Anda di halaman 1dari 28

Sec3-MIMIE_ms 14-11.

qxd 4/8/2013 9:44 PM Page 2

Proses Pemilihan Calon Perwakilan Mahasiswa KUIM Berjalan Lancar s 10


M
Mutiara Kata
SelaSa 9 april 2013 /28 JaMaDilaWal 1434 pp11922/03/2013(031989) rM1.50

28 JaMaDilaWal 1434

Subuh : 5.51 Syuruk : 7.08 Zohor : 1.14

asar

: 4.23

Maghrib : 7.18 isyak : 8.27

Perbaiki Diri Anda, Tetapi JANGAN JATUHKAN ORANG LAIN

Melaka One Number Call Centre


06-333 3333
24 JAM

Guna Bahasa Buruk, Sanggup Hina Nabi Muhammad SAW

NIK AZIZ MAKIN TERTEKAN - MOHD ALI


Muka 5

RM70 Juta Bina Baru & Baik Pulih Rumah PPRT


Lapor Jaafar Neemat

Muka 3

>>> Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyifatkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat kini semakin tertekan dalam usahanya untuk mempertahankan Kelantan daripada dirampas Barisan Nasional (BN).
Lapor Misrom Matleham

KKHM Ambil Alih Water City Resort

Foto Nurfateha Othman

Muka 7

Mohd Ali meninjau sekitar Melaka Water City Resort yang sedang dinaiktaraf

Muka 2

Lapur Shazzuan Shah Mohd Saleh

Muka 4

Sec3-MIMIE_ms 14-11.qxd 4/8/2013 9:45 PM Page 3

Rencana Pengarang
PERTAHANKAN REKOD KECEMERLANGAN UMNO
BARISAN kepimpinan dan ahli-ahli UMNO disemua peringkat perlu terus mempertahankan rekod kecemerlangan UMNO di negeri ini, yang tidak pernah tewas dalam pilihanraya umum sejak negara mencapai kemerdekaan hingga ke hari ini Namun kemenangan 100 peratus kerusi yang ditandingi UMNO di 18 kawasan di negeri ini pada setiap kali pilihanraya tidak bermakna para pemimpin serta ahli-ahli UMNO boleh terus berada dalam keadaan selesa. Selain terus berusaha mempertahankan rekod kecemerlangan UMNO, para pemimpin dan ahli-ahli parti perlu bekerja keras kearah mencapai kemenangan yang lebih cemerlang dalam Pilihan Raya Umum ke 13 ini. Pada masa yang sama mereka juga perlu bekerja kuat bagi membantu komponen BN merampas semula 5 kerusi yang pernah menang dan kalah dalam Pilihan Raya Umum ke 12, lalu. Sesungguhnya jentera pilihan raya BN perlu mengambil iktibar dan perhatian yang sewajarnya bagi menyekat pihak pembangkang daripada merampas kerusi-kerusi yang dimenangi UMNO dan BN itu. Pembangkang pastinya menggunakan pelbagai cara dan kaedah untuk merampas kerusi-kerusi itu dan bermimpi untuk mentadbir negeri ini sepertimana yang berjaya mereka lakukan di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor. Meskipun disedari perkara itu sukar dilakukan pembangkang namun adalah lebih baik bagi para pemimpin dan ahli-ahli UMNO bekerja lebih keras bagi memastikan rekod kecemerlangan UMNO di negeri ini terus dapat dipertahankan dari masa ke semasa. Kerjasama erat yang diperlihatkan UMNO dengan rakan-rakan dalam politik baik semasa sama-sama berjuang dalam parti Perikatan sehinggalah BN terbukti berjaya membawa kemajuan dan kesejahteraan kepada rakyat serta negara Malaysia tercinta ini. Sesungguhnya, UMNO dan setiap anggota komponen BN perlu meneruskan kesinambungan dalam agenda perjuangan parti dalam memperkuatkan kedudukan negara serta memberi keutamaan kepada rakyat seperti yang digariskan dalam konsep 1Malaysia - Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Melaka Hari Ini | Selasa 9 April 2013

Tawar 460 Bilik, Dijangka Operasi Mei

KKHM Ambil Alih Water City Resort


Negeri Melaka (20 peratus) dan Koperasi Warisan sebanyak 10 peratus. Mohd Ali menjelaskan, pengambil alihan Melaka Water City Resort oleh KKHM adalah bertujuan membeli peluang kepada orang ramai yang menjadi ahli keempat-empat koperasi berkenaan turut menyumbang kepada bidang pembangunan ekonomi negeri, terutamanya di sektor perhotelan. Pengambilalihan Melaka Water City Resort juga membuktikan satu lagi peranan koperasi dalam membantu membangunkan ekonomi Melaka kerana tujuan kita ialah mahu lebih ramai rakyat menyertai koperasi dan kemudiannya koperasi melabur dalam bidang-bidang strategik seperti sektor pelancongan, ujar beliau. Mohd Ali berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan

Oleh MISROM MATLEHAM

BUKIT KATIL, 8 AprilYayasan Melaka (YM) mengetuai Konsortium Koperasi Hotel Melaka (KKHM) setelah mengambil alih sepenuhnya pengurusan Melaka Water City Resort yang dijangka beroperasi semula mulai 1 Mei ini. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, Yayasan Melaka mempunyai pegangan ekuiti sebanyak 30 peratus di dalam KKHM, manakala bakinya dipegang oleh Koperasi Bela Masyarakat Melaka Berhad (KOBEMAS) sebanyak 20 peratus; Koperasi Hang Tuah Jaya (20 peratus); Koperasi Pembangunan Masjid

Mohd Ali diberi taklimat ringkas mengenai Melaka Water City Resort oleh Mashitah dan Sharabuddin

pemantauan ke Melaka Water City Resort, hari ini. Turut hadir, Pengurus Besar Yayasan Melaka, Datuk Saharabuddin Kudus yang juga Pengerusi KKHM dan Pengurus Besar KOBEMAS, Mashitah Ismail yang juga Ketua Pegawai Eksekutif KKHM. Ketua Menteri memberitahu, Melaka Water City Resort yang sebelum ini diambi-

ishak_bo@yahoo.com

hamidrosmah@gmail.com

mis_62@yahoo.com

roland_yus@yahoo.com. my atau rolandyus55@gmail.com

Mohd Ali meninjau sekitar Melaka Water City Resort yang sedang dinaiktaraf

lalih oleh Yayasan Melaka melalui lelongan awam kini mempunyai harga semasa kira-kira RM80 juta termasuk kos kerja-kerja pengubahsuaian dan menaiktaraf. Ia mengandungi empat blok apartment dengan jumlah keseluruhan 460 bilik. KKHM akan menyerahkan pengurusan resort berkenaan kepada Residen Hotel dengan memperolehi pulangan dari sewa pada kadar 2 peratus setahun dari pendapatan kasar dan 3 peratus lagi dari pendapatan bersih, ujar beliau. Kata Mohd Ali lagi, dua blok yang mengandungi 166 bilik dijangka beroperasi mulai 1 Mei ini, dan selebihnya akan dibuka secara berperingkat. KKHM mengunjurkan pendapatan kira-kira RM2.4 juta setahun dari keseluruhan operasi Melaka Water City Resort kerana permintaan bilik penginapan kini cukup memberangsangkan, terutama pada setiap hujung minggu atau musim cuti sejajar dengan kedudukan Melaka sebagai negeri pelancongan yang sentiasa vibrant, ujar Mohd Ali.

AZHAR YUSOF ayusof91@gmail .com 016-6875141 Parlimen Alor Gajah

NURFATEHA OTHMAN
lisarania_mhi@yahoo.com lisaraniafaten@gmail.com

017-6183395

AFLIEZA ARSHAD aflieza.arshad@ gmail.com 013-6858 707

MOHD HAMZATUL AKMAR MD ZAKARIA konohamaru87@ yahoo.com 016-7123684

SHAZZUAN SHAH MOHD SALEH


shazzuanshah @gmail.com 0172996605

Parlimen Jasin

Parlimen Tangga Batu

Parlimen Masjid Tanah NAWAWI MD SALLEH


nawi_mhi@yahoo.co m.my 012-2917939/ 012-2643073

Parlimen Kota Melaka

JURUKAMERA / PENYUNTING SARDI HJ MAHORM adipurie@yahoo.com 017-3238107

LIANA SAHABUDIN Lilyann90@ gmail.com 017-3520521 Parlimen Masjid Tanah

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT zaidee_mmi@ yahoo.com 017-3296082 Parlimen Jasin

IBRAHIM IDERIS ibrahim_idris55 @yahoo.com 017-3190031 Parlimen Kota Melaka

JAAFAR NEEMAT jaafarneemat@ gmail.com 012-6288874


Parlimen Alor Gajah

Parlimen Bukit Katil

JURUKAMERA / PENYUNTING AMALUDDIN JASNI dakkoam@yahoo.com 017-6346399

PENGURUS KANAN UNIT PEMASARAN DAN PENGIKLANAN


Muslimmazlan@gmail. com

Muslim Bin Mazlan


012 - 2849727

Sec3-MIMIE_ms 14-11.qxd 4/8/2013 9:48 PM Page 6

Melaka Hari Ini | Selasa 9 April 2013

RM70 Juta Dibelanjakan Kerajaan Negeri

Baik Pulih & Bina Baru Rumah Golongan Rakyat Miskin

Perumal, Adelia, Panjalai, Baderul bergambar beramai-ramai di majlis penyerahan rumah program PMR TNB di Bertama Ulu.

Sebahagian Pegawai dan staf TNB yang hadir

Oleh JAAFAR NEEMAT

BERTAM ULU, 8 April Sebanyak RM70 juta telah dibelanjakan kerajaan negeri bagi melaksanakan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di negeri ini sejak 13 tahun lalu. Pengerusi Jawatankuasa Negeri, Pembangunan Desa dan Pertanian, Datuk R.Perumal berkata, projek itu bagi membina baru dan membaik pulih rumah golongan rakyat miskin di negeri ini sejak

pada 2000 lalu. Sepanjang tahun itu, kerajaan negeri telah membelanjakan sebanyak RM70 juta buat golongan rakyat miskin iaitu menerusi program PPRT seperti membina baru dan membaik pulih rumah golongan berkenaan bagi memastikan mereka hidup dengan lebih selesa dan bahagia, katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan rumah Projek Mesra Rakyat (PMR) anjuran TNB peringkat negeri Melaka kepada A.Panjalai Yammah di Bertam Ulu hari ini.

Yang hadir, Naib Presiden Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi TNB Pusat, Adelina Iskandar; Pengurus Besar TNB Melaka, (Bahagian Pembahagian), Baderul Sham Saad; Ketua Komunikasi Korporat, Ahmad Zaki Rasid dan Pengurus Perkhidmatan Pengguna dan Pemasaran, Udzahir Mohd Yasin. Katanya, usaha TNB membantu golongan rakyat miskin ini wajar dicontohi oleh badan-badan bukan kerajaan (NGO) lain dan juga agensi-agensi kerajaan sebagai tanggungjawab sosial korporat kepada komuniti yang memerlukan bantuan.

