Anda di halaman 1dari 18

SENI BINA ISLAM: SATU PENGAMATAN

Anisah Bahyah Ahmad

Wan Kamal Mujani

Abstrak
Pengertian seni bina memberi kefahaman dan pentafsiran yang berbeza dikalangan arkitek dan
juga ahli akademik. Oleh itu, dalam kajian ini penulis membahaskan pandangan di kalangan
tokoh Islam dan juga tokoh Barat berhubung seni bina itu sendiri. Antara tokoh Barat yang
terawal pada abad ke-19 Masihi yang dikemukakan oleh penulis ialah Nikolaus Pevsner, George
Hersey dan Amos Rapoport. Manakala tokoh Muslim pula ialah I.H Qureshi, Hassan Fathi yang
turut memberi pandangan dan sumbangan yang besar terhadap seni bina dalam Islam.
Sungguhpun demikian, pandangan Barat banyak menumpukan kepada aspek fizikal terutamanya
yang menyentuh berhubung struktur bangunan, identiti dan dekorasi. Maka disinilah titik
perbezaan yang dapat dilihat melalui seni bina Islam yang menekankan aspek rohani dan jasmani
berlandaskan kepada ketauhidan terhadap Allah. Melalui seni bina bangunan masjid, ia menjadi
penghubung antara manusia dengan Allah iaitu dengan meletakkan ciri-ciri seni bina Islam itu
sebagai tanda kesedaran terhadap keagungan Alllah.

Kata Kunci

Seni bina, seni bina Islam, struktur bangunan, ketauhidan

Pengenalan
Seni bina mempunyai pengertian yang amat luas dalam konteks maknanya dan juga ruang
lingkup pengertiannya. Seni bina tersebut bukan sahaja merangkumi tempat tinggal, pejabat dan
juga bangunan-bangunan keagamaan yang turut mengambil kira faktor-faktor yang terdapat
dalam kawasan-kawasan tersebut. Oleh itu, ramai para sarjana dan juga arkitek samada Barat
ataupun Islam memberikan pandangan mereka menurut kefahaman masing-masing yang
memberi penekanan terhadap unsur material seperti struktur bangunan dan juga dekorasi
bangunan tersebut. Walaubagaimanapun, seni bina Islam pula amat menitikberatkan tuntutan
rohani dan jasmani yang mengambil kira kehidupan diduniawi dan ukhrawi sebagai tanda

1
ketaqwaan kepada Allah. Oleh itu, ciri-ciri seni bina Islam banyak menampilkan elemen-elemen
budaya, iklim, teknologi, kreativiti, imaginasi yang tidak bertentangan dengan syariat Islam.

Definisi seni bina

Pemahaman terhadap seni bina sangat penting kerana kekaburan mengenainya akan
menyebabkan kajian terhadap aspek lain akan terjejas. Dalam pentafsiran maksud seni bina, ahli
akademik, pemikir dan para profesional dalam bidang tersebut telah memberikan pelbagai makna
mengenainya. Ada antara mereka yang mengatakan bahawa seni bina sekadar bangunan sahaja,
atau ada juga yang menyatakan bahawa seni bina tersebut merupakan ciri yang wajib ada dan
terdapat pada nilai sesebuah bangunan. Ada juga yang berpendapat bahawa seni bina merupakan
jiwa bangunan dan tidak kurang pula yang menganggap seni bina hanya sekadar gaya rupa
sahaja.
Definisi seni bina boleh dikategorikan kepada seni dan bina. Seni atau art pada asalnya
ialah perkataan Latin yang difokuskan kepada kerja tangan atau ukiran. Definisi ini amat luas
digunakan pada abad pertengahan khususnya yang berkaitan dengan kerja tangan atau aktiviti
teknikal dan ukiran ( Lois Lamya al-Faruqi, 1984). Perkataan bina pula, menurut Kamus Dewan
ialah seni atau ilmu merancang, membentuk dan membina bangunan. Ia juga boleh diistilahkan
gaya sesuatu bangunan didirikan dan bentuk bangunan yang dibina pada zaman tertentu ( Kamus
Dewan, 2005). Pengertian ini turut dibincangkan dalam Oxford Dictionary yang mengistilahkan
seni bina sebagai salah satu kesenian dalam mereka bentuk sesebuah bangunan termasuk gaya
rupa sesuatu bangunan ( Oxford Dictionary, 1988).

Encyclopedia Britannica pula menyatakan seni merupakan satu manifestasi pemikiran,


perasaan dan material yang melahirkan satu ciptaan daripada idea-idea mereka yang bergelar
seniman. Ciptaan tersebut adalah bergantung di atas kemampuan imaginasi pengetahuan dan
tenaga untuk menghasilkan pelbagai karya seni termasuklah seni bina, sastera, tarian dan lukisan
(The New Encyclopedia Britainnica, 1995). Seni bina juga merupakan seni dalam teknik mereka
bentuk sesebuah bangunan atau kemahiran dalam sesuatu perkara yang berhubung dengan
pembinaan. Berdasarkan sejarah silam, seni bina mempunyai pertalian yang rapat dengan
bangunan keagamaan seperti tempat–tempat ibadat yang turut mempengaruhi sesebuah
masyarakat itu.

2
Mohamed Ali Abdul Rahman dalam Sejarah Seni Dunia menghuraikan bahawa seni bina
adalah mendirikan bangunan dengan mengambil kira aspek keindahan dan kedua-duanya
merupakan aspek yang tidak boleh dipisahkan. Sejarah seni sentiasa berkembang sejak zaman
pra sejarah lagi yang mempunyai ciri-ciri tertentu mengikut peredaran zaman semasa.

David Leatherbarrow dan Mohsen Mostafavi pula mengistilahkan seni bina sebagai
sejarah seni bina tradisional atau seni bina moden yang ada hubungkait dengan faktor tipologi
dengan menggunakan kaedah mekanikal. Seni bina tersebut adalah berdasarkan kepada material
yang digunakan terutamanya yang menyentuh konsep ruang (David Leatherbarrow and Mohsen
Mostafavi, 2003).

