Pau Chai Hung PDF
Pau Chai Hung PDF
Januari 2009,
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.254-268
Oleh
ABSTRAK
ABSTRACT
Key words: Project based learning, “plant reproduce”, year four pupils
254
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012
27&28September 2012/ IPG KBL
Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009,
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.254-268
PENGENALAN
Konteks
Saya merupakan guru pelatih bagi Program Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan(PISMP) Ambilan Januari Tahun 2009. Sepanjang empat tahun dalam
program ini, saya berpeluang menjalani empat kali Pengalaman Berasaskan
Sekolah (PBS) di sekolah-sekolah yang terdapat di Sibu dan Kuching. Saya juga
telah menjalani tiga fasa praktikum selama enam bulan di sekolah-sekolah yang
terdapat di sekitar bandaraya Kuching. Pada praktikum fasa Satu, saya telah
menjalani praktikum di Sekolah X. Pada masa itu, saya berpeluang mengajar Sains
Tahun Tiga dan Empat. Pada pratikum fasa Dua, saya telah menjalani praktikum di
Sekolah Kebangsaan Y dan berpeluang mengajar Sains Tahun 4 dan 5. Semasa
praktikum ketiga, saya telah mengajar tajuk cara tumbuhan membiak mata
pelajaran Sains Tahun Empat. Saya mendapati kebanyakkan murid menghadapi
kekeliruan untuk mengenalpasti cara tumbuhan membiak seperti melalui biji benih,
daun, spora, keratan batang dan batang bawah tanah serta salur. Selain itu, murid
juga menghadapi masalah untuk mengenalpasti jenis atau nama tumbuhan yang
ditunjukkan oleh saya semasa proses P&P dijalankan. Oleh itu, hampir separuh
murid dalam kelas iaitu 50% tidak dapat menguasai topik ini dengan baik dan
mendapat pencapaian yang lemah dalam ujian.
Isu keprihatinan
Saya mendapati ramai murid Tahun 4 kurang memahami dan keliru terhadap tajuk
“cara tumbuhan membiak”. Semasa saya mengajar tajuk ini terdapat 60% murid
dalam kelas tidak boleh mengenali contoh-contoh tumbuhan yang ditunjukkan oleh
saya seperti bryophyllum, begonia, fern, kiambang dan lain-lain. Saya telah
menggunakan “powerpoint” untuk mengajar tajuk ini namum terdapat kekeliruan di
antara mereka untuk memahami enam jenis cara bagi tumbuhan membiak iaitu
melalui biji benih, daun, spora, keratin batang dan batang bawah tanah serta salur.
Ada di antara mereka tidak pernah melihat atau mendengar beberapa jenis
tumbuhan yang ditunjukkan oleh saya dalam kehidupan harian jadi ini telah
menyusahkan mereka untuk mengenalpasti cara pembiakan bagi tumbuhan
tersebut.
Semasa sesi refleksi, saya telah memberi soalan kuiz sebanyak lima soalan kepada
murid-murid saya. Berdasarkan dari jawapan-jawapan yang diberikan oleh mereka
didapati 55.94% iaitu 3/5 daripada mereka tidak memahami tajuk cara tumbuhan
membiak. Oleh itu, kebanyakan mereka telah menjawab kuiz berkaitan cara
tumbuhan membiak dengan jawapan yang salah.
255
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012
27&28September 2012/ IPG KBL
Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009,
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.254-268
Rajah 1 menunjukkan hasil kuiz yang telah dijalankan oleh murid X. Murid X telah
membuat kesilapan sebanyak empat dari lima soalan dan hanya soalan ketiga yang
berjaya dijawab betul olehnya. Murid ini tidak dapat menjawab soalan pertama iaitu
contoh tumbuhan bagi cara membiak dengan daun. Soalan kedua juga didapati
salah dengan tidak dapat memberi contoh tumbuhan yang menggunakan salur
untuk membiak. Bagi soalan keempat, dia juga tidak dapat memberi contoh bagi
tumbuhan yang membiak dengan cara batang bawah tanah dan soalan terakhir
juga gagal dijawab iaitu menyenaraikan cara ubi kayu membiak. Secara umumnya,
murid X telah gagal menguasai topik ini dan tidak memahami apa yang telah diajar
oleh saya sebelum ini.
