Anda di halaman 1dari 4

3.

0 Inovasi Yang Telah Dilaksanakan

3.1 Hubung kait dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM )


2013-2025

PPPM ( 2013-2025 ) menyatakan bahawa setiap guru pelru menguasai kemahiran


menjalankan penyelidikan membentang kertas kerja, penulisan ilmiah dan
membudayakan kreativiti dan inovasi. Oleh itu, aktiviti - aktiviti ini akan
dipertingkatkan dalam kalangan pensyarah, guru pelatih dan pegawai di IPG. Oleh
sebab itu, pertandingan inovasi diadakan setiap tahun oleh setiap IPG untuk
menggilap bakat guru pelatih dan pensyarah dalam kemahiran inovasi dan kreativiti.
Kemahiran inovasi dan kreativiti amat penting bagi setiap guru bagi menarik perhatian
muid dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru merupakan suri teladan
kepada murid-murid. Guru yang kreatif dan inovatif akan menggalakkan muridnya
untuk menjadi kreatif.

Setiap murid perlu mempunyai kemahiran inkuiri dan belajar cara untuk terus
mendapatkan pengetahuan sepanjang hayat supaya boleh menghubung kait
pelbagai pengetahuan dan mewujudkan pengetahuan baharu. Sebagai seorang guru
pelatih, kemahiran ini perlu diterapkan dari awal semester bagi memudahkan guru
pelatih mengaplikasikannya kepada pelajar sejajar dengan kemahuan PPPM ( 2013 -
2025 ).

Kemahiran inovasi yang diperoleh semasa IPG dapat membantu guru pelatih
berfikiran kreatif dengan menggunakan bahan sedia ada. Anjakan ke-10 PPPM
( 2013 - 2025 ) adalah untuk memaksimumkan keberhasilan murid bagi
menggunakan sebaik mungkin perbelanjaan sekola yang diberikan oleh kerajaan
bagi meningkatkan keberhasilan murid.
3.2 Deskrpsi inovasi dari segi kandungan, strategi, keluaran atau perkhidmatan
baharu.

Gambar 1: getah pinggang yang dipotong 20 Sentimeter untuk dijadikan sebagai


gelang pada pergelangan tangan yang menyambungkan sarung jari pensel dengan
pergelangan tangan.
Gambar 2 : tali jenis plastik yang digunakan untuk mengikat sarung jari dengan
gelang pada pergelangan tangan
Gambar 3 : getah rambut yang lebar dan besar serta elastik digunakan untuk sarung
jari yang menyokong kedua-dua jari utama ketika memegang dan menulis
menggunakan pensel

Anda mungkin juga menyukai