Berdasarkan definisi seni bina di atas, seni bina merupakan bangunan-bangunan yang
dicorakkan oleh seseorang yang berkebolehan dalam bidang pembinaan. Ia merupakan hasil seni
dan kemahiran dalam membina untuk memenuhi serta menghasilkan keperluan manusia. Konsep
seni bina turut menjelaskan dan membayangkan sesebuah tamadun itu dilahirkan bukan sahaja
dalam bentuk-bentuk bangunan bahkan boleh dilihat dengan kewujudan tugu-tugu peringatan
yang besar. Kebanyakan seni bina agung menjadi simbol kekuasaan raja-raja kerana semakin
besar tugu itu, maka semakin besarlah kekuasaannya. Begitu juga dengan pembangunan bandar-
bandar ketika itu adalah seiring dengan seni bina yang sedia ada. Apabila raja dan rakyat dalam
sesuatu dinasti membina bandar-bandar besar ataupun tugu-tugu yang tinggi maka seni bina amat
diperlukan untuk pembuatan tersebut. Oleh itu, mereka akan berusaha untuk menghasilkan plan-
plan dan struktur yang baik supaya dapat mencapai keinginan dan hasrat mereka.

Seni bina menurut pandangan Islam

Terdapat pelbagai pandangan di kalangan para sarjana dan arkitek Islam terhadap seni bina. Ibn
Khaldun dalam tulisannya Muqaddimah berpendapat bahawa seni bina merupakan satu daripada
ciri ketamadunan yang penting kerana ia adalah mercu kegemilangan sesuatu bangsa atau
negara. Keagungan dan ketinggian sesuatu tamadun itu dapat diukur berdasarkan pencapaiannya
dalam bidang seni bina (Ibn Khaldun, 1980 ).

Hasan Fathi iaitu seorang arkitek dari Timur Tengah memberikan pandangan yang agak
berbeza berbanding pandangan-pandangan lain. Beliau menyatakan seni bina itu adalah khusus
untuk golongan miskin dan reka bentuknya adalah berpandukan kaedah tradisi golongan

3
tersebut. Pandangan yang diberikan oleh beliau menyebabkan dunia akademik seni bina
menyingkirkan dan memperkecilkan beliau (http://arched.org/library/parties/one-party).

Muhammad Tajuddin Rasdi pula berpendapat bahawa seni bina dianggap suatu bentuk
budaya seni dan kraf yang halus dan teliti yang mempunyai reka bentuk dan corak tertentu yang
berkisar kepada pembinaan bangunan-bangunan agung seperti masjid, istana, rumah bangsawan
serta makam diraja. Subjek ini sudah pun menjadi suatu pandangan umum yang diterima pakai
oleh sebahagian besar masyarakat termasuk umat Islam sendiri ( Lihat http://
drtajuddin.tripod.com/home.htm). Menurut pandangan Zulkifli Hanafi pula, seni bina merangkumi
berbagai-bagai bentuk dan ruang yang wujud untuk kegunaan manusia. Keperluan seni bina pada
awalnya hanyalah sebagai tempat perlindungan daripada cabaran hidup yang menumpukan
tempat-tempat seperti gua dan lereng bukit (Zulkifli Hanafi, 1988). Hal ini berbeza dengan
Mustafa Daud yang memberikan pandangan bahawa seni bina memberi erti sebagai satu
keindahan yang dicetuskan melalui kemahiran dalam binaan, tulisan, ukiran dan pertukangan.
Seni bina mempunyai ruang lingkup yang amat luas yang merangkumi segala reka bentuk yang
berupa bangunan tanpa mengira sama ada diperbuat daripada kayu, batu marmar, bahan logam
atau kaca.

Sehubungan itu, penulis berpandangan bahawa seni bina merupakan sesuatu yang
menarik yang perlu diberi perhatian bagi setiap individu. Seni bina bukan hanya lahir dalam
sesebuah bangunan dalam sesebuah masyarakat yang mendiaminya tetapi mempunyai fungsi
yang begitu luas dalam konteks perlindungan daripada sebarang ancaman. Oleh itu, masyarakat
di suatu tempat mempunyai teknik-teknik binaan yang tersendiri dalam menghasilkan sesuatu
seni bina. Sekaligus kesenian itu dapat dilihat melalui lukisan-lukisan dan kraf tangan-kraf
tangan yang menggambarkan kemahiran mereka. Hasil kesenian itu pula berbeza dari satu
kawasan dengan kawasan yang lain akibat faktor pengaruh budaya setempat.

Seni bina menurut pandangan Barat

Sarjana Barat telah memberikan pelbagai perspektif terhadap definisi seni bina. Mereka juga
menginterpretasikan seni bina dengan binaan keagamaan melalui tulisan mereka yang
mengandungi agenda-agenda peribadi serta cita rasa masing-masing dalam budaya mereka
sendiri. Menurut Nikolaus Pevsner dalam bukunya yang bertajuk Outline of European

4
Architecture, beliau menyatakan bahawa istilah seni bina hanya layak diberi kepada bangunan
yang mempunyai status tinggi :

A bicycle shed is a building; Lincoln Cathedral is a piece of archictecture. Nearly everything


that encloses space on scale sufficient being to move in is a building; the term architecture
applies only to buildings designed with a view to aesthetic appeal (Ballantyne dan Andrew, 2002).

Berdasarkan penyataan di atas, Pevsner memberikan pentafsiran yang agak sempit


mengenai pengertian seni bina, walaupun pengkaji seni bina yang terkemuka iaitu Spiro Kostof
mempunyai pendirian yang berbeza. Menurut Kastof, definisi seni bina merujuk kepada semua
jenis binaan yang merangkumi bangunan biasa dan juga bangunan yang dianggap istimewa.
Walaupun semua jenis binaan adalah seni bina, namun menurut beliau lagi terdapat beberapa
faktor yang perlu diambil kira dalam penilaian binaan tersebut sebelum layak dikategorikan
sebagai sebuah hasil seni bina. Terdapat faktor utama dalam penilaian maksud seni bina sama
ada dikenali atau sebaliknya iaitu berdasarkan budaya hidup sesebuah masyarakat dalam binaan
itu. Menurut beliau lagi, seni bina bukanlah sesuatu yang wujud secara semula jadi dalam
sesebuah bangunan sebaliknya aspek budaya hidup yang dimasukkan ke dalam reka bentuk
bangunan tersebut yang boleh melayakkan bangunan itu dipanggil seni bina.

