Anda di halaman 1dari 1

"Kalau dia bertemu jodoh terlebih dahulu, Alhamdulillah.

Insya-Allah, jalannya lebih mudah selepas


ini kerana semuanya sudah selesai dan ada dokumentasi lengkap," katanya kepada Harian Metro.
Ditanya sama ada Hafiz mula mengenali mana-mana wanita yang mencuri hatinya, katanya, dia
berkawan dengan ramai orang.
"Untuk saya, tunggu dulu kerana buat masa sekarang berkawan dengan ramai orang," katanya.
Hafiz juga tidak melatah setiap kali dikaitkan dengan nama bekas isterinya itu.
"Saya tak kisah pun. Pada saya, kalau orang masih nak mengaitkan saya dengannya, okey saja
sebab memang kami ada sejarah bersama.
"Cumanya, bila orang minta untuk mengulas mengenai dia dan kekasihnya, saya tak boleh komen
apa-apa kerana itu jodoh dia.
"Saya pun tak mahu dia selama-lamanya menjadi ibu tunggal. Kami dah dapat hak masing-masing
dan semuanya selesai dengan cara baik. Harapnya, tidak ada orang yang melaga-lagakan kami
lagi," katanya.
Hafiz dan Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin berkahwin pada 1 Mei 2017 dan
bercerai pada 25 Oktober 2017.
Terbaru, Hafiz menghasilkan lagu baru berjudul Starlela yang dinyanyikan oleh Ifa Raziah, Zizi
Kirana dan Bella Astillah.

Anda mungkin juga menyukai