Anda di halaman 1dari 1

PERKAHWINAN penyanyi nasyid Hafiz Hamidun kembali hangat diperkatakan apabila dia dan

isterinya Siti Arifah Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Joy Revfa dikatakan sudah tidak tinggal
sebumbung.
Menguatkan desas-desus itu apabila tidak ada lagi gambar mereka bersama di laman Instagram
masing-masing.
Hafiz juga dilihat tidak pernah hadir bersama Joy dalam sebarang majlis membabitkan mereka.
Hafiz, 33, ketika dihubungi Harian Metro enggan mengulas lanjut sebaliknya meminta orang luar
supaya tidak terlalu cepat membuat sebarang spekulasi.
"Kalau nak komen lebih lanjut, nanti dulu. Buat masa sekarang jangan terlalu cepat buat andaian,"
katanya ringkas.
Terdahulu isteri Hafiz dalam satu kenyataan seolah-olah memberi bayangan rumah tangga dibina
sedang bermasalah.
Namun, Joy juga enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
"Kalau nak nak cakap mengenai bahagia, semua orang inginkan kebahagiaan. Cuma kerjaya
masing-masing membuatkan kami terlalu sibuk.
"Saya mahukan keluarga bahagia, tetapi apakan daya," katanya.
Pada masa sama, Joy juga tidak lagi memuat naik gambar bersama Hafiz selepas kali terakhir
berbuat demikian pada 1 Julai lalu.
Hafiz dan Joy bernikah pada 1 Mei lalu di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Ini adalah perkahwinan kedua Joy. Hasil perkahwinan terdahulu Joy dan pasangannya dikurniakan
seorang anak lelaki.

Anda mungkin juga menyukai