Anda di halaman 1dari 2

Amanat Khas Buat Rijalun Tarbawi

Catatan : Wan Ghazali


Syatahan : TGHH

"Manusia itu dahulunya satu umat, lalu allah mengutus para nabi, dikurniakan bersama nabi itu
hujah bagi menyatakan kebenaran..."
Al baqarah

Walaupun Allah memberi pada manusia kemampuan yang tidak ada pada makhluk lain, tidak
beri pada malaikat, bahkan pada binatang, sungguh manusia itu ada sifat naluri ataupun digelar
fitrah, yang dkurniakan sama ada untuk beribadah sebagai hamba kepada Allah bukan sebagai
rakyat Allah, ataupun untuk menjalankan tugas khalifah, mengurus dan mentadbir dunia ini
dengan petunjuk Allah serta amanah untuk melaksanakan syariat itu, yang pada awalnya Allah
melantik rasul dengan wahyu melalui kitab.

Menurut Ibnu Abbas r.a, manusia bermula dengan nabi Adam as sehingga beberapa abad,
sehingga timbulnya kesyirikan. Pada saat diutuskan nabi Nuh untuk berdakwah 950 tahun
lamanya maka telah dibinaskan mereka yg tidak beriman. Sehinggalah nabi Muhammad Saw
yang diutuskan kepada seluruh manusia, yang berbeza dengan nabi dan rasul sebelumnya
kerana umat akhir zaman digabungkan menjadi satu umat kerana apa? Bahkan Allah yg maha
mengetahui. Diberinya mukjizat lalu orang Kafir tidak percaya serta melawannya (Istilah kafir
dengan makna melawan/ingkar)

Ada perkara usul, perkara dasar atau perkara rukun. Sifatnya tidak boleh berubah walau
apapun. Disana juga ada perkara yang selain usul, ianya termasuk benda yang berubah. Iaitu
perkara-perkara yang memerlukan ijtihad. Bukanlah ijtihad itu dengan ijtihad pandangan biasa.
Bahkan ijtihad itu memerlukan ilmu, kepakaran, berdasarkan nas, orang yang ahlinya serta
tidak fasik. Islam bangkit lalu tersebar ke seluruh pelusuk muka bumi maka disana banyak
perkara yang memerlukan ijtihad.

Sesungguhnya Islam tidak jatuh setelah wafatnya nabi Saw. Maka yang setelah wafatnya nabi
akan ada kumpulan yang menyambung risalah Islam ini. Kumpulan inilah disebutkan ummatun,
toifah, jamaah, atau parti. Perbahasan pertama berdasarkan potongan ayat surah Ali imran, al
Maidah, kemudian at Taubah. Ummah di dalam surah ali Imran dengan makna jamaah, satu
kumpulan yang bercirikan dakwah dengan kebaikan serta amar makruf nahi mungkar. Al khair
dengan makna islam yang lengkap. Islam adalah addeen bukan religion dan bukan
semata-mata agama. Addeen maksudnya lbih menyeluruh. Dan amar makruf nahi mungkar
paling tinggi adalah dengan kuasa, baru lisan baru hati. Sesungguhnya kumpulan islam mesti
ada 3 ciri ini.

Melihat kepada sirah, nabi Saw menolak pngkat raja, pemerintahan yang ditawar oleh puak
Quraisy kenapa? Maka TG menyambung membaca surah al Maidah. Istilah Hizbullah ada
dalam surah ini. Sifat hizbullah mereka itu merendah diri dengan orang Islam-contohnya
berkhilaf dalam membawa Islam tetapi tidak berkelahi dengan ijtihad. Kadangnya mengalah.
Ada yang mengaku menjadi nabi dan murtad. Wujud satu kaum yang menolak untuk membayar
zakat, Saidina Abu Bakar r.anhu memerintahkan memerangi kaum ini, maka pergilah Khalid al
walid dalam satu serangan mengejut dikala subuh, tiba-tiba dilaungkan azan subuh, Khalid al
walid bingung, mereka bahkan menunaikan solat lalu balik kembali bertanya pada umar,
dijawabnya juga tidak tahu. Ditanyanya Abu bakar lalu berkata dengan suara kuat wahai Umar
jangan bersifat pengecut setelah Islam. Sambung ayat, maka hizbullah bersifat berani dengan
musuh selain islam. Disambung dengan ayat berjihad. Jihad adalah perjuangan menegakkan
islam dengan sanggup mengorbankan segalanya. Mendahulukan damai dan perang adalah
cara terakhir. Inilah ciri kumpulan Islam. Siapa yang tidak mengikut ciri-ciri ini akan keluarlah dia
dari kumpulan Islam. Parti islam itu taat dan wala secara mutlak kepada Allah dan rasul.

Dalam Surah at Taubah, disebut para mukminat yang berjuang, diwaktu baiatul Aqabah, nabi
Saw telah meminta wakil Muslimat, menunjukkan Islam telah mendahului barat dalam bab
diplomat Politik. Allah lalu menyebut amar makruf nahi mungkar dalam ayat ini mendahului ayat
mendirikan solat. Solat gerakerja individu, tetapu amar makruf nahi mungkar adalah payah dan
susah. Dalam perkara yang tidak ada nas dan hadis Nabi maka diizinkan ijtihad. Maka Gerakan
Islam telah menubuhkan majlis syura ulama, mengikut hukum tertinggi alquran sunnah ijma'
dan qiyas. Pesan ulama ini teruslah beristiqamah, kita tak pernah rugi.

Apa yang penting adalah senantiasa meminta hidayah daripada Allah, melalui ilmu dan juga
kajian (research) , dengan berdoa tiap kali dalam solat. Hidayah dibahagikan kepada 4 jenis,
hidayah al fitrah (sifat semula jadi), hidayatul khawas (ikut pancaindera), hidayatul aqal (aqal)
yang hanya ada pada mnausia, dan yang paling utama adalah hidayatul Deen-Perlu daripada
Allah dan minta darioada Allah. Iblis setinggimana, sealim mana, dia tidak dapat hidayah al
deen, dikeluarkan dia dari syurga.

Wallahualam

Wan Ghazali

Anda mungkin juga menyukai