Anda di halaman 1dari 1

kesan wabak Covid-19 termasuk pemotongan gaji.

Bagaimanapun, ia menegaskan tidak akan memberi kesan langsung atau kesan yang
minimum kepada semua pekerjanya terutama daripada mereka yang berpendapatan
rendah.
Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Bo Lingam dalam kenyataan
berkata, langkah pembendungan itu dibuat ekoran industri pengangkutan udara global
terus berdepan ketidaktentuan susulan penularan Covid-19.
Katanya, langkah penjimatan kos yang diambil tidak akan mengenepikan
kesinambungan perniagaan dengan keutamaan masih diberikan terhadap aspek
keselamatan operasi penerbangan.
“Pengurusan kanan akan melihat perkara ini sehingga ia pulih kelak,” katanya dalam
kenyataan, hari ini.
Selain pemotongan gaji, Kumpulan turut mengambil langkah menghentikan latihan luar,
menghentikan pemberian makanan percuma, mengenakan sekatan perjalanan selain
membatalkan acara sosial.
Bo berkata, mereka yang menerima gaji tinggi di AirAsia bersetuju untuk membuat
pemotongan gaji dan setakat ini tiada jumlah sebenar diletakkan.
Malah, penghentian makanan percuma hanya terpakai bagi pengurus bukan operasi
dan jawatan lebih tinggi.

Anda mungkin juga menyukai