Projek ini harus diteruskan kerana ia sebagai penyumbang kebajikan terhadap masyarakat negeri ini bagi memastikan rakyat miskin mendapat pembelaan dan terus hidup lebih selesa, ujarnya. Terdahulu dalam majlis itu, Perumal mengucapkan terima kasih atas kerjasama TNB kerana banyak menyelesaikan masalah rakyat iaitu berkaitan kemudahan bekalan elektrik rumah-rumah termasuk lampu awam negeri Melaka berjalan lancar. Ia harus diberi dipujian kerana 100 peratus bekalan elektrik dari rumah ke rumah atau semua rumah di negeri ini sudah ada bekalan elektrik, maka kerajaan negeri menghargai TNB kerana kerjasama

yang diberikan selama ini menggalakkan, katanya. Dis amping itu katanya, TNB sentiasa turun padang memberikan perkhidmatan terbaik dalam usaha membantu kerajaan negeri mempromosikan pelbagai program serta mengatasi kerosakan bekalan dan menambah kuasa voltan yang diperlukan. Sementara Adelina itu berkata, di bawah projek PMR itu, TNB menyediakan peruntukan sebanyak RM20,000 bagi setiap negeri di Semanjung tidak termasuk Sarawak dan Sabah. Peruntukan RM20,000 adalah untuk dua buah rumah iaitu masing-masing akan menerima RM10,000 bagi membaik pulih rumah seperti atap bocor, dinding rosak

dan sebagainya, katanya. Tambahnya, pada tahun ini, sebanyak RM240,000 diperuntukkan bagi tujuan tersebut untuk membaik pulih rumah rakyat miskin. Selain itu, program ini TNB turut memberi bantuan kepada golongan miskin beragama Islam iaitu menerusi peruntukan dari pulangan pusat zakat. Projek PMR itu bermula pada tahun ini khususnya buat kaum India dan Cina sementara orang Melayu pula menerima bantuan dari pulangan zakat TNB, jelasnya. Bagi Panjalai mengucapkan terima kasih kepada TNB kerana menerima bantuan PMR sebanyak RM10,000 abagi membaik pulih rumahnya.

Perumal menyampaikan bantuan bekalan keperluan dapur kepada Panjalai.

Perumal melawat rumah Panjalai selepas dibaik pulih.

Sec3-MIMIE_ms 14-11.qxd 4/8/2013 9:50 PM Page 7

Melaka Hari Ini | Selasa 9 April 2013

Anugerah Pelajar Cemerlang 2012

1,256 Pelajar Parlimen Bukit Katil Terima Anugerah

Mohd Ali dan kenamaan lain semasa menyanyikan lagu Melaka Maju.

Oleh SHAZZUAN SHAH

MOHD SALLEH

AYER KEROH, 8 Mac Pencapaian pendidikan negeri ini sangat membanggakan apabila tersenarai antara lima negeri terbaik di Malaysia yang mempertingkatkan sektor modal insan agar dapat melahirkan masyarakat berprestasi tinggi pada masa depan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, anugerah pelajar cemerlang pada tahun ini selaras dengan usaha mengiktiraf kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik dan kokurikulum yang berterusan. Kerajaan negeri sangat bangga dengan pencapaian pelajar-pelajar di Melaka kerana telah menunjukkan perkembangan positif setiap tahun dan berharap mereka dapat menunjukkan prestasi yang lebih membanggakan lagi. Pelajar yang cemer-

lang mampu menjadi teladan, ikon dan contoh kepada rakan pelajar lain agar terus sama bersaing secara sihat dalam memburu kejayaan untuk masa depan. Para pelajar sebagai modal insan dan aset negara sepatutnya meneruskan budaya kecemerlangan agar dapat melahirkan masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang tanpa perlu bergantung kepada orang lain. Pedidikan adalah pemangkin yang diperlukan untuk mendorong

Mohd Ali meluangkan masa beramah-mesra dengan para pelajar.

anak-anak kita. Berbekalkan pendidikan, kita mampu mengasah keupayaan anak-anak untuk merebut peluang dan mencapai kemajuan serta kecemerlangan, katanya. Mohd Ali berkata demikian di majlis Penyerahan Anugerah Pelajar Cemerlang 2012 Parlimen Bukit Katil di Dewan Seri Negeri semalam. Seramai 1,256 pelajar terdiri 818 pelajar UPKK (KAFA), 350 pelajar yang telah mengambil peperik-

saan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan 88 pelajar yang telah mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) telah menerima anugerah. Majlis itu bertujuan memberikan pegiktirafan kepada pelajar-pelajar tersebut atas daya usaha mereka memberikan keputusan yang cemerlang sekali gus mengharumkan nama Melaka. Ianya juga bagi menggalakkan lebih ramai pelajar mencapai kejayaan cemer-

lang pada masa hadapan di samping menjadi jambatan agar budaya cintakan ilmu dapat diserapkan dalam diri para pelajar. Turut hadir, isteri Mohd Ali, Datin Seri Asmah Abdul Rahman; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Othman Muhamad dan isteri, Datin Wira Halimah Baba; Pengarah Pelajaran Melaka, Kasim Mohamad, dan Pengarah Tabung Pendidikan Melaka, Karim Yaacob.

Sebahagian pelajar yang menerima anugerah.

Sebahagian ibu bapa yang hadir memberi sokongan kepada anak-anak mereka.

Sec2-iz_ms 14-11.qxd 4/8/2013 9:27 PM Page 2

Melaka Hari Ini | Selasa 9 April 2013

Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13

Guna Bahasa Buruk, Sanggup Hina Nabi Muhammad SAW


Oleh MISROM MATLEHAM BUKIT KATIL, 8 AprilKetua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyifatkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat kini semakin tertekan dalam usahanya untuk mempertahankan Kelantan daripada dirampas Barisan Nasional (BN). Justeru, tegas Mohd Ali yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, tabiat Menteri Besar Kelantan itu juga kini semakin tidak terkawal sejak berkawan dengan DAP sehingga sering menggunakan kata-kata kurang baik. Jelas beliau lagi, masalah yang menimpa pemimpin PAS itu susulan sambutan luar biasa rakyat negeri itu terhadap parti berkenaan menerusi program Gelombang Merah. "Saya lihat dia (Nik Aziz) ini semakin tertekan apabila Gelombang Merah di Kelantan sudah hampir mencapai matlamat mengambilalih kerajaan negeri itu selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). "Sebab itu, beliau kini sanggup mendakwa orang UMNO akan menentang Rasulullah SAW jika Baginda masih hidup. Kembalilah kepada nilai Islam yang sebenar, bercakap dengan bahasa sopan dan jangan hina sesama umat Islam. buruk hingga tidak melambangkan ucapan daripada seorang pemimpin Islam atau ulamak," kata Mohd Ali selepas mengadakan lawatan pemantauan kerjakerja menaiktaraf Melaka Water City Resort, hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Besar Kelantan itu yang menegaskan orang UMNO akan menentang Nabi Muhammad jika Baginda masih hidup ketika berceramah di Jeli, Kelantan pada Sabtu lalu. Pada 4 April lalu, Nik Aziz ketika berceramah di Kampung Jambu, Kota Bharu turut mengeluarkan 'fatwa' mendakwa sembahyang orang UMNO tidak akan mendapat pahala. Mengulas mengenai kejadian Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang dilarang memasuki Sabah, Mohd Ali yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka berkata, tindakan itu adalah wajar. "Mereka (Sabah) ada hak untuk menahan sesiapa saja yang mereka berpendapat sebagai pengacau atau menganggu-gugat keamanan dan kestabilan di negeri itu. "Jadi, undang-undang itu sudah ada dan jika di Melaka ada (undangundang), saya pun tak nak

Nik Aziz Makin Tertekan -Mohd Ali


bagi dia masuk," katanya. Semalan, akhbar melaporkan, Tian Chua dilarang memasuki Sabah sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) jam 11.05 pagi untuk menghadiri ceramah PKR di negeri itu sebelum terpaksa pulang semula ke ibu negara dengan penerbangan lain. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad dilaporkan mengesahkan Ahli Parlimen Batu itu dilarang memasuki negeri berkenaan berikutan arahan kerajaan negeri mengikut Perkara 7 Akta Imigresen yang menyenaraikan namanya antara individu tidak dibenarkan masuk ke Sabah.

Mohd Ali..... Nik Aziz makin tertekan

"Sejak berkawan dengan DAP ini, kita dapat lihat bahasa dia juga semakin

KETUA Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam semasa menyertai sesi dialog bersama penduduk di Jalan Ong Kim Wee, di sini, semalam.

Sec2-iz_ms 14-11.qxd 4/8/2013 9:27 PM Page 3

Melaka Hari Ini | Selasa 9 April 2013

Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13

Kandungan Buku 'Aku Janji' Penuhi Aspirasi Rakyat - Norpipah


Oleh NURFATEHA OTHMAN BANDAR RAYA MELAKA, 8 April - "Pelancaran Manifesto 'Aku Janji' Barisan Nasional (BN) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Mohd Najib Tun Razak adalah kesinambunsempurna tanpa meminggirkan rakyat," katanya Katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO negeri Melaka. Pada masa sama, Norpipah yang juga Ahli Ke-13 (PRU13) ini," tegas Norpipah. Sementara itu, Ketua Pergerakan Puteri UMNO negeri, Mas Ermieyati Samsudin memberitahu, bukan hanya BN akan menang besar pada PRU 13 ini, namun BN pasti merampas kembali kerusi-kerusi dimenangi pembangkang di Melaka. "Puteri UMNO sudah lama memulakan kerjakerja turun padang dengan acuan dan cara Puteri UMNO sendiri termasuklah membuka bilik gerakan di kesemua enam Parlimen di Melaka. "Ini juga membuktikan Puteri UMNO begitu progresif dan komited melaksanakan kerja-kerja parti demi kemenangan BN pada PRU 13 ini," katanya, Menerangkan mengenai buku Aku Janji, Mas Ermieyati menambah, buku Manifesto @ Aku Janji memberikan harapan dan sinar lebih cemerlang kepada semua pengundi BN. "Pelbagai manfaat dan insentif terkandung di dalamnya yang mana semua manfaat itu akan diaplikasikan kepada rakyat. "Aku Janji juga menunjukkan keikhlasan dan keseriusan BN membawa rakyat dan negara ini ke sebuah kehidupan yang lebih berkarisma. Justeru, adalah penting bagi semua rakyat Malaysia mengundi BN," katanya mengakhiri perbualan.

KETUA Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyertai aktiviti kebajikan bersama penduduk Taman Peringgit Jaya di Persatuan Penganut Lian Hua Gong, Taman Peringgit Jaya, di sini, semalam.

Norpipah...Buku 'Aku Janji' penuhi aspirasi rakyat

Mas Ermieyati...Penerbitan 'Aku Janji' membuktikan BN komited membela nasib rakyat.

gan kecemerangan BN mentadbir negara," kata Datuk Norpipah Abdol. Norpipah yang juga Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Alor Gajah ketika dihubungi berkata, Aku Janji adalah buku yang dilancarkan tepat pada masa dan juga keprihatinan BN menggalas tanggungjawab menjaga rakyat dengan sempurna. "Bukan hanya meneruskan bantuan lebihlebih lagi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), buku Aku Janji juga merupakan semangat dan aspirasi Kerajaan BN dalam mencorak negara ke arah lebih

Jawatankuasa Biro Penerangan UMNO negeri turut menegaskan, buku Aku Janji yang dilancarkan juga membela rakyat dan menepati konsep mendahulukan rakyat. "Aku Janji bukan satu janji biasa, sebaliknya Aku Janji adalah maruah dan harapan yang akan direalisasikan kepada rakyat. "Kita semua tahu, BN adalah satu-satunya parti yang menunaikan janji dan berada dekat dengan rakyat. Justeru, Aku Janji adalah penguat semangat untuk semua rakyat khususnya warga BN lebih-lebih lagi ketika Pilihan Raya Umum

SEMANGAT...Antara pemuda Barisan Nasional (BN) yang memberikan sokongan pada program Perjumpaan Cawangan Empat Peringkat BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh di Dewan Seri Bendahara, di sini, semalam. Program itu bertujuan memperlihatkan Barisan Nasional (BN) adalah parti yang kukuh di negara ini selain membuktikan keupayaan BN untuk terus memberi mandat kepada rakyat dalam menerajui negara pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) nanti.

Sec2-iz_ms 14-11.qxd 4/8/2013 9:34 PM Page 6

Melaka Hari Ini | Selasa 9 April 2013

Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13

'Demam' Bendera
Oleh NURFATEHA OTHMAN JASIN, 8 April - Sekalipun hari penamaan calon atau siapa calon-calon mewakili Barisan Nasional (BN) masih belum diketahui namun, kempen politik

Suasana Kempen Politik Hangat Terasa


sudah hangat terasa. Ini ditambah dengan 'demam' bendera di sana sini menjadikan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) kali ini tentunya cukup meriah, 'havoc', dan mengujakan. Tinjauan Melaka Hari Ini (MHI) di kawasan P139 Parlimen Jasin semalam, bukan hanya demam bendera, sebaliknya warga Wanita UMNO agresif turun padang dan berkempen di kawasan-kawasan kampung dalam parlimen terbabit.

