Anda di halaman 1dari 13

Memorandum

Skim Perumahan Pekerja Ladang


kepada

YAB DATO' SERI AMIRUDIN BIN


SHARI

MB Negeri Selangor

oleh :

Jawatankuasa Masyarakat Ladang (JSML) - Negeri


Selangor

17hb Mei 2023


JAWATANKUASA SOKONGAN MASYARAKAT LADANG
(JSML)
C – 5 -01, Pangsapuri Makmur Jalan Impian Makmur, Saujana Impian,
43200 Kajang, Selangor

17hb Mei 2023

YAB Dato' Seri Amirudin Bin Shari


Menteri Besar Selangor,
Pejabat Menteri Besar Selangor,
Tingkat 21,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam, Selangor

YAB MB,

Proposal ini adalah usaha Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang (JSML) dan atas
permintaan Kementerian Sumber Manusia untuk memberi gambaran bagaimana tuntutan Skim
Perumahan untuk Masyarakat Ladang di Malaysia boleh dilaksanakan dengan kerjasama
kerajaan negeri.

Pengenalan

Masyarakat Pekerja ladang merupakan tulang belakang ekonomi Malaya dan kemudiannya
Malaysia dan telah memainkan peranan utama pembangunan pesat negara. Namun setelah 63
tahun merdeka, masyarakat pekerja ladang ini masih terpinggir dan miskin dari arus
pembangunan negara. Syarikat gergasi perladangan wujud kerana titisan peluh kaum pekerja
ladang tetapi malangnya, sehingga baru-baru ini, mereka dihimpit dengan gaji rendah dan taraf
kehidupan yang daif dan terpinggir. Pada satu pihak lagi, syarikat perladangan ini berjaya
menambah harta demi harta dan menjadi antara syarikat terbesar di dunia.

Syarikat perladangan terbesar seperti Sime Darby , merupakan sebuah Syarikat GLC dimana
Kerajaan adalah pemegang utama syarikat ini. Maka hari ini tidak lagi wujud alasan mengapa
syarikat perladangan bersama dengan kerajaan tidak boleh memainkan peranan utama untuk
menyelesaikan masalah pekerja ladang yang telah berlarutan untuk 4 generasi kini.
JSML telah dibentuk pada tahun 1983 untuk memperjuangan tuntutan masyarakat ladang di
Malaysia yang tidak diendahkan oleh kaum majikan mahupun pemerintah. JSML pada masa
penubuhanya adalah gabungan 6 NGO seperti Pusat Pembangunan masyarakat (CDC), Alaigal,
Kumpulan Kemajuan Masyarakat(KKM), Tholilayin Tholar(TT), Suara warga pertiwi(SWP) dan
People Service Organisation (PSO).
Antara kempen-kempen utama yang telah dilaksanakan oleh kami di JSML adalah

 1993 – Sertailah Pekerja Ladang dalam Rancangan Pembangunan Luar Bandar

 1996 – Tuntutan gaji Bulanan untuk pekerja Ladang

 Sejak 1991, Perjuangan melawan pengusiran Pekerja Ladang telah bermula di Ladang
Sg Rasa, Klang dan kemudiannya JSML dan gabungannya terlibat dalam hampir 100
perjuangan menentang pengusiran paksa dan berjaya mendapatkan perumahan teres
untuk pekerja ladang di banyak perjuangan dan ada diantara perjaungan ini masih belum
selesai.
* Kronologi peristiwa-peristiwa yang berlaku berkaitan dengan perjuangan masyarakat ladang
menuntut Skim Perumahan Ladang di Lampiran *
Hari ini lebih 80 ladang-ladang seluruh Malaysia terlibat dengan JSML yang terdiri daripada tiga
kumpulan besar iaitu ladang yang masih beroperasi, ladang yang sudah berhenti operasi tetapi
isu perumahan belum selesai dan ketiga adalah ladang dimana pekerja sudah memperolehi
perumahan dan masih menetap sebagai satu masyarakat
Tuntutan perumahan untuk masyarakat ladang telah wujud sejak berdekad lama kerana rumah
(kuarters) yang dibina untuk pekerja ladang, bukanlah milik pekerja. Rumah tersebut diberikan
untuk didiami oleh pekerja selagi si dia masih bekerja di ladang tersebut., Sekiranya, seseorang
pekerja sudah bersara atau dihentikan kerja, pekerja tersebut harus memulangkan balik rumah
tersebut kepada pihak majikan.
Rungutan kaum pekerja ladang ialah harga rumah di pasaran sentiasa naik dan tidak boleh dibeli
dengan gaji rendah mereka. Ramai pekerja ladang pada masa itu terpaksa bekerja sampingan
untuk menampung perbelanjaan keluarga dan niat membeli rumah jarang dikecapi oleh majoriti
pekerja ladang.