Rajah 2 menunjukkan hasil kuiz yang telah dijalankan oleh murid Y. Murid Y telah
melakukan kesilapan sebanyak lima dari lima soalan. Dia gagal menjawab soalan
pertama iaitu memberi contoh tumbuhan bagi cara membiak iaitu dengan daun.
Soalan kedua juga didapati salah dengan tidak dapat memberi contoh tumbuhan
yang menggunakan salur untuk membiak. Soalan ketiga iaitu menyenaraikan cara
membiak bagi cendawan juga gagal dijawab olehnya. Bagi soalan keempat, dia
tidak dapat memberi contoh bagi tumbuhan yang membiak secara batang bawah
tanah dan soalan terakhir juga gagal dijawab iaitu cara ubi kayu membiak.
Murid A telah
mendapat
30% .
Rajah 3. Hasil latihan yang telah dijalankan oleh murid A.
Rajah 3 menunjukkan hasil latihan yang telah dijalankan oleh murid A. Menurut
hasil kerja murid A, saya mendapati murid ini tidak dapat menguasai tajuk yang
diuji dengan baik kerana daripada enam soalan objektif, dia hanya menjawab dua
256
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012
27&28September 2012/ IPG KBL
Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009,
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.254-268
soalan dengan betul manakala bagi soalan subjektif, hanya satu dari empat soalan
yang betul dijawabnya. Oleh itu, didapati murid A tidak memahami tajuk ini dengan
baik.
25
Bilangan murid
20
15
10
5
0
Skor murid 4X dalam latihan topik cara
tumbuhan membiak
100% 1
90% 3
80% 1
70% 3
60% 2
50% dan kebawah 20
Rajah 4. Skor murid Tahun 4 dalam latihan tajuk cara tumbuhan membiak.
Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4, saya mendapati sepuluh soalan latihan
yang diberi kepada tiga puluh orang murid Tahun 4, hanya seorang yang dapat
menjawab semua soalan dengan skor 10/10, tiga orang memperolehi skor 9/10,
seorang memperolehi skor 8/10, tiga orang memperolehi skor 7/10 dan dua orang
memperolehi skor 6/10. Secara keseluruhannya seramai dua puluh orang murid
memperoleh skor 5/10 atau skor di bawah 5/10. Keadaan ini menunjukkan bahawa
hampir setengah murid kurang dapat menguasai tajuk ini dengan baik.
OBJEKTIF KAJIAN
1. Meningkatkan kefahaman murid Tahun 4 terhadap topik cara tumbuhan
membiak dengan menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan projek.
2. Membantu tiga puluh orang murid Tahun 4 untuk menguasai tajuk “cara
tumbuhan membiak” dengan menggunakan kaedah pembelajaran
berasaskan projek.
SOALAN KAJIAN
1. Adakah kaedah pembelajaran berasaskan projek dapat meningkatkan
kefahaman murid Tahun 4 terhadap tajuk cara tumbuhan membiak ?
2. Adakah kaedah pembelajaran berasaskan projek dapat membantu tiga
puluh orang murid Tahun 4 menguasai topik “cara tumbuhan membiak”
dengan baik?
257
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012
27&28September 2012/ IPG KBL
Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009,
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.254-268
1. Menentukan tajuk
2. Perancangan pelaksaan projek
3. Pembiaan jadual dan penentuan prosedur projek
4. Pembimbingan
5. Penilaian dan refleksi
Pelaksanaan
Saya telah menjalankan P&P untuk mengajar topik ini menggunakan kaedah
pembelajaran berasaskan projek dengan menghasilkan buku skrap. Murid akan
menghasilkan buku skrap secara berkumpulan. Setiap kumpulan akan mempunyai
seorang ketua kumpulan dan diberi empat minggu untuk menyiapkan buku skrap.