'Demam' Bendera...Bendera gergasi Barisan Nasional (BN) berkibar megah di hampir kesemua tempat di Melaka.

KELUARGAKU PENGUNDI BN...Warga Wanita UMNO di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Serkam Pantai ceria menunjukkan poster 'Keluargaku Pengundi BN' ketika program Salam Sayang Wanita UMNO Parlimen Jasin, kelmarin.

Beberapa wanita gembira ketika menerima beg cenderahati BN yang diagihkan dalam satu program di Jasin, kelmarin.

Semarak BN, Sokongan Bertambah Padu

Santuni Pengundi...Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Bukit Katil, Datuk Hazizah Sultan ketika program turun padang dekati pengundi di pasar malam Parlimen Bukit Katil, baru-baru ini.

Hanya BN...Lima warga Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah gembira menunjukkan poster mini 'We Love BN'.

Oleh NURFATEHA OTHMAN

BANDAR RAYA MELAKA, 8 April - Semarak sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) semakin bertambah positif dari hari ke hari. Warga BN khususnya tidak pernah berhenti bekerja demi memastikan BN kekal mendapat sokongan rakyat dan menang besar pada Pilihan Raya Umum

Ke-13 (PRU 13) yang bakal berlangsung dalam sedikit waktu lagi. Walau hari penamaan calon masih tidak kunjung tiba, namun kempen-kempen turun padang BN agresif dilaksanakan. Melaka Hari Ini (MHI) berkongsi dengan anda berberapa foto menarik menjelang PRU 13.

'I Love PM'...Dua warga Puteri UMNO Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning ceria menunjukkan poster tertera 'I Love PM'.

Sec2-iz_ms 14-11.qxd 4/8/2013 9:35 PM Page 7

Melaka Hari Ini | Selasa 9 April 2013

Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13

Pengundi Muda Pilih Kerajaan Sedia Ada Terajui Negara


Oleh SHAHIRA ABU BAKAR BANDAR RAYA MELAKA, 8 April - Kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) bakal bermula selepas penamaan calon dalam masa terdekat ini. Bukan sekadar kemeriahan kibaran bendera parti politik sahaja, tetapi risalah, poster, sepanduk, video klip dan pelbagai lagi turut diedar dan dipasang. Lihat saja dalam internet, pelbagai ragam ditunjukkan. Begitulah kreatifnya rakyat kita dalam menghadapi PRU 13. Tidak ketinggalan golongan belia juga menjadi keutamaan dalam PRU kali ini. Berdasarkan rekod terkini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pengundi muda yang dalam lingkungan umur 21 hingga 39 tahun telah mencecah angka seramai 5.2 juta orang. Pengundi muda Melayu muncul sebagai kelompok pengundi muda terbesar iaitu seramai 2,781,192 orang diikuti kaum Cina (992,601 orang) dan kaum India (270,535 orang). Bakinya seramai 475,181 orang terdiri pengundi-pengundi muda dari lain-lain bangsa dan etnik. Kedudukan terbaru jumlah pengundi muda itu diambil dari keseluruhan Daftar Pemilih Induk bagi suku pertama hingga suku keempat 2011. Ia tidak termasuk jumlah daftar pemilih suku pertama tahun ini iaitu Januari, Februari dan Mac yang telah diwartakan. Ini menjadikan golongan belia kelompok yang penting untuk diberi perhatian kerana ia berkait rapat dengan masa depan negara. Rentetan dari pola terbesar pengundi muda, Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Mohd Najib Tun Razak telah memberikan keutamaan kepada golongan muda belia dalam manifesto bertemakan 'Menepati Janji Membawa Harapan'. Manifesto itu mengandungi janji BN untuk membawa negara ke peringkat lebih tinggi sekiranya diberi mandat baru dalam PRU 13 perasaan," katanya. Bagi, Nur Ain Hussien, 23, Aku Janji BN yang diumumkan cukup diyakini untuk dilaksanakan dan ditepati kerana banyak faktor yang membuatkan dasar-dasar BN boleh dipercayai dan diyakini. "Pandangan anak muda mengenai politik lebih terbuka dan ia diadun antara politik keperluan dan politik idealisme. Mereka mahukan negara ini diurus tadbir dengan sempurna seperti yang termaktub dalam Perlembagaan," katanya. Oleh itu, kelangsungan hidup golongan muda bukan sahaja memerlukan inisiatif dari kerajaan kerana yang lebih penting ialah persediaan sikap dan minda anak muda dalam berhadapan dengan persekitaran yang semakin mencabar. Kerajaan demi kelangsungan kuasa tentunya akan menguruskan isu berkaitan golongan muda, namun yang lebih penting ialah golongan itu juga mesti berusaha membantu diri mereka sendiri.

Nor Madiah...Bersemangat jadi pengundi muda.

Neysa...Saya pilih mengundi BN.

Nur Ain...'Aku Janji' BN diyakini.

nanti. Berkongsi keterujaan bersama Melaka Hari Ini (MHI), Nor Madiah Nasir, 24, berkata, dia merupakan pengundi muda buat pertama kali akan mengundi. "Sememangnya saya bersemangat untuk mengundi kerana ianya akan menyumbangkan khidmat kepada negara dengan menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi. "Perasaan hati saya ingin memilih parti Kerajaan Barisan Nasional

(BN) yang benar-benar bertanggungjawab dan mampu meringankan beban masyarakat terutama bagi penduduk luar bandar. "Saya sungguh berharap apabila Kerajaan BN menang nanti, manifesto 'Aku Janji' BN yang telah dibentangkan kepada rakyat khususnya buat golongan muda dan keselamatan negara menjadi agenda utama yang harus dititikberatkan dalam apa jua langkah agar negara kekal aman dan selamat," katanya.

Bagi Neysa Khairunnisa Ramli, 26, pula melahirkan perasaan teruja dan bangga kerana berpeluang membuat keputusan besar terhadap masa depan negara kerana ini merupakan kali pertama dia mengundi. "Bagi saya sebagai warganegara Malaysia, undian amat penting dalam pembentukan negara dan mampu merubah masa depan negara dengan lebih cerah dan maju. Oleh itu, golongan muda harus bijak mengundi tanpa mengikut

BN DUN Rembia Sedia Hadapi PRU 13 - Norpipah


OlehMOHD HAMZATUL AKMAR

MD ZAKARIA
REMBIA, 8 April Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) tiba tidak lama lagi, Barisan Nasional (BN) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia dilihat sudah seratus peratus siap siaga menghadapinya. Ketua Wanita UMNO Bahagian Alor Gajah, Datuk Norpipah Abdol berkata, persiapan BN di kawasan tersebut adalah kuat dan kukuh. Sokongan rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Mohd Najib Tun Razak dan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali

Kepimpinan Norpipah sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Alor Gajah disenangi rakyat berbilang kaum di kawasan DUN Rembia

Rustam tidak berbelahbahagi. Katanya, ini meman-

dangkan kedua-dua pemimpin tersebut telah membawa pelbagai pemba-

haruan dari segi pembangunan fizikal, kerohanian dan pelbagai lagi. "Baru-baru ini, Perdana Menteri telah mengumumkan manifesto 'Menepati Janji Membawa Harapan', dan saya sifatkan ia sebagai manifesto yang terbaik pernah diumumkan kerana ia merangkumi pelbagai kemudahan serta kebajikan untuk rakyat. "Apa yang diumumkan Perdana Menteri dalam manifesto tersebut adalah benar dan akan dilaksanakan, jadi pihak pembangkang sudah tentu akan mempersoalkan perlaksanaan manifesto BN.
Lihat muka 9

Norpipah ketika melawat loji rawatan kumbahan di Sungai Petai, baru-baru ini.

Sec1-rain_ms 14-11.qxd 4/8/2013 8:51 PM Page 2

melaka Hari Ini | Selasa 9 april 2013

9
Oleh Jaafar Neemat

Menjelang Pilihan Raya Umum Ke 13

Harap MIC Dapat Balik Asahan - Perumal


Namun, atas semangat BN pihaknya terus sokong calon yang dipilih oleh pucuk kepimpinan BN iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Mohd Najib Najib Tun Razak. "Biarlah Perdana Menteri selaku Pengerusi BN membuat keputusan calon DUN Asahan," katanya bagi MIC pihaknya terima di mana-mana kerusi diberikan kepada MIC untuk bertanding. "Saya yakin kaum India akan beri sokongan antara 75 hingga 80 peratus kepada calon-calon BN dan jika ada tambahan, ini merupakan bonus kepada calon-calon BN seluruh negeri Melaka," tegasnya.

ASAHAN, 8 April Pengerusi MIC negeri, Datuk R.Perumal berharap, calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan dikekalkan kepada MIC bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) ini. "Kita harap MIC dapat balik Asahan, kerana MIC tidak ada masalah dengan penduduk di kawasan Asahan dan memang mereka menyokong MIC jadi calon di situ. "Tiada isu besar di sana dan saya yakin majoriti pengundi DUN Asahan tetap menyokong calon BN," kata Perumal kepada Melaka Hari Ini (MHI).
>>Dari Muka 8

Pengundi Asahan Tetap Sokong Calon BN


Contohnya, PDM/BN Tebong sebanyak 95 peratus kaum India beri sokongan kepada BN," katanya pengundi kaum India di kawasan luar bandar tiada masalah, kecuali dalam bandar mereka terpengaruh dengan dakyah pembangkang. Berkaitan dengan manifesto BN 2013 yang dilancarkan Perdana Menteri kelmarin, Perumal berkata, ini adalah satu dokumen 'Aku Janji' iaitu 'Menepati Janji Membawa Harapan'. "Manifesto BN iaitu 'Aku Janji' adalah yang terbaik, malah ia memberi kesan positif kepada pengundi terus menyokong BN pada PRU 13," katanya. Dalam pada itu, beliau memberitahu, seramai 28,000 pengundi kaum India iaitu hampir 6.5 peratus daripada keseluruhan jumlah pengundi di negeri ini. Beliau terus mengulangi dengan harapan senarai calon BN dari MIC itu dikekalkan untuk bertanding dalam DUN berkenaan," katanya selepas melancar program Mesra Rakyat TNB di Bertam Ulu di sini hari ini. Katanya, BN penuh yakin terus menerajui Kerajaan Negeri Melaka dan pihaknya yakin kerana kerja yang pihak BN

Perumal

Katanya, dilihat kepada Pusat Mengundi Daerah BN (PDM), sokongan pengundi kaum India semakin kukuh, ada antaranya PDM BN lebih 90 peratus.

buat selama ini memenuhi keperluan semua lapisan masyarakat tanpa mengira kedudukan pangkat dan kaum. "Khususnya Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam telah bekerja 24 jam, tanpa tahu erti penat telah turun padang bagi menyelesaikan masalah rakyat di negeri ini," katanya. Beliau berkata, keyakinan rakyat terhadap BN negeri ini semakin kukuh, kerana dilihat apa yang telah dibuat oleh Kerajaan BN selama ini rata-rata rakyat memberi sokongan dan mandat sekali lagi pada PRU 13 nanti.

kerana beliau banyak berjasa kepada negeri bumi Bumi Hang Tuah ini. Selain usaha beliau dalam memastikan Melaka berdiri sebagai Negeri Maju adalah sesuatu yang membanggakan dan ternyata sudah cukup membuktikan kepimpinan beliau wajar dicontohi. "Beliau bekerja keras
Norpipah...Kepimpinan Ketua Menteri cemerlang

setiap hari bagi memastikan semua rakyat di negeri ini mampu hidup dalam keadaan sejahtera, serta menikmati kemajuan dalam pelbagai aspek. "Kepimpinan beliau ternyata tiada gantinya, kerana beliau sentiasa dekat di hati rakyat dan sepanjang penglibatan saya dalam bidang politik, beliau adalah

"Seperti yang kita semua tahu, sepanjang BN menerajui kepimpinan negara, segala janji telah ditepati berbanding janji pembangkang yang langsung tidak ditepati," katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI) ketika ditemui di Japerun Rembia di sini hari ini. Norpipah turut menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan Mohd Ali

Di bawah kepimpinan BN, nasib rakyat terus dibela

Pendekatan mesra rakyat, ternyata menjadikan Norpipah sebagai pemimpin yang disenangi rakyat di DUN Rembia

antara pemimpin yang hebat pernah dilahirkan oleh UMNO negeri," katanya. Ketika diulas mengenai persiapan BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia secara terperinci, beliau yakin dengan tertubuhnya tujuh Bilik

Gerakan BN yang berlokasi di Pekan Alor Gajah, Jelatang, Tebat, Kelemak, Sungai Petai Pekan Rembia dan Jeram, ia membuktikan persiapan secara serius BN dalam menghadapi PRU 13 nanti.