Menurut Amos Rapoport pula, definisi seni bina ialah sesuatu binaan yang mengambil
kira faktor sosio budaya dalam sesebuah masyarakat. Peranan sosio budaya terhadap sesuatu
binaan yang dihuni oleh manusia adalah lebih penting berbanding dengan aspek cuaca,
teknologi, bahan atau pun ekonomi. Menurut beliau lagi, selain berperanan sebagai pelindung
kepada penghuni daripada panas dan hujan serta cuaca, seni bina juga mempunyai fungsi
melindungi penghuni daripada ancaman binatang buas atau pun makhluk halus. Situasi ini
termasuklah mengambil kira nilai-nilai kemanusiaan dan keselamatan dalam persekitaran yang
diancam bahaya (Synder, James & Catanese, Anthony.J,., 1979). Dalam penulisan William
Wayne Caudill, William Merriweather Pena dan Paul Kennon pula, mereka berpendapat bahawa
seni bina hanya layak ditafsirkan oleh seseorang berdasarkan pengalaman terhadap sesuatu
ruang. Proses penghayatan dan pengalaman yang dilalui oleh individu dalam sesebuah ruang itu
berlaku melalui tiga-tiga reaksi yang berlainan iaitu fizikal, reaksi emosi dan intelek.
Pengalaman seni bina yang memenuhi kehendak ketiga aspek tersebut mewujudkan interaksi

5
antara manusia dengan bangunan itu sendiri (Caudill William Wayne, Pena, William
Merriweather, Keno & Paul, 1991).

Hal ini berbeza dengan K.A.C. Creswell yang telah memberi pandangan dalam tulisan
yang bertajuk A Short Account of Islamic Architecture bahawa tidak wujud kesenian Tanah Arab
terutamanya pada zaman Rasulullah s.a.w. kerana ketika itu tiada sebarang bentuk bangunan
yang boleh disifatkan sebagai seni bina dan juga peninggalan artifak seperti arca, lukisan yang
dimiliki oleh orang Arab ( K.A. Creswell, 1952).

Sementara itu, Frank Lloyd Wright, mendefinisikan seni bina itu sebagai binaan manusia
dan alam semula jadi. Hal ini dibuktikan oleh beliau sendiri dalam menghasilkan reka bentuk
kediaman yang berbentuk salib dengan meletakkan ruang keluarga di tengah-tengah persilangan
pelan. Ruang keluarga di bahagian tengah kediaman tersebut mempunyai tempat unggun api
yang dianggap penting oleh Wright kerana menjadi simbol keutuhan institusi kekeluargaan.
Wright juga berjaya mereka bentuk perbandaran Broadacre City pada tahun 1932 Masihi dan
megintegrasikannya dengan alam semula jadi secara harmoni. Hal ini bertujuan untuk menangani
krisis kepadatan penduduk dan masalah infrastruktur di bandar-bandar besar. Pendapat yang
sama turut dikemukakan oleh Le Corbuser dalam tulisannya yang bermaksud :

Engkau menggunakan batu, kayu, konkrit dengan bahan-bahan ini,


engkau dirikan rumah dan istana. Itulah pembinaan. Tetapi tiba-tiba
engkau menyentuh hatiku, engkau berbuat baik kepada ku, aku
merasa bahagia dan aku berkata: Ini indah? Itulah seni bina.

Walaupun tiada satu perkataan khusus yang boleh diketengahkan mengenai maksud seni
bina berdasarkan pendapat beberapa tokoh yang telah disebutkan tadi, namun aspek budaya
hidup sesuatu masyarakat telah banyak diketengahkan sebagai salah satu pra syarat bagi sesuatu
binaan tersebut untuk layak dikategorikan sebagai seni bina. Aspek-aspek seperti emosi,
penghormatan, identiti, keselamatan dan keselesaan pengguna merupakan aspek yang dikatakan
perlu wujud dalam sesebuah seni bina. Justeru, apa yang dapat disimpulkan ialah dalam seni bina
akan terhasil faktor-faktor asas yang wujud dalam sesebuah masyarakat itu. Hal ini diakui seperti
mana yang telah diperkatakan oleh Spiro Kostof dalam tulisannya A History of Architecture,

6
bahawa penyingkiran aspek-aspek kemanusiaan di dalam sesebuah binaan hanya melayakkan
binaan tersebut dipanggil bangunan sahaja ( Spiro Kastof, 1995).

Seni bina Islam

Seni bina Islam merupakan sebahagian daripada cabang bidang seni yang dihasilkan oleh sesuatu
kelompok masyarakat manusia yang mempunyai fitrah semula jadi cintakan sesuatu keindahan.
Justeru itu, seni bina Islam sentiasa disanjung dan dihargai kerana matlamatnya ialah untuk
meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Seni bina juga berperanan dalam
memenuhi tuntutan jasmani dan rohani yang mempunyai hubungan dalam segi material dan
rohani. Oleh itu, Islam telah menetapkan garis panduan supaya seni itu dapat memberikan fungsi
yang sewajarnya dan menepati kehendak syariah Islam ( Spiro Kastof, 1995).

Selain itu, M.A.J. Beg turut memberi perhatian terhadap seni bina Islam. Beliau
berpendapat bahawa ‘the architecture of Islam is the expression of a religion and its view of the
world rather than that of a particular people or political or economic system.’ Titus Burckhardt
juga memberikan ide dalam tulisannya yang menyatakan seni bina Islam adalah satu manifestasi
dalam pembentukan sesuatu tamadun mengikut gaya dan perubahan yang ada pada zaman
tersebut. Beliau memberi pandangan bahawa Islam itu dapat dilihat melalui kesenian yang
terdapat pada bangunan masjid seperti Masjid Cardova, Masjid ibn Tulun dan lain-lain. Menurut
beliau, ‘Would be nonetheless valid, for the art Islam expresses what its name indicates, and it
does so without ambiguity” ( M.A.J. Beg, 1985).