Saya bertindak sebagai fasilitator dan memberi bimbingan serta dorongan kepada
murid-murid. Saya meminta setiap kumpulan mencari gambar-gambar tumbuhan
melalui surat khabar, buku, internet, majalah dan lain-lain. Semasa mencari gambar
mereka telah membuat bacaan lanjutan terhadap tumbuhan yang dicari oleh
mereka seperti rupa bentuk, cara membiak, habitat dan lain-lain. Ketua kumpulan
telah membahagikan tugas di antara ahli kumpulan. Ketua kumpulan juga telah
memastikan ahli kumpulannya mencari dan mengumpul gambar tumbuhan dan
memaklumkan perkembangan tugasan kumpulan mereka kepada saya.
Setiap ahli kumpulan telah membuat perbincangan bersama-sama untuk
meletakkan gambar-gambar tumbuhan yang dikumpul dalam buku skrap.
Seterusnya, mereka telah mengklasifikasikan tumbuhan melalui cara
pembiakannya iaitu melalui cara biji benih, daun, spora, keratan batang dan batang
bawah tanah serta salur dan menyenaraikan nama bagi tumbuhan yang ditunjukkan
dalam gambar. Oleh itu, murid berpeluang menyelesaikan masalah dengan
mengklasifikasikan tumbuhan mengikut cara pembiakannya dalam buku skrap.
258
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012
27&28September 2012/ IPG KBL
Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009,
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.254-268
Jadual 1.
Langkah-langkah penghasilan buku skrap
Langkah-langkah Tindakan Tarikh
Satu Murid-murid mencari gambar tumbuhan 26/ 6/ 2012-
melalui internet, majalah, buku dan surat 2/ 7/ 2012
khabar.
Dua Murid-murid membuat bacaan lanjutan 26/ 6/ 2012-
terhadap tumbuhan yang dicari seperti 2/ 7/ 2012
rupa bentuk, cara pembiakan dan
habitat.
Tiga Secara kumpulan berempat, murid- 3/ 7/ 2012 –
murid membuat buku skrap dalam kelas. 9/ 7/ 2012
METODOLOGI
Peserta kajian
Kumpulan sasaran untuk kajian penyelidikan ini terdiri daripada 30 orang murid dari
kelas Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Y yang terdiri daripada 13 orang lelaki dan 17
orang perempuan. Pencapaian murid-murid kelas ini dalam mata pelajaran Sains
adalah sederhana hanya tiga orang mempunyai pencapaian yang baik iaitu
mendapat markah 80 atau ke atas . 18 orang murid saya adalah murid yang lemah
iaitu telah gagal dalam mata pelajaran sains. Saya juga mendapati murid-murid
telah menunjukkan minat yang tinggi dalam melibatkan diri secara aktif semasa
proses pembelajaran Sains sekiranya saya membuat sesuatu aktiviti yang menarik
seperti membuat kuiz, eksperimen, demonstrasi dan simulasi dalam kelas.
Etika Penyelidikan
Sebelum memulakan kajian, terlebih dahulu saya telah memohon kebenaran
daripada pihak sekolah. Kemudian, saya mendapatkan kebenaran daripada tiga
puluh orang murid-murid secara bertulis. Mereka telah mengisi surat persetujuan
penyertaan kajian. Penerangan diberikan agar mereka memahami objektif dan hak
sebagai peserta kajian. Rajah 5 menunjukkan contoh surat persetujuan penyertaan
murid.