Ujarnya, setiap bilik gerakan tersebut beroperasi setiap hari bagi memudahkan rakyat setempat menyemak serta mendaftar sebagai pengundi di laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara 'online'.

Sec1-rain_ms 14-11.qxd 4/8/2013 8:51 PM Page 3

10

melaka hari ini | Selasa 9 april 2013

Proses Pemilihan Calon Perwakilan Mahasiswa KUIM Berjalan Lancar

Tolak Politik Luar Kampus - Baharudin


haSSan Pegawai Perhubungan awam Kuim
Oleh mohd Sufiean
Suasana sesi pendaftran pengundi

Suasana pusat pengundian majlis perwakilan mahasiswa tenang

KUALA SUNGAI BARU, 8 April - Calon perwakilan mahasiswa dalam sesebuah institusi pengajian tinggi (IPT) yang bertanding hendaklah memperjuangkan isu-isu berteraskan kampus dan permasalahan dalaman dan menolak sebarang agenda atau manifesto 'kepartian' politik luar.

Timbalan Naib Canselor Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), Prof. Madya Datuk Dr. Baharudin Puteh berkata, mahasiswa seharusnya peka dan memahami tujuan dan kepentingan pilihan raya kampus diadakan. Katanya, ia secara tidak langsung melatih mereka menjadi seo-

rang pemimpin yang amanat dan bertanggungjawab membabitkan isu-isu dalam kampus dan masalah mahasiswa. Menurutnya, amat tidak wajar jika mahasiswa melangkaui konteks tersebut sehingga melakukan perbuatan seperti berdemonstrasi di jalanan sedangkan saluran yang

betul diwujudkan bagi mendengar sebarang tuntutan, aduan atau masalah. "Jadi, kita minta mahasiswa jangan terpengaruh dengan manamana pihak luar yang berkemungkinan ada kepentingan sendiri. "Ini kerana isu kampus amat berbeza dengan isu luar dan seharusnya juga pemilihan ini mesti telus dan berintegriti," katanya ketika melawat tempat pengundian di Fakulti

Kejururawatan KUIM di sini. Jelasnya, pihak KUIM tidak pernah menghalang mahasiswa memperjuangkan sebarang idealisme, namun setiap perjuangan itu haruslah berada dalam landasan dan termaktub kepada konteks kampus yang tidak melanggar etika dan undang-undang KUIM. Namun, katanya, pemilihan calon hendaklah bergantung pada kriteria yang memberi manfaat dan mengangkat imej KUIM.

Program Kesihatan & Keselamatan 2013

Pupuk Kesedaran warga KaYm


BANDAR RAYA MELAKA, 8 April - Pendedahan isu ubatubatan merbahaya menyedarkan masyarakat tentang bahaya penggunaan ubat yang tidak diiktiraf. Rentetan itu, Sekolah Pengurusan Perniagaan (SPP) telah mengambil tanggungjawab sosial

Oleh harmiYaTi mohTar

Penerangan tentang cara melihat ubat yang diiktirafkan kerajaan

menganjurkan Kempen Kesihatan dan Kempen Keselamatan Di Tempat Kerja di kampus induknya di Bukit Sebukor, baru-baru ini. Menerusi kempen itu, para pelajar dan kakitangan Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) mendapat pelbagai maklumat dan tips-tips penjagaan kesihatan dari segi penggunaan ubatubatan yang betul dan aspek keselamatan agar dapat mengelakkan kemalangan berlaku di tempat kerja. Pendaftar KAYM, Aminalrashid Mohd Hussain dalam ucapan perasmiannya berkata, kempen ini amat berguna dan memberi banyak informasi tentang penjagaan kesihatan terutama penggunaan ubat-ubatan yang betul dan aspek keselamatan di tempat kerja. Menurutnya, kempen ini juga dapat memupuk kesedaran di

Aminalrashid memberi cenderahati kepada Ismail Jaafar

kalangan anggota masyarakat terutama warga KAYM tentang aspek kesihatan dan keselamatan. Ceramah dimulakan dengan penerangan oleh Pegawai Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, Maizatul Alia Alias bertajuk Risiko Penggunaan Ubat-ubtan Terlarang. Ia diikuti ceramah dari Pegawai Eksekutif, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara, Ismail Jaafar berkaitan Aspek-aspek Keselamatan Di Tempat Kerja.

Selain ceramah, diadakan juga pameran kesihatan bagi memberi penerangan kepada orang ramai mengenai ubat-ubatan terlarang dan cara-cara mengelakkan kemalangan di tempat kerja. Diharapkan, semoga program-program berbentuk ilmu seperti ini dapat dilaksanakan secara berterusan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat terutama warga KAYM tentang penjagaan kesihatan dan aspek keselamatan di tempat kerja, kata Aminalrashid berkata.

Sec1-rain_ms 14-11.qxd 4/8/2013 8:51 PM Page 6

Melaka hari ini | Selasa 9 april 2013

11

Program Lawatan Khidmat Masyarakat

BANDAR RAYA MELAKA, 8 April - Seramai 40 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka 6 Pahang, telah mengikuti program Lawatan Khidmat Masyarakat di Rumah Seri Kenangan, Cheng, di sini,

Bantu Pelajar Tingkat Kesedaran Sivik


baru-baru ini. Ketua Program, Mohd Zulkifli Mat Daud berkata, lawatan itu bertujuan meningkatkan kesedaran sivik dalam diri pelajar bagi memupuk nilai murni apabila mereka meningkat dewasa. "Sikap masyarakat yang tidak punyai kesedaran sivik dan disiplin dalam diri sukar dibendung seperti tidak mengambil peduli masalah sekeliling dan isu pengabaian ibu bapa. "Melalui lawatan itu, pelajar dapat menimba pengalaman baru serta merasai suasana di situ bagi membentuk sikap atau perlakuan berdasarkan prinsip-prinsip yang dianggap wajar dilakukan. "Ianya secara tidak langsung mendidik pelajar menjadi insan bermoral melalui pengalaman yang mereka lalui apabila melihat sendiri kehidupan warga emas dengan lebih dekat setelah dipinggirkan oleh anak-anak," katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini (MHI), di Rumah Seri Kenangan, baru-baru ini. Jelasnya, lawatan juga mewujudkan keinsafan dalam diri pelajar bagi menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa setelah berada di puncak menara gading nanti. "Ini dapat membuka minda pelajar di samping memberi peluang kepada mereka melihat dengan lebih dekat corak kehidupan warga emas yang kurang bernasib baik disebabkan pengabaian dan kelalaian anak-anak. "Diharap dengan men-

Oleh liaNa SahaBUdiN

Beberapa pelajar ketika mendengar luahan hati seorang warga emas

Pelajar SMK Jengka 6 bergambar kenangan di Rumah Seri Kenangan selepas program

jalankan aktiviti khidmat masyarakat ini, ia dapat memupuk dan membina keyakinan yang tinggi di kalangan anak-anak dan generasi muda zaman kini. "Sebagai anak, kita perlu memegang tanggungjawab dan menjaga segala keperluan serta kebajikan ibu bapa demi kesejahteraan mereka.

Sempena Karnival Pendidikan Melaka


AYER KEROH, 8 April- Gerai Sektor Pendidikan Islam (SPI) Jabatan Pelajaran Melaka menjadi tumpuan pengunjung sempena Karnival Pendidikan Melaka 2013 di Pusat Dagangan Antarabangsa Meleka (MITC), di sini, baru-baru ini. Malah, gerai SPI kali ini menampilkan Inovasi j-QAF Melaka iaitu Dam Arab Mumtaz di mana pada hari pertama pameran hingga akhir, para pelajar tidak putus mengunjungi gerai SPI untuk mencuba bermain dam mumtaz. Ketua Unit Pengurusan Pendidikan Islam, Ustaz Che Mat Che Leh berkata, inovasi yang ditampilkan oleh j-QAF Melaka ini berjaya menarik perhatian pengunjung. Katanya, dam mumtaz itu bukan sahaja dapat menarik perhatian pelajar Melayu, malah pelajar kaum India juga turut mencuba bermainnya. Menurutnya, ini bermakna program j-QAF yang sudah lapan tahun perlaksanaannya telah berjaya mencapai matlamat iaitu murid-murid boleh menguasai bahasa Arab.

Oleh Nawawi Md Salleh

Gerai SPi Jadi Tumpuan Pengunjung

Murid-murid semasa mendengar taklimat disampaikan guru inovasi Melaka

Beliau juga kagum dengan kesungguhan guru-guru j-QAF Melaka yang berjaya menubuhkan kumpulan inovasi guru j-QAF Melaka ini dan berharap usaha guru j-QAF itu akan dapat diketengahkan hingga peringkat kebangsaan. Seorang pengunjug, Siti hajar Ab Rahim berkata, dia teruja dengan dam mumtaz ini kerana anaknya bersungguh-sungguh cuba bermain dam mumtaz ini. Jelasnya, dam mumtaz ini boleh dipromosikan di seluruh

Malaysia kerana ianya sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di sekolah rendah.

Dam mumtaz turut mendapat perhatian murid-murid sekolah Tamil

Sec1-rain_ms 14-11.qxd 4/8/2013 8:52 PM Page 7

12

Melaka Hari Ini | Selasa 9 April 2013

APM Anjur Kursus Peringkat Sijil

Oleh AFLIEZA ARSHAD

Peserta Bakal Jadi Kakitangan Hotel Kobemas


kursus itu, satu sesi penerangan akan diadakan esok (hari ini) di Menara Pertam bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari. Taklimat tersebut berkisar terhadap kurus-kursus yang ditawarkan selain mengadakan terus sesi temu duga bagi membolehkan orang ramai yang berminat menyertai kursus tersebut memulakan pengajian mereka dalam masa terdekat. "Antara kursus yang ditawarkan ialah pelancongan, kakitangan bahagian hadapan, bahagian pengemasan, pengendali makanan dan pegawai pelancongan," katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI). Menurut Aida lagi, program titu merupakan kolaborasi dengan pihak Koperasi Bela Masyarakat (Kobemas) di mana peserta-peserta yang mengikuti kursus anjuran APM akan diserapkan sebagai kakitangan Hotel Kobemas yang sedang dibina di kawasan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh di sini. "Selain itu, mereka yang berjaya menamatkan kursus enam bulan pada peringkat sijil ini boleh melanjutkan pengajian dalam bidang berkaitan di Universiti Limkokwing Cawangan Melaka di Ujong Pasir yang kebanyakannya menawarkan pengajian berkaitan bidang perhotelan dan pelancongan," katanya lagi. Kursus tersebut adalah percuma dan orang ramai yang berminat boleh menghubungi pegawai APM di talian 012-905 0798 atau datang terus ke pejabat APM untuk temu duga.
Noor Aida....Kursus percuma enam bulan khusus buat mereka yang berminat dalam bidang perhotelan