Hari ini Kaum pekerja ladang di sekitar Selangor di bawah naungan Jawatankuasa Sokongan
Masyarakat Ladang (JSML) menyerahkan memorandum ini kepada Kerajaan Negeri Selangor
untuk menyeru :
a) Kerajaan Negeri perlu melibatkan diri dan melakukan konsultansi dengan semua
pihak berkepentingan terutamanya dengan pekerja ladang berkaitan isu pemilikan
rumah sendiri oleh pekerja ladang.

b) Kerajaan Negeri harus membina satu mekanisma untuk mengenalpasti dan


memperuntukan tanah untuk pengimplementasian Skim Perumahan Pekerja
Ladang yang memastikan kejayaan pemilikan rumah sendiri oleh pekerja ladang.
c) Kerajaan Negeri perlu mendraf, meluluskan dan menguatkuasakan undang-
undang yang berkaitan pemilikan perumahan sendiri untuk pekerja ladang. Untuk
perkara tersebut, antara lainnya:

i) Undang-undang tersebut perlu menanggani isu pemilikian perumahan pekerja


ladang secara keseluruhan.

ii) Undang-Undang tersebut perlu meliputi perkara-perkara yang melibatkan ;


antara lainnya, pembangunan tanah ladang untuk tujuan komersial dan lain-
lain termasuk mengenakan syarat bagi memastikan penginapan dan pemilikan
rumah pekerja ladang tidak terjejas.

d) Kerajaan Negeri mengambil semua langkah yang sepatutnya untuk memastikan


pematuhan dan penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan dengan pemilikan
rumah untuk pekerja ladang.

e) Antara contoh terbaik yang boleh diambil ialah Skim Perumahan PPR Ladang
Siliau di Negeri Sembilan di mana kerajaan Pusat dan kerajaan Negeri membina
150 buah rumah di mana sebahagiannya adalah untuk pekerja ladang Siliau milik
Sime Darby melalui proses pengambilan tanah dan rumah tersebut dijual kepada
pekerja menggunakan sistem ‘ Sewa Beli’ (rent to own). Melalui skim ini, pembeli
hanya perlu membayar sewaan bulanan sebanyak RM200 hingga RM250 sebulan
selama tempoh 20 hingga 25 tahun sebelum hakmilik diserahkan kepada pembeli.

Statistik untuk perlaksanaan Skim Perumahan di Malaysia


Menurut Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman
Razali, negara ini mempunyai jumlah keluasan 7.14 juta hektar tanah ladang dengan anggaran
masing-masing 220,00 pekerja tempatan dan 265,397 pekerja asing berdaftar.

Adalah satu anggaran bahawa 10 buah rumah teres boleh dibina untuk setiap ekar tanah. Maka
untuk 220,000 orang pekerja ladang, kita memerlukan 22,000 ekar tanah. Pada masa ini, kita
mempunyai 7.14 juta hektar atau bersamaan dengan 17.64 juta ekar tanah ladang.

Kesimpulannya, kerajaan hanya memerlukan 0.12% daripada keseluruhan tanah ladang untuk
skim perumahan ini. Ini langsung tidak akan merugikan sesiapa pun, malah akan membantu
kerajaan membasmi kemiskinan dan masalah masyarakat ladang ini yang berlanjutan sejak
berdekad lama.

Jesteru, Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang (JSML) yang bersama puluhan ladang
seluruh negeri Selangor (dikepil dalam Lampiran *) menyuarakan tuntutan ini kepada YAB MB
Selangor dengan harapan kerajaan ini dapat menilai dan mengiktiraf perjuangan pekerja ladang
ini dan mengubal akta tersebut secepat yang mungkin. Kami juga sedia bekerjasama dengan
pihak kerajaan untuk membantu menggubal akta perumahan ladang ini.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:  i. Ganesan 013-655 6652 ii. Arul : 019 2537791 iii. 
Sekretariat Marhaen: 011 36535927.

Sekian,

Kami yang menurunkan tandatangan mewakili Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang


(JSML) – Negeri Selangor

NO NAMA PEKERJA NO K.P TANDATANGAN


Lampiran *

Berikut adalah antara senarai ladang-ladang di Negeri Selangor yang menyuarakan


tuntutan ini :
BIL JSML KAWASAN
(LADANG)
1. BANGI SEMENYIH

2. DENUDIN SEMENYIH

3. SEMENYIH SEMENYIH

4. SG RINCHING SEMENYIH

5. SG.RASA KLANG
6. MIDLANDS KLANG

7. BUKIT TINGGI KLANG

8. BREAMER KAJANG

9. BROOKHLANDS CDC

10. TUMBUK CDC

11. DOMINION SEMENYIH


12. BUKIT SUBANG
JELUTONG
13. SUBANG SUBANG

14. ELMINA SUBANG

15. MARY KLANG

16. NIGEL GARDNER KLANG

17. SG TINGGI KLANG

18. MINYAK KLANG

19. BUKIT TAGAR KLANG

20. BRAUNSTON KLANG

21. BUKIT KLANG


PANJANG
22. AH KUP KLANG

23. BUKIT KLANG


CHERAKAH
24. KERAYONG KLANG
25. CLOH KLANG

26. BUKIT BERUNTUNG SUBANG

27. BELATA RIVER CDC

28. BUKIT TUNGGU PSM


KAJANG
29. LADANG
SEPANG
30. TENNAMARAM

31. KAMPUNG BARU

32 LADANG BUKIT JALIL

33. BUKIT KERAYONG

34. SELANGOR RIVER BATU 7

35. BUKIT DARAH

36. GOLD FIELD

37. TUAN MEE

38. CARRY HIGHLAND

39. SUNGAI SUDU

40. DUSUN DURIAN

41. BUKIT THEDI

Kronologi berikut sejak tahun 1970an adalah antara peristiwa-peristiwa yang berlaku
berkaitan dengan perjuangan masyarakat ladang menuntut Skim Perumahan Ladang :
1970 : Pekerja ladang telah dikenalpasti sebagai salah satu daripada sektor yang memerlukan
perhatian khas oleh Kerajaan dalam rancangan membasmi kemiskinan Dasar Ekonomi Baru

1973 - polisi Tun Razak Skim Perumahan sendiri pekerja ladang dan lombong dilancarkan yang
menjanjikan skim perumahan namun sehingga hari ini, polisi tersebut tidak pernah dijadikan akta
atau enakmen kerajaan. Di bawah skim ini, sepatutnya majikan ataupun pemilik ladang
dikehendaki memperuntukkan sebahagian tanah ladang untuk membina rumah baru bagi pekerja
ladang yang masih bekerja di ladang berkenaan dan bayaran untuk rumah itu akan dipotong
daripada gaji pekerja setiap bulan. Namun, skim ini gagal dilaksanakan secara meluas kerana
tiada tekanan atau obligasi kepada kaum majikan ladang mematuhi polisi tersebut.

1990: Timbalan Menteri Sumber Manusia ketika itu K. Pathmanaban menubuhkan Jawatankuasa
untuk Pemilikan Rumah bagi Pekerja dan Jawatankuasa Pembangunan Kebangsaan Skim
Kemudahan Awam. Apa terjadi dengan jawatankuasa ini?

27 Ogos 1991: Kerajaan Negeri Selangor memutuskan bahawa akan mengambil tanah ladang
jika majikan atau pemilik ladang gagal membina rumah untuk pekerja. Apa terjadi dengan
keputusan ini?

7 Oktober 1992: Pindaan kepada Akta Pengambilan Tanah. Namun, apa terjadi selepas itu?

1993 : JSML melancarkan sebuah kempen untuk menuntut agar sektor perladangan disertakan
dibawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

23 November 1994: Notis daripada Kerajaan Negeri Selangor untuk mengimplementasi Skim
Perumahan Pekerja Ladang dan Perlombongan, dikeluarkan oleh Ahli Exco Kerajaan Selangor
masa itu Rajagopal. Apakah perkembangan selepas itu?

11 April 1995: Menteri Besar Negeri Selangor masa itu Muhammad Taib berkata, “Kami akan
menggunakan Akta Pengambilan Tanah sebagai usaha terakhir untuk memaksa agensi-agensi
yang degil untuk membina rumah bagi pekerja.” Apa berlaku selepas itu?-

1hb Mei 1996 : Kempen tandatangan poskad dilancarkan dengan tuntutan gaji bulanan dan
rumah ganti rumah sekiranya ladang dijual. Kempen ini berakhir dengan aktiviti utamanya,
apabila lebih 2000 pekerja ladang dari seluruh Negara protes didepan bangunan Parlimen. Ini lah
kali pertama para pekerja ladang membawa kad-kad petisyen ini mengunakan baldi dan kandar
(peralatan penoreh getah) kedalam Parlimen Malaysia pada tahun 1999.

1997: Menteri Besar Selangor Abu Hassan Omar berkata, “Layanan yang tidak berhati perut
sebegini tidak akan lagi dibenarkan.”
29 April 1999 – Kementerian Sumber Manusia mengatakan bahawa akan mengemukakan satu
kertas kabinet mengenai perumahan untuk pekerja ladang. Menteri Sumber Manusia ketika itu
ialah Lim Ah Lek. Namun, apa terjadi selepas itu? Adakah kertas cabinet itu masih dalam proses
penyediaan selepas 20 tahun dengan Menteri Sumber Manusia telah bertukar beberapa orang.