259
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012
27&28September 2012/ IPG KBL
Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009,
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.254-268
Soal selidik
Borang soal selidik telah dibentuk berdasarkan objektif penyelidikan untuk
mengumpul data kajian. Setiap murid telah disoal dengan soalan yang sama, oleh
itu saya telah membuat perbandingan antara murid yang berbeza. Borang soal
selidik telah diedarkan kepada murid untuk diisi sebelum dan selepas tindakan.
Soal selidik ini mengandungi tujuh soalan. Borang soal selidik telah dikumpul
semula untuk dianalisis. Rasional saya memilih instrumen ini kerana ianya dapat
menghasilkan data yang lebih tepat tanpa pembiasan kerana data dibuat oleh pihak
pertama iaitu kumpulan murid itu sendiri.
Pemerhatian
Kaedah pemerhatian adalah kaedah pengumpulan maklumat yang lebih bersifat
secara terus. Maklumat yang dikumpulkan dapat diperoleh dengan cara melihat dan
mencatat perkara-perkara yang berkaitan dengan menggunakan senarai
semak. Saya telah membuat pemerhatian terhadap sikap dan minat serta kelakuan
murid semasa dalam kelas. Pemerhatian secara langsung dilakukan supaya saya
dapat mengamati dan mengenal pasti sesuatu tingkah laku. Pemerhatian dilakukan
terhadap perubahan-perubahan tingkah laku, mendengar, serta reaksi atau gerak
balas terhadap sesuatu tindakan, keadaan atau suasana yang wujud disebabkan
tindakan, perkembangan hubungan dan interaksi dan sebagainya di dalam bilik
darjah sewaktu proses P&P berlaku.
260
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012
27&28September 2012/ IPG KBL
Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009,
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.254-268
Jadual 2.
Contoh penulisan nota lapangan saya pada 12 Julai 2012
Tarikh 12/ 7/2012
Masa 7.40 pagi-8.40pagi
catatan Saya telah menjalankan aktiviti buku skrap di dalam kelas. Saya
mendapati bahawa kebanyakan murid berasa seronok dan turut
melibatkan diri dalam proses perbincangan dalam kumpulan. Murid
telah menunjukkan motivasi yang tinggi dan telah memberi perhatian
semasa guru memberi arahan dan bimbingan. Tetapi beberapa orang
murid telah bercakap dengan suara yang kuat semasa membuat
perbincangan.
Triangulasi masa
Triangulasi masa melibatkan tempoh membuat buku skrap dalam kumpulan selama
empat minggu. Saya telah menjalankan penyelidikan ini semasa praktikum Fasa
Tiga sebelum pelaksanaan penyelidikan tindakan ini dan projek buku skrap telah
dijalankan pada Program Internship selama empat minggu. Perkembangan murid
dapat diteliti dengan baik dan disemak dari semasa ke semasa.
Triangulasi Penyelidik
Triangulasi sumber pula ialah semakan ujian pra dan ujian pos oleh saya dan rakan
sepraktikum saya untuk memastikan semakan adalah konsistensi dan tiada bias
demi menyemak kesahan data saya. Selain itu, saya juga meminta rakan
sepraktikum untuk memerhati penglibatan peserta kajian dalam penggunaan
kaedah pembelajaran berasaskan projek bagi tajuk “cara tumbuhan membiak.
Pemerhatiannya turut dijadikan bukti sokongan terhadap senarai semak
pemerhatian yang telah saya buat.
261
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012
27&28September 2012/ IPG KBL
Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009,
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.254-268
Triangulasi kaedah
Saya menggunakan triangulasi kaedah semasa mengumpul maklumat
menggunakan kaedah yang berlainan kepada murid-murid yang sama. Dalam
penyelidikan tindakan ini, saya menggunakan kaedah pemerhatian, ujian pra dan
ujian pos dan juga soal selidik.
REFLEKSI
Refleksi dapatan
Adakah kaedah pembelajaran berasaskan projek dapat meningkatkan
kefahaman murid-murid Tahun 4 terhadap topik cara tumbuhan
membiak ?
