Anda di halaman 1dari 3

1. Apakah cadangan anda untuk menangani permasalahan ini?

- Saya mengikut saranan yang diberikan oleh KKM iaitu Stay at home dan
2. Nyatakan saranan Islam ketika menghadapi musibah khususnya penyakit yang merebak.

fasa kritikal gelombang kedua COVID-19 sepatutnya dianggap ruang yang menguji keteguhan akidah dan
pada masa terbaik untuk sama-sama bermuhasabah diri. Pada waktu ini, selain bertawakal, Islam
menyuruh setiap Muslim berusaha mengawal jangkitan daripada terus merebak. Justeru, tindakan
kerajaan membendung COVID-19 melalui Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula Rabu lalu hingga
31 Mac ini, bertepatan dengan ajaran agama.

Hal itu bersandarkan hadis mengenai Sayidatina Aishah RA yang bertanya mengenai wabak taun.
Rasulullah SAW bersabda: Ia azab Allah SWT yang diutuskan kepada sesiapa dikehendaki dan Allah SWT
menjadikannya rahmat kepada orang yang beriman. (HR Bukhari)

Setiausaha Agung Pertubuhan Ilmuwan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ISLAMI), Syed Shahridzan
Syed Mohamed, berkata berasaskan hadis itu, Rasulullah SAW menghuraikan wabak berbahaya itu
datang dengan dua kemungkinan. “Ia boleh jadi azab daripada Allah SWT atau rahmat-Nya. Namun, kita
perlu meyakini tidak kira apa tujuan Tuhan menurunkan wabak kepada kita, kita tetap perlu
meningkatkan muhasabah diri atas dosa dilakukan dengan memperbanyakkan ibadat,” katanya.

Syed Shahridzan berkata, pada masa masyarakat khususnya umat Islam dilarang menyebabkan
kerosakan kepada manusia lain dan ia tertakluk kepada situasi semasa memandangkan COVID-19 begitu
cepat menular. Firman Allah SWT: “Dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri.” (Al-Nisa:
29)

“Ayat ini menerangkan seseorang yang terjebak dengan penyakit berjangkit berbahaya dan tidak
mengambil sebarang tindakan untuk mengelakkan penyakitnya daripada menjangkiti orang lain, dia
seolah-olah membahayakan nyawa orang lain kerana kesannya boleh menyebabkan kematian.

Beliau berkata, Rasulullah SAW menekankan konsep tawakal yang sebenar, iaitu bukan hanya berserah
kepada Allah SWT tanpa berusaha mengelakkan diri daripada risiko. Sabda Rasulullah SAW: Apabila
kamu mendengar berlakunya wabak taun di suatu negeri, maka janganlah kamu memasukinya. Apabila
berlaku dalam negeri yang kamu berada di dalamnya, maka jangan kamu keluar.” (HR Bukhari dan
Muslim)

Menurut Syed Shahridzan, Islam diturunkan untuk memenuhi maqasid syariah antaranya menjaga
nyawa daripada kerosakan dan kebinasaan. “Islam mengharamkan seseorang memudaratkan diri sendiri
dan orang lain kerana ia amat bertentangan dengan maqasid syariah.“Maka tidak keterlaluan jika
dinyatakan hukum mencegah daripada wabak penyakit berjangkit lagi berbahaya adalah fardu ain dan
bukan lagi fardu kifayah yang hanya membabitkan pihak tertentu sahaja.

“Malah setiap individu yang mengaku beriman wajib memainkan peranan untuk menyelamatkan
keadaan, lebih-lebih lagi meningkatkan amalan gaya hidup yang sihat,” katanya. Atas tanggungjawab ini,
setiap Muslim wajib mentaati segala perintah pihak berkuasa yang bertujuan membendung wabak
berjangkit. Ketaatan ini juga termasuk larangan menghadiri solat berjemaah di masjid atau surau, majlis
yang membabitkan kumpulan atau himpunan individu Ia adalah tuntutan wajib dipenuhi oleh setiap
Muslim lebih-lebih pada saat agak getir ini. Firman Allah SWT yang menghuraikan kepentingan mentaati
pemerintah: “Wahai orang beriman! Taatilah Alllah dan taatilah Rasul dan ulil amri (pemerintah) dalam
kalangan kamu.” (Al-Nisa’: 51)
Sumber : https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2020/03/667356/hukum-fardu-ain-cegah-
covid-19

3. Senaraikan doa-doa yang disarankan dalam situasi ini.

Anda mungkin juga menyukai