BATU BERENDAM, 8 April - Akademi Pelancongan Melaka (APM) selaku agensi yang bertanggungjawab memberi nilai tambah dalam sektor pelancongan negeri ini, menawarkan kursus peringkat sijil berkaitan bidang pelancongan secara sambilan bermula April ini. Pegawai Penyelaras APM, Noor Aida Hassan berkata, bagi menjayakan

PPP UTeM Jayakan Program Jaringan Masyarakat


DURIAN TUNGGAL, 8 April - Pusat Pengajaran dan Pembelajaran (PPP) UTeM telah menganjurkan Program Khidmat Masyarakat atau 'University Social Responsibility' (USR), di sini, baru-baru ini. Program itu melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Arab Darul Falah yang diadakan di Dewan Konvensyen, Kampus Bandar UTeM di sini. Pengisian program ini mengandungi sesi bengkel dan ceramah berkaitan teknik menjawab soalan SPM yang disampaikan oleh

Oleh ROSLAN MOHAMAD

Keselamatan Peserta Kursus Bakal Haji Di Masjid Permatang Duyong, Terkawal


ta, pemilik kenderaan telah memberikan kerjasama menjaga keselamatan terutama melibatkan pejalan kaki. Menurutnya, pada mulanya keadaan lalu lintas tidak terkawal sehingga nyaris berlaku kemalangan, tapi kini segalanya berkeadaan seperti biasa apabila pihak lembaga masjid dan Lembaga Urusan Tabung Haji Melaka mengambil beberapa langkah drastik," katanya. Seorang peserta program, Noryati Md Shah berkata, kesibukan lalu lintas di kawasan tersebut hanya di sebelah pagi dan tengah hari iaitu sepanjang program itu berjalan. Pembelajaran (PPP) UTeM. Turut hadir dalam majlis itu, Dr. Norasiken Bakar, selaku Timbalan Pengarah PPP UTeM serta dua guru kaunselor.

Syed Najmuddin menyampaikan cenderahati kepada Norliah selepas sesi bengkel

Noraini Abd Jabar. Manakala sesi Bengkel Kecemerlangan telah disampaikan oleh pakar motivasi terkenal iaitu Norliah Kudus, selaku Pensyarah Kanan Pusat Bahasa dan Pembangunan Insan UTeM bertajuk Rahsia Menjadi Pelajar Cemerlang. Selain pensyarah, Norliah juga merupakan penulis tamu Melaka Hari Ini (MHI) dan penulis buku motivasi paling laris kini bertajuk Refleksi Kecemerlangan : Permata Hati Ayah Bonda yang diterbitkan oleh Penerbit UTeM. Dalam sesi motivasi, Norliah turut berkongsi pengalaman bersama para pelajar melalui sesi ceramah dan beberapa aktiviti refleksi minda bertemakan Selangkah Ke Universiti. Ianya sebagai tips utama untuk menjadi pelajar hebat dan cemerlang dengan menjadikan universiti atau IPT sebagai impian

Keadaan lalu lintas menjadi sibuk ketika kursus haji

Oleh IBRAHIM IDRIS DUYONG, 8 April Keadaan keselamatan khususnya melibatkan pesertapeserta kursus bakal haji di Masjid Permatang Duyong, utama mereka dalam mencipta kejayaan masa depan. Program ini melibatkan penyertaan seramai 60 pelajar Tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaaan Sijil Pelajaran Malaysia

berada dalam keadaan terkawal. Imam Masjid Kampung Permatang Duyong, Ustaz Ismail Zakaria berka(SPM) tahun ini. Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Syed Najmuddin Syed Hassan, selaku Pengarah Pusat Pengajaran dan

Sec4-jot_ms 14-11.qxd 4/8/2013 7:44 PM Page 2

MelakaHariInilSelasa9April2013

13

MEREKABERSEMADIDIHATIDATUKSERI
Bantuan sejak Merdeka Prakarsa dan iltizam BN memberi perhatian dan membantu golongan yang kurang bernasib baik bukannya bermula semalam. Ia juga tidak bermusim, sepertimana yang dilakukan oleh puak pembangkang. Ia bukan janji pilihanraya seperti yang dilaungkan oleh kumpulan yang berpakat mengadakan pakatan; seolah-olah macam satu konspirasi untuk menawan hati pengundi agar mereka dapat bertakhta di negerinegeri dan di Putrajaya! Kerajaan Perikatan (diikuti oleh BN) telah mewujudkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam Negeri seperti MAIM sejak mula merdeka lagi. Tujuannya, antara lain, adalah untuk menolong mereka yang kurang bernasib baik. Tolonglah jangan lupakan hakikat ini. Kemudiannya ia diikuti oleh institusi/program lain seperti MARA, FELDA, RISDA, FELCRA, SOCSO, AIM, TEKUN, PPRT, 1AZAM dan banyak lagi.

Oleh: DATUK AKBAR ALI YANG DIPERTUA PERTUBUHAN KESEJAHTERAAN UMMAH

Justeru, ditegaskan sekali lagi, program membantu rakyat yang kurang bernasib baik ini sudah lama bermula dan ianya berterusan. Ianya tidak bermusim dan tiada kaitan dengan pilihanraya! Kini program-program seperti ini dipayongkan di bawah pendekatan Rakyat Didahulukan. 3 Kategori Bantuan Program membantu golongan tersebut terbahagi kepada tiga kategori utama: (1) membina baru/membaiki tempat berteduh seperti di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Rumah Kos Rendah dan Rumah Mampu Milik; (2) memberi bantuan wang tunai atau makanan atau pinjaman perniagaan kepada golongan miskin, anak yatim, warga emas, ibu tunggal, pesakit kronik, OKU dan seumpamanya oleh MAIM dan JKM serta AIM dan TEKUN; dan (3) memberi bantuan pendidikan seperti keperluan persekolahan, biasiswa dan pinjaman yang diuruskan oleh institusi seperti JPA, MARA, PTPTN dan TAPEM. Komitmen Ketua Menteri Dalam hal ini, rakyat Melaka amatlah bernasib baik kerana keperihatinan dan komitmen Ketua Menterinya untuk membantu orang susah ini sangatlah tinggi. Pada hemat saya, iltizam dan keinsafan itu datangnya dari keperitan hidup yang beliau deritai sendiri akibat cengkaman kemiskinan; bukan sekadar bercakap isuisu kemiskinan dengan menaburkan angka-angkanya sahaja! Sangatlah jelas bahawa beliau amat insaf akan tuntutan agama Islam supaya kita membasmi kemiskinan kerana sesungguhnya kefakiran itu hampir-hampir mengundang kekufuran (maksud Hadith riwayat Anas Bin Malik r.a). Manifestasi Manifestasi iltizam tersebut dapat dilihat dari lonjakan bilangan penerima bantuan dan nilai bantuan yang dihulurkan bagi tempoh 2001 2012. Ringkasan angka-angka ini seperti di bawah: Lonjakan Bil. Penerima dan Nilai Bantuan, 2012 / 2001

Wajar ditegaskan segera di sini bahawa peningkatan itu janganlah cuba disalah tafsirkan atau diputar belitkan untuk membuktikan bahawa orang miskin di Melaka kononnya bertambah ramai kerana kelemahan pentadbiran kerajaan BN di bawah kepimpinan Datuk Seri.

Sec4-jot_ms 14-11.qxd 4/8/2013 7:45 PM Page 3

14

Melaka Hari Ini l Selasa 9 April 2013

Golongan kurang bernasib baik ini, seperti warga emas, anak yatim, ibu tunggal, OKU dan pesakit kronik, sentiasa ada dan bilangan mereka ini bertambah seiring dengan pertambahan penduduk. Kerajaan pula cekap dan berhemah dalam menguruskan ekonomi serta kewangan negeri. Justeru berjaya menjana peluang pekerjaan yang banyak dan hasil pendapatan yang terus meningkat Pertumbuhan ekonomi adalah rancak dengan mencatatkan kadar purata sebanyak 5.3% setahun. Ia disusuli oleh peluang pekerjaan yang amat banyak. Lantaran itu Melaka telah menikmati gunatenaga penuh sejak tahun 2000. Kini kadar penganggurannya hampir sifar (0.7%); terendah di Malaysia dan berbanding dengan negara-negara maju OECD. Hasil kerajaan negeri melompat 111%, dari RM152.6 juta pada tahun 2000 kepada RM322.6 juta (2012). Pungutan zakat pula turut melonjak 418%, dari RM8.4 juta kepada RM43.5 dalam tempoh yang sama. Berpaksikan dasar yang mengutama dan mendahulukan rakyat maka lebih banyak wang mampu diperuntukkan untuk golongan ini. Yang demikian, lebih ramailah mampu dibantu, seperti yang ditunjukkan oleh carta di atas.. Impak Impak utama semua usaha ini ialah: (1) purata pendapatan bulanan isirumah semua kaum telah meningkat sebanyak 85%, dari RM2,260 pada tahun 1999 kepada RM4,184 (2009); (2) kadar kemiskinan telah menurun dari 5.7% kepada hampir sifar (0.5%) dalam tempoh yang sama, dan (3) jurang pendapatan antara kaum pula mengecil; misalnya, pada tahun 1999, setiap RM1 yang dimiliki oleh orang Melayu, kaum Cina memiliki RM1.57 sen tetapi pada tahun 2009, setiap RM1 yang dimiliki oleh orang Melayu, kaum Cina memiliki RM1.14 sen sahaja. Bukti terperinci bantuan yang telah dihulurkan di era Datuk Seri Mohd Ali Rustam dipaparkan di bawah.

Datuk Akbar Ali adalah; * Setiausaha Kerja Badan Perhubungan Umno Negeri Melaka. * Timbalan Presiden, MAPEM. * Mantan Timbalan Ketua Perangkawan, Jab Perangkaan Msia. * Mantan Pengarah Eksekutif MTEN Melaka.

Sec4-jot_ms 14-11.qxd 4/8/2013 7:45 PM Page 4

Melaka Hari Ini l Selasa 9 April 2013

15

Sec4-jot_ms 14-11.qxd 4/8/2013 7:44 PM Page 1

16

Melaka Hari Ini l Selasa 9 April 2013

Sec1-rain_ms 14-11.qxd 4/8/2013 8:52 PM Page 8

Melaka Hari Ini | Selasa 9 April 2013

17
Malaysia ke peringkat Asean dan dunia dalam satu pertandingan pada tahun hadapan. Bagi Salikin yang cukup tersohor dalam industri fesyen tanah air, mengakui kualiti yang dihasilkan peserta semakin baik sesuai dengan pengetahun dan pendedahan yang perolehi di samping persediaan rapi yang dilakukan mereka. "Pertandingan ini mengangkat para peserta untuk memaju dan meningkatkan kesedaran terhadap peluang kerjaya dalam bidang latihan kemahiran seterusnya menceburkan diri dalam industri yang bersesuaian dengan kemahiran yang dimiliki. "Pertandingan seumpama ini merupakan proses penjenamaan baru yang menjadi simbolik inovasi kepada latihan kemahiran ke aras paling cemerlang di samping menjadi aspirasi bangsa dan negara dengan berpaksikan misi latihan kemahiran," katanya. Skills Malaysia turut mengambil inisiatif dengan menggalas tanggungjawab menyelaras lima pertandingan kemahiran di peringkat nasional dan antarabangsa menerusi kaedah inovasi bagi menarik minat para belia negara agar Iebih berminat dan memperbaiki persepsi menghargai kemahiran.

