Anda di halaman 1dari 2

PERBINCANGAN:

Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat terhadap eksperimen-


eksperimen yang telah dilaksanakan, terdapat beberapa perkara yang boleh
dibincangkan.

Pada eksperimen 1a, ia dilaksanakan untuk mengkaji sama ada tumbuhan


memerlukan cahaya matahari untuk membesar. Dalam eksperimen 1a, daun yang
telah ditutup dengan kertas hitam telah bertukar warna menjadi kekuningan dan
mempunyai tompok berwarna coklat. Hal ini demikian disebabkan proses fotosintesis
tidak dapat dijalankan dan menyebabkan daun bertukar kekuningan. Eksperimen ini
mengambil masa selama satu minggu untuk mendapatkan keputusannya. Tetapi
semasa eksperimen dijalankan, terdapat tompokan berwarna coklat pada daun yang
menunjukkan daun dalam proses pereputan kerana daun tidak dapat menjalankan
proses fotosintesis. Hal ini mungkin terjadi kerana daun yang dipilih adalah terlalu
nipis, jadi mungkin mengambil masa yang singkat untuk menghentikan proses
fotosintesis daun itu dan kemungkinan yang lain ialah daun yang di kelip dengan
kertas hitam dikelip dengan sekemasnya dan berhati-hati untuk memastikan tiada
sebarang cahaya yang dapat menembusi kertas hitam itu. Akhirnya, menyebabkan
daun itu langsung tidak mendapat cahaya matahari sehingga bertukar warna
kekuningan dan terdapat tompokan berwarna coklat .

Eksperimen 1b pula adalah untuk mengkaji, sama ada air diperlukan untuk
tumbuhan menjalani proses tumbesaran. Eksperimen ini dibahagikan kepada dua
bahagian iaitu cawan A dan cawan B. Cawan A ialah biji benih yang menerima air,
cahaya matahari dan udara, di dalam eksperimen ini benih kacang mula bercambah
dan membesar dengan sihat. Manakala di dalam eksperimen cawan B, bijih benih
tidak disiram dengan air dan hanya menerima cahaya matahari dan udara. Hasilnya,
benih kacang itu langsung tidak bercambah. Ini membuktikan bahawa air adalah
salah satu keperluan asas yang diperlukan oleh tumbuhan untuk bercambah dan
membesar. Tanpa kehadiran air, benih kacang tidak boleh untuk bercambah kerana
tanpa air ia tidak boleh membuat makanannya sendiri, lantas zat-zat yang diperlukan
oleh tumbuhan untuk membesar tidak dapat diperoleh dan menyebabkan bijih benih
tidak bercambah.

Di dalam eksperimen 1c pula, ia dilakukan untuk mengkaji sama ada udara


diperlukan oleh tumbuhan untuk membesar. Eksperimen ini juga di bahagikan
kepada dua bahagian, iaitu cawan A dan cawan B. Dalam eksperimen cawan A,
benih kacang menerima cahaya matahari, air dan udara, hasilnya bijih kacang
bercambah dan membesar dengan sihatnya. Untuk eksperimen cawan B pula, bijih
benih ditenggelamkan di dalam air untuk menghalang bijih benih dari menerima
kehadiran udara tetapi ia masih dapat menerima kehadiran matahari dan air,
mengikut teori bijih benih itu tidak akan bercambah kerana ketiadaan udara, tetapi
bijih benih di dalam eksperimen cawan B ini berlaku perubahan, iaitu testa
tertanggal daripada biji benih kacang tetapi tumbesarannyaterbantut. Kami membuat
kesimpulan bijih benih yang ditenggelami oleh air itu tidak memperoleh kehadiran
udara dari persekitarannya dan ini akan membuatkannya tidak bercambah. Saya

Hasil dari pemerhatian dari eksperimen ini, tumbuhan memerlukan cahaya


matahari, air dan udara untuk membuat makanan atau nutrien-nutrien tertentu
melalui proses transpirasi atau fotosintesis untuk mendapat zat-zat atau bahan-
bahan yang diperlukan untuk ia membesar. Tanpa kehadiran keperluan asas-asas
ini, tumbuh-tumbuhan akan layu dan mati dan ia tidak akan dapat membesar.

Anda mungkin juga menyukai