10 Jun 1999: Dilaporkan bahawa Menteri Sumber Manusia akan mengetuai satu jawatankuasa
nasional untuk mengimplementasi dan memantau dasar untuk pekerja ladang dapat perumahan
sendiri. Di mana dasarnya? Di mana jawatankuasa pemantau itu sekarang?

2001: Masih tiada apa-apa enakmen atau dasar di peringkat Kerajaan Negeri Selangor dalam
menyediakan rumah untuk pekerja ladang.

2012: PSM didalam Taskforce telah berusaha untuk bekerjasama dengan Kerajaan Pakatan
Rakyat sejak tahun 2008 dalam membentangkan suatu enakmen di peringkat negeri Selangor
supaya mengkehendaki bahawa majikan atau pemilik ladang perlu membina rumah untuk
pekerja ladang. Walaupun cadangan enakmen sudah diserahkan kepada Penasihat undang-
undang negeri dan Exco sudah umumkan tetapi tiada perkembangan daripada Kerajaan Negeri
Selangor.

2012 - Skim Pembiayaan Perumahan Pekerja Kos Rendah untuk Pekerja-pekerja Estet (SPPKR-
PPE) diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia KE-10 untuk menawarkan kualiti kehidupan
kepada pekerja ladang. Skim ini adalah usaha kerajaan pusat BN untuk pemilikan rumah di
kalangan pekerja-pekerja estet. Peruntukan sebanyak RM50 juta yang disalurkan oleh Unit
Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagai geran berbentuk dana
pusingan kepada Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung
Malaysia (JTKSM) sebagai agensi penyelaras.

2018 : Manifesto Pakatan Harapan antara lainnya turut menyatakan akan mengarahkan agensi
perumahan negara untuk membina perumahan bagi pekerja kaum India yang tergolong dalam
golongan B40 dan bekas pekerja ladang. Selain itu, ia juga mensyaratkan pemaju membina
perumahan bagi bekas pekerja ladang.

26 Februari 2019: Kenyataan Ahli Exco Kerajaan Selangor Ganabatirau membuktikan bahawa
sehingga kini tidak wujud apa-apa perundangan di peringkat Parlimen atau enakmen di peringkat
negeri sepertimana yang diceritakan sejak tahun 1990-an.

4/12/2019 – Menyerahkan memorandum kepada YAB Perdana Menteri dan YB Menteri Sumber
Manusia, menyeru membuat Undang-Undang dan bukannya Polisi
Lampiran 3

Usaha pihak-pihak ketiga untuk melaksanakan skim perumahan ladang tanpa subsidi kerajaan
(case study – ladang-ladang di Bagan Serai Perak)

1. Selama ini, perjuangan untuk rumah ganti pekerja ladang hanya wujud selepas ada
pengusiran paksa syarikat perladangan.
2. Tetapi, kini, ada juga usaha Skim Perumahan Mampu Milik yang sedang dijalankan oleh
melalui pekerja yang sedang bekerja.
3. Senario di ladang-ladang Bagan Serai (syarikat Sime Darby)
a. Bermula dengan perhentian kerja pekerja yang melangkaui umur 60 tahun.
Pekerja menulis untuk enggan keluar kerana tiada rumah
b. Ada sokongan Union leader dan akhirnya membuat tuntutan bersama dengan
kutipan tandatangan semua pekerja untuk permohonan Skim Perumahan
c. Sime Darby kata ada usaha untuk menawarkan tanah seluas 15 ekar di setiap
DUN di mana ADUN perlu menggunakan tanah tersebut untuk menjalan skim
perumahan pekerja ladang. Namun, ADUN di Bagan Serai ambil tanah tersebut
dan mahu jual kepada pekerja dan rakyat biasa
d. Kemuadian, Sime darby kata pekerja boleh mengenalpasti tanah dan mereka tiada
keberatan jika tanah tersebut diambil melalui Akta Pengambilan Tanah.
e. Sudah pasti, kita tidak boleh memaksa Kerajaan Negeri akan bantu. Pihak pemaju
akan mengeluarkan wang untuk proses pengambilan tanah ini dan pihak kerajaan
negeri menjadi orang tengah sahaja.
f. J/K Pekerja Ladang Bagan Serai membuat proposal untuk meminta lebih tanah
daripada sepatutnya di mana selebihnya akan digunakan untuk tujuan subsidi
untuk pengambilan tanah dan pembinaan rumah. Bakinya, akan dibeli oleh
pekerja melalui pinjaman perumahan bank.
g. Maksudnya, mereka minta 36 ekar tanah walaupun hanya memerlukan 26 ekar.
Tanah selebihnya akan digunapakai oleh pemaju untuk memberi subsidi kepada
pekerja dengan menjual rumah yang dibina dengan harga antara 35,000 hingga
40,000.

Lampiran 4 –
Janji-janji pelbagai pihak untuk perlaksanaan skim ini termasuk kesatuan dan parti-parti
politik

Anda mungkin juga menyukai