Industri Fesyen Berkembang Maju

Oleh AFLIEZA ARSHAD

KKBB Hab Lahir Pereka Terkenal


Seorang peserta pertandingan kemahiran teknologi fesyen memulakan kerja-kerja menjahit yang diadlili oleh juri profesional

BUKIT BERUANG, 8 Mac - Kolej Komuniti Bukit Beruang (KKBB) dipilih menjadi lokasi Pertandingan Kemahiran Malaysia pra kelayakan dalam bidang teknologi fesyen kali ke 22 melibatkan penyertaan seramai 141 peserta dari seluruh neagra. Pertandingan kemahiran tiga hari bermula semalam yang bertumpu bidang jahitan itu dibahagikan kepada dua kategori iaitu 77 peserta bagi golongan belia berusia bawah 20 tahun dan kategori tenaga pengajar seramai 64 orang. Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia, Surinah Siron sebagai wakil penganjur berkata, pertandingan tahunan ini bertujuan mencungkil bakat di kalangan golongan muda yang berbakat

Iskandar Mohd Yatim dan Asfarena Samion. Hanya lapan peserta layak dipilih untuk ke peringkat akhir yang akan berlangsung pada akhir September nanti. Seterusnya pemenang peringkat kebangsaan akan mewakili

dalam pelbagai kemahiran. "Pertandingan dalam bidang teknologi jahitan ini berlangsung serentak dengan beberapa lagi kemahiran lain di pusatpusat terpilih seluruh negara. "Namun, di KKBB ini lebih difokuskan dalam bidang teknologi fesyen bersesuaian dengan kolej tersebut yang menawarkan kuliah dan pengajian industri fesyen. "Sementara bagi kate-

gori tenaga pengajar pula, ia adalah usaha bagi memantapkan kemahiran di samping mempertingkatkan tanda aras kemhiran sedia ada yang lebih baik berbandiangan kalangan peserta amatur," katanya kepada (Melaka Hari Ini (MHI) sewaktu ditemui hari ini. Pertandingan diadili oleh pereka fesyen terkenal, Salikin Sidek selaku Ketua Juri; Pensyarah Fesyen dan Apperal, Mohd

Surinah, Asfarena, Mohd Iskandar dan Salikin bergambar berlatarkan hasil kerja jahitan yang dipertandingkan

Sec1-rain_ms 14-11.qxd 4/8/2013 8:51 PM Page 5

18

Melaka Hari Ini | Selasa 9 April 2013

SEJAK penubuhan kereta Proton pada tahun 1985, Malaysia telah berjaya membangunkan keupayaan industri automotif yang bersepadu merangkumi rekaan tempatan dan keupayaan reka bentuk, operasi pengeluaran berskala penuh dan penyertaan tempatan yang meluas dalam pembekalan komponen. Hari ini, Malaysia adalah pasaran kenderaan penumpang terbesar di Asean dengan jualan tahunan melebihi 500,000 kenderaan dengan 90% darinya dipasang dalam negara. Namun, sebahagian besar dari kejayaan negara dalam membangunkan industri automotif tempatan telah didorong oleh dasardasar yang menyokong pengeluar kenderaan tempatan. Pada masa hadapan, cabaran global dan domestik akan menguji kemapanan industri ini. Industri global semasa mempamerkan pertumbuhan yang lembap, kemusnahan nilai dan rasionalisasi besar-besaran yang mendesak pengeluar kenderaan tempatan untuk bergabung bagi mencapai tahap skala yang lebih tinggi. Menyedari persekitaran global ini, Dasar Automotif Nasional (NAP) dirangka dengan tujuan menangani pelbagai masalah dan cabaran tersebut serta mentransformasikan sektor automotif tempatan supaya lebih berdaya tahan, berdaya saing dan penyumbang besar kepada ekonomi.

DIPLOMA KEJURUTERAAN AUTOMOTIF KUIM & NAP


Seterusnya dasar dan sokongan kerajaan akan ditumpukan kepada peserta industri automotif yang memberi sumbangan ekonomi mapan. Pemacu utama bagi sumbangan ekonomi itu adalah skala yang ekonomik, rantaian industri dan aktiviti nilai tambah yang kompetitif. NAP telah diperkenalkan pada 22 Mac 2006 bagi membantu usaha transformasi dan integrasi industri automotif tempatan secara optimum ke dalam jaringan industri serantau dan global yang semakin liberal dan kompetitif. NAP merupakan teras utama dalam penggubalan hala tuju strategik industri di bawah Pelan Induk Perindustrian Ketiga (IMP3), 2006-2020. Selepas tiga setengah tahun diperkenalkan, NAP telah dikaji semula bagi mewujudkan dasardasar baru yang akan meningkatkan daya saing pasaran bagi syarikat tempatan dan antarabangsa. Selaras dengan komitmen kerajaan untuk meliberalisasikan industri automotif dan konsep Rakyat Didahulukan,' kajian semula NAP memberi faedah kepada pengguna terutama dari s e g i jamin a n keselamatan dan perlindungan terhadap alam sekitar. Terdapat enam objektif yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan iaitu: 1. Menggalakkan industri automotif tempatan yang kompetitif dan berdaya tahan terutama pengeluar kereta nasional. 2. Membangunkan Malaysia sebagai pusat atau hab automotif serantau dalam bidang-bidang khusus. 3. Menggalakkan peningkatan nilai ditambah secara mapan serta pembinaan keupayaan tempatan. 4. Menggalakkan peningkatan tahap eksport kenderaan dan komponen yang kompetitif di pasaran dunia. 5. Menggalakkan penyertaan Bumiputera yang kompetitif dan menyeluruh dalam sektor automotif tempatan. 6. Menjaga kepentingan pengguna dengan menawarkan produk yang selamat dan berkualiti pada harga yang berpatutan. Bagi memenuhi aspirasi kerajaan ini, Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) mengorak langkah dengan menubuhkan Diploma Kejuruteraan Automotif (DKA) di bawah Fakulti Sains dan Teknologi

Oleh: Mohd Anuar Omar Pensyarah Fakulti Sains & Teknologi KUIM

Bengkel amali yang dijalankan bagi meningkatkan kemahiran teknikal pelajar

(FST) dengan pengambilan pertama pada Jun 2012. Perancangan menubuhkan Diploma Kejuruteraan Automotif ini telah bermula sejak 2009 lagi melibatkan kerjasama di antara tenaga pengajar dan pakar dari Pusat Latihan Berteknologi Tinggi (ADTEC) Melaka. Kerjasama menubuhkan Diploma Kejuruteraan Automotif ini kerana mengambil kira kelayakan dan kepakaran yang ada pada ADTEC Melaka. Selain itu, Diploma Kejuruteraan Automotif ini juga diiktiraf oleh Lembaga Akreditasi Malaysia (MQA). Menurut Pemangku Dekan Fakulti Sains dan Teknologi, Nur Khairul Bariyah Mahyuddin, selain memenuhi objektif dan matlamat NAP ini, Diploma Kejuruteraan Automotif ini juga dirangka dan dibentuk bagi membekalkan tenaga kerja berkualiti kepada industri Automotif Malaysia. Oleh itu, silibus yang dirangka bagi kursus ini telah mengambil kira bagaimana menjadikan bakalbakal graduan yang keluar dari KUIM ini dilengkapi dengan pengetahuan teori-teori automotif. Tetapi, bakal-bakal graduan ini juga lengkap dengan kemahiran teknikal berkenaan dengan automotif sekali gus menjadikan bakal tenaga kerja ini mampu memberi sumbangan besar kepada perkem-

bangan industri automotif negara ini. Sepanjang tiga tahun pelajarpelajar mengikuti kursus ini di KUIM, mereka akan diseliakan oleh tenaga pengajar yang berkelayakan. Pelajar-pelajar juga didedahkan dengan pembentukan sahsiah diri selaras dengan falsafah KUIM iaitu Pengajian yang menggabungkan unsur-unsur keimanan, akademik dan vokasional (duniawi dan ukhrawi) bagi melahirkan golongan yang bertaqwa dan progresif. Rentetan itu, usaha yang dilakukan KUIM ini diharap bukan sahaja menaikkan nama baik KUIM di mata masyarakat, tetapi ia juga merupakan salah satu sumbangan balik KUIM kepada masyarakat. Untuk maklumat lanjut mengenai program-program yang ditawarkan di KUIM, calon siswa/siswi boleh melayari laman sesawang KUIM http://www.kuim.edu.my. Sesi pengambilan bagi kemasukan Jun 2013 juga telah dibuka untuk proses permohonan. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Norsalman Mohd Nor di talian 06-387 8458/012666 4240, Juriah Abdul Latif 06387 8458/012-621 7227 dan Mohd Hafes Mahat 06-387 8457/012272 6746.

Sec1-rain_ms 14-11.qxd 4/8/2013 8:51 PM Page 4

Melaka Hari Ini | Selasa 9 April 2013

19

Sec1-rain_ms 14-11.qxd 4/8/2013 8:51 PM Page 1

20

Melaka hari ini | Selasa 9 april 2013

Kejohanan Catur MSSM Peringkat Kebangsaan

Oleh JURaidah OThMaN

Dua Pelajar SMK Simpang Bekoh Wakili Negeri


laysia dalam pertandingan Catur bawah umur 8 tahun sehingga mewakili Malaysia ke Pattaya, Thailand dan Singapura dan telah mendapat tempat ketiga. "Bermula dari tahun dua hinggalah sekarang di Tingkatan 4, Muhammad Hakimi menunjukkan minat begitu mendalam dalam arena catur sehingga dia terpilih mewakili Melaka ke peringkat kebangsaan. "Lebih menarik, pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun depan itu dilatih sendiri oleh bapanya, Mazlan Harun yang merupakan Guru Penolong Kanan (GPK) Hal Ehwal Murid (HEM) di Sekolah Kebangsaan (SK) Asahan," ujarnya. Tambah Zawiyah, selain pelajar lelaki ini, pihak sekolah juga bangga dengan seorang lagi pelajar wanita, Nur Diyana Aqilah Abd Kuddus, 15, yang juga sepupu kepada Muhammad Hakimi kerana turut terpilih mewakili Melaka ke peringkat kebangsaan. "Walaupun pada kejohanan MSSM baru-baru ini, Nur Diyana Aqilah hanya mendapat tempat ketiga, namun itu satu pencapaian positif dan membuktikan sekolah di kawasan luar bandar juga mampu melahirkan pelajar cemerlang sehingga terpilih mewakili negeri ke peringkat kebangsaan," katanya. Sementara itu, Muhammad Hakimi yang ditemui bersyukur kepada Allah SWT kerana membantunya meraih kejayaan, secara tidak langsung meng-

ASAHAN : Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Bekoh, di sini, mencipta sejarah tersendiri apabila dua pelajarnya berjaya mewakili negeri dalam Kejohanan Catur MSSM peringkat kebangsaan yang bakal diadakan tidak lama lagi. Guru penasihatnya, Zawiyah Saadan berkata, salah seorang pelajar, Muhammad Hakimi Mazlan, 16, terpilih mewakili negeri setelah muncul Juara bagi Kategori Lelaki Bawah 18 tahun Kejohanan Catur MSSM peringkat negeri, baru-baru ini. Menurutnya, pelajar Tingkatan 4 itu telah lama melibatkan diri dalam arena catur dan pernah muncul sebagai Juara Catur Ma-

Zawiyah (kanan) dan Muhammad Hakimi (dua, kanan) bergambar kenangan bersama pelajar SMK simpang Bekoh yang turut mewakili sekolah pada Kejohanan MSSM peringkat negeri, baru-baru ini

harumkan nama sekolah. Jelasnya, walaupun telah memenangi beberapa kejohonan, namun dia tetap meneruskan latihan dan pada masa sama membahagikan masa mengulang kaji pelajaran. "Saya harap bukan saja

saya dan sepupu saya dapat mencapai kejayaan di peringkat kebangsaan, malah mendoakan adik saya Muhd Naim, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Masjid Baru juga dapat mencipta sejarah ketika mewakili Melaka ke peringkat seterus-

nya. "Alhamdulillah dengan dilatih oleh bapa, telah memberi peluang untuk kami menaikkan nama sekolah masing-masing dan akan cuba membawa kejayaan untuk Melaka di peringkat kebangsaan," katanya.

