Anda di halaman 1dari 4

Portal ePenawaran

Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Tahun 2019

A. PENGENALAN PROGRAM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa semua pelajar yang berkelayakan,


berpotensi, berminat dan beriltizam untuk memohon biasiswa bagi pembiayaan pengajian
di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP). Biasiswa ini dikhususkan untuk
bakal guru yang mencapai prestasi pengajian yang cemerlang di Universiti Awam (UA).

B. OBJEKTIF PROGRAM

● Melahirkan tenaga pengajar dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi memenuhi


keperluan di sekolah menengah seluruh negara; dan

● Memberi motivasi kepada calon guru yang berprestasi tinggi untuk mengekalkan
kecemerlangan ke arah menjadi tenaga pengajar yang inovatif dan berkepakaran.

C. PERINGKAT PENGAJIAN

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP)

D. BIDANG PENGAJIAN / PENGKHUSUSAN

1. Bahasa Melayu / Kesusasteraan Melayu / Bahasa Malaysia

2. Bahasa Inggeris / TESL / TESOL

3. Sejarah

4. Geografi

5. Sains Rumah Tangga / Ekonomi Rumah Tangga

6. Pendidikan Jasmani & Kesihatan

7. Seni Visual

8. Pendidikan Khas

9. Kimpalan & Fabrikasi Logam

E. TEMPAT PENGAJIAN

Semua Universiti Awam di seluruh negara

Halaman 1 daripada 4
Portal ePenawaran
Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Tahun 2019

F. SYARAT PERMOHONAN

 Syarat umum:

1. Calon adalah Warganegara Malaysia;

2. Umur calon tidak melebihi dua puluh lima (25) tahun pada 1 Januari 2019 (tahun
permohonan);

3. Calon adalah pelajar Fakulti Pendidikan di UA yang sedang mengikuti pengajian


tahun pertama di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang ditetapkan
oleh KPM;

4. Calon belum menerima sebarang tawaran biasiswa/tajaan/ikatan perjanjian dari


mana-mana penaja;

5. Calon bersedia melepaskan tajaan sedia ada sekiranya ditawarkan biasiswa


ISMP oleh KPM;

6. Calon sihat tubuh badan;

7. Calon aktif dalam kegiatan kokurikulum; dan

8. Calon bukan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).

 Syarat asas akademik:

1. Calon memiliki sijil penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan
lantikan ke perkhidmatan awam;

2. Calon mendapat sekurang-kurangnya gred KEPUJIAN dalam mata pelajaran


Bahasa Melayu (peperiksaan bertulis dan Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

3. Calon LULUS mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

4. Calon mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.5 dan ke atas bagi keputusan


semester terkini (semester 1 atau 2 sahaja) di peringkat Ijazah Sarjana Muda;
dan

5. Calon memenuhi syarat bidang pengkhususan.

Catatan:
Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat tapisan pertama perlu LULUS Ujian Kelayakan
Calon Guru (UKCG) dan temu duga sebelum ditawarkan biasiswa ini.

Halaman 2 daripada 4
Portal ePenawaran
Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Tahun 2019

G. TATACARA PERMOHONAN

● Permohonan biasiswa ISMP dibuka setahun sekali menerusi portal


permohonan atas talian (online) https://epenawaran.moe.gov.my.

● Tempoh permohonan bagi sesi tajaan 2019/2020 adalah mulai 1 Mac 2019
(Jumaat), jam 4.00 petang (GMT+8) hingga 31 Mac 2019 (Ahad) jam 11.59
malam (GMT+8).

● Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian sepenuhnya dalam tempoh


yang ditetapkan.

● Permohonan yang tidak lengkap, lewat, tidak memenuhi syarat dan/atau


dihantar melalui kaedah lain selain daripada tatacara permohonan yang
ditetapkan tidak akan diproses dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Peringatan:
Calon tidak boleh membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar
seperti surat sokongan, panggilan telefon atau lain-lain medium perhubungan daripada pihak
istana, ahli politik dan lain-lain pihak yang berpengaruh untuk memajukan apa-apa tuntutan
berhubung dengan atau terhadap urusan permohonan biasiswa ISMP dan pegawai awam yang
terlibat dalam urusan permohonan termasuk menguruskan, mempertimbangkan dan
memperakukan permohonan, sama ada tuntutan itu ialah tuntutannya sendiri atau tuntutan
mana-mana pihak lain.

H. KAEDAH PEMILIHAN

● Syarat kelayakan dan kriteria yang ditetapkan oleh KPM;

● Ujian Kelayakan Calon Guru; dan

● Penilaian oleh panel temu duga.

I. MAKLUMAT PERHUBUNGAN

1. Urus Setia Penawaran:

● Alamat:

Kementerian Pendidikan Malaysia


Cawangan Penawaran
Bahagian Biasiswa & Pembiayaan
Aras 2, No.2, Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
62200 PUTRAJAYA

Halaman 3 daripada 4
Portal ePenawaran
Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Tahun 2019

● No. Telefon:

○ 03-8870 4020 / 6000 / 6373 / 6442 / 4961 / 6338 / 6361

○ 03-8888 1616 (hotline)

● Faks: 03-8870 6839

● Emel: unitpenawaran@moe.gov.my @ othmanni@moe.gov.my

● Waktu Pertanyaan:

○ Hari: Isnin - Jumaat (kecuali cuti umum)

○ Masa (Isnin - Khamis): 8:30 pagi - 12.30 tengah hari


2:30 petang - 4.30 petang

Masa (Jumaat): 8:30 pagi - 12:00 tengah hari


3:00 petang - 4.30 petang

2. Urus Setia Tajaan:

● Alamat:

Kementerian Pendidikan Malaysia


Cawangan Pra-Perkhidmatan 2
Bahagian Biasiswa & Pembiayaan
Aras 1, Blok 2251
Jalan Usahawan 1
63000 Cyberjaya, SELANGOR

● No. Telefon: 03-8321 7128/7082

● Faks: 03-8321 7101

● Emel: bt.ijazah1@moe.gov.my @ saari.yaacob@moe.gov.my

● Waktu Pertanyaan:

○ Hari: Isnin - Jumaat (kecuali cuti umum)

○ Masa (Isnin - Khamis): 8:30 pagi - 12.30 tengah hari


2:30 petang - 4.30 petang

Masa (Jumaat): 8:30 pagi - 12:00 tengah hari


3:00 petang - 4.30 petang

Halaman 4 daripada 4

Anda mungkin juga menyukai