Seni Islam tidak lahir seiring dengan kelahiran Islam. Namun ia merupakan titik
permulaan perkembangan seni bina Islam apabila terdirinya Masjid Quba’yang dibina oleh
Rasulullah s.a.w. di Quba’. Kemudiannya pembinaan Masjid Nabawi pula mengambil contoh
Masjid Quba’ dalam asas seni binanya.

Pada zaman para sahabat pula, seni bina menampakkan kemajuan dalam pembangunan
fizikal yang berteraskan keimanan, ketakwaan dan akhlak yang tinggi. Dalam masjid pada zaman
tersebut, telah dihiasi dengan ayat al-Quran yang diukir indah. Pada peringkat permulaan,
pembinaan masjid mengutamakan pembinaan menara yang dibina agak tinggi dalam bentuk
yang tirus. Menaranya juga adalah berbeza sama sekali dengan menara yang dibina oleh
Kerajaan Rom dan Parsi yang didirikan dengan binaan yang agak rendah dan berfungsi sebagai

7
kawalan keselamatan. Seni bina menara ini menunjukkan seni bina semakin berkembang secara
evolusi.

Apabila munculnya Kerajaan Umayyah, bangunan-bangunan seperti istana dan masjid


didirikan dengan tersergam bagi melambangkan kegemilangan sesebuah empayar. Sesetengah
bangunan ini dibina hasil daripada kutipan cukai rakyat untuk kepentingan golongan pemerintah
dan bangsawan yang ada di kalangan mereka mengagungkan duniawi. Jesturu, ketika itu lahirlah
berbagai-bagai bentuk seni bina. Kebanyakan kewujudan bangunan-bangunan tersebut
berorientasikan keagungan pemerintah dan bukannya bangunan yang bersifat kemasyarakatan
dan kebajikan rakyat.

Oleh itu, terdapat pelbagai jenis binaan berbentuk keagamaan atau pun yang berbentuk
sekular yang telah didirikan pada zaman pemerintahan seterusnya. Dalam membicarakan tentang
seni bina Islam, bentuk dan bahan-bahan mentah yang digunakan banyak dipengaruhi oleh alam
sekitar dan latar belakang sejarah dan budaya. Seni bina bangunan Islam terbahagi kepada 3
iaitu;

a. Imarah Madaniyah iaitu bangunan yang berbentuk kota-kota dan gudang-gudang.

b. Imarah Diniah iaitu bangunan yang berbentuk masjid dan tempat-tempat ibadah yang lain.

c. Imarah Harbiyyah iaitu bangunan yang berupa ketenteraan atau benteng-benteng dan menara
pertahanan.

Kepentingan seni bina menurut Islam dapat diukur dengan kepentingan dan fungsi
pembinaan masjid itu sendiri. Ini kerana masjid merupakan institusi utama dalam kebudayaan
Islam yang membawa impak terhadap perkembangan agama Islam. Masjid dibina dengan
pelbagai bentuk, gaya, corak dan penampilan mengikut zaman dan waktu berdasarkan latar
belakang manusia yang membinanya kerana orang yang mendirikan masjid akan mendapat
keredaan Allah s.w.t. Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam sepotong hadis yang
bermaksud :

Sesiapa yang membina masjid kerana mengharapkan keredaan


Allah, nescaya Allah membangunkan untuknya sebuah rumah di

8
dalam syurga Firdaus.
Orang-orang Barat memberi pandangan yang agak negatif terhadap seni bina Islam
seperti K.A.C. Creswell dan John D.Hoag. Mereka menolak sebarang ciri seni bina yang terdapat
pada zaman Rasulullah s.a.w. sebagai seni bina yang penting. Ini kerana menurut pandangan
mereka sendiri, seni itu sendiri tiada hubungan dengan agama. Akibat daripada pengamalan
dasar sekukarisme telah membawa kepada pengasingan duniawi dan ukhari. Namun bagaimana
pun, pada zaman pemerintahan Khulafa’al-Rasyidin, Barat menerima kewujudan seni bina yang
terdapat pada zaman tersebut. Ini kerana perkembangan seni bina pada zaman khalifah Umar al-
Khatab adalah perkembangan seni bina yang dianggap berjaya dan beliau sendiri mengambil
berat tentang pembaharuan terutamanya dalam pembinaan masjid ( Zulkifli Hassan, 2008).

Konsep, falsafah dan matlamat seni bina Islam

Islam merupakan agama yang lengkap dengan meletakkan konsep keimanan terhadap Allah
s.w.t. yang menjadikan semesta alam. Kitab al-Quran diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. untuk
dijadikan panduan dan pedoman sehingga akhir zaman tanpa mengira ras dan budaya sesuatu
bangsa. Hal ini dapat dilihat dalam senario masyarakat di Nusantara yang menganut agama Islam
dan mengamalkannya seperti mana masyarakat di Tanah Arab. Walaupun terdapat perbezaan
budaya antara dua kawasan tersebut, tetapi ia mempunyai persamaan dalam elemen-elemen yang
wujud dalam seni bina.

Dalam perbincangan berhubung falsafah seni bina Islam pula, adalah rumit untuk
menghuraikan isu ini. Penulis berpandangan seandainya seseorang itu ingin mengetahui falsafah
seni bina Islam, terlebih dahulu ia mestilah mengetahui tentang maksud Islam itu sendiri. Islam
merangkumi cara hidup yang berlandaskan tauhid kepada Allah s.w.t. Oleh sebab itu, amat
penting bagi menghubungkan seni bina dengan kehidupan individu Muslim itu sendiri.

Sebagai contoh, apabila seorang arkitek Islam itu ingin membina sebuah masjid, perkara
utama yang perlu difokuskan ialah perlunya mengetahui arah kiblat, di samping memahami
fungsi masjid sebagai pusat tempat masyarakat berhimpun yang berasaskan ketakwaan kepada
Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Jumuah : 9 yang bermaksud :

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan
sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah
9
(dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkan lah berjual beli (pada saat itu); yang
demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

Menurut Hasan Mu’nis dalam tulisan yang dipetik dari Mohd Mokhtar Shaikh Ali, masjid
dalam Islam adalah aspek fikrah dan roh. Hal ini kerana menurut sudut fikrah, telah pun
ditetapkan oleh Nabi s.a.w. ketika baginda membina masjid yang pertama dan dimaksudkan roh
pula ialah roh Islam yang menekankan terhadap keimanan kepada Allah s.w.t. ( Mohd Mokhtar
Sheikh Ali, 2003).