262
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012
27&28September 2012/ IPG KBL
Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009,
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.254-268
Murid telah berjaya mengklasifikasi dan mengenalpasti enam cara bagi tumbuhan
membiak dan akhirnya melekatkan gambar tumbuhan yang dikumpul bersama-
sama dalam buku skrap seperti dalam Rajah 7 mengikut enam cara tumbuhan
membiak tersebut.
Rajah 8. Murid berasa riang dan gembira semasa membuat buku skrap.
kelihatan seronok dan riang. Dalam kumpulan beempat, setiap ahli kumpulan telah
membuat perbincangan bersama-sama untuk meletakkan gambar tumbuhan yang
dikumpul ke dalam buku skrap. Seterusnya, mereka telah mengklasifikasikan
tumbuhan dengan cara membiaknya iaitu melalui cara biji benih, daun, spora,
keratan batang dan batang bawah tanah serta salur dan menyenaraikan nama bagi
tumbuhan yang ditunjukkan dalam gambar. Oleh itu, murid telah berjaya
menyelesaikan masalah dengan mengklasifikasikan tumbuhan mengikut cara
membiaknya dalam buku skrap.
Penggunaan kaedah ini banyak membantu 30 orang murid saya dalam menguasai
tajuk “cara tumbuhan membiak . Ini dapat dibuktikan berdasarkan ujian pra dan pos.
Markah Markah
ujian pra ujian pra
murid X murid Y
ialah 40% ialah 50%
dan ujian dan ujian
pos ialah pos ialah
80%. 80%.
Rajah 9. Keputusan ujian pra dan ujian pos bagi dua orang murid
Menurut Rajah 9 di sebelah kiri, murid X telah mendapat markah 40 dalam ujian pra
tetapi dalam ujian pos, murid X telah mendapat markah 80 selepas tindakan. Ini
bermakna, murid ini telah mendapat kemajuan sebanyak 40 markah dan telah
menguasai topik ini. Rajah di sebelah kira ialah keputusan bagi murid Y, dalam
ujian pra murid Y telah mendapat 50 markah dan ujian pos telah mendapat 80
markah. Murid Y telah mendapat kemajuan sebanyak 30 markah berbanding
sebelum tindakan dijalankan oleh saya.
Jadual 3.
Perbandingan peratus gred murid dalam ujian pra dan ujian pos
264
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012
27&28September 2012/ IPG KBL
Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009,
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.254-268
Jadual 3 telah menunjukkan terdapat dua orang mendapat gred A iaitu 6.67%
dalam ujian pra dan ujian pos telah telah meningkat kepada 6 orang (20%). Bagi
murid yang mendapat gred B dalam ujian pra ialah 7 orang (23.33%) sementara
dalam ujian pos telah meningkat kepada 13 orang (43.33%). Bagi gred C terdapat
10 orang (33.33%) dalam ujian pra dan terdapat penurunan iaitu 8 orang (26.67%)
dalam ujian pos. Bagi murid yang mendapat gred yang gagal iaitu gred D, terdapat
8 orang murid (20.67%) dalam ujian pra, bagi ujian pos, hanya terdapat 2 orang
(6.67%) mendapat gred D. Bagi murid yang mendapat gred E dalam ujian pra ialah
3 orang (10%) dan ujian pos telah menurun ke seorang (3.33%) sahaja. Saya telah
mendapati murid-murid dapat menguasai tajuk ini dengan lebih baik berbanding
sebelum tindakan dijalankan kerana kesemua murid iaitu 30 orang telah
menunjukkan kemajuan dalam ujian pos berbanding dengan ujian pra. Murid yang
mendapat gred yang kurang memuaskan iaitu gred C, D dan E telah menurun
manakala bagi gred yang baik seperti A dan B telah meningkat.
