mengawal kemarahan seperti
beristighfar, kurang menimbulkan provokasi, jangan menambahkan kemarahan orang lain yang
sedang marah, benarkan atau iakan hujah orang yang sedang marah, segera mengingati diri
bahawa marah bukan penyelesaian masalah, segera ingat marah bukan tindakan manusia
bertamadun, memperlahankan intonasi suara ketika di khalayak, jangan memandang muka
orang yang sedang marah, lepaskan kemarahan dengan menjerit di tempat sunyi dan segera
berwuduk dan bersembahyang sunat.
“Firman Allah SWT “Sesungguhnya solat itu akan mencegah daripada perbuatan keji dan
mungkar”. (Al Ankabut : 45)

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk
mengubah tabiat manusia yang sering marah kepada sikap yang positif. Tugas guru
berhadapan dengan pelajar yang juga masih di usia anak-anak yang banyak karenah. Pelajar
sekolah seringkali melakukan salah laku dan acap kali menimbulkan provokasi kepada guru.
Oleh itu, guru perlulah bijak mengawal emosi supaya permasalahan pelajar ini ditangani dengan
berkhemah dan bijaksana. Guru perlu mengawal kemarahan kerana marah yang tidak terkawal
akan mengakibatkan tindakan yang kurang bijak seperti melempang dan memukul di luar
batasan manusia. Guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di
samping menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mendidik
pelajarnya dengan nilai-nilai yang baik. Berikanlah contoh yang baik kepada mereka.
10 Kesimpulan

Tuntasnya, sifat marah perlu dizahirkan dalam bentuk lain seperti keazaman , kesungguhan,
kegigihan, kerja keras, semangat mengatasi orang lain, dan paling penting ilmu mengawal
kemarahan perlu dikuasai supaya diri menjadi individu yan berjaya di dunia dan akhirat.

BORANG SINOPSIS BUKU

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK SERI BAHAGIA 28000 TEMERLOH Kod Sekolah:


CEB7069

1. Nama Guru

2. Judul Mengurus Disiplin Pelajar 3. Bidang: Kaunseling

4. Pengarang Abdullah Sani Yahaya 5. Muka Surat:244

6. Terbitan
PTS Publications & Distributors sdn. bhd
7. Sinopsis :
Buku ini membincangkan tentang disiplin pelajar dan panduan untuk menanganinya.
Kandungannya merujuk Laporan Kabinet 1979 apabila sebahagian besar syor itu, banyak
tertumpu kepada persoalan disiplin pelajar. Selain itu, masalah disiplin dalam kalangan pelajar
tidak akan berhenti dan selesai begitu sahaja, tetapi berkehendakkan kepada usaha
berterusan bagi menjamin keutuhan individu remaja yang kental dan memacu negara ini ke
era yang lebih gemilang.
Disiplin bukan suatu sekatan, tetapi satu cara teratur dalam melaksanakan satu warisan
budaya bangsa yang dapat dilanjutkan dengan pembaikan di sana sini. Apa yang
membimbangkan ialah pengaruh mendatang yang tidak berjaya dijaring dan dijala oleh
generasi muda hari ini.Gejala ini dikhutiri akan memberikan kesempatan kepada orang luar
untuk menguasai minda anak watan kita.
Buku ini menjelaskan tentang disiplin pelajar, pelbagai masalah disiplin, mengenal sahsiah
individu, kesan-kesan sahsiah pelajar yang tidak formal, kepentingan interaksi pelajar,
pelbagai salah laku pelajar, cara pembangunan generasi mendatang, disiplin dalam bilik
darjah, sekolah kondusif, hubungan antara disiplin dengan sosio emosi, tingkah laku Devian,
peranan bimbingan & kaunseling dan pembimbing rakan sebaya dalam menangani disiplin
pelajar.
Oleh itu, harapan dan impian semua pihak agar generasi pelajar ini dapat membesar
menjadi orang yang baik, mempunyai imej bermoral tinggi, bersikap waja diri dan tidak melihat
institusi sekolah sebagai tempat tahanan dan kongkongan.
.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini menerangkan faktor mempengaruhi disiplin pelajar seperti cara asuhan dan didikan
di rumah, sikap negatif ibu bapa terhadap pembelajaran, persekitaran tempat tinggal juga
banyak membentuk perilaku pelajar, sikap guru yang tiada ketulenan sewaktu mengajar dan
ketiadaan motivasi dalaman dalam diri pelajar berkenaan.
Selain itu, permasalahan disiplin yang menjadi isu negara juga dibentangkan seperti ponteng
sekolah, ponteng kelas, datang lewat, pakaian berfesyen dan selekeh, rambut tidak diurus
dengan baik, merokok dan dadah. Permasalah ini berpunca dari diri pelajar itu sendiri, pengaruh
rakan, pengaruh media, kurang kawalan ibu bapa, kurang kawalan pihak sekolah dan
masyarakat yang tidak lagi memainkan peranannya
Di samping itu, terdapat saranan untuk membaiki masalah ini seperti penerapan nilai dalam
bilik darjah, pemupukan nilai d rumah, pemupukan nilai dalam kalangan rakan,
pemupukan nilai di sekolah dan membudayai ilmu. Terdapat juga cadangan untuk
memantapkan program Pembimbing Rakan Sebaya. Hanya rakan sebaya yang lebih arif dan
dekat dengan rakan mereka.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk
mengubah tabiat pelajar kepada sikap yang positif. Tugas guru sering berhadapan dengan
pelajar yang banyak menimbulkan karenah. Pelajar sekolah seringkali melakukan salah laku
dan acap kali menimbulkan provokasi kepada guru. Oleh itu, kandungan buku ini amat sesuai
supaya permasalahan pelajar ini ditangani dengan berkhemah serta bijaksana. Guru perlu
mengawal disiplin dengan bijak supaya tidak akan mengakibatkan tindakan yang kurang bijak
seperti melempang dan memukul pelajar. Para pelajar yang baik boleh digunakan untuk
membimbing pelajar yang bermasalah ini dan walau apapun tindakan ingatlah guru-guru
merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping menyalurkan ilmu adalah
menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mendidik pelajarnya supaya dapat mengamalkan
nilai-nilai yang baik.
10 Kesimpulan

Konklusinya, guru perlu memainkan peranannya dengan lebih aktif, gigih, kerja keras,
bersemangat , dan mengawal kemarahan dalam usaha menangani masalah disiplin ini. Pelajar
adalah aset berharga yang perlu ditangani dengan bjaksana.

Anda mungkin juga menyukai