Anda di halaman 1dari 1

Kuala Terengganu: Bantuan kecemasan kepada golongan asnaf yang terkesan tetap diteruskan

walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), ditamatkan hari ini.


Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM), M Rozi Bidin berkata
bantuan wang tunai sebanyak RM300 kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang terkesan susulan
PKPB dikuatkuasakan sejak Isnin lalu sudah dilakukan.
Menurutnya, bantuan kecemasan wang tunai kepada 638 KIR membabitkan peruntukan
keseluruhan berjumlah RM3.6 juta dimasukkan terus ke akaun penerima.
"Walaupun PKPB diumumkan tamat hari ini, tetapi bantuan kecemasan bagi membantu golongan
asnaf yang terkesan tetap diteruskan.
"Bantuan wang itu sudah dimasukkan terus ke dalam akaun penerima secara berperingkat sejak
Selasa lalu, " katanya melalui kenyataan hari ini.
M Rozi berkata demikian ketika menafikan dakwaan MAIDAM menghentikan bantuan kecemasan
kepada golongan asnaf susulan penamatan PKPB seperti dimuatnaik melalui laman sosial termasuk
Facebook (FB).
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan
memutuskan pelaksanaan PKPB di Terengganu, Johor, Melaka dan Kedah ditamatkan esok, lebih
awal berbanding 6 Disember depan seperti diumumkan sebelum ini.
M Rozi menjelaskan, bantuan silinder komposit gas petroleum cecair (LPG), yang berkapasiti 14
kilogram bernilai RM155 setiap unit kepada 24,000 asnaf membabitkan peruntukan keseluruhan
berjumlah RM3.7 juta juga akan diteruskan.
Jelasnya, penghantaran LPG terus ke rumah asnaf dilakukan untuk membantu kerajaan dalam
menangani masalah penularan pandemik Covid-19 kalangan golongan asnaf.

Anda mungkin juga menyukai