Perlawanan Bolasepak 3 Penjuru RBlTaa Meriah


Oleh Nawawi Md Salleh RUMAH Budak Laki-Laki Tun Abdul Aziz (RBLTAA) telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan perlawanan bolasepak persahabatan tiga penjuru bawah 15 tahun di padang bolasepak RBLTAA, Durian Daun, di sini semalam. Tiga pasukan yang menyertai perlawanan itu terdiri BKP FC Taman Bukit Katil Permai, Semabok Rovers dan RBLTAA sendiri yang berlangsung dalam suasana meriah. Pengurus merangkap jurulatih pasukan RBLTAA, Zaihairi Zailani berkata, perlawanan antara ketiga pasukan itu bertujuan mengeratkan lagi silaturahim antara pasukan bimbingannya dan dua pasukan undangan iaitu BKP FC dan Semabok Rovers di samping berpeluang memberi pendedahan dan meningkatkan kemahiran dalam sukan bolasepak yang merupakan sukan nombor 1 di Malaysia. Zaihairi memberitahu, pemain-pemain pasukannya begitu bersemangat dan perlawanan berlangsung dengan semangat setia kawan. Selain berharap agar perlawanan seperti ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa sebagai persediaan pasukannya menghadapi Karnival Sukan JKMM 2013 yang bakal berlangsung pada Jun ini di Johor Darul Takzim.

Tiga pasukan bergambar kenangan sebelum perlawanan

Sec2-iz_ms 14-11.qxd 4/8/2013 9:35 PM Page 8

Melaka Hari Ini | Rabu Ahad 10 6 Februari Februari2013 2013

11 17
Established since 1982

Melaka Hari Ini | Tuesday 9 April 2013

ou l l u P

Malaysian Schools Cricket Championships 2013

Johor Wins Under-12 category but Melaka Improves overall standings

A Melaka Under-12 player, clean bowled with the bails dropping to the ground.

The victorious Johor Under-12 Cricket Team with their officials.

GEORGETOWN: Johor defeated arch rivals Selangor by two wickets to retain the Malaysian Schools Cricket Championship Under-12 Boys' title for a second consecutive time here at Georgetown, Penang recently. Selangor batting first, scored 122 runs for the lost of seven wickets at the end of the allotted 25 overs. In reply Johor lost eight wickets for its target score of 123 with six balls to spare. The

Yusri Salami

toast of Johor's batting strength was brought about by a fine batting performance from Adam Abdul Ghani who was subsequently named the Best Under-12 Batsman of the series. Johor's Schools Technical Chairman, Yusri Salami Rahaman was on cloud nine when he was asked to comment, saying that the hard work put in by the team coaches, paid dividends as the young boys played their hearts out despite of the tough opposition from the other teams. Nevertheless Yusri was all smiles when the news reporters approached him for a team photograph. Yusri also paid tribute to the young Melaka Boys Under-12 team, who for the first time moved on to the quarter-finals based on their fine showing in the preliminary round matches. Melaka had a poor start, losing to Pahang by a big margin but made amends, beating Terengganu comfortably on two occasions before moving over to the Plate

Category final, only to lose Pahang. Melaka was placed sixth, a step higher than in the last year's outing where Melaka won the Loser's Pool final. "We only a couple of weeks to train our young boys and the game of cricket requires a long term investment in terms of preparing for a competition. The boys showed some remarkable improvement in batting but not so much in the bowling department,' said Melaka Schools' Cricket Technical Chairman Nizar Salleh adding that the Melaka boys still have a long way to be on par with teams like Penang, Johor, Selangor and even Negeri Sembilan. Melaka's team skipper, Amsyarb Alias won two man of the match awards for his robust batting and fine wicketkeeping. The 11-year old boy has a fine future in the sport, provided he gets the follow-up and proper guidance, once he goes to the secondary school. Another fine bowler, Amirul Syah Rahmat Syah has some

potential and he attributed his improvement in the sport to his father, Rahmat Syah who is also the team coach. The two boys are from SK Kg Gelam, which won the 2013 Melaka Schools Under-12 Boys Cricket title for the first time

early last month. KL won the Boys Under-18 category after a lapse of eight years, beating defending and favourites Kelantan by 13 runs in the final played at Penang Free School Ground. Melaka met its target of

a quarter-final placing but lost to Pahang for a place in the semi-finals. This is Melaka's best outing after almost three decades in the doldrums, either beaten badly in the preliminary or battling it out in the loser's pool round.

Going for quick runs by the young Melaka Under-12 boys

Sec2-iz_ms 14-11.qxd 4/8/2013 9:34 PM Page 5

Windfall for the Malaysian Indians


JALAN BENDAHARA: The Malaysian Associated Indian Chambers of Commerce & Industry (MAICCI) President Datuk K. Kenneth Eswaran said RM540 million will be allotted to all Indian schools, another RM48 million set aside for Indian temples with a RM68 million grant for some 2,400 non-governmental organizations (NGOs) throughout the nation for the next five years. A RM150 million loan with RM58 million already been distributed to Indian entrepreneurs through various programmes initiated by MAICCI. Eswaran said the RM58 million was part of RM150 million allocated by the government to help young Indian entrepreneurs to expand their business. Since Prime Minister Datuk Seri Najib Razak announced the allocation on June 9, last

22

Melaka Hari Ini | Tuesday 9 April 2013

The VIPs holding the 'BN Aku Janji' booklet with information on 'Bantuan 1Malaysia'.

year, MAICCI had carried out nine road shows to brief Indian businessmen of the allocation made available for their business. "With another RM102 million available, I urge

Well done, as Datuk Kenneth Eswaran says to a successful young Indian girl, a UPSR excellent recipient.

Indian businessmen to seize the opportunity to start their business or expand their current business," said Eswaran to reporters after opening the MAICCI Barisan Nasional (BN) Friendly Information Centre, here in Jalan Bendahara, Melaka, today, adding that from the total allocation, RM150 million was channelled to 15 participating banks with every bank receiving RM10 million to cater for small and medium size business loans. Eswaran also said that the BN Friendly Information Centre here in Melaka is the third one set up after Johor and Penang. "Ironically the centres set up in Penang and Melaka are right in the heart of the DAP stronghold area but I believed the rakyat are now well aware of the dirty tactics and false hope of the Opposition whenever a general election looms," said Eswaran adding that

Part of the packed crowd that turned up for the official launch.

Opposition leaders like Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Datuk Seri Annuar Ibrahim, Hadi Awang and the others are power crazy and they are

From left; R.Rajasekharan, Dr Yee Kok Wah, Datuk K.K.Eswaran, Datuk R.Perumal, Datuk Gan Tian Loo & Ronald Gan Yong Hoe

not for the rakyat but rather for themselves and their immediate family members. Eswaran who was later joined in by Melaka MCA Bureau Chief Datuk Gan Tian Loo, Melaka MIC Bureau Chief Datuk R.Perumal, likely Kota Melaka Parliamentary Constituency candidate Dr Yee Kok Wah, likely Banda Hilir State Constituency candidate Ronald Gan Yong Hoe, MIC Bukit Katil Chief Datuk K.Basil, Datuk Dr Senasi Annamalai, Melaka MAICCI Chairman R.Rajasekharan, Secretary Melaka MAICCI Sathu Raman and members to totally reject the opposition and vote in the BN candidates to recapture the lost seats here in Melaka. The was a brief questions and answers session for all present to air their grievances and the officers

present were at their very best to solve their current teething problems by looking into ways of eradicating them. The members whose young children obtained excellent results in their UPSR examination last October, were awarded with monetary rewards, courtesy of MAICCI. For each member of the family, they received a goody bag consisting of a 505gram tin of sweetened creamer, a 1kg packet of coarse grain sugar and a 5kg of rice grains. All present later adjourned to a buffet luncheon treat. The MAICCI BN Friendly Information Centre, the monetary incentives, the gooby bags and luncheon treat were all sponsored by the Malaysian Associated Indian Chamber of Commerce and Industry headed Datuk K.Kenneth Eswaran.

Sec2-iz_ms 14-11.qxd 4/8/2013 9:33 PM Page 4

Melaka Hari Ini | Selasa 9 April 2013

23

Sec2-iz_ms 14-11.qxd 4/8/2013 9:21 PM Page 1

24

HIBURAN

Melaka Hari Ini | Selasa 9 April 2013

Yana Samsuddin Kekasih Adik Farid Kamil..?


JENG, JENG JENG... ni ada satu berita tergempar. Lebih kurang macam 'urgent' la jugak ni kan. Al-kisahnya, pelakon yang menang Pelakon Filem Wanita Popular malam Isnin lalu di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012. Dia dan siap menyanyi lagu Jejaka Idaman dan Angan-Angan, Yana Samsuddin, 29, dikatakan kekasih kepada adik pelakon Farid Kamil, Fadzil Zahari. Wah, baik punya cerita ni. Dalam diam-diam Yana rapat dengan adik Farid Kamil rupanya. Menurut sebuah portal hiburan, Yana dan Fadzil bukan hanya rapat dan kerap dilihat hadir bersama dalam berberapa majlis hiburan, namun Fadzil sendiri telah datang ke rumah Yana dan bertemu dengan ibu bapa aktres berkenaan. Tidak terhenti sekadar itu, Yana sendiri mengaku memang Fadzil bertandang ke rumahnya dan bertemu dengan ibu bapanya. Yana juga turut mengakui bahawa adalah lelaki yang paling rapat dengannya ketika ini. "Lepas saya putus cinta tiga tahun lalu, saya memang tidak ada kawan dengan lelaki yang betulbetul rapat dengan saya melainkan dia (Fadzil). Memang dia lelaki paling rapat dengan saya sekarang, kami pun sudah lama kenal. "Saya juga rapat den-

Susunan: NURFATEHA OTHMAN lisarania@mhi.com.my


(hiburan) jika dia tidak ada kerja atau urusan. Saya yang ajak dia teman saya sebab saya kekok dan tidak suka berjalan sendiri sejak dari dulu lagi," ujar Yana Untuk pengetahuan, individu yang bertanggungjawab memperkenalkan Yana kepada Fadzil adalah Farid Kamil sendiri berberapa tahun lalu. Selepas diperkenalkan, Yana dan Fadzil mula berkawan dan rapat sehingga hari ini. Faten: Mimpi poster...! pasang
sangat a dengan Fadzil erita hubunganny rc be na Ya an us Ketel jujur.

gan keluarganya dan dia (Fadzil) pernah berberapa kali singgah di rumah saya di Johor jika dia ada kerja di sana," kata Yana barubaru ini. Mengulas mengenai Fadzil yang dikatakan rajin 'mengekornya' ke majlismajlis hiburan, kata Yana dia tidak kisah jika Fadzil selalu menemaninya. "Memang saya dan dia berkawan dan dia pun rajin teman saya ke majlis-majlis

Yana mengaku rapat dengan adik Farid Kamil, Fadzil.

1st MAPEX 2013 : 19 Hingga 21 April Di Mahkota Prade

2,633 Unit Hartanah Ditawar


Oleh AZHAR YUSOF MALIM, 8 April - Sebanyak 2,633 unit hartanah bernilai hampir RM967 juta akan ditawarkan pada Ekspo Hartanah dan Perumahan Melaka (Mapex) 2013 yang akan diadakan di Mahkota Parade, Banda Hilir, di sini, bermula dari 19 hingga 21 April ini. Ekspo selama tiga hari bermula pukul 10 pagi itu akan disertai 28 pemaju yang menawarkan hartanah perumahan dan komersil bernilai antara RM47,000 hingga RM1.9 juta seunit dianjurkan Persatuan Pemaju Hartanah & Perumahan Malaysia (REHDA) Melaka. Menurut Timbalan Pengerusi REHDA Melaka merangkap Pengerusi penganjur, Datuk Ngoh King Hua, sebanyak 30 gerai jualan dan pameran akan ditempatkan di ruang legar pusat membeli-belah itu bagi membolehkan orang ramai membuat pilihan. "Ini merupakan ekspo pertama yang dianjurkan tahun ini dan REHDA Melaka dipertanggungjawabkan bagi menganjurkan program ini setiap tahun. "Tujuannya bagi memudahkan orang ramai membuat pilihan dan merujuk tentang maklumat perumahan yang ditawarkan di negeri ini. "Mapex 2013 menyediakan landasan terbaik buat pembeli rumah dalam mencari informasi serta tips tentang pemilikan," katanya pada sidang media di pejabat REHDA di Taman Malim Jaya di sini hari ini. Turut menyertai ekspo itu beberapa agensi kerajaan termasuk institusi kewangan. Hadir sama, Pengerusi REHDA Melaka, Datuk Anthony Adam Cho.