100
80
MIn peratusan (%)
60
40
20
0
Sebelum tindakan Selepas tindakan
Min peratusan yang
30 85.24
menjawab "Ya"
Min peratusan yang
70 14.76
menjawab "Tidak"
Rajah 10. Min peratusan bagi soal selidik sebelum dan selepas tindakan.
Melalui soal selidik yang diberikan kepada murid, saya mendapati minat mereka
terhadap topik cara tumbuhan membiak telah meningkat dengan cara
menghasilkan buku skrap dan telah menguasai topik ini. Peratusan min yang
menjawab “ Ya” sebelum tindakan ialah 30% dan yang menjawab “Tidak” ialah 70%.
Selepas tindakan dijalankan min peratusan yang menjawab “Ya” telah meningkat
kepada 85.24%. Jika berbanding dengan min peratusan sebelum tindakannya telah
meningkat sebanyak 55.24%. Ini bermakna lebih banyak murid-murid telah
memahami dan menguasai topik ini dengan lebih baik. Min peratusan bagi murid
sasaran yang menjawab “tidak” adalah 70% sebelum tindakan dan selepas
tindakannya telah menurun ke 14.76%.
265
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012
27&28September 2012/ IPG KBL
Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009,
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.254-268
100 93.33 90
50 10 6.67
0
Min peratusan Min peratusan
murid yang murid yang tidak
memenuhi syarat memenuhi syarat
Rajah 11. Perbandingan min peratusan murid yang memenuhi syarat dan tidak
memenuhi syarat sebelum tindakan dan selepas tindakan.
Bagi pemerhatian, didapati min peratusan murid yang memenuhi syarat ialah 10%
sebelum tindakan tetapi selepas tindakan minnya telah meningkat ke 93.33%. Ini
bermakna terdapat ramai murid telah memenuhi syarat dalam senarai semak
pemerhatian selepas tindakan. Bagi min peratusan murid yang tidak memenuhi
syarat telah mencapai 90% sebelum tindakan dan selepas tindakan telah menurun
ke 6.67% sahaja.
Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan hasil kajian tindakan ini. Kaedah
pembelajaran berasaskan projek yang saya gunakan dalam pengajaran tajuk cara
tumbuhan membiak berjaya memberi kesan yang positif kepada peningkatan
kefahaman murid tahun 4. Walaupun pada akhir kajian tindakan, masih terdapat
tiga orang murid yang tidak dapat menguasai tajuk ini dengan sepenuhnya dimana
mereka mendapat gred D dan E dalam ujian selepas tindakan, namum pada
hakikatnya mereka telah mencapai peningkatan markah yang ketara dalam ujian
selepas tindakan jika dibandingkan dengan markah ujian sebelum tindakan. Saya
percaya jika murid tersebut diberi lebih banyak bimbingan dan diajar dengan
266
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012
27&28September 2012/ IPG KBL
Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009,
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.254-268
keadah pengajaran yang lebih interaktif, mereka pasti dapat menguasai tajuk ini
dengan baik.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, kajian ini telah memberikan kesan kepada setiap peserta
kajian dalam peningkatan kefahaman dan juga pencapaian mereka serta telah
267
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012
27&28September 2012/ IPG KBL
Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009,
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.254-268
berjaya menambah baik amalan P&P saya. Saya menyedari sebagai seorang guru,
saya harus sentiasa berubah mengikut perkembangan semasa untuk mencapai
aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang
dan menyeluruh.
Rujukan
Bransford & Stein. (1993) Science, an involvement approach to elementary Science
methods. New York:International Publications
Newmann and Wehlage. (1995). Project based learning in teaching primary science.
New York: Trans-Atlantic Pubns
Merill, j. ( 1991) Approaches to teaching science subjets: Project based learning,
United States:Pearson Education
Trigwell, k. & Prosser, M. (1996) Changing approaches to teaching: a relational
perpective, New Jessey: Upper Saddle River Inc
268
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012
27&28September 2012/ IPG KBL