Anda di halaman 1dari 4

KEANGKUHAN FIRAUN

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Yang dihormati Tuan / puan pengerusi majlis, barisan para hakim yang arif lagi bijaksana,
guru-guru serta hadirin yang dirahmati Allah sekalian.
Keangkuhan Firaun tajuk cerita,
Mari dengarkan hayati bersama.
Ya kawan –kawan,
Fir’aun merupakan gelaran bagi raja-raja Mesir yang digambarkan begitu angkuh, sehingga
mengakui dirinya sebagai tuhan.

Telah diceritakan, (nasyid) Nowseeheartt


Angkuhnya Firaun
Akulah Raja Akulah Tuhan
Sombongnya tidak terkata
Hinggakan Allah murka.

Keangkuhan Firaun jelas terbukti di dalam Alquran.Sepertimana

Firman Allah, dalam surah An-Naziat ayat(23-24)

٢٣ ‫فَ َحش ََر فَنَادَ ٰى‬


٢٤ ‫فَقَا َل أَن َ۠ا َربُّ ُك ُم أٱۡل َ أعلَ ٰى‬

Maksudnya: Maka dia mengumpulkan (pembesar) lalu berseru kepada kaumnya


sambil berkata ,” Akulah tuhan kamu yang paling tinggi).

Kawan-kawan,

Firaun telah memerintah dan mengatur pentadbiran Mesir mengikut pertimbangan hawa
dan nafsu semata-mata.

Oleh itu, janganlah kita bersikap angkuh kerana setiap kenikmatan itu hanyalah
berbentuk pinjaman sahaja. Yang pastinya amal ibadah itu yang menjadi ukuran di
sisi Allah s.w.t.

Saksikan keangkuhan dan kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin.Mereka sanggup


membunuh dan merampas hak rakyat Palestin untuk kepentingan sendiri.
__________________________________________________________________

1
Hadirin sekalian,

Keangkuhan Firaun menjadikan dia seorang raja yang suka bertindak kejam.Rakyat diseksa
dan dizalimi malah sanggup melakukan perbuatan yang sangat melampai batas dan
melakukan kerosakan terhadap kaumnya Bani Israel.

Rakyat dibunuh sewenang-wenangnya, (syair)


Dirampas segala harta yang ada,
Tenaga diperah sebagai hamba,
Takutnya mereka Firaun durjana

Allah berfirman dalam Surah az-zukhruf ayat 54

٥٤ َ‫عو ُۚهُ إِن ُه أم َكانُواْ قَ أو ٗما ٰفَ ِس ِقين‬ َ َ ‫ٱستَخَف قَ أو َمهۥُ فَأ‬
ُ ‫طا‬ ‫فَ أ‬
Maksudnya:
(Dengan yang demikian),maka Firaun memperbodohkan kaumnya,lalu mereka
mematuhinya, sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang fasik.
Bani Israel cukup menderita dan ketakutan akibat penindasan Firaun yang kejam.Mereka
sedar dan meminta pertolongan nabi musa agar mengeluarkan mereka dari bumi Mesir.
Ya kawan-kawan,

Ingatlah setiap perbuatan zalim akan diadili.

Baru-baru ini ,kes kematian kanak-kanak berusia 11 bulan didera pengasuh sangat
menyayat hati. Jika sabit kesalahan akan dihukum setimpal dengan kezalimannya oleh
pihak berwajib.
___________________________________________________________________________
Hadirin sekalian,
Syariat Islam ajaran kebenaran Pantun
Buat pedoman kepada manuasia
Angkuhnya Firaun tidak beriman
Menentang hebat dakwah nabi musa .

Pada suatu hari dia telah mengumpulkan ahli sihir serta orang ramai untuk menghadapi
mukjizat Nabi Musa AS .

2
Allah berfirman dalam Surah Taha ayat 70:

َ ‫ب ٰ َه ُرونَ َو ُمو‬
ِ ‫سجدٗ ا قَالُ ٓواْ َءا َمنا بِ َر‬
ُ ُ ‫ي ٱلس َح َرة‬ ‫ُأ‬
٧٠ ‫س ٰى‬ َ ‫فَأل ِق‬

Maksudnya:

(Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya lalu terus menelan segala benda sihir
mereka), maka keadaan yang demikian menjadikan ahli-ahli sihir itu segera
merebahkan diri sujud sambil berkata: "Kami beriman kepada Tuhan yang mengutus
Nabi Harun dan Nabi Musa".
Bukti jelas di depan mata. Firaun tetap menafikan kebenaran ajaran yang dibawa oleh nabi
musa.
Begitulah kawan-kawan,
Kuasa Allah jangan dicabar .

Lihatlah kemusnahan yang telah melanda Palu, Indonesia akibat tsunami. Beribu-ribu
manusia mati dan kehilangan tempat tinggal. Sesungguhnya kuasa Allah tiada
tandingannya.

___________________________________________________________________________
Hadirin sekalian,
Ketika Firaun dan kaumnya ditimpa bencana .
Diturunnya bala sebagai peringatan
Kutu, katak, ribut dan taufan
Bukti kemurkaan Allah Sajak
Janji dibuat untuk beriman
Jika selamat dari kesusahan
Firman Allah dalam Surah Al-a’raaf ayat 134.

َ ‫سى ٱ أدعُ لَنَا َرب َك بِ َما َع ِهدَ ِعندَ َۖ َك لَ ِئن َكش أَف‬
‫ت َعنا‬ َ ‫ٱلر أج ُز قَالُواْ ٰيَ ُمو‬ ِ ‫َولَما َوقَ َع َعلَ أي ِه ُم‬
١٣٤ ‫ي ِإ أس ٰ َٓر ِءي َل‬
ٓ ‫ٱلر أجزَ لَنُ أؤ ِمنَن لَ َك َولَنُ أر ِسلَن َم َع َك َب ِن‬
ِ

3
Maksudnya:

Sesungguhnya jika engkau hapuskan azab itu daripada kami ,tentulah kami akan
beriman kepadamu.dan sudah tentu kami akan membebaskan kaum bani israel pergi
bersamamu.
Dengan izin dari allah,

terselamatlah mereka dari azab yang menimpa.Tetapi Firaun tidak menepati janji dan kembali
bersikap menentang dan memusuhi Nabi Musa.Apa yang terjadi bukanlah kerana doa dan
permohonan nabi Musa, tetapi kerana hasil usaha mereka.
Ya kawan-kawan,

Sentiasalah jauhikan diri dari sifat mazmumah kerana boleh merosakkan iman.

Isu LGBT yang tular kini memerlukan usaha dan bimbingan yang diberi melalui
program Mukhaiyam Jakim hendaklah secara istiqomah.

Nabi Musa dan kaumnya terselamat lagu Sumaiyah.


Tenggelam Firaun dalam lautan
Taubat mereka kini sudah terlambat
Matilah mereka dalam keangkuhan.

Sekian.Wabillahitaufiq……….

Anda mungkin juga menyukai