Anda di halaman 1dari 1

Mat Kilau 

1. merupakan seorang pahlawan Melayu yang berjuang menentang penjajah British di Pahang.


2. Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu atau Tok Gajah.
3. Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang 
4. Mat Kilau pandai mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai "Dikir
Pahang".
5. Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan berlaga buah keras.
6. Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti
Imam Daud, dari Kampung Kedondong.
7. Mat Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah menjadikan beliau seorang
pemuda yang sangat disegani dan dihormati.
8. Atas dasar pungutan cukai yang menindas dan keangkuhan pihak penjajah, Mat Kilau, Dato Bahaman dan Tok
Janggut bersekutu berganding bahu memulakan pemberontakkan ke atas pihak British.
9. Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan
berunding dengan Mat Kilau.
10.Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau. Beliau suka bergaul dengan setiap lapisan masyarakat
dan ini membuatkan beliau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari
masyarakat.
11.Mat Kilau adalah seorang yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan amat dikasihi oleh pengikut-
pengikutnya.

Anda mungkin juga menyukai