Menurut Omer Spahic, seni bina Islam mempunyai hubungan yang erat dengan spiritual
dan juga fizikal individu muslim. Beliau berkata ‘Islamic architecture came about to facilitate,
foster and stimulate to ceaseless ibadah (worship) practices of it users’ (Omer Spahic, 2002).
Dalam perbahasan tersebut, beliau turut menyatakan seni bina itu sebagai frame work dalam
melaksanakan tuntutan Islam untuk dijadikan dorongan bagi orang Islam dalam melaksanakan
ibadah sama ada melalui ibadah harian atau ibadah-ibadah yang lain. Hal ini dapat dibuktikan
melalui bangunan masjid-masjid sebagai tempat ibadat utama masyarakat Islam yang boleh
digambarkan sebagai identiti, budaya dan tamadun umat Islam itu sendiri. Begitu juga Ibn Abdun
iaitu seorang hakim di Andalus pada abad ke-12 Masihi dalam tulisan yang dipetik oleh Stefano
Bianca; ‘as a architecture is concerned, it is the haven where mans spirit, soul and body find
refuge and shelter.’ Oleh itu, seni bina juga dianggap sebagai salah satu tempat kediaman
manusia yang juga tempat perlindungan melalui pembinaan bangunan-bangunan (Stefeno
Biancam, 2000)

Masjid juga mengandungi elemen terpenting dalam pembentukan pembangunan


pembandaran atau perumahan dalam komuniti masyarakat Islam. Masjid menjadi asas kepada
konsep ‘neighborhood’ atau dikenali sebagai konsep kejiranan. Ini jelas menunjukkan bahawa
masjid memberikan satu input yang positif dalam menjalinkan hubungan mesra antara
masyarakat setempat dalam sesebuah bandar atau kampung melalui program-program yang
dijalankan di situ.

Dalam aspek struktur pembinaan sesebuah seni bina, seorang arkitek perlulah mengkaji
agar seni bina itu benar-benar dihayati oleh setiap individu Muslim. Oleh sebab itulah falsafah
penghayatan itu penting dengan menghubungkan bentuk fizikal masjid tersebut dengan aspek

10
kerohanian seseorang. Oleh yang sedemikian, dalam sesebuah seni bina adalah jarang sekali
masyarakat Islam mengambil berat terhadap falsafah seni bina terutamanya dalam konteks seni
bina masjid. Penulis beranggapan bahawa sesebuah seni bina itu mempunyai fungsi yang
tersendiri dalam konteks hubungannya dengan Allah s.w.t. Elemen-elemen seperti ruang solat,
mihrab, bentuk kubah, menara dan mimbar memberi kesedaran terhadap keagungan dan
kebesaran Allah s.w.t.

Dalam membincangkan tentang ruang solat utama, tempat ini merupakan ruang yang
terbesar dalam sesebuah masjid dan terletak di bahagian tengah dengan menghadap kibalat. Pada
kebiasaannya, ruang solat utama berbentuk empat segi dan mempunyai keluasan minimum 40
orang jemaah. Mihrab pula berfungsi sebagai penanda arah kiblat dan menjadi salah satu elemen
terpenting dalam sesebuah masjid. Kebanyakan mihrab dibina dalam garisan dinding kiblat
dengan berbagai bentuk sama ada separuh bulatan, slinder, menegak atau segi empat bujur.
Mihrab lebih ketara lagi dengan hiasan geometri dan tulisan khat ayat-ayat Quran dan ada juga
masjid yang menggunakan arca yang berbagai-bagai jenis bagi menunjukkan kepentingan
mihrab.

Mimbar pula terletak di sebelah kanan mihrab yang digunakan oleh khatib untuk
membaca khutbah atau syarahan sebelum sembahyang Jumaat atau sembahyang Hari Raya.
Mimbar ini biasanya terletak di tempat tinggi dari alas lantai yang dibina daripada kayu atau
konkrit. Sesetengah mimbar mempunyai kubah kecil di atasnya atau berbentuk piramid atau
bulat. Keadaan ini adalah bergantung kepada taraf pertukangan pada sesuatu zaman tersebut.

Menara adalah tempat bilal melaungkan azan dan mempunyai reka bentuk yang berbeza
bergantung kepada kepelbagaian budaya di sesuatu tempat dan persekitaran dan dibina pada
tempat yang tinggi (Mansour Abdul Aziz, 1993). Menurut Cherif Jah Abderahman dalam kertas
kerjanya yang bertajuk The Minaret, Symbol of a Civilization bahawa, ‘the minaret later
become the physical location for this purpose’ dan katanya lagi, ‘how the symbol stands for a
multiplicity of principle, a system of values, of knowledge of tradition’( Syed Hossein an-Nasr,
1987).

Kubah pula merupakan elemen yang diidentifikasikan sebagai sebahagian daripada seni
bina dalam sesebuah bangunan yang dinamakan masjid. Kubah sebenarnya memiliki potensi

11
untuk menjadi ruang secara akustik yang luar biasa kerana pantulan suara yang tidak
menimbulkan gema. Pada kubah, gema yang kedengaran akan menjadi seolah-olah berlebihan.
Ini akan menjadi luarbiasa sekali jika kita berada di ruang masjid atau gereja kerana kita seolah-
olah mendengar suara bukan daripada seorang manusia tetapi dari sesuatu yang ghaib. Itulah
sebabnya, banyak seni bina pada abad pertengahan baik masjid atau gereja menggunakan reka
bentuk kubah. Namun, hanya falsafah yang membezakan antara senibina kubah di masjid
dengan kubah di gereja. Ini sejajar dengan pandangan Seyyed Hossein Nasr bahawa, ‘alangkah
bedanya antara candi Hindu Dasavatara dengan Masjid Delhi yang keduanya ada di India; atau
candi-candi Romawi yang naturalistik dengan gereja-gereja Romaneska yang sama-sama ada di
Italia’. Oleh itu, ciri-ciri persamaan terhadap reka bentuk kubah yang wujud di antara
sesebuah masjid dengan hiasan puncak kuil, candi atau gereja adalah hasil asimilasi budaya
atau tamadun yang diadaptasi ke atas seni bina Islam.

