Anda di halaman 1dari 5

IN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT

STITUT PENDIDIKAN
GURU KAMPUS KENT TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK : JAN – MEI 2019 ( SEMESTER 2 / TAHUN 1 )

Program: PPISMP Bahasa Melayu SK&SJKC Nama Pelajar

Kod : BMM 1064 Semester/ Tahun : Semester 2 / Tahun 1 ( Jan-Mei 2019)


Nama Kursus : SINTAKSIS BAHASA MELAYU
Ambilan : PPISMP BM SK&SJKC JUN 2018
Kumpulan :
Tugasan Tarikh Tarikh Hantar Jam Pembelajaran Pelajar
Mula
1. Penulisan Esei ( 1,000 patah perkataan ) 01/02/2019 18/02/2019 6 jam
2. Penulisan Esei ( 1,000 patah perkataan ) 19/02/2019 08/03/2019 6 jam
3. Pembentangan Kumpulan ( 30 minit) 09/03/2019 15/03/2019 2 jam

Hasil Pembelajaran Kursus :


1
1. Menjelaskan pengenalan sintaksis dan frasa dengan merujuk pelbagai sumber (C2, PLO1, PLO6, LL1)
2. Menghuraikan klausa dengan kritis secara bertulis (C3, PLO3, PLO4, CTPS2, CS1)
3. Menganalisis jenis dan ragam ayat serta membuat penilaian yang berjustifikasi (C4, PLO3, CTPS1)
4. Membandingkan proses penerbitan ayat dalam pembentukan ayat majmuk melalui pembentangan secara
berkumpulan (C5, PLO3, PLO4, PLO5, CTPS3, CS3, TS1)
5. Menghasilkan pelbagai teks yang gramatis dari aspek penggunaan ayat tunggal dan ayat majmuk (C6, PLO3,
PLO4)
Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3, 4 dan 5

Objektif Kerja Kursus


Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut :
1 Menjelaskan kandungan bidang kajian ilmu sintaksis, menghuraikan susunan konstituen frasa, klausa dan ayat,
serta mengkategorikan dan menganalisis jenis, bentuk dan ragam ayat.
2 Menghasilkan teks yang gramatis untuk mengaplikasikan ayat tunggal, ayat majmuk dan seterusnya berupaya
unutuk menganalisis jenis dan ragam ayat serta membuat penilaian yang berjustifikasi.
3 Membandingkan proses penerbitan ayat dalam pembentukan ayat majmuk melalui pembentangan secara
berkumpulan.

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

2
Tugasan 1
Penulisan Esei 1 ( 1,000 patah perkataan ) ( 25 % )
Bidang sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan
bagaimana perkataan, frasa dan klausa disusun dalam ayat.
Jelaskan bidang sintaksis bahasa Melayu yang merangkumi pembinaan frasa, klausa, pola ayat, jenis ayat, ragam
ayat serta bentuk ayat. Huraikan binaan frasa bahasa Melayu secara kritis.

Tugasan 2
Penulisan Esei 2 ( 1,000 patah perkataan ) ( 25 % )
Guru bahasa Melayu perlu menguasai penggunaan ayat tunggal dan ayat majmuk dalam penulisan serta mempunyai
keupayaan untuk menganalisis jenis dan ragam ayat yang terdapat dalam sesuatu penulisan.
Hasilkan sebuah teks bahasa Melayu mengenai isu semasa untuk menunjukkan kepelbagaian penggunaan ayat
tunggal dan ayat majmuk yang gramatis.
Berdasarkan teks anda, buat satu analisis tentang penggunaan jenis dan ragam ayat yang terdapat di dalamnya.

Tugasan 3
Pembentangan Kumpulan ( 30 minit ) ( 10 % )
Keupayaan untuk menerangkan proses penerbitan ayat majmuk bahasa Melayu berdasarkan Konsep Transformasi
Generatif amat penting bagi seorang guru bahasa Melayu.
Bandingkan proses penerbitan ayat majmuk bahasa Melayu berdasarkan Konsep Transformasi Generatif melalui
pembentangan secara berkumpulan.

Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus.

3
(a) Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh empat hingga enam minggu.
(b) Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 60%
(c) Panjang tugasan hendaklah disesuaikan mengikut arahan pada setiap Tugasan ( termasuk persembahan visual )
(d) Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.
(e) Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.
(f) Hasil kerja kursus berbentuk teks perlu ditaip mengikut kaedah penulisan ilmiah.

(i) Fon Arial


(ii) Saiz huruf – 11
(iii) Langkau 1.5 baris
(iv) Rujukan mengikut format APA ( American Psychological Association ) yang terkini.
(v) Lampiran adalah wajib

(g) Muka depan kerja kursus hendaklah dilengkapkan dengan maklumat yang berikut:
(i) Nama Pelajar
(ii) Angka Giliran
(iii) Nombor Kad Pengenalan
(iv) Kumpulan/Unit
(v) Kod dan Nama Kursus
(vi) Nama Pensyarah
(vii) Tarikh Hantar
(viii) Pengakuan pelajar menerima maklum balas daripada pensyarah

Tugasan Yang Baik Harus Menunjukkan Kriteria Kriteria Berikut :


4
1. Pengenalan , perkembangan serta rumusan yang kohesif dan koheren mengikut panduan berikut:
a. Pengenalan yang menarik dan dapat mengupas konsep bidang yang diuji.
b. Perkembangan tugasan perlulah analitikal dan disertakan dengan pelbagai contoh yang relevan.
c. Implikasi tugasan kepada bidang dan profesion keguruan perlu diutamakan.
d. Rumusan/cadangan dan menjawab persoalan tugasan secara futuristik.
2. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan.
3. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keasliaan dengan sokongan ilmiah.
4. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.
5. Penulisan esei/laporan/refleksi harus menunjukkan kematangan hujah, kefasihan bahasa yang sesuai dan tiada
kesalahan ejaan.
6. Rujukan perlulah dari pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan.
( sekurang-kurangnya sumber dari 3 buah buku, 3 bahan internet, 3 jurnal, 2 bahan bercetak yang lain )

https://www.scribd.com/doc/50492223/DEFINISI-SINTAKSIS

Anda mungkin juga menyukai