Salah seorang wakil pemaju membuat cabutan gerai pameran

Sec3-MIMIE_ms 14-11.qxd 4/8/2013 9:50 PM Page 8

Melaka Hari Ini | Selasa 9 April 2013

25

Majlis Perhimpunan AAI Disambut Meriah

Erat Hubungan Silaturahim Antara Kakitangan


Oleh SHAZZUAN SHAH

MOHD SALLEH

BUKIT BARU, 8 Mac Hampir 300 kakitangan agensi agama di Melaka telah menghadiri majlis perhimpunan Agensi Agama Islam (AAI) bilangan satu tahun 2013 di Auditorium Masjid Al Azim, di sini, hari ini. Majlis itu telah dianjurkan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) yang turut dihadiri agensi Jabatan Agama Islam, Jabatan Mufti, dan anak-anak syarikat MAIM. Tujuan perhimpunan itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara kakitangan dengan pihak pengurusan serta memberikan penghargaan kepada kakitangan yang telah banyak berjasa serta meningkatan mutu perkhidmatan agensi agama Islam. Turut diadakan penyampaian anugerah bagi pekerja contoh yang telah diberikan kepada kakitangan Bahagian Kewangan MAIM, Maslinda Md Salleh. Di samping itu, MAIM juga telah menerima anugerah khas kerana telah menerima pencapaian cemerlang sempena audit pemantauan MS ISO 9001: 2008, baru-baru ini. Kakitangan Masjid Selat juga telah menerima anugerah diatas kejayaan pensijilan semula amalan persekitaran QE5S oleh pihak MBC. Sagu hati sebanyak RM5,000 juga telah diberikan MAIM kepada MAIM Bentara Sdn. Bhd. kerana telah terpilih sebagai Pusat Kursus PRA Perkahwinan Islam Terbaik Peringkat Kebangsaan. Penyampaian anugerah-anugerah tersebut te-

lah disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Negeri Hal Ehwal Agama Islam, Datuk Yaakub Md Amin bersama Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Mohd Zain Mansor; Pengurus Besar Pusat Zakat Melaka (PZM), Ismail Hashim. Yaakub berkata, diharapkan dengan penganugerahan ini kakitangan MAIM akan terus meningkatkan produktiviti untuk berdaya saing bagi mencapai wawasan 2020. Jika produktiviti dapat ditingkatkan dengan lebih sempurna ia sekali gus menjana program transformasi negara iaitu Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi

(ETP) serta Inisiatif Pembaharuan Strategik agar ekonomi negara dapat berkembang lebih pesat. Saya bangga pencapaian yang telah kita kecapi hari ini dan memuji sikap kakitangan AAI yang telah bertungkus-lumus dan menunjukkan komitmen tinggi bagi meningkatkan mutu perkhidmatan. Apa yang kita lakukan harus ikhlas tanpa mengharapkan balasan kerana ia menunjukkan diri kita yang sebenar di samping memudahkan orang ramai agar sentiasa berurusan dengan AAI, katanya. Sementara itu, Setiausaha MAIM, Yusof Abu Bakar berkata, agensi agama Islam sebelum ini ser-

Wakil MAIM Bentara menerima replika cek dari Yaakub.

ing dipandang sebagai sebuah agensi kelas kedua dan dipinggirkan, tetapi hari ini pencapaian yang dilaksanakan telah membawa ia ke tahap lebih tinggi. Seharusnya pencapaian tersebut dikekalkan dan ditambah baik agar AAI di Melaka boleh dijadikan contoh kepada se-

mua agensi kerajaan lain. Oleh itu, kakitangan AAI dinasihatkan jangan terlibat secara langsung dengan politik kerana Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) tidak lama lagi bagi menggelakkan sebarang kemungkinan yang boleh menjejaskan nama baik agensi agama Islam di Melaka.

Pada masa sama, kakitangan AAI harus melaksanakan janji memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat seperti slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, katanya. Turut hadir, Pengurus Besar MAIM Holdings Berhad, Datuk Ibrahim Fadzil.

Sec3-MIMIE_ms 14-11.qxd 4/8/2013 9:48 PM Page 5

26

Melaka Hari Ini | Selasa 9 April 2013

79 Anggota SAMB Dirai Dalam Sambutan Hari Lahir

Sebahagian anggota SAMB yang hadir dalam majlis berkenaan

Acara memotong kek sempena hari lahir

Oleh NAWAWI MD SALLEH

BANDAR RAYA MELAKA, 8 April - Seramai 79 anggota Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) seluruh Melaka termasuk Ketua Pegawai Eksekutif SAMB, Datuk Ir Mohd Khalid Nasir telah diraikan dalam satu majlis sambutan hari lahir di Wisma Air, di sini. Majlis yang dianjurkan secara bulanan itu merupakan kali ketiga

didakan bagi tahun 2013 dan cetusan idea dari KPE SAMB itu bagi menghargai jasa setiap anggota SAMB yang telah menyumbangkan khidmat kepada SAMB. Penganjuran majlis sebegini difikirkan wajar bagi mempereratkan lagi hubungan antara anggota SAMB dari semua peringkat. Pada majlis itu, Mohd Khalid berharap, anggota

SAMB telah disediakan ruang untuk berkongsi pendapat bagi memperkasakan SAMB seiringan dengan visi SAMB sebagai pembekal air bertaraf dunia. Di samping meraikan hari lahir anggota, turut diraikan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang seramai 81 anggota dari pelbagai jawatan. Yang hadir dalam majlis itu, isteri Mohd

Khalid, Datin Mariani Yahaya; Pengurus Kanan Korporat dan Pentadbiran SAMB, Muhammad Tompang; pegawai-pegawai kanan dan wakil Kesatuan Pekerja SAMB dan Persatuan Eksekutif SAMB. Majlis telah diakhiri dengan acara nyayian lagu selamat hari lahir dan memotong kek beramai-ramai diketuai Mohd Khalid yang turut dilahirkan dalam bulan Mac.

Mohd Khalid ketika menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Mohd Khalid menyampaikan anugerah khidmat cemerlang kepada anggota yang berjaya

Sec3-MIMIE_ms 14-11.qxd 4/8/2013 9:46 PM Page 4

Melaka Hari Ini | Selasa 9 April 2013

27

Bakal Catat Malaysia Book Of Records


Oleh SHAZZUAN SHAH

Selangkah Ke Alam Perkahwinan

MOHD SALLEH

BANDAR RAYA MELAKA, 8 Mac - Hanya 200 pasangan pengantin khususnya dari negeri Melaka yang mendaftar sahaja akan diberi keutamaan menyertai Program Selangkah ke Alam Perkahwinan. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam ber-

kata, bagi pasangan terpilih, mereka hanya perlu membayar RM6,000 untuk menikmati pelbagai pakej yang ditawarkan bagi pasangan mempelai. Keutamaan akan diberikan kepada pasangan Melayu berpendapatan kurang RM3,000, pada masa sama, mana-mana pihak yang berkeinginan menaja program ini, amat-

lah dialu-alukan, katanya. Mohd Ali berkata demikian semasa sidang akhbar Program Selangkah ke Alam Perkahwinan (Proskap) yang diadakan di kediaman rasmi Ketua Menteri di Seri Bendahara di sini baru-baru ini. Proskap siri kedua ini memberi peluang kepada pasangan mempelai yang ingin berkahwin, namum
Mohd Ali semasa sidang akhbar Proskap di Seri Bendahara

Sebahagian pengantin yang menyertai Proskap 2012.

punyai masalah dari faktor kewangan menyertai acara perkahwinan beramairamai. Majlis tersebut akan diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) pada 13 dan 16 September 2013 dan pasangan yang berminat boleh mengemukakan permohonan kepada Yayasan Patriotik Bangsa (YPB) sehingga Mei 2013. Program anjuran Yayasan Patriotik Bangsa (YPB) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Institut Kajian Sejarah dan Patrio-

tisme Malaysia Melaka (IKSEP) itu akan dicatat dalam Malaysia Book of Records (MBR) sebagai majlis pernikahan teramai yang dianjurkan di Malaysia. Sementara itu, Pengerusi YPB, Datuk Yazid Othman berkata, pasangan yang menyertai Proskap siri kedua ini bakal menikmati pelbagai kemudahan dan perkhidmatan seperti khidmat persalinan mempelai, andaman dan pelamin serta jurugambar peribadi sepanjang program. Mereka juga akan dibawa menaiki bot River Cruise menyusuri Sungai

Melaka di samping percutian penginapan dua hari satu malam. Program tersebut bertujuan membantu pasangan berpendapatan rendah dan sederhana berkahwin di samping dapat menjimatkan kos dan mengelakkan dari perbuatan tidak diingini disebabkan masalah kewangan yang tidak cukup, katanya. Pasangan yang berminat boleh menghubungi di talian 03-873 44475 atau lawati Facebook Page YPB atau e-mel kepada proskap@yahoo.com.

MABIM Adakan Lawatan Ke Melaka


Oleh NAWAWI MD SALLEH

BANDAR RAYA MELAKA, 8 April - Seramai 60 delegasi Ahli Majlis dari Brunai, Indonesia dan Malaysia (MABIM) mengadakan lawatan kerja ke Melaka, semalam. Setiausaha 1 Persatuan Penulis Negeri Melaka (PENAMA), Ahmad Zauawi Che Cob berkata, lawatan itu turut disertai delegasi Singapura yang bertindak sebagai pemerhati dan lawatan itu bagi membuat penyelarasan bahasa bagi keempat-empat buah negara. Menurutnya, penyela-

rasan bahasa itu juga bagi memantapkan penggunaan bahasa Malaysia di Nusantara yang dikelolakan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Di Melaka juga delegasi dapat menaiki bot Melaka Rivers Cruise menyusuri Sungai Melaka dan makan malam di Taman Rempah. Delegasi juga teruja dengan persembahan ular yang diuruskan oleh Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Negeri (PPSPNM). Mereka turut didedahkan dengan deklamasi puisi pada hari berkenaan, katanya ketika dite-

MABIM ketika adakan lawatan ke Melaka

mui di Taman Rempah Sungai Melaka dekat sini malam tadi. Ahmad Zauawi berkata, program itu merupa-

kan usaha merapatkan hubungan empat hala iaitu Singapura, Brunai, Indonesia dan Malaysia sekali gus memperkenalkan in-

dustri pelancongan Melaka yang terkemuka di negara dan dunia. Katanya, rata-rata delegasi kagum dengan pe-

lancongan Melaka yang berubah secara drastik sejak 20 tahun lalu. Melaka kini terangbenderang dan berwarnawarni ketika waktu malam dan Melaka juga negeri yang bersih dan indah selain bangga dapat menaiki Rivers Cruise sekali gus mengabadikan kenangan indah buat selamanya, katanya. Jelasnya, para delegasi menyatakan, berkemungkinan besar mereka akan membawa ahli keluarga datang ke Melaka untuk melihat kawasan sejarah yang telah diiktiraf sebagai Bandaraya Warisan Dunia oleh UNESCO.

Sec3-MIMIE_ms 14-11.qxd 4/8/2013 9:42 PM Page 1

Diterbitkanoleh:MHISdnBhd,BangunanRumahMediaMelaka,JalanLingkaranMITC,75450AyerKeroh,Melaka.Tel:06-2519314,2519315Faks:06-2519316URL:www.mhi.myE-mel:editorial@melakahariini.com.my DicetakOleh:PercetakanKembaraSdn.Bhd.SuiteG05,BangunanRumahMediaMelaka,JalanLingkaranMITC,HangTuahJaya,75450AyerKerohMelakaTel:+606-2313585Fax:+6062313884

Anda mungkin juga menyukai