Melalui seni bina Islam juga, terdapat beberapa reka bentuk yang perlu diambil perhatian
dalam sesuatu binaan Islam terutamanya reka bentuk sebuah masjid. Antaranya ialah elemen
geometri, Muqarnas dan Arabesque. Geometri juga merupakan sebahagian daripada elemen
penting dalam perhiasan kesenian Islam. Geometri diguna pakai sebagai hiasan yang
memperlihatkan hubungan kecantikan dan keharmonian dengan alam sekeliling. Selain itu,
elemen geometri juga dilihat sebagai simbol bagi mengambarkan sesuatu bentuk dan corak-corak
geometri itu dibentuk berdasarkan beberapa konsep yang digunakan bagi menghasilkan corak
geometri yang lebih menarik dan unik. Terdapat pelbagai corak dan bentuk geometri yang terdiri
daripada segi empat sama, segi empat tepat, segi tiga, heksagon, pentagon dan octagon (Jaswat
Rai 1987). Oleh itu, elemen geometri dilihat sebagai pelengkap kepada keindahan dan
kemasyhuran sesuatu binaan itu. Elemen inilah yang menjadi dekorasi di setiap sudut binaan
ciptaan pereka-pereka Islam.

Selain bentuk geometri, bentuk Muqarnas pula berupa hiasan berpetak atau melengkong
yang terdapat pada bahagian Squinch atau susunan pelangi sebagai alat penampung yang juga
sebagai unit hiasan. Dalam dunia Melayu, bentuk hiasan Muqarnas tidak pernah muncul kerana
pembuatannya agak susah dan memerlukan kemahiran teknik yang tiada dalam tradisi binaan
Melayu. Selain itu, Arabesque pula merupakan sejenis hiasan yang bercorak daun-daunan yang
khusus dalam kesenian Islam. Hiasan ini termasuklah pucuk, bunga dan ranting yang berbelit-

12
belit serta tindih menindih yang kebiasaannya terdapat pada kebanyakan masjid di
Nusantarawalaupun agak sukar dari segi teknik pembuatannya yang memerlukan kemahiran
yang tinggi (Zakaria Ali, 1991).

Dalam membincangkan matlamat seni bina Islam, penulis berpendapat bahawa matlamat
seni bina itu adalah membentuk umat yang patuh kepada Allah s.w.t. Melalui pembinaan masjid
sebagai rumah Allah s.w.t. di atas muka bumi ini, umat Islam dapat menunaikan tanggungjawab
sebagai hamba Allah s.w.t. Melalui peribadatan dan kegiatan-kegiatan sosial lain. Oleh itu,
fungsi masjid adalah sebagai institusi yang tertinggi dalam pembentukan masyarakat dan
perpaduan sejagat.

Melalui pendidikan pula, masjid menjadi tempat tumpuan para ulama dalam
mengembangkan ilmu pengetahuan kepada orang ramai sama ada ilmu ukhrawi ataupun
duniawi. Hal ini dapat dilihat pada peranan masjid pada zaman Rasulullah s.a.w. yang
mempunyai pelbagai fungsi yang bukan sahaja sebagai tempat menunaikan solat berjemaah,
tetapi meliputi sebahagian bidang kehidupan pada masa itu. Hal ini jelas menggambarkan
bahawa masjid merupakan institusi yang tinggi nilainya di sisi masyarakat.

Ciri-ciri seni bina Islam

Dalam menghuraikan ciri-ciri seni bina Islam, penulis tidak menemui sebarang penghuraiannya
yang berkaitan dengannya secara detail. Hasil tulisan yang ditemui adalah lebih berbentuk
umum. Antaranya ialah pandangan I.H.Qureshi yang berpendapat ciri-ciri utama seni bina Islam
pertama ialah seni bina itu mestilah mempunyai ruang untuk kemasukan cahaya ke dalam
bangunan sebanyak yang boleh. Hal ini sesuai dengan keadaan alam persekitaran yang boleh
memberikan keselesaan kepada umat Islam semasa mengerjakan ibadat solat di masjid atau
rumah kediaman. Kedua ialah menggunakan bahan hiasan seperti tulisan khat atau kaligrafi yang
dipetik daripada ayat-ayat Quran dan hadis. Penerapan tulisan kaligrafi amat berkesan dan begitu
harmoni sekali bagi melambangkan kehidupan manusia. Ketiga ialah terdapat ruang bilik yang
memisahkan antara kaum lelaki dan perempuan. Keempat ialah reka bentuk sesebuah bangunan
itu mestilah sesuai dengan iklim setempat di sesebuah negara. Kelima ialah perabot dalam
sesebuah bangunan tersebut mestilah sederhana dan indah serta tidak ada unsur pembaziran.
Keenam ialah seni bina juga mencirikan luahan perasaan, ketenangan, ketenteraman dan

13
keheningan penghuninya. Dalam erti kata lain tidak wujud sebarang pertentangan antara unsur
kerohanian dengan kebendaan mahupun keduniaan atau akhiratan. Ketujuh ialah keselamatan
bangunan perlu dititik beratkan dan selamat digunakan dalam jangka waktu yang lama. Keadaan
ini terbukti menerusi sesetengah masjid dan bangunan yang telah didirikan hampir seratus 100
tahun tetapi masih utuh dan boleh digunakan dengan selamat. Kelapan ialah arked atau bumbung
sepertimana yang dikemukakan oleh E.J. Grube sebagai pelengkap kepada ciri-ciri seni bina
Islam seperti yang dinyatakan di atas (Mahayudin Yahya, 1998)

Berbeza dengan pandangan yang dikemukakan oleh Spahic Omer dalam tulisannya, ciri-
ciri seni bina Islam mestilah mempunyai bangunan sama ada bangunan didirikan secara peribadi
atau pun berbentuk umum yang mementingkan ketauhidan terhadap Allah s.w.t. dan juga
kepentingan ummah. Hal ini dapat dibuktikan dengan pembinaan masjid di kota Madinah
sebagai asas penyatuan masyarakat dalam bidang agama, ekonomi dan sosial. Selain itu, teknik
dan reka bentuk bangunan turut mempengaruhi seni bina Islam tersebut. Ini termasuklah budaya
setempat, faktor iklim, geografi dan juga perubahan teknologi ketika itu. Hal ini juga mengambil
kira kreativiti, imaginasi, gabungan kemahiran dalam seni bina yang berpandukan ketauhidan
kepada Allah s.w.t. ( Omar Sephic, 2002 ).

Penambahan ciri-ciri ini turut dikemukakan oleh Mohammad Tajuddin Rasdi dalam
tulisannya Konsep Perbandaran Islam yang mencatatkan bahawa ciri-ciri seni bina mempunyai
hubungan rapat dengan faktor geografi terutamanya dalam aspek bentuk muka bumi, cuaca,
keadaan angin dan suhu. Aspek-aspek ini menjadi penentu kepada keperluan masyarakat
terhadap ciri-ciri tertentu pada sesuatu bangunan. Begitu juga dengan falsafah seni bina mestilah
berupaya menyesuaikan diri dengan keperluan dan keselesaan masyarakat sesuatu tempat dan
bukan sekadar untuk meniru elemen-elemen seni bina asing yang mencerminkan ciri-ciri Islam
itu (Mohd Tajudin Rasdi dan Rosdan Abdul Manan). Dalam hal ini, pembinaan sesebuah
bangunan itu dianggap mempunyai ciri seni bina Islam tetapi sebahagian arkitek agak
meminggirkan faktor ini. Bagaimanapun, penulis melihat terdapat beberapa faktor lain yang
dikemukakan iaitu binaan tingkap yang terdapat dalam seni bina Timur Tengah yang terdiri
daripada tingkap yang kecil pada bahagian termasuk atas bangunan masjid. Masjid Sultan
Suleiman, Istanbul mempunyai tingkap-tingkap yang kecil di bahagian atasnya. Masjid
Badshshi, Lahore, Pakistan, tidak mempunyai tingkap tetapi mempunyai gerbang iwan yang

14
besar bersama pintu-pintu yang lain. Hal ini jelas menunjukkan faktor dan cuaca menjadi salah
satu faktor utama dalam ciri-ciri seni bina masjid. Bagaimanapun ciri-ciri ini berbeza dengan
pembinaan masjid tradisional Nusantara iaitu Masjid Kampung Laut, Kota Baharu dan juga
Masjid Kampung Peringgit di Melaka yang mempunyai tingkap yang tersusun dengan jumlah
yang banyak. Keadaan ini disebabkan oleh iklim Nusantara yang panas dan lembap berserta
hujan yang kerap memerlukan angin secukupnya untuk penyejukan dan pengudaraan. Oleh itu,
tingkap menjadi elemen utama dalam sesebuah bangunan Islam walaupun di wilayah-wilayah
yang berbeza. Perbezaan ini memperlihatkan keperluan masyarakat terhadap pengaruh geografi
setempat dalam sesebuah bangunan tersebut.

Pandangan ini berbeza dengan pandangan Earnst J. Grube dalam tulisannya What is
Islamic Architecture. Beliau mengetengahkan beberapa kaedah dalam mengenalpasti ciri-ciri seni
bina Islam. Pertama ialah seni bina Islam dapat dilihat dalam konteks kediaman masyarakat
Islam di Asia Barat yang mempunyai halaman dalaman dan tampak luaran yang ringkas dan
tidak mempunyai tingkap. Kedua ialah seni bina dikaitkan dengan bangunan-bangunan seperti
masjid dan juga makam yang mempunyai fungsi yang tersendiri dalam konteks penyesuaian
dalam aktiviti walaupun mempunyai ruang yang berbeza. Beliau juga mengaitkan seni bina
Islam itu dengan aspk-aspek dekorasi yang tertentu seperti corak geometri, bunga-bungaan dan
kaligrafi.

Secara keseluruhannya, pandangan sarjana-sarjana Islam mahupun Barat terhadap ciri-


ciri seni bina Islam dapat dilihat melalui bangunan masjid yang berfungsi sebagai simbol utama
dalam bangunan Islam dan mempengaruhi bangunan-bangunan lain dalam dunia Islam. Terdapat
elemen-elemen tertentu dalam reka bentuk bangunan tersebut yang dikenal pasti seperti reka
bentuk kubah, tingkap, pintu dan sebagainya yang ada kaitaanya dengan iklim, geografi dan
budaya salam sesebuah tempat. Seni bina Islam juga tidak mengenepikan aspek-aspek dekorasi
yang mempunyai fungsi yang tersendiri sebagai pelengkap dan memperlihatkan keunikan seni
bina Islam itu sendiri.

15
Kesimpulan

Melalui pandangan-pandangan yang dikemukakan oleh para sarjana sama ada Islam mahupun
Barat, pengertian seni bina mempunyai ruang lingkup luas yang menyentuh pelbagai aspek
dalam sesebuah bangunan. Begitu juga ruang lingkup seni bina Islam, merangkumi aspek
material dan spiritual yang mempunyai hubungannya dengan ketauhidan terhadap Allah. Melalui
bangunan-bangunan masjid di atas muka bumi ini, maka terciptalah pelbagai reka bentuk yang
mempunyai ciri-ciri tersendiri yang mengambil konsep ketauhidan dan juga kreativiti tokoh
Islam dalam menampilkan ciri-ciri seni bina Islam yang unggul dan menjadi simbol
kegemilangan peradaban Islam pada hari ini.

Nota hujung.

1
Hassan Fathi lahir pada tahun 1900 Masihi di Alexandria, Mesir. Beliau merupakan antara tokoh arkitek terkenal di
Asia Barat pada abad ke-20. Reka bentuk yang pertama telah dihasilkan dengan membina sebuah sekolah di
Talkhan. Beliau juga telah mendapat anugerah pingat emas dalam Union International Architecture. Pelbagai projek
yang telah dikendalikan dengan menggunakan ideanya sendiri antaranya ialah Andrioli House-Fayuum (1984),
Hassan Fathi-House (1940), Fuad Reyadh House (1967) dan sebagainya. Lihat http://arched.org/library/parties/one-
party[12 April 2012], w.w.w.egyptarch.com [ 12 April 2012].
2
Muhamamd Tajuddin Rasdi merupakan seorang Profesor terkenal di Jabatan Seni Bina, Fakulti Alam Bina, UTM.
Beliau adalah Pengarah KALAM di UTM. Beliau banyak menghasilkan tulisan yang berbentuk buku, artikel, jurnal,
dan prosiding yang berhubung dengan seni bina. Antaranya ialah The Mosque As A Community Development
Center, Identiti Seni Bina Malaysia: Kritikan terhadap reka bentuk dan lain-lain lagi. Lihat http://
drtajuddin.tripod.com/home.htm [12 April 2012].
3
Mustafa Daud ialah pensyarah kanan di Sekolah Pembangunan Sosial di Universiti Utara Malaysia. Beliau banyak
menulis buku dan artikel. Antara tulisan beliau ialah Pemikiran Politik Islam, Pengantar Tamadun, Konsep Ibadat
menurut Islam dan Institusi Kekeluargaan dalam Islam. Lihat http://books.google.com.my/books? [10 April 2012].
4
K. A.C. Creswell ( 1879-1959 Masihi ) adalah seorang arkitek yang berminat dalam bidang seni bina Islam yang
lahir di London. Minat beliau dalam seni bina tersebut menyebabkan beliau telah dilantik dan ditawarkan sebagai
Professor di Universiti Cairo pada tahun 1930 an dalam bidang seni bina Islam. Antara buku yang terkenal yang
dikarang oleh beliau ialah Early Muslim Architecture (1932 Masihi) dan The Muslim Architecture of Egypt (1952
Masihi). Beliau juga banyak mereka bentuk masjid, muzium, universiti, istana di negara Asia Barat termasuklah
Syria, Mesir dan Palestin. Lihat http://archnet.org.library/image/sites.jsp/select [20 April 2012].
5
Frank Lloyd Wright (1867-1959 Masihi) dilahirkan di sebuah ladang di Wisconsin Amerika Syarikat pada tahun
1867 Masihi. Sejak kecil lagi beliau suka bermain blok-blok permainan dan ia banyak mempengaruhi komposisi
reka bentuk bangunan yang dikemukakannya. Beliau juga cenderung dalam mereka bentuk kediaman bagi golongan
pertengahan dengan harga yang murah. Beliau juga dikaitkan dengan pembinaan rumah percutian, bangunan
Johnson Wax dan Muzium Guggenheim. Lihat Nik Lukman Nik Ibrahim, Teori dan idea seni. Penerbit NLNI, Kuala
Lumpur, 2006, hlm. 141, Lihat juga http://www. cmgwco.com/historic/flw/bio.html.[20 April 2012].
6
Le Corbusier (1887-1965) lahir di Switzerland dan merupakan seorang arkitek yang terkenal dalam reka bentuk
lebih moden seperti rumah, bangunan, penghias dalaman dan sebagainya. Beliau juga pernah dianugerahkan

16
sebagai pensyarah Diraja oleh Queen Elizabeth IV. Selain itu juga, beliau menjadi Professor Pelawat di Universiti
London. Lihat http://architect.architecture.skle-corbusier-architecture/lecorbuser-archi-php [20 April 2012].

RUJUKAN

Lois Lamya al-Faruqi 1984. Islamizing The Art Disciplines, Third International Seminar on
Islamic Thought : Kuala Lumpur

Kamus Dewan. 2005. Dewan Bahasa & Pustaka : Kuala Lumpur

Oxford Dictionary. 1988. University Press : New York.

The New Encyclopedia Britannica. 1995. Encyclopedia Britannica Inc : USA.

David Leatherbarrow & Mohsen Mostafavi. 2003. Surface Architecture, Cambridge Journal,
vol.7(1) : 91.

Ibn Khaldun. 1990. Muqaddimah Ibn Khaldun. Dar Ibn Khaldun : Beirut.

Zulkifli Hanafi. 1988. Tokoh-Tokoh Seni Bina Moden. Universiti Sains Malaysia: Pulau Pinang.

M.A.J. Beg. 1981. Fine Arts in Islamic Civilization, Penerbit Universiti Malaya: Kuala Lumpur.

Caudill, William Wayne. 1991. Anda dan Seni Bina. Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala
Lumpur.

Nik Lukman Nik Ibrahim. 2006. Teori dan idea seni . Penerbit NLNI : Kuala Lumpur.

Spiro Kastof. 1995. A History of Architecture, The New York University : USA.

Shafie Abu Bakar. 1984. Keindahan dalam kesenian Islam. Kertas Kerja seminar Kesenian
Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur

Al-Qurqan, Tafsir Pimpinan ar-Rahman. 1980.(Terj). Sheikh Abdullah Basmaeih. Jabatan Hal
Ehwal Islam Perdana Menteri : Kuala Lumpur.

Omar Sephic. 2002. Studies in Islamic built environment. International Islamic University
Malaysia, Kuala Lumpur.

Stefano Bianca. 2002. Urban Form in the Arab World. Thames and Hudson : New York,

Mansour Abdul Aziz al-JAdeed. 1993. Jurisprudence control for mosque architecture. Jurnal of
King Saud University, vol.18(1): 18.

Syed Hossein Nasr. 1987. Science and Civilization in Islam. Cambridge United Kigdom : UK.
17
http://arched.org/library/parties/one-party[12 April 2012].

w.w.w.egyptarch.com [ 12 April 2012].

http://www. cmgwco.com/historic/flw/bio.html.[20 April 2012].

http://architect.architecture.skle-corbusier-architecture/lecorbuser-archi-php [20 April 2012].

http://www. cmgwco.com/historic/flw/bio.html.[20 April 2012].

http:// drtajuddin.tripod.com/home.htm [12 April 2012].

http://archnet.org.library/image/sites.jsp/select [20 April 2012].

18

Anda